Showing posts with label bicara hati. Show all posts
Showing posts with label bicara hati. Show all posts

Wednesday, 23 May 2012

bicara hati...jodoh itu ketentuan Allah..

.... tgh aku termenung melayan mengantuk depan PC, seseorang dtg dgn mata berair, duduk sebelah aku. dahi aku dah berkerut, "kenapa?" dia geleng kepala, lepas tu nangis senyap (nangis tanpa suara). sebak pula aku tgk. ok, biar dia sejuk dulu, aku hulur tisu & mata terus ngadap PC.

tiba-tiba..."diorang tu kecoh betul pasal kahwin."

aku pusing pandang dia. iye, memang pagi2 tadi aku dengar kecoh diorang cerita pasal kahwin. siap ada suara cakap "dia takde nafsu utk kahwin.." tatau pada siapa kata2 tu ditujukan.

"kenapa? siapa yg cakap?" soal aku.

"dioranglah. siap sound suruh ajar sikit saya biar ada perasaan nak kahwin. bodoh apa, siapa tak nak kahwin." 

"sabarlah, lantak org nak kata apa". itu ajelah aku boleh cakap pun. lepas tu dua-dua senyap.

dia ni, si adik yg umur dia belum pun cecah 30 thn. muda lagi pun. tapi memandangkan hampir semua dlm opis ni dah kahwin, nampaklah sgt seketul dua yg tak kahwin ni mcm tak laku.

aku sendiri dah umur 34 tahun, tak kahwin2. tatau ler kahwin ke tak. byk juga mulut2 bertanya, menyindir pun ada. yg menyalahkan kegemukkan aku pun ada juga, sebagai punca aku berat jodoh.

rasanya tak ramai yg tahu aku ni pernah menolak jodoh. ye, mungkin dah tulis org tu bukan jodoh aku. masa tu, bff aku aje yg tahu mcm mana gilanya org yg ajak aku kahwin tu. eh bukan dia aje, semua kawan sekerja aku kat PJ dulu tahu pasal tu.

kalau telefon opis berbunyi jam 12 t.hari, takde siapa nak jawab. confirm call tu utk aku. rimas okay. hari-hari 5 hari seminggu telefon tu akan berbunyi tepat pukul 12, dah macam sumpahan.

cuba kalau ada yg jawab & bgtau aku busy atau tak nak cakap. tak sampai 30 saat telefon rumah bff aku kan berbunyi (masa tu bff tgh tanam anggur). tak lama lepas tu, bff aku akan call aku & mengamuk sakan. antara ayat dia, "weiii, apa kau buat kat abg apan tu? dia call aku mengadu macam2..." hahahaha serius, aku gelak ajelah. aku tatau tang manalah kat diri aku ni yg buat mamat tu sanggup habis duit nak call hari2 & siap cari kawan2 aku suruh "menasihatkan" aku ni supaya suka kat dia.

aku kenal mamat ni pun sebab kawan sekolah aku yg konon2 baik hati, nak jadi telangkai. kesian kat kawan dia yg sorang ni, udahle tak cantik, gemuk pula, takde pakwe. ye la, dia dah kahwin, risaulah kawan ni jadi andartu terlampau. 

masalahnya aku rasa aku muda lagi masa tu (baru 20 tahun kot). aku masa tu bercita2 nak sambung belajar, nak bantu mak ayah aku. adik2 aku pun belajar lagi masa tu. apa kes nak ajak aku kahwin. aku bukan jenis boleh dating2, keluar dgn lelaki tak tentu hala. mampus pak omar parangkan anak dia ni. (serius, ayah aku mmg control aku mcm aku ni tuan puteri). lagipun dah aku takde rasa suka kat dia, takkan nak paksa kot.

dalam setahun kot, mamat tu bertahan dgn aku yg tak berapa melayan dia ni. kdg2 secretary bos aku yg melayan dia sembang kalau dia call, sampai bos aku jadikan aku bahan buat lawak bodoh. sakit hati tau. macam2lah dia cungkil kat secretary bos pasal aku ni. igt aku artis ke ko nak soal macam2. 

pernah aku pelawa dia dtg rumah masa open house raya. tapi kesian, kerasnya hati aku masa tu, dia dgn kawan dia makan aku tak layan pun. cakap sepatah dua, pastu aku lepak dgn kwn2 aku kat dlm. mmg kuang ajar pula rasanya. 

lepas raya dalam 2 bulan, dia call ckp nk kahwin dengan pilihan mak dia. suara dia masa tu, sedih sgt. aku?? rasa mcm ada satu batu berat diangkat dari atas bahu. lega & lapang sgt.

hujung minggu dia dtg umah hantar kad jemputan. dia kata dia tatau mcm mana nak kahwin sbb perempuan tu jiran dpn rumah, dah anggap mcm adik. dia terpaksa sbb mak dia paksa juga2 dia kahwin. dia siap pelawa mak aku dtg kenduri dia. sebelum dia masuk kereta dia ckp "nak buat mcm mana, org tak nak kat abg,"....aku?? kesian tu ada, tapi aku kesian kat diri sendiri dulu kot.

lepas dia balik, mak tny knp muka mamat tu lain mcm. bila aku ckp kat mak mamat tu penah ajak kahwin mak gelak & ckp mcm ni "ada juga org nak kat anak mak ni"..amboi amboi amboii.....tengok tu, mak aku pun tak percaya anak dia ni laku tau.

mak teh aku kat kg pula, siap ckp aku tak sedar diri, ada org nak tp aku sombong. tak sedar diri ke aku ni?? adakah kalau kita tak cantik, gemuk, huduh, kita kena terima aje sesiapa yg melamar kita? sebab...kita takut tak laku dimasa depan. sebab kita tak nak dipanggil andartu?? habis, perasaan nak campak mana?? cita2 nak bungkus plastik sampah aje ke?

kadang2 org lupa, jodoh tu kan dah diatur tuhan. jgn lah pula nak cakap ayat2 menyakitkan hati sampai ada yang tersinggung. mcm kes kwn aku tadi. kalau betul pun dia ada berkawan dengan lelaki, tapi kalau lelaki tu tak ambil langkah nak kahwin, takkan dia nak menangis merayu-rayu pula. mungkin belum sampai masa utk diorang kahwin. entah2 tgh kumpul duit. mana kita tau kan perancangan org.

sebab aku ni dah selalu kena sogok dgn soalan mcm tu, aku tak kisah sgt dah. biasalah mulut org, adakala dia nak bergurau atau tunjuk prihatin, tapi tak sedar org yg dengar tu terasa hati. nasib baik aku tak jawab dgn sarkastik "kau nak share laki dengan aku ke? payung emas tau"...mahu agaknya ada yg kenyang makan lima jari...hahahaha...

kpd yg dah kahwin & bahagia tu..jagalah rumahtangga korang baik2. hidup ni mcm roda, kejap atas kejap kat bawah. aku tak mendoakan yg tak elok, cuma berhati2lah dgn pasangan masing2, jgn duk selak kain org, sampai lupa nak intai kain sendiri dah tercarik. renung2kan...hehehe...




Monday, 21 May 2012

bicara hati... siapa suka gemuk???

.....siapa suka gemuk??? sila terjun bangunan....hahahaha...

gemuk yang aku maksudkan ni bukan yang macam orang saiz S yang selalu merungut-rungut "aku dah gemuk..." (dengan suara dan aksi mengada-ngada) bila berat dia kat weight scale naik 500gm. itu bodoh piang kata orang kampung aku....

gemuk disini (dalam definasi & kamus aku) adalah berat badan yang melebihi 80kg dan masuk kategori obesiti. FAHAM???

gemuk disini adalah bila semua kedai pakaian & kasut ketiadaan stok bersaiz anda. lebih-lebih ketara anda adalah seorang gemuk, apabila baru je nak jejak kaki dalam kedai baju tu, cik promoter berwajah cantik, bersaiz XS memandang anda dengan sinis dan senyum yang sumbing. oh tuhan!! rasa macam terigin sahaja kulayangkan tapak tangan bersaiz gergasi ini kepipi kerempeng itu. hello!!! aku masuk ni sebab nak belikan baju untuk adik aku. walaupun aku nak beli baju untuk diri sendiri pun, suka hati akulah nak beli saiz apa pun.



sesiapa yang badan dia gemuk, apa kata-kata hinaan yang korang biasa dengar? mungkinlah bukan ditujukan kat korang, mungkin sekadar sok-sek sok-sek dikalangan mereka yang bersaiz S.

biarlah aku jawab sendiri soalan itu ye. sebab??? anda betul...sebab saya adalah gemuk...sila tepuk tangan kuat-kuat...antara kata-kata sinis yang aku pernah dengar pasal orang gemuk ini ialah:

1) "isk..isk..patutlah gemuk, kuat makan rupanya," - padahal dlm pinggan tu ada nasi 1/2 senduk, ayam goreng seketul, sambal udang 4-5ekor dengan sayur aje. dalam pinggan tukang komen lagi berlambak nasi & lauk...takde pula sigemuk ni nak kata.."eh eh, byknya makan, tak takut gemuk mcm kita ke?"



2) "sorrylah kak, kedai ni tak ada baju saiz akak," padahal sigemuk baru aje belek-belek baju gaun tu utk hadiahkan kat adik dia. belum apa-apa dah kena cantas.

3) "mak oiii, kasut siapa yang besar macam saiz kapal ni?" dengan suara yang kuat dalam majlis orang pula tu. (terkena kat batang hidung aku...sentap jiwa akak okey...)

4) "umi, kenapa acik tu badan dia besar gadang??" amboi-amboi tak padan kecik mulut boleh tahan kau, menurun mulut jahat umi & ayah awak ke anak oiii?? (juga terkena pada aku yg gemuk ni)..psstt pstt sekarang umi budak tu pun dah makin melebar body dia...ahaks..

5) "tu dia, gergasi sudah kembali!!!" what the...??? wah siap nyanyi-nyanyi lagi...teringin sgt ke gergasi ni pijak-pijak badan kau sampai keluar isi perut??

6) "I risau betullah, pagi tadi timbang berat I naik 500g, berat I sekarang dah jadi 46.5kg tau. mesti hubby I bising kalau tahu ni". - hey you...kalau nak tahu, org jantan ni, kalau dia dah miang, berat bini 40kg pun dia gatal juga kat luar. cuba you tgk artis2 body kerengga yg kena cerai tu, bukan salah badan tau, dah laki dia yg gatal. tak payahlah you nak ngadu-ngadu kat I yang berat 120kg ni...hubby I tak pernah kompelin hokay!!!! (ini bukan akulah...kakakakaka)

7) "aku dah tau nak beza dah kau dengan tong drum tu, lebih kurang sama aje". - aikkk kasar nampak gurau  tu kawan.

8) "bila kau nak kahwin ni? tu lah suruh kurus kau tak nak." - siapa kata aku tak nak, hah sengal? kau tahu ke kalau aku tgh berusaha utk kurus??? jodoh tu ketentuan Allah, habis yg kurus cantik belum kahwin lagi tu apa pula alasan dia?

ada byk lagi penghinaan & kejian yang aku biasa dengar & baca. iye, aku tahu & sedar, gemuk ni tak cantik. dan lebih penting lagi, tak baik utk kesihatan. tapi...siapa yang mahu gemuk ya???

jangan sangka org yg badan gemuk ni tak pernah berfikir & berusaha utk menguruskan badan dia. jangan ingat org gemuk ni tak pernah rasa sedih bila cari baju kat kedai takde saiz, bila org perli-perli dia sentiasa. org gemuk ni ada hati & perasaan juga tau. walaupun dia selalunya gelak aje bile kena jadi bahan lawak.

aku ni sebab dah berbadan gemuk dari kecik, dah tak jadi kudis pada aku kalau org duk pakat2 kutuk pasal gemuk ni. memanglah panas hati, tapi aku takde lah pula nak ambil berat sgt kata2 org. paling tidak aku marah2 kat belakang aje. ataupun jawapan aku selalu gini "ehhhh kite gemuk pun lawa tau. pernah tak org tegur korang comel? tak pernahkan. kite ni selalu org ckp comel...kau ada???" (ini selalunya aku ckp dgn nada gurau2 dgn sedara-mara @ jiran2 aku kat majlis kenduri. itu sebab aku benci pegi kenduri tau).

okay, kepada yang berbadan besar gadang, gemuk gedempol, saiz gergasi, shrek, tong drum dan sebagainya itu, marilah kita berfikir positif. org kutuk-kutuk tu sebab mereka prihatin. cuma mereka ni spesis super sapien yang tak pandai nak cakap cara elok. jadi marilah kita berusaha kuruskan badan. demi kesihatan & kecantikan kita.


Thursday, 17 May 2012

HATI...bila sudah terusik....

.....hahahaaha...oppssss assalamua'laikum....

boleh pula nak tergelak dulu...belum apa2 sendiri dah tergelak baca tajuk..ntah hapa hapa... :P

apa kes pula pepagi mcm ni duk sebut-sebut fasal hati? makan hati dengan sesiapakah? sentap jiwa dengan pemandu tak berhemahkah? sakit hati sebab gemok gedempol lemak tak mencairkah? atau sudah jatuh hatikah? 

sebenarnya tak ada apa2 masalah hati pun. cumanya, masa makan sarapan tadi, aku terpandang org kat meja depan tu (sepasang lelaki & perempuan muda), sedang makan tapi muka masing-masing macam tengah perang dingin. 

seorang menghadap roti dan kopi panas dengan muka stone, yang seorang lagi menghadap nasi lemak dan kopi ais dengan dahi berkerut-kerut. macam ada masalah donia mereka berdua. nampak dari gaya, macam pasangan gopren boipren, paling tidak suami isterilah agaknya. ataupun, kawan sepejabat. (iskkk..penyibuknya aku pagi-pagi hari ni).

sambil duk makan & sembang-sembang dgn kawan-kawan kat meja sendiri, mata aku ni duk lah perhati pasangan merpati sejoli perang dingin yang macam ada dlm dunia sendiri itu. makan, makan juga, mata busy body juga skodeng orang. 

dalam hati aku terdetik, apalah masalah mereka agaknya ye? dalam zaman serba-serbi nak cepat ni, macam-macam benda kecil pun boleh jadi agenda besar membawa kepada sakit hati dan pergaduhan, kalau tak ditangani dengan akal waras dan kesabaran. lagi-lagi oleh manusia yg panas baran dan cepat sentap macam daku ini :-P. hehe saya mengaku saya ni dalam hati ada rama-rama bara api. 

biar apa pun masalah mereka, aku doakan semoga selesai makan nanti, perut dah terisi, hati mereka akan sejuk dan minda mereka dapat meleraikan segala permasalahan yang ada. 

masalah hati dan perasaan ni, tak boleh dibiar lama-lama. kalau dah terguris luka, tidak diubati, akan mula bernanah dan melarat. mulalah masalah sebesar syiling lima sen akan jadi merebak sebesar padang bola. 

macam diri aku sendiri. pernah hati ini terusik, dan terpahat kukuh rasa sakit tu sampai hari ini. ya, walaupun penyanyi Aishah kata kemaafan dendam yang terindah, hati tetap juga terkesan dengan rasa terusik itu walaupun aku dah lama memaafkan. 

mungkin sebab tempoh rasa terusik tu dah terlalu lama, bila kita ikhlas memaafkan pun, kesan tu susah nak terpadam. lebih-lebih lagi orang yang buat hati kita terusik tu sentiasa didepan mata. haishhhh...

sebab itu, nasihat aku (lebih kepada diri sendiri), kalau dalam hati dah mula terasa nak ada perasaan terluka tu, sebolehnya cepat-cepatlah padam. cepat-cepat cari ubat penenang jiwa, supaya jiwa kita tak rosak dengan segala unsur negatif. susah bila kita dah mula terusik, masa yang panjang belum tentu akan menjadi pengubat. mulalah bila berhadapan dengan org yang kita terasa tu, muka semanis gula boleh tiba-tiba bertukar jadi semasam pelam muda. kita akan rasa janggal nak berkata-kata apatah lagi nak beramah mesra. rasa macam plastik sangat suasana masa tu. 

~ p/s : hati yg terusik ni tak semestinya dgn pasangan kita aje, dengan org sekeliling, dengan majikan, dengan  rakan sepejabat, dengan keluarga, dengan siapa-siapa sahaja pun boleh. bukankah kita hidup memang dengan dikalangan manusia. jadi segala asam garam ragam manusia tu kita kena hadapi dengan rasional dan positif. kadang2 mcm terlupa nak cermin diri sendiri, kita pun ada ragam kita yg mungkin tak disenangi org lain, ye tak..hehehe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...