Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Thursday, 10 January 2013

menu diet atkins: sup telur + petola.....

.....kat sini aku nak letak contoh menu makanan masa aku buat diet atkins. menu simple aje. kategori orang malas nak masak jugalah aku ni, janji boleh makan sudehh. kalo lagi malas aku belasah telur rebus atau telur goreng aje. hampeh punya sakit M ~sigh~

sup telur + petola 2 dalam 1

nak resepi ke? iskkk sup bodo2 aje kot. malu nak tepek resepi. oklah, aku letak gak, mana tau berguna ye tak.

bahan-bahan:
2 ulas bawang putih (racik halus)
1 ulas bawang merah (racik halus)
cili padi (ikut suka)
ikan bilis (ikut suka)
2 sudu minyak zaitun
sayur petola (ikut suka byk mana)
telur (ikut suka byk mana)
sedikit garam
air

cara-cara:
1) panaskan minyak cik eton, tumis hirisan bawang putih, bawang merah, cili padi & ikan bilis sampai layu
2) masukkan air tunggu sampai mendidih
3) masukkan sayur petola
4) agak2 petola dah masak pecahkan telor
5) perasakan dgn garam

sedia utk dihidang. haaaa senangkan buat satu resepi lengkap. ada sayur ada lauk terus. tak payah aku nak masak 2-3 jenis. kan betul aku cakap aku malas. ehhh malas ke kreatif ek? jimat masa dah tenaga gitu. simple je ek...tak yah bagitau resepi pun xpe kan...hahahaa.





Tuesday, 8 January 2013

Sebab kantoi diet.....

kenapa eh? duk kata nak diet, tapi dalam 7 hari mesti ada 3-4 hari kantoi. 

sebab??? tengah duduk ngadap monitor, seseorang cuit bahu i..ehhh apa ni cuit-cuit, kaco i nak layan baca blog...kehkehkeh...

"kak G, kang kita main masak2 ek."

"masak??"

"haah, aku bawak ni.." dia hulur plastik mesra..apakah???

cer teka apa dalam plastik ni..


sedikit hint..


taraaaaa...menariks sangat kannn...


sekali bukak ada MAMEE Chef perisa tom yam thai kau. hamekkk...kecur air liur terus. dah terbayang dah rasa kuah yang masam-masam pedas & mee yang kenyal2. perghhhhh...tak mampu nak tolak.

habislah..habislah...aku kena maki. org cakap gemuk nak emosi, pastu pantang kena goda terus cair. hahahaaha. alahhhh esoklah diet. boleh?? sekali lagi kena caci. dah 10 tahun cakap esok nak diet, tak juga kurus. 

ya para pembaca sekalian, bebudak kat opis aku ni ada satu perangai dimana, kalau bebudak ni tapau / bawak makanan, sure depa datang letak kat meja aku.

beli/bawak kek, goreng pisang, kuih-muih, keropok, cekelat, kacang, jajan entah hapa-hapa lagi tah, suma pakat2 nak letak tpt aku. nak lepak makan pun kat tpt aku yg sekangkang kucin aje tu pun.

yg gemok aku jugak. depa tu makan macam-macam tak gemuk pun. tak adil tau. menciiikkk...tapi aku percaya orang bagi makanan tu sbb sayang. murah rezeki i kan. hehehehe. 


Saturday, 21 July 2012

usai hari pertama.....

.....Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah krn berjaya melepasi dugaan dan godaan berpuasa hari pertama. takdelah godaan lapar atau apa. serius hari ni cuaca baik..badan pun baik tak buat hal lapo ke apa. haus tu biasalahkan. sahur tadi minum susu omega + milo  +  oat aje. sebab tak larat nk masak n makan. amsyar kena warded...maka pegi spital amik lia. blk dkt 2 pagi. tido tatau kul brp...sudahnya sahur seringkas mungkin. berbuka??? ringkas juga, nasi sepinggan + sambal udang petai + sayur bendi celur. konon tak nk mkn nasi, kat umah mak ssh xmkn nasi. tp berjayalah xtambah wpun lauk adalah peberet okey...oh ya berat naik mencanak u...pg td timbang 128kg...what????!!!! mmg terkejut...haruslah aku kena usaha gigih lagi bejoget2 membako kalori...

Thursday, 12 July 2012

Cosway Bio Protein .....

.....soy & whey bio protein. ini adalah sarapan aku pada jam 7 pagi setiap hari sejak isnin yang lepas. 


tapi aku tak minum bio protein ni semata-mata sebab rasanya adalah tawar sesangat & tak best kalo minum gitu saja (kata nak sihat, tp sume benda nak best). kat bawah ni adalah beberapa resepi (resepilah sgt) campuran bio protein yang aku buat.

Isnin : 1 scoop bio protein + 1 biji epal hijau + air kosong (blend sekali) tuang masuk cawan + 2 sudu nestum. 
- rasanya okay boleh diterima tekak.

Selasa: 1 scoop bio protein + 1 sachet 3-in-1 old town white coffee classic + + air kosong + 2 sudu oat.
- kocak-kocak pastu minum...memanglah sedap dah campur kopi tu....

Rabu: 1 scoop bio protein + 1 sachet 3-in-1 milo fuze + air kosong + 2 sudu oat
- kocak-kocak terus minum...pun sedap juga...

Khamis: 1 scoop bio protein + 1 biji pisang montel (yg dibekukan kat peti ais) + oat + air kosong (blend sekali)
- sedap...rasa mcm banana smoothie. kalau campur dgn ice cube lagi best kot...hehehehe...

sejak seminggu ni, perut mmg tahan tak rasa lapar. kalau ada pun rasa tekak & nafsu nak makan aje. tapi tak berapa dilayan pun. boleh pula sejak hari selasa, 3 hari berturut-turut aku minum bio protein ni pukul 7 pagi, pukul 10pagi makan tosai sekeping (sebab temankan lia sarapan), lunch kdg makan kadang tidak, kalo tak makan nasi aku makan epal hijau/pisang.

petang baru makan nasi & lauk pauk yang dimasak sendiri kat rumah. 

kalaulah aku berjaya kawal nafsu tak ambil nasi, makan lauk pauk aje, fuhhhh pasti lagi cepat boleh turunkan beratkan....

nak tau apa khasiat & kebaikan bio protein ni, silalah google dekat cosway ye ;)


Friday, 6 July 2012

diet boleh makan kacang tak?

snek kesukaanku...


ada org bertanya, kalau diet boleh tak makan kacang?? aku ni ilmu diet pun tak ada. aku tgh amalkan diet apa pun tak tau. yg pasti bukan ATKINS (utk waktu ini).

kalau tanya pada aku soalan kat atas, aku yg kurang ilmu diet ni akan jawab boleh. sebab??

meh aku salinkan apa yg ada kat belakang paket kacang (dlm gambar atas) tentang nutrisi dia ya. silalah baca, penat tau nak taip ni..hehehe

serving size: 30g (% daily values)
energy: 173 kcal
total fat : 12.0g (18%)
saturated fat: 0.3g (2%)
cholesterol: 0.0mg 
sodium: 394mg (16%)
total carbohydrate: 7.5g (3%)
dietary fibre: 0.3g (1%)
sugar: 0.9g 
protein: 8.7g

*percent daily values are based on a 2000 calorie diet. you daily values may be higher or lower depending on your calorie need (habis sume aku salin...hahaha)

sebab apa aku jawab boleh makan kacang?? sila tgk pada total carbs & protein dia. carb tu kiranya masih rendah. dannnn...kacang ada protin kan? protin perlu utk badankan?

serving size dia 30g tu lebih kurang 1/2 pack kacang. jadi, jgnlah mkn sampai 1 pack. tapi kalo aku mmg 1 pack tu kejap aje...huhuhuhu...

sebab tu walau suka mkn kacang, aku akan beli sebulan sekali dua aje. buat lepas teringin.

tak kira berdiet atau tidak, kita kena beringat satu perkara. makanlah apa pun, jgn melebih2. makan apa pun kalau berlebihan akan mudarat. makanan berkhasiat pun akan jadi racun pada tubuh kalau kita mkn dgn terlampau lebih. 

p/s ~ kepada yg lebih tahu & byk ilmu tentang diet ni, sila betulkan kalau aku silap ya. kita kongsi2lah ilmu. sharing is caring you ;)

celoteh pagi ini 06.07.2012.....

.....Assalamua'laikum, salam pagi jumaat yg penuh barakah kepada semua.... (:

tak moh cerita banyak2...nak tayang apa yg saya makan malam tadi aje....




sup kubis bunga + tauhu + telur & ikang mata besar goreng berlada....(gigih tak makan nasi...hehe) kalau ada cili padi potong pasti lagi yummeh...

menu makan seharian semalam:

8.45 am : toseh & nescafe ais

1.00 pm: chicken tenpayaki

3.30 pm: 2 kpg roti bakar + nutela

7.00 pm: sup kubis bunga seperti diatas


pagi ni kat rumah tadi mkn 1 kpg roti + nutela & 1 biji epal hijau & air kosong.

pukul 8.45 mkn sepinggan mee goreng & kopi 

lia baru dpt khabar yg dia ada sedikit kencing manis. jadi dia kena kawal makan. dgn automatiknya aku pun akan kawal mkn juga, ada geng katakan. konon!!! 

Friday, 15 June 2012

mari bina semangat baru.....

.....masih nak bercerita pasal diet dan senaman, walaupun cik punya badan si empunya blog ini adalah hari-hari kantoi pada makanan. namun begitu berjayalah juga buat workout ringkas 2-3x sehari 5-10 minit sekali workout. workout ringkas2 & bodoh2 pun dah terasa mcm hebat sgt...susah kalau org pemalas mcm aku nih...


psstt pstt percaya tak aku ni byk minum air kosong, jadi rajinlah masuk toilet. setiap kali masuk toilet aku akan buat buat wall push up dalam 10-20 kali...mujur tak berpeluh n berbau...hahaha

setiap hari aku akan baca perjalanan diet insan2 yg kuat semangat utk menurunkan berat badan. dari penjagaan makanan sampailah senaman. baca perjalanan diet org memberi aku motivasi dan inspirasi utk tak cepat patah semangat. aku sendiri rajin buat entry pasal diet utk push diri sendiri supaya jgn malas, jgn patah semangat.


kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya. begitu juga dgn kurus, kalau tak usaha mana nak dapat hasilnya. kannnnnnnnnnnnnn???? kalau part buat ayat bagi semangat handal sgt konon, tapi nak melaksanakan tu apasallah selalu sgt lemau macam keropok terdedah angin.


apapun aku gembira dgn diri sendiri yang dah mula nak gerak2kan badan, nak tekan diri supaya bergerak juga, bangun tido awal dan buat workout. sebalum tidur pun buat sit up dulu. cuma mcm aku ckp sebelum ni, aku ada masalah kaki & lutut. aku ni kalau naik tangga pun susah, 1 tapak kaki kanan, 1 tapak kaki kiri atas anak tangga yg sama. org dah sampai tingkat 5 aku kat tingkat 1 lagi.


tak apa...perlahan2...aku akan usahakan untuk ringankan badan sikit2...kalau tak boleh buat senaman yg menekankan kaki, aku akan buat senaman cara lain. tak mampu berlari aku akan berjalan perlahan. tak boleh meloncat aku akan twist2 aje kaki ni sambil joget ringan2 setakat yang mampu. dan Alhamdulillah, aku boleh angkat kaki masa baring mengiring...aku mampu buat push up kat dinding..org kata lebih baiklah dari tak bergerak langsungkan. 


bab makan pun aku akan mula kawal semula. akan mula tgk apa benda yg masuk kemulut. kalau dah senaman yg ringan, kalori yg diguna rendah, sah2lah kena makan sikit2 aje kan. pemilihan dari segi carbo, protein segala tu kenalah disukat2kan. insyaAllah, balik dari bercuti aku akan mulakan dunia-diet-zie yang baru. :D



Monday, 4 June 2012

kurus dengan produk???

.....nak tahu tak satu perkara yang aku tak berapa suka bila pergi berjalan2 kat tempat awam (contohnya macam kat shopping mall). ianya adalah, tengah kita elok2 jalan jamu mata, ada seseorang yg tak dikenali datang hulurkan pamplet/brochure. 

okay, kita tak bolehlah nak marah kat org tu kan. sebab dah kerja dia memerlukan dia menyampaikan brochure tu kat org, utk mengiklankan produk atau bisnes mereka.

tapi yang tak bestnya, dalam banyak2 produk, akak selalu dapat brochure pasal menguruskan badan, mengempiskan pinggang dan pinggul, penampilan cantik dalam 100 hari....dan macam2 lagi yang berkaitan dengan transform-dari-gemuk-kekurus. 

ialah, dah dia jual produk kurus, of coz lah dia attack sigemuk macam akakkan..takkanlah dia nak hulur brochure kurus kat cik adik manis badan macam model pulak. logik akal lah sikit cik zie oiiii. takkan itu pun nak marah???

dak aihhh sapa kata aku marah. aku tak marah aihh...aku cuma tak berapa suka aje. cemuihlah cheq dgn benda2 berkaitan diet segala ni. lebih2 lagi masa duk huluq brochure tu depa duk ckp kuat2, "akak nak kurus tak", "saya ada buat pemeriksaan kesihatan, marilah cuba", "mehlah saya tunjuk cara nak jadi cantik"...apaaaa??? akak tak cantik ke dik???? nanges :'(

kalau betoi cheq nak try produk diet, lama dah cheq pi beli, tak payah nak huluq sgt lah brochure tu. psssttt pssstt kalau nak tau dulu2 cheq dah cuba dah segala produk 'terhebat-meletop-popular-terlaris-terbukti-berkesan' dipasaran tu. hasilnya???? tarrraaaaa....

akak dah jadi ala2 model 'tiru macam saya' (baca dgn intonasi nyanyian saloma tu ya). bezanya, dlm lagu tu katanya 'pinggangku yang ramping dan dadaku yang bidang'...tapi aku ni...bukan dada aje bidang, bahu, lengan, perut, pinggang, pinggul sampai kebetis semua bidang (baca: kembang) dik non oiiiii....

makanya, terbuktilah produk yg terbukti berkesan tu tak berkesan atas diri aku. mungkin pada org lain menjadi, pada diriku adalah NO sama sekali. dah byk aku perhabis duit beli segala produk utk diet ni, turunlah kot 2-3kg, lps tu statik aje. bila berhenti, vavavavaaaaaa naik mencanak2 mcm doh terlebih ibu roti. gebus cik senah badan akak.

sekarang ni dah macam2 produk keluar kat pasaran. semua pengeluar duk canang2 produk depa terbaik, terhebat & terbukti berkesan. ada juga sampai berani bagi jaminan '100% money back guarantee'..hamboi ko, kalo lah ramai yg claim jaminan ko tu, boleh jual kilang ko tau. 

byk juga yang bila diperiksa mengandungi bahan terlarang yg memberi komplikasi tak baik pada tubuh seperti kegagalan fungsi buah pinggang, tekanan darah tinggi, masalah jantung dsb...

kepada mereka yang bertubuh besar macam aku ni, sebelum beli sebarang produk kurus ni, sila periksa dulu dah disahkan oleh kementerian kewangan ke belum. sila juga survey lebih sikit kat internet kot2 ada kompelin pasal produk tu dari pengguna.

dan nasihat aku, berdietlah cara sihat. aku tak moh kata jangan makan produk kurus. dan aku tak kata produk utk kurus adalah tidak bagus!! jangan beli, anda pasti tertipu!!! tidak. aku pun tak tahu produk mana yg bagus, produk mana yg tak bagus. itu dah macam aku menyekat rezeki org lain yang buat bisnes kecantikan & pengeluaran produk utk kurus pulakan. 

cuma berdasarkan pengalaman aku dan beberapa org kawan yg dah mencuba pelbagai produk ni, kami menyarankan kalau nak berdiet, berdietlah cara sihat. bersenam dgn konsisten, pemilihan makanan yang sesuai dan motivasi yang tinggi akan membuahkan hasil yang manis.

nanti mesti ada yang kata, saya tak makan nasi, tak kurus pun. saya tahan makan, tak juga susut. helllooo!!! nak kurus sebenarnya tak susah (juga bukan senang). dah terbukti ramai yg kurus dgn cara yg betul & sihat tanpa mengambil sebarang produk diet. anda cuma kena bersabar. jgn lah baru diet seminggu atau sebulan anda harap berat turun 20kg/month. logik akallah sikit. kita menghimpun lemak bertahun2 takkan nak kurus dalam masa sebulan, ye tak???

satu lagi, jgn igt berlapar, dgn menahan makan, membuatkan diri kebulur seharian adalah cara utk kurus. never! percayalah, anda tak akan kurus dgn hanya menahan makan dan membiarkan perut lapar. berdiet bukan bermakna kena tahan makan. ada juga yg makan penuh perut pastu jolok tekak sampai muntah, weeeiiii itukan pembaziran dan ianya adalah amalan shaiton. apa kes la nak jolok tekak segala. ada juga yg kata merokok boleh kurus. pirahhh jgn ler percaya. 

diet adalah bermaksud pemilihan makanan yang sesuai utk keperluan tubuh badan kita. sesuai macam mana?   contohnya, kalau kita ada kencing manis, kurangkanlah pengambilan makanan bergula & tinggi karbohidrat. jangan ingat diet hanya utk kurus dan utk org gemuk sahaja. diet ni adalah utk setiap manusia & setiap peringkat umur untuk mendapat kesihatan yang baik.

kalau nak berdiet, kenalah buat kajian sikit. rajinkan diri membaca, ada macam2 jenis diet yg boleh dipraktikkan. 

buatlah pilihan yg bijak (pic google)


utk permulaan jgn terlampau mendesak diri sehingga sanggup berlapar. apa kata mulakan hari baru anda dgn benda yg simple dulu. berhenti ambil junk food. berhenti makan fast food. kurangkan pengambilan air manis (cukup sehari sekali atau jgn ambil lgsg). lebihkan makan sayur, protein (ikan, ayam, telur, udang) dan kurangkan pengambilan karbohidrat (nasi, kuih-muih, mee, mee hoon, roti). jgn berlapar, mkn lah 3-4 kali sehari dalam hidangan yang kecil. 

dalam seminggu cuba buat senaman 3 kali. atau bgn pagi tu meh kita joget2 depan cermin 15 minit. jgn push diri utk berlari kalau tak mampu (sakit kaki macam aku ni). 

cuba buat dalam sebulan tgk apa hasil pada timbangan. kalau hasil timbangan turun 1-2 kg sebulan kira cukup baik. tgk pula kat baju atau seluar, ada longgar tak? kdg2 org terlampau risau kat nombor dipenimbang, tak sedar inci dibadan dah berkurang. 

igt tak pada entry aku tentang kurangkan garam? korang boleh juga berdiet cara mcm tu. satu perkara aje kena igt, buat sesuatu benda kena sabar & konsisten (itulah masalah aku).  

nak cerita pasal diet & kuruskan badan ni 7 hari 7 malam, berkajang2 kertas pun tak cukup sebenarnya. nantilah kalau rajin lain kali aku sambung balik topik diet ni. ye lah, aku pun tak kurus2 lagi. itu maknanya apa??? cakap memang senang..nak buat tu susah. bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. benda yg senang, kalau tak praktikkan pun tak gunakan (sedar pun ko ye cik zie!!)





Thursday, 31 May 2012

ohhhh ayam penyet...jakunnya...

.....kannnnnn....apalah jakun sgt aku nih, org lain dah jemu mkn ayam penyet, aku baru hari ni nak merasa. itupun sebab dipelawa kawan opis ni utk mkn kat kedai ayam penyet (lupa pula nama kedainya) dekat Cyberjaya ni, dekat2 dengan bangunan Prima Avenue. 

selama ni dgr nama ayam penyet aku adalah tak teringin nak makan. dgr perkataan 'penyet' sudah membuatkan selera aku pun turut terpenyet, mulalah kepala otak ni duk fikir ayam ni dipenyet-penyet (sengal sungguh ko ni), terus jadi tak lalu. 

tapi tadi okay aje bila kawan-kawan ajak. selagi tak cuba kita tak akan tahukan. maka orderlah set ayam penyet, nasi putih & teh o ais limau.

set ayam penyet adalah sebiji mcm dlm gambar ni (pic google)

lauknya mcm kat atas tu dihidang, dlm tu ada ayam goreng (yg tabur2 atas ayam tu sedap), ulam-ulaman (kangkung celur, kobis, timun), tauhu & tempe goreng. juga sambal dia yang sedap.

seorang makan dalam RM 11+ (termasuk air) macam tu. oklah, portion lauknya banyak & sedap. dan kalau sesiapa yang nak berdiet, tak mau makan nasi boleh ambil lauk dia aje. pun dah mengenyangkan. 

selain ayam ada juga udang, ikan keli, daging dan byk lagi, tak berapa sempat nak meneliti menu, perut masing-masing dah berdengung kena gendang, sampai2 terus order, makanan sampai tak sampai lima minit & terus makan sampai tak berbunyi. tau2 dah habis...heheheehe.

jadi..adakah aku akan datang makan lagi disini? akan cuba lagi makan ayam penyet? jawapannya adalah yes. lenkali nak makan udang dia, nampak mcm sedap je org meja sebelah tu makan. budak2 yg pegi mkn sama td pandang pelik aje muka aku bila ckp aku xpernah mkn ayam penyet. jauh ketinggalan rupanya daku ini...jakun sungguh. hahahaah.

Thursday, 24 May 2012

fat vs skinny...



...pernahkan anda membuat perbandingan antara diri anda dan org lain? aku??? bukan pernah aje malah selalu...


bukan buat perbandingan macam nak cakap, aku bagus dari dia, atau dia bagus dari aku. tidakkkk sama sekali cik senah. aku kalau kemana-mana, kalau ternampak perempuan yang bersaiz UK (sama macam aku)..mulalah aku tergedik-gedik ekor tanya kat adik-adik, emak atau kawan-kawan yang ada dengan aku masa tu, "org depan tu dengan aku siapa lagi gemuk???" 


haaaaa...aku jarang nak bandingkan diri yang gojes ini dengan org yang berbadan lansing macam cik adik kat american next top model tu. aku lebih berminat nak bandingkan diri dengan org yg sama sekufu saiz & sekapal dengan aku sahaja. bukan apa, nak tau juga bentuk badan aku kalau sama dgn org lain. tgk dlm cermin tu tak puas. bengong sungguh!! 


selalu jawapan yg aku dapat adalah...

"kau lagi gemok..." ...nangesss :'(

"kau kecik sikit, sikit ajelah. tapi tangan kau lagi beso dari dia..." okay..tgn aku sentiasa menang..sebab dia sgt besar gadang.

"sbb ko tinggi nmpk mcm dia beso sikitlah, sebenarnya sama je, ehhh ko beso lagi dr dia..."  baru aku nak sengih, tak jadi terus..

"dia beso dari ko, tapi tgn dia kecik..." gagal lagi tang tangan...pengsan...


mcm tu lah selalunya. aku selalu kalah kalau dibandingkan dgn org lain. apatah lagi kalau nak bandingkan diri dgn sikurus. confirm sorok-kepala-bawah-sofa.



lepas tu, kalau duduk atau berjalan dengan sibadan-comel-yang-kurus...mestilah perbezaan kami nampak macam ibu jari dgn jari kelingking..kannnnnn???? sadis sungguh. kena pula duduk dekat tempat awam, kerusi ada dua seat aje, confirm bimbang kerusi terjungkit kat sebelah aku...hawaaaauuu sungguh..seram okey...

satu lagi kalau naik lif yang penuh, ya ampun kalau boleh aku tak mau masuk. takut dia berbunyi macam minta nyawa sebab dah overload...malu sehh...


agaknya apakah perasaan sikurus pula bila duduk depan cermin? mungkin diorang takut saiz badan diorang mengembang macam doh terlebih ibu rotikan? 


kite yang gemuk ni pula...nak tgk cermin selalu pun ngeri..macam takut kena sumpahan, cermin terus retak. hah gila ko?? kehkehkeh...apa sajalah aku merapu ni. sejak dulu aku mmg dah badan beso, jadi tak takut dah tgk cermin. cuma bila nmpk tang spare tyre tu buat kalih mata kelain, picit jerawat ke, belek rambut ke...tak ngaku aku gumok...kakakaka...

apapun, aku percaya Allah jadikan manusia ni dengan kelebihan & kekurangan masing2. ada yg kurus kerempeng nak badan berisi sikit, yg bdn berisi of coz nak kurus & lawa. ada juga yg Allah bagi badan kurus & cantik, tapi kulitnya sedikit gelap. ada yang badan gemuk & lawa, berkulit cerah. ada yang badan cantik, tapi muka penuh jerawat. ada yang gemuk gedempol tapi kulit halus bak sutera. masing2 dpt bahagian masing2. gemuk, kurus, hitam, putih, tinggi, rendah. cumanya tak bolehlah nak akata aku gemuk sebab Allah dah jadikan mcm tu, part kurus gemuk tu boleh lagi usaha nak ubah (tau tak cik zie...!!!).


Tuesday, 22 May 2012

jom puasa jom...

...assalamua'laikum....

huwarghhhhhh ngantuk tahap nak hempas kepala kemeja rasanya. andailah waktu ni dapat sentuh kepala kat bantal dalam bilik yang dingin dan gelap...pastiiii....syiok gile....



malam tadi tidur memang macam ayam...sat-sat terjaga, nak ke toiletlah, selsemalah...tak aman langsung nak dapat mimpi indah jumpa pelakon korea yang hensem-hensem tu...mencikkk!!!

amboi amboi...sedapnye tido

sebab dah berjanji mau puasa ini hari, pukul 4.30 pagi aku dah turun kedapur. elehhhh bukan nak buat apa pun, panas-panaskan lauk-pauk petang semalam & masak air aje.

setelah 2 minggu dapur tak berasap...aku & lia main masak-masak petang semalam lepas balik kerja. alang-alang malas, kami masak lebih sikit. menu semalam sambal tumis ikan bilis, ikan aya/tongkol/tuna masak singgang & celur bendi. 

sahur tadi itu juga juadah kami. berbuka nanti macam mana pula? plannya nak goreng ikan temenung & buat sup cendawan.sambal tumis ikan bilis banyak lagi...cukuplah makan bertiga sampai esok kot. walaweiiiiii kecur air liur akak.

memandangkan aku ni ada masalah bendera jepun yang tak normal, maka selagi boleh puasa ni gigihlah aku berpuasa. kalau tak madangnye bendera merah...tak suuukeeeee....

harap-harap hari ni dapat berpuasa penuh, insyaAllah....byk lagi kot nak kena ganti...hukhukhuk...

p/s ~ bila dah lama tak puasa..mulalah rasa mcm bebudak baru balajar nak puasa, muke seposen aje menanti waktu berbuka..dapat segelas air kosong sejuk jadilah...hahahaha hawau sungguh..

Monday, 21 May 2012

bicara hati... siapa suka gemuk???

.....siapa suka gemuk??? sila terjun bangunan....hahahaha...

gemuk yang aku maksudkan ni bukan yang macam orang saiz S yang selalu merungut-rungut "aku dah gemuk..." (dengan suara dan aksi mengada-ngada) bila berat dia kat weight scale naik 500gm. itu bodoh piang kata orang kampung aku....

gemuk disini (dalam definasi & kamus aku) adalah berat badan yang melebihi 80kg dan masuk kategori obesiti. FAHAM???

gemuk disini adalah bila semua kedai pakaian & kasut ketiadaan stok bersaiz anda. lebih-lebih ketara anda adalah seorang gemuk, apabila baru je nak jejak kaki dalam kedai baju tu, cik promoter berwajah cantik, bersaiz XS memandang anda dengan sinis dan senyum yang sumbing. oh tuhan!! rasa macam terigin sahaja kulayangkan tapak tangan bersaiz gergasi ini kepipi kerempeng itu. hello!!! aku masuk ni sebab nak belikan baju untuk adik aku. walaupun aku nak beli baju untuk diri sendiri pun, suka hati akulah nak beli saiz apa pun.



sesiapa yang badan dia gemuk, apa kata-kata hinaan yang korang biasa dengar? mungkinlah bukan ditujukan kat korang, mungkin sekadar sok-sek sok-sek dikalangan mereka yang bersaiz S.

biarlah aku jawab sendiri soalan itu ye. sebab??? anda betul...sebab saya adalah gemuk...sila tepuk tangan kuat-kuat...antara kata-kata sinis yang aku pernah dengar pasal orang gemuk ini ialah:

1) "isk..isk..patutlah gemuk, kuat makan rupanya," - padahal dlm pinggan tu ada nasi 1/2 senduk, ayam goreng seketul, sambal udang 4-5ekor dengan sayur aje. dalam pinggan tukang komen lagi berlambak nasi & lauk...takde pula sigemuk ni nak kata.."eh eh, byknya makan, tak takut gemuk mcm kita ke?"



2) "sorrylah kak, kedai ni tak ada baju saiz akak," padahal sigemuk baru aje belek-belek baju gaun tu utk hadiahkan kat adik dia. belum apa-apa dah kena cantas.

3) "mak oiii, kasut siapa yang besar macam saiz kapal ni?" dengan suara yang kuat dalam majlis orang pula tu. (terkena kat batang hidung aku...sentap jiwa akak okey...)

4) "umi, kenapa acik tu badan dia besar gadang??" amboi-amboi tak padan kecik mulut boleh tahan kau, menurun mulut jahat umi & ayah awak ke anak oiii?? (juga terkena pada aku yg gemuk ni)..psstt pstt sekarang umi budak tu pun dah makin melebar body dia...ahaks..

5) "tu dia, gergasi sudah kembali!!!" what the...??? wah siap nyanyi-nyanyi lagi...teringin sgt ke gergasi ni pijak-pijak badan kau sampai keluar isi perut??

6) "I risau betullah, pagi tadi timbang berat I naik 500g, berat I sekarang dah jadi 46.5kg tau. mesti hubby I bising kalau tahu ni". - hey you...kalau nak tahu, org jantan ni, kalau dia dah miang, berat bini 40kg pun dia gatal juga kat luar. cuba you tgk artis2 body kerengga yg kena cerai tu, bukan salah badan tau, dah laki dia yg gatal. tak payahlah you nak ngadu-ngadu kat I yang berat 120kg ni...hubby I tak pernah kompelin hokay!!!! (ini bukan akulah...kakakakaka)

7) "aku dah tau nak beza dah kau dengan tong drum tu, lebih kurang sama aje". - aikkk kasar nampak gurau  tu kawan.

8) "bila kau nak kahwin ni? tu lah suruh kurus kau tak nak." - siapa kata aku tak nak, hah sengal? kau tahu ke kalau aku tgh berusaha utk kurus??? jodoh tu ketentuan Allah, habis yg kurus cantik belum kahwin lagi tu apa pula alasan dia?

ada byk lagi penghinaan & kejian yang aku biasa dengar & baca. iye, aku tahu & sedar, gemuk ni tak cantik. dan lebih penting lagi, tak baik utk kesihatan. tapi...siapa yang mahu gemuk ya???

jangan sangka org yg badan gemuk ni tak pernah berfikir & berusaha utk menguruskan badan dia. jangan ingat org gemuk ni tak pernah rasa sedih bila cari baju kat kedai takde saiz, bila org perli-perli dia sentiasa. org gemuk ni ada hati & perasaan juga tau. walaupun dia selalunya gelak aje bile kena jadi bahan lawak.

aku ni sebab dah berbadan gemuk dari kecik, dah tak jadi kudis pada aku kalau org duk pakat2 kutuk pasal gemuk ni. memanglah panas hati, tapi aku takde lah pula nak ambil berat sgt kata2 org. paling tidak aku marah2 kat belakang aje. ataupun jawapan aku selalu gini "ehhhh kite gemuk pun lawa tau. pernah tak org tegur korang comel? tak pernahkan. kite ni selalu org ckp comel...kau ada???" (ini selalunya aku ckp dgn nada gurau2 dgn sedara-mara @ jiran2 aku kat majlis kenduri. itu sebab aku benci pegi kenduri tau).

okay, kepada yang berbadan besar gadang, gemuk gedempol, saiz gergasi, shrek, tong drum dan sebagainya itu, marilah kita berfikir positif. org kutuk-kutuk tu sebab mereka prihatin. cuma mereka ni spesis super sapien yang tak pandai nak cakap cara elok. jadi marilah kita berusaha kuruskan badan. demi kesihatan & kecantikan kita.


kurangkan garam...

...Assalamua'laikum...

macam mana dengan weekend korang? seronok? aku?? habiskan masa kat rumah mak dengan bermalas-malasan. apa pun tak rajin nak buat. tapi...tetaplah kena masuk dapur, nanti tuan besar mengaum mengamuk pula kalau tak masak. iskkk...tak ada ke hari tutup dapur sedunia dalam kalendar?

semalam (ahad) duk main tukar-tukar siaran tv. terpasang siaran tv Alhijrah. masa tu tgh ada rancangan dr oz show. dr oz tgh sembang-sembang dengan sorang pakcik yang berat badan dia dah turun beberapa kg, aku tak berapa igt.

pakcik tu berdiet dengan cara kurangkan pengambilan garam dalam pemakanan dia. dalam tempoh sebulan, baju & seluar dia dah longgar beberapa inci. sebelum ni pakcik tu ada tekanan darah tinggi (yang sangat-sangat tinggi & bahaya), lepas sebulan tekanan darah dia dah jadi normal, tanpa pengambilan sebarang ubat. wow! hebatnya, sebulan aje tau.



masa show tu, pakcik ni pakai baju kemeja & jeans masa dia belum berdiet dulu. dekat belakang baju dia siap ada sepit baju (bahagian baju yg dah longgar disepit dgn penyepit), byk inci jugalah dah mengecut. jeans dia pula siap berlipat & tali pinggang dia siap kena tambah lubang kat bahagian dalam sebab pinggang dia pun dah mengecil.

size badan pakcik tu masih lagi besar & obesse...tapi dalam tempoh sebulan, byk dah yang dia berjaya kurangkan dari segi kesihatan & berat badan. bukan dia sahaja, wife dia yang tukang sediakan makanan tu pun berjaya turunkan berat badan sama. iyelah, dah dia masak, dia pun makan sama, jadilah sihat sama-samakan. 

itu pentingnya kalau nak berdiet & ada sokongan dari org sekeliling, terutama family. bila satu keluarga jaga apa yang dimakan (walaupun sorang aje berniat betul-betul nak kurus), semua ahli keluarga akan terjerumus mendapat kebaikan.

okay, apa yang aku cakap, pakcik tu berdiet dengan cara kurangkan garam. dia ambil garam sikit sgt dlm setiap hidangan makanan dia. selalu org kata makanan akan jadi tak sedap tanpa garamkan? apa yg dia buat utk jadikan makanan dia sedap & berkhasiat? dia hanya letak hujung sudu aje garam ditambah dengan rempah ratus macam serbuk lada, oregano, italian herbs, cayenne pepper dll. herba-herba ini sendiri ada khasiat dia, membantu peredaran darah, meningkat metalbolisma, menambah perisa dalam makanan dll.


jgn cakap kurang garam tu apa-apa pun boleh kita makan. ye, kita boleh makan apa sahaja, tapi kalau nak makan makanan proses tu kenalah baca maklumat nutrisi dulu. kena tahu kandungan sodium, fibre, fat, carbohidrat, protein & sebagainya. kenalah study sikit apa yang patut & tak patut kita ambil dalam diet seharian. tapi selalunya makanan proses ni memang tak berapa baik utk kesihatan, contohnya sosej, daging burger, nugget dll. sebab byk kandungan garam & bahan-bahan pengawet dalam tu. 



satu lagi, makanan proses yang menjadi kegilaan masa kini adalah benda dibawah ini. bukan kata orang lain, aku sendiri suka bebenor makan menda alah ni. perasan tak kalau kita beli set ada kentang tu, berapa cupak garam dia tabur? haaaaaaa itulah penyedap tekak & penyebab sakit kat badan kita. 



selain mengelakkan makanan yang tak sihat ni, kenalah minum lebih air suam/air kosong/mineral/air mati. jangan ambil minuman berkabonat (air gas) & minuman manis. itu semua juga penyumbang kepada cepat mati. bak kata kawan aku, "air potong kaki". minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. dapat minum lebih lagi bagus. 


aku ni, setiap kali tgk hasil-hasil kejayaan org lain, berkobarlah semangat nak kawal makan. lepas tu hilang dah segala semangat tu. haisshhhh kena tampal kat dahi agaknya note "SILA BERDIET" tu...

p/s ~ gambar semua sumbangan abg google. terima kasih. 

Wednesday, 9 May 2012

green tea ~ barley leyvas

...assalamualaikum...korang sihat? gaya soalan mcm ada org nak baca blog haku, heh! aku? alhamdulillah, bertambah2 'sihat' .... rasanye mcm nk kena cari baju baru sbb dh mengecut haku dah makin tembun...huwaaaa mari nanges sama2...

ari ni aku nk cerita psl pencarian muntah ijo teh hijau @ green tea kata omputih...tetiba aje aku tergedik2 nk cari teh hijau utk dijadikan minuman harian yg menyihatkan (for ur info, aku suke kopi & adik beradiknya more than teh) ...

skali sabtu lepas pergi famasi sbb nk nak carikan psyllium husk utk ayahanda aku...oh ye, aku sgt suka msk farmasi, suka sgt telek & membelek isipadu dlm farmasi, lagi2 kat makanan kesihatan @ tambahan...gedik aje ati aku nk beli (tp jarang je beli..ko percaya??)

disambung cerita, akukan mmg tgh cari teh hijau, ternampak lah satu kotak comel ni (comel ke) ...

planet barley LeyVas


aku pun belek2 apa kah isi mengandung dlm kotak ini...nmpk mcm menarik...sebab malas nak taip byk2, izinkan aku copy paste aje dr web pengedarnya yer..hikhik


Green Tea  (Camellia Sinensis)

Natural source of powerful antioxidants
For centuries, green tea is believed to hold within it a special health-preserving and life-enhancing power. Traditional health claims for green tea include:
·         Boosts metabolism and speed up fat oxidation
·         Inhibits the oxidation of LDL cholesterol. LDL "bad" cholesterol is more dangerous when it has been oxidized, as it then becomes "sticky" and more likely to clog the arteries.
·         Improves mental clarity
·         Improves blood circulation
·         Enhances immune function
·         Maintains oral health
·         Reduces fatigues

Modern scientific researchers have revealed and confirmed that the revitalizing power and disease-preventing properties of green tea are attributed to important phytonutrients in tea leaves --- polyphenols. The primary polyphenols found in green tea are flavonoids, namely catechins, which include catechin, epicatechin (EC), epigallocatechin (EGC), epicatechin gallate (ECG), and epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG is viewed as the most significant active component, which has demonstrated greater antioxidant protection than vitamin C and E in experimental studies.
Roselle (Hibiscus sabdariffa)

Known as the "Oriental Beauty Fruit" due to its reputation for promoting good skin
Roselle calyx has high contents of vitamin C and anthocyanins which can increase the level of resistance of our body to diseases and gives roselle its deep red colour. It has been used in folk medicine as a diuretic and mild laxative. Roselle tea helps:-
·         digestion
·         reduce the build up of fatty deposits in arteries and reduce blood cholesterol levels
·         preserve healthy skin and youthfulness

Young Green Barley Leaf  (Hordeum Vulgare)

A storehouse of active ingredients
Research has shown that young green barley leaves is a valuable source of natural vitamins, minerals, live enzymes, antioxidants, amino acids & chlorophyll.

Lotus Leaf (Nelumbo nucifera)

Traditionally used to help with constipation, to lose weight and body fat
Lotus leaves contain high concentrations of phytochemicals, compounds produced by plants to defend themselves against bacterial and fungal infections. The substances found in lotus leaf extract include alkaloids, flavonoids and tannins. Both flavonoids and tannins are powerful antioxidants that have been connected with weight loss and cardiovascular health. Lotus leaf helps to suppress appetite, increases energy expenditure and accelerates lipid metabolism.

Stevia  (Stevia Rebaudiana)

Natural sweetness WITHOUT sugar
Stevia is a South American herb that has been used as a sweetener by the Guarani Indians of Paraguay for hundreds of years. The leaves of this small, green plant have a delicious and refreshing taste that can be 30 times sweeter than sugar. The sweetness of stevia is largely due to its complex stevioside and rebaudioside components.
Unique features of stevia
·         Suitable for diabetics.
·         SAFE as it's NOT digested and absorbed by our body. 
·         NO calories. Ideal for weight-watchers.
·         Inhibits the growth and reproduction of bacteria that cause gum disease and tooth decay.
·     Improves digestion



ha ko...infonye mcm best kan...refreshing, cleansing, detoxifying ...hamboi3...gile x beli? aku kan ada penyakit suka membazir sejak dua menjak ni...difikir2 pula utk kesihatan (kunun!) ..maka aku capailah sekotak...1 kotak = RM 18 ke RM 28 (alaaaaa lupa pulak)...ada 18 sachet dlm tu....

airnya cantik, color merah cair..(sebab aku bancuh 1 botol 1.2L) ... siap bawa bekal pi opis tau...sebotol teh yg berkhasiat...hahahaha meh gelak goleng2 ramai2...

pagi tu aku msk opis muka segar bugar & sengih sampai telinga...siap tegur budak opis nape dia mendung aje..cehhh pandai2 aku je kan....lps aku minum air teh ni, ok lagi, rasa tidak menjengkelkan..sbb aku xsuka minum teh hijau sebelum ni, tekak aku yg melayu kampung yg sgt2 mencintai kopi O pekat kurang manis xboleh telan teh hijau...

kali ni aku mcm konfiden aku blh minum sbb baunye ok, rasanya ok, x manis sgt...guna stervia ok? pemanis yg sihat...tp bila 4-5x minum, aku mula sakit kepala, mcm nk muntah, pening, mulut rasa payau...apakah???

aku pegi cari gula2...mkn gula2 msm, tp mulut aku rasa manis sgt gula2 tu, xboleh tahan, buang terus gula2...lps tu seharian aku monyok mcm tikus mondok...dan aku pulak kena tegur, nmpk pucat...nmpk mendung..hah...??? pucat? akak pakai bb cream & face glam ok (sila muntah!)...mcm mana boleh pucat???

teh hijau itu aku minum sampai tinggal 500ml...xlarat nak habiskan sbb kepala makin bengong.....aku rasa teh itu yg buatkan aku pening (boleh mcm tu???)

lepas tu aku tak minum2 sampai hari ni...bila difikir2 blk, aku yg sengal...sbb aku mkn sayur & telur aje pagi tu...lunch aku skip, padan muka akulah...sapa suruh xmkn, cukup dgn sayur & telor ms bf aje ke???

jadi bukan salah air teh ye kawan2..teh itu tidak berdosa...maka aku igt esok nk cuba minum semula teh tu..sian dia tegolek2 kotak atas meja kat umah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...