Showing posts with label resepi diet atkins. Show all posts
Showing posts with label resepi diet atkins. Show all posts

Tuesday, 23 September 2014

Cucur Flaxseed Kubis...

Assalamua'laikum...


Mesti ada yg singgah kat blog ni yg tgh berdietkan. Rasanya ramai juga yg berdiet atkins. Bagus2..kalau dah mula diet tu jgn main2 macam akak tau. Jap on jap off. Kurusnya idak. Akak tgk ramai yg dtg blog ni cari resepi diet, menu atkins, resepi flaxseed. So, meh akak nak share resepi malas utk sarapan akak pagi tadi.

Bahan-bahan:
Flaxseed yg dikisar halus
Kubis dipotong halus
Ikan bilis ditumbuk kasar
Cili padi
Sebiji telor
Sedikit garam
Sedikit serbuk cili
Sedikit air
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan dlm bekas. Gaul rata. Kendian goreng. Siapp..ha3


Walaupun rupanya tak cun, tapi rasanya tak buruk hokay. Jgn buat2 terkejut mcm iklan terlajak laris tu pulak..."eiii itamnya kuih" cuba dulu baru komen tau. Kalau nak tukar letak sayur lain pun boleh. Janji ada hidangan lengkap dalam tu. Orang 'rajin' katanya..hehehe. Selamat mencuba & berdiet uolls ;)

Tuesday, 4 March 2014

Resepi: Chawanmushi (Japanese Savory Egg Custard) versi melayu...

Assalamua'laikum...

semalam aku ada menjanjikan resepi yang sesuai utk diet atkinskan? ehhh tak buat atkins pun boleh cuba, resepi ni utk semua. maka hari ni aku akan menunaikan janji. tak dak hutang dah ehh.. ;)

chawanmushi ni ialah kastard telur iaitu sejenis lauk / desserts yg berasal dari jepun. aku pernah makan kat gerai takoyaki. lepas makan rasa teringin pula nak mencuba, makanya risik2lah kat encik google. 

cara buat senang aje, cuma bahan2 tu macam susah nak cari. pastu ada pula sake kat dlm resepi tu. jadi aku pun cubalah kaedah sendiri yang aku agak2 sesuai. 

biasanya chawanmushi ni dimasak dalam cawan (tea cups). tapi aku belasah masukkan dlm bekas plastik aje sbb takde pulak cawan yg sesuai. igt nanti nak pi daiso atau DIY nak cari tea cup yg cute miut. 



pic source: Google


Resepi asal dari bento.com (bahan-bahan):
  • 2.5-3 oz. (70-80g) chicken breast
  • about 1 tsp sake
  • about 1 tsp light soy sauce
  • 4 small raw shrimp, shelled and deveined
  • 1 lily root (yuri-ne) (optional)
  • 12 stalks trefoil (or equivalent amount of young spinach or watercress)
  • 12-16 raw ginkgo nuts, shelled and peeled (if available)
  • 4 raw chestnuts, peeled and sliced
  • Custard:
    • 4 medium eggs
    • 2 1/2 cups dashi or light chicken stock
    • 1/2 tsp salt
    • 1 tbsp mirin
    • 1 tbsp light soy sauce

Resepi derhaka versi aku (bahan-bahan):

  • isi ayam (potong kecik), udang (gaul dgn kicap masin & masak tanpa minyak)
  • brokoli, carot, cendawan (potong ikut suka bentuk apa) - 
  • 4 biji telur
  • 2 1/2 cawan stok ayam
  • serbuk lada (jika suka)
* boleh tambah bahan lain yg disukai utk jadikan inti custard. 

Cara-cara:
  • panaskan periuk kukus
  • isi semua bahan inti dlm cawan/remekin
  • pecahkan telur dan pukul perlahan. jgn pukul sampai keluar buih, nanti rupa custard tak licin cantik.
  • masukkan stok ayam. kacau rata.
  • tapis campuran telur kedalam bekas lain.
  • masukkan telur yang sudah ditapis kedalam cawan yang berisi inti. 
  • tutup cawan dgn aluminium foil & kukus selama 10 minit.
  • kukus dgn api sederhana.











alhamdulillah...nebes jugak kalo tak menjadi. custard dia lembut aje, seakan2 kita makan puding caramel. cuma aku rasa lenkali nak tambah cili padi kat dlm ni, baru ada upmhhh. aku mkn chawanmushi ni dgn ikan bilis goreng, lobak asin & cili kicap. dh mcm mkn bubur nasi gayanya..hahaha.








Monday, 3 March 2014

Resepi: Japanese Egg Roll

Assalamua'laikum...

aritu aku ada cerita pasal nak buat egg roll tapi tak menjadikan. baru nak gulung dah pecah seribu. kali ni dgn vangganya aku nak menayang japanese egg roll yang berjaya aku buat sabtu minggu lepas. 

walaupun rupa tak berapa cun, tapi nampaklah jugak rupa egg roll tu. hehehe..

carot, brokoli, onion & cili padi ricik halus

4 biji telur + garam + sayur 

dadar nipis & gulung

taraaaa..egg roll yg dimasak dgn kasih sayang melimpah ruah..hehe


kepada pendiet atkins yang suka makan telur tapi menyampah nak pandang muka telur rebus & telur goreng bolehlah cuba buat egg roll ni. walaupun tetaplah menda alah ni telur dadar aje, tapi presentation tetap nak meletep (meletop ke?), penaik selera katanya. 

ada satu lagi resepi yang sesuai utk atkins aku nak kongsi. nanti ptg sikit atau esok aku upload k. tunggguuuuuu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...