Showing posts with label menu diet atkins. Show all posts
Showing posts with label menu diet atkins. Show all posts

Tuesday, 4 March 2014

Resepi: Chawanmushi (Japanese Savory Egg Custard) versi melayu...

Assalamua'laikum...

semalam aku ada menjanjikan resepi yang sesuai utk diet atkinskan? ehhh tak buat atkins pun boleh cuba, resepi ni utk semua. maka hari ni aku akan menunaikan janji. tak dak hutang dah ehh.. ;)

chawanmushi ni ialah kastard telur iaitu sejenis lauk / desserts yg berasal dari jepun. aku pernah makan kat gerai takoyaki. lepas makan rasa teringin pula nak mencuba, makanya risik2lah kat encik google. 

cara buat senang aje, cuma bahan2 tu macam susah nak cari. pastu ada pula sake kat dlm resepi tu. jadi aku pun cubalah kaedah sendiri yang aku agak2 sesuai. 

biasanya chawanmushi ni dimasak dalam cawan (tea cups). tapi aku belasah masukkan dlm bekas plastik aje sbb takde pulak cawan yg sesuai. igt nanti nak pi daiso atau DIY nak cari tea cup yg cute miut. 



pic source: Google


Resepi asal dari bento.com (bahan-bahan):
  • 2.5-3 oz. (70-80g) chicken breast
  • about 1 tsp sake
  • about 1 tsp light soy sauce
  • 4 small raw shrimp, shelled and deveined
  • 1 lily root (yuri-ne) (optional)
  • 12 stalks trefoil (or equivalent amount of young spinach or watercress)
  • 12-16 raw ginkgo nuts, shelled and peeled (if available)
  • 4 raw chestnuts, peeled and sliced
  • Custard:
    • 4 medium eggs
    • 2 1/2 cups dashi or light chicken stock
    • 1/2 tsp salt
    • 1 tbsp mirin
    • 1 tbsp light soy sauce

Resepi derhaka versi aku (bahan-bahan):

  • isi ayam (potong kecik), udang (gaul dgn kicap masin & masak tanpa minyak)
  • brokoli, carot, cendawan (potong ikut suka bentuk apa) - 
  • 4 biji telur
  • 2 1/2 cawan stok ayam
  • serbuk lada (jika suka)
* boleh tambah bahan lain yg disukai utk jadikan inti custard. 

Cara-cara:
  • panaskan periuk kukus
  • isi semua bahan inti dlm cawan/remekin
  • pecahkan telur dan pukul perlahan. jgn pukul sampai keluar buih, nanti rupa custard tak licin cantik.
  • masukkan stok ayam. kacau rata.
  • tapis campuran telur kedalam bekas lain.
  • masukkan telur yang sudah ditapis kedalam cawan yang berisi inti. 
  • tutup cawan dgn aluminium foil & kukus selama 10 minit.
  • kukus dgn api sederhana.











alhamdulillah...nebes jugak kalo tak menjadi. custard dia lembut aje, seakan2 kita makan puding caramel. cuma aku rasa lenkali nak tambah cili padi kat dlm ni, baru ada upmhhh. aku mkn chawanmushi ni dgn ikan bilis goreng, lobak asin & cili kicap. dh mcm mkn bubur nasi gayanya..hahaha.








Monday, 3 March 2014

Resepi: Japanese Egg Roll

Assalamua'laikum...

aritu aku ada cerita pasal nak buat egg roll tapi tak menjadikan. baru nak gulung dah pecah seribu. kali ni dgn vangganya aku nak menayang japanese egg roll yang berjaya aku buat sabtu minggu lepas. 

walaupun rupa tak berapa cun, tapi nampaklah jugak rupa egg roll tu. hehehe..

carot, brokoli, onion & cili padi ricik halus

4 biji telur + garam + sayur 

dadar nipis & gulung

taraaaa..egg roll yg dimasak dgn kasih sayang melimpah ruah..hehe


kepada pendiet atkins yang suka makan telur tapi menyampah nak pandang muka telur rebus & telur goreng bolehlah cuba buat egg roll ni. walaupun tetaplah menda alah ni telur dadar aje, tapi presentation tetap nak meletep (meletop ke?), penaik selera katanya. 

ada satu lagi resepi yang sesuai utk atkins aku nak kongsi. nanti ptg sikit atau esok aku upload k. tunggguuuuuu...

Tuesday, 25 February 2014

Roti Flaxseed .....

Assalamua'laikum...

seperti yang dijanjikan, arini nak kongsi resepi roti flaxseed. Roti ni low carb & sangatlah sesuai utk sesiapa yang sedang berdiet atkins. 

resepi ni aku jumpa kat kelab diet atkins di FB. terima kasih kepada sesiapa yang mencipta & share resepi tu. roti ni walaupun tidaklah sesedap & segebu roti gardenia atau masimo tu, tapi bolehlah melepaskan perasaan teringin kat roti. bagi aku roti ni sedap & gebu (sendiri buat katakan..haha)

Resepi: Roti Flaxseed

Bahan-bahan:

- 2 cawan flaxseed (aku sukat 1 bekas blender kering) dikisar halus
- 3 biji telur
- 1 sudu baking powder
- secubit garam
- pemanis gantian (aku guna palsweet 2 paket)
- 1/2 cawan air
- 1/3 cawan minyak masak

Cara-cara:
- kisar flaxseed jadi tepung (ikut suka kalau nak kisar kasar pun boleh)
- campurkan semua bahan kering n gaul rata
- masukkan pula bahan basah, gaul rata
- rehatkan adunan dalam 5-10minit
- masukkan dlm dulang pembakar dan bakar selama 20 minit pada suhu 250C
- siap masak keluar dan sejukkan roti. bolehlah potong ikut size yang disukai. sedia utk dimakan.

* adunan ni tak jadi doh mcm buat roti biasa. dia seakan-akan adunan cekodok yang pekat. jadi kacau pakai sudu sudah memadai tak payah nak menguli bagai.


kalau sesapa nak tau flaxseed tu apa, bolehlah tanya pakcik google. yang pasti byk khasiat flaxseed ni. malas pulak aku nak taip panjang2. korang cari n bacalah sendiri ya. aku beli flaxseed ni kat jusco 500gm = RM 9.50. boleh cari kat bahagian organics.


kat atas ni rupa flaxseed yang dah diblend halus. rupa asal dia mcm bijan.


adunan yang dah siap, rehatkan 5-10 minit.


belasah bakar dlm loyang pat segi biasa aje. kalo nak letak dlm petitin pun boleh, jadi rupa macam mini burger.



fresh from oven katanya.


alamak, melekat sikit. potong pun senget benget...makcik mmg fail kalau benda2 berseni ni..hahaha


sandwich telor bogel (sbb takde salad) terus pagi sabtu aritu. 

Monday, 24 February 2014

Bento atkins.....

.....yang kononnya mewah katanya...nampak mcm mewah sangat..padahal simple aje..

ini bento akak pagi ni...bertungkus-lumus tau nak menyiapkan bekal yang kengkonon sedap ni (nampak no menipunya...)


apa yang ada dlm bekas oren (warna oren ni penaik selera ye) diatas adalah:

- sepasang roti flaxseed berinti homemade beef patty + mustard (nama bukan main poyo lagikan)
- garden salad...nyumm nyummm
- ayam goreng kepci smlm punya dihiris nipis perangat balik...wakakakaka. asal boleh...




sarapan pagi ni bersama dengan Ahmad Tea green tea..tak habis pun makan. makan roti sepasang dgn salad tu sikit dah kenyang. makanya selebihnya tu mkn lunch ajelah. jimat duit cepat akak pi haji. amin ya robbal a'lamin.

nak tau resepi utk roti flaxseed tu? tunggu next entry ya (doakanlah aku rajin). 

oh ya, insyaAllah makanan kat atas tu lulus utk sesiapa yg buat diet atkins. kenyang & sedap (kat tekak sendirilah). sapa kata diet kena berlapar & makan tak sedap??? :P

Wednesday, 12 February 2014

Filet ikan dory yang sempoi...

Assalamua'laikum...

semoga semua yang menyinggah baca blog sepi ni sihat sejahtera & diberkati Allah selalu hendaknya. Amin.

Sebab2 tuan blog tak buat entry baru adalah kerana dia malas busy (konon!!) teramat. hari ni, nak cerita pasal 1st time masak filet ikan dory yang frozen tu. 

Selama ni teringin nak beli tapi takut hanyir..ye lah sbb pernah terkena makan kat kedai ikannya hanyir. tataulah yg dihidang tu betul2 ikan dory atau ikan haruan (jenis ikan pun tak reti nak beza..malu aje..hehehehe)

last week masa jalan2 kat tesco nampaklah dory ni. terus beli yang 1kg. pastu campak dalam peti ais, malam tadi sebelum tidur siap2 letak rempah ratus (macam ye ye aje). pagi tadi bgn goreng dlm kuali leper letak minyak lite2 aje.

hasilnya....


sangat sedapppp (siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri ye tak). bolehlah lepas ni beli lagi. sebenarnya malas nak pikir apa nak dimasak, malas nak siang ikan, malas nak renyah2 bila balik kerja. ikan dory ni adalah penyelesaian bagi aku yang "rajin" ini. 

kepada yang sedang buat diet atkins tu bolehlah beli ikan dory ni. gambo kat atas adalah menu bekal aku pagi ni. utk lunch dah siapkan juga..(rajin akakkan..) lemak cili api telor. perghhhh sapa kata diet tak boleh makan sedap??

ohhh kot2 ada yg tertanya2 apa aku bedakkan kat ikan tu..simple aje jawapannya. ikut suka2..aku just tabur sikit garam, lada hitam & cajun. malam tadi perap, pagi ni masak...mmg superb rasanya. 


Wednesday, 18 December 2013

Egg Roll Pecah Seribu Katanya.....

Assalamua'laikum...

Sihat? Lama tak jumpakan. Ehhh memang akak busy. Busy layan cerita korea The Heirs, Secret, Marry Him If You Dare...dannnn...Running Man. Haaaa jangan nak speku kata akak takde kerja lain nak buat selain dari kerja lagha itu ye. kerja2 yang baik, yang rajin akak malas nak bagitau kat orang...boleh? hehehehe.

Sebab dah lama tak menulis, maka skill tu makin tumpul. Tapi sebab tak mau blog bersawang..nak tunjuklah juga gambar & cerita sedih (lah sangat!!) dipagi hari.

gigih nak buat egg roll utk bekal pi kerja katanya. nak berbentolah kononkan..sekali hasilnya???

egg roll pecah seribu namanya uolls..

pecah seribu pun tetapp sedappp..nampak tak cheese meleleh itew :P

tatau dimana silapnya, bila gulung aje teloq tu pecah. mencik tau..dahlah kelam kabut nak pi kerja. walaupun presentation tak comey...tapi rasanyanya sgtlah malatop uolls. dlm tu ada daging cincang blackpepper, ada cheese, ada mayonis. Alhamdulillah kenyang.


Monday, 8 July 2013

Resepi Chicken Ball yang sihat katanya...

Assalamua'laikum...

salam pagi isnin. huwarghhhh ngantuk, penat gila. tak cukup tidur, tak cukup rehat. 2 hari mengelinjang ntah kemana pun tatau, sedar2 dah isnin. awat cepat sgt masa berlalu ni??

meh nak tayang apa yang aku buat smlm, stok utk bulan puasa katanya. dapat resepi ni dari group KDA kat FB. izinkan saya kongsi disini ya kepada yang empunya resepi, minta halal ye.


Resepi: Homemade Chicken Ball

Bahan-bahan:
850gm ayam cincang Ramly
secekak daun bawang - dihiris halus
sebatang carot - dihiris halus
hirisan cili - jika suka
(sayur2 lain yang disukai)
garam & lada sulah - secukup rasa.

Cara membuatnya:
- satukan ayam cincang & sayur2an yang dihiris
- perasakan dengan garam & lada sulah.
- didihkan air dalam periuk.
- bebolakan ayam dan rebus hingga bebola ayam tu timbul. itu tandanya dah masak.
- jika nak digoreng, boleh celupkan dalam telur dan goreng dlm minyak panas.

setelah siap digaul

siap utk dicampak dlm periuk direbus...

taraaaa...ready tu eat..

bebola ni boleh disejuk bekukan dlm peti ais. bila nak makan boleh dipanaskan. aku pikir nak wat sup sawi pecah telur. perghhhhhh terbaeklah. 

utk yang buat DA, sila jgn malu & segan mencuba. resepi ni sesuai amat utk Da + mudah, sedap & sihat gitu. :D

Thursday, 10 January 2013

menu diet atkins: sup telur + petola.....

.....kat sini aku nak letak contoh menu makanan masa aku buat diet atkins. menu simple aje. kategori orang malas nak masak jugalah aku ni, janji boleh makan sudehh. kalo lagi malas aku belasah telur rebus atau telur goreng aje. hampeh punya sakit M ~sigh~

sup telur + petola 2 dalam 1

nak resepi ke? iskkk sup bodo2 aje kot. malu nak tepek resepi. oklah, aku letak gak, mana tau berguna ye tak.

bahan-bahan:
2 ulas bawang putih (racik halus)
1 ulas bawang merah (racik halus)
cili padi (ikut suka)
ikan bilis (ikut suka)
2 sudu minyak zaitun
sayur petola (ikut suka byk mana)
telur (ikut suka byk mana)
sedikit garam
air

cara-cara:
1) panaskan minyak cik eton, tumis hirisan bawang putih, bawang merah, cili padi & ikan bilis sampai layu
2) masukkan air tunggu sampai mendidih
3) masukkan sayur petola
4) agak2 petola dah masak pecahkan telor
5) perasakan dgn garam

sedia utk dihidang. haaaa senangkan buat satu resepi lengkap. ada sayur ada lauk terus. tak payah aku nak masak 2-3 jenis. kan betul aku cakap aku malas. ehhh malas ke kreatif ek? jimat masa dah tenaga gitu. simple je ek...tak yah bagitau resepi pun xpe kan...hahahaa.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...