.....yang sangatlah simple dan sedap teramattttt (konon!)...heheheh..
Dua hari lepas cuba buat makanan tersebut untuk kali pertama. Bawa sikit ke opis dan bagi kawan-kawan rasa. Sekali kena puji, *blushing* akak uolls...
percubaan pertama |
Pastu Syikin (retis kat opis i tu lah) petik, jumaat hari wanita sedonia. Kami wanita jelitawan ni pun gediklah nak buat potluck. Ada pula yg request nak mkn Baked Cheese Meatball tu lagi. Demi tidak menghampakan hati peminat (sila muntah!!) aku pun buat lagi malam tadi.
Meh intai-intai resepi. Senang uolls...resepinya aku google. pastu ada bahan mcm tak berapa kena dgn piawaian aku, so aku tukarlah beberapa bahan yg aku agak-agak bersesuaian gitu. meh intai-intai kat bawah.
Bahan-bahan:
1 paket Ramly meatball
*1 tin Campbell mushroom soup
*1/4 tin susu cair
*1/4 tin air (jika perlu, mengikut kepekatan kuah)
*1 tin cendawan butang (dipotong)
*serbuk lada hitam (ikut suka)
*oregano (aku guna italian herbs --> tu yg ada kat dapur)
Mozarella cheese
Cara membuat:
- Panaskan oven.
- Campurkan bahan bertanda * didalam periuk. Kacau rata, jangan berketul.
- Susun meatball dalam loyang, tuangkan mushroom.
- Taburkan mozarella cheese sesedap rasa.
- Bakar lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan cheese nampak kuning keemasan.
# aku memang tak letak garam sebab kuah tu dan cheese dan cukup masin.
## aku tak dadukan bawang & capsicum sebab malas. kalau nak letak lebih sedap.
meatball berenang dlm mushroom soup |
ditabur dengan mozarella cheese |
PANAS! PANAS! baru kuar oven |
berkuah pekat, cicah roti pun sodap.. |
Loyang pat segi tu percubaan pertama. loyang bulat tu yang dibuat malam tadi utk potluck makan pagi kat opis pagi ni. dapatlah bawa dua loyang. makan ramai-ramai. suke tgk org makan & cakap sedap. tetiba aje perasankan. macam ler pandai sangat masak, padahal sempoi sangat resepinya.
ekekekekeeee....
ReplyDeletekan... blushing sgt..... ha3.... kkena bawak g laen kali ni weyh...
kena tunggu hari lelaki sedonia pulaklah kot..wakakakaka
Deletemozarella cheese tu jenama apa ?
ReplyDeletealamak tak igt pula jenama apa. jarang2 buat sbb tu susah nak igt.
Delete