Showing posts with label XXXL. Show all posts
Showing posts with label XXXL. Show all posts

Monday, 28 May 2012

hujung minggu yang pendek...

.....Assalamua'laikum, selamat pagi, semoga sihat & ceria pagi ni....

sedar tak sedar dah masuk hari isnin...haishhh...ramailah yang monday blues tu ye tak...lagi2 cuti sekolah, anak2 pun tak bangun tidur lagi gamaknya masa keluar rumah pagi tadi. 

aku ni, rasa macam tak berhari minggu pun. sabtu & ahad langsung takde peluang nak rehat2 luruskan urat & tulang-belulang. pagi sabtu baru gerak balik kg subang. sampai2 emak tgh masak, layan tolong sikit2...sambal udang you...favourite akak tu...hehehe...ada pula telur masin...amboi3...mmg terbaiklah menu menembunkan badan.

pastu dlm pukul 3 ptg, sebab kepanasan duk rumah (akal panjang nak merayap) kami pergi subang perdana. takde niat pun nak beli apa2...sajalah aku gatal mulut suruh lia berhenti kat satu kedai baju tu...tu dia, ramai sungguhlah umat manusia...sebab kedai ni terkenal dengan harga berpatutan.

mak, lia & amsyar tunggu dalam kereta aje sebab takde parking. aku & anis pun mencelah2 dlm lautan manusia, sampai ada satu cik adik yg badan sama besar mcm aku main pijak aje kaki aku dgn kasut keras dia. sakit tau. bila aku mengadoi, dia buat bodoh aje pandang muka aku. eiii cik adik, at least say sorry lah. 

nasiblah aku ni penyabar (konon!!!) orgnya. lepas tu mata duk belek2 kain baju yg tergantung dgn kusyuk & cepat, sebab ada org menanti dlm kereta. kalau korang, apa yang korang tgk dulu? jenis fabrik, design baju, warna, corak atau size? 

kalau aku??? hmmm...memula sekali aku tgk la juga design baju tu. lepas tu aku akan belek size dia. bagi insan bersaiz gadang ini, apa yg penting adalah size. baju yg cantik, tak berapa penting kpd aku. kalau cantik tapi saiz takde, xboleh beli juga.

kebetulan, terjumpalah blouse size 64. mak oii besonya. selalu aku pakai size 60 je paling beso. tapi sebab baju tu kain nipis & jarang, ada lining, maka memang kena cari yg saiz lebih besar dari biasa. sebab bila dah lining mmg pakai tak selesa kalau beli ikut saiz biasa. pilih punya pilih terjumpa pula saiz 66. aku dah sarung size 64, mmg selesalah. sambar saiz 64 sehelai & saiz 66 dua helai. sehelai bagi kat emak. warna semua sama, hitam. ada corak bunga2 taklah crowded sgt, corak pun lebih kurang. tp aku beli aje 2 helai utk buat salin2. bukan org peduli pun baju awak sama ke idak kan. bolehlah pakai bawa gi opis, lawan dgn skirt labuh akak yg ayu tu...hahahaaha.

gambar baju??? adalah tak sempat ambil, sebab tgh bersidai kat ampaian. selain 3 helai blouse, aku sambar sepasang sandal & 2 helai blouse kain lycra. size adalah 50?? memula mcm takut nak beli, tp bila sarung boleh masuk, aku beli aje utk pakai kat umah. bolehlah...baju jenis kain memberikan. tang perut la nmpk sikit moncet..kekekee..

habis beli baju, kami pegi giant sek 13 s.alam. nak cari pamoga utk mak & beli buah mangga. masuk giant kejap aje, melepak pula kat Restoran Makbul TTDI pekena mkn malam. lepas tu melepak kat dunkin donut TTDI pekena iced mocha latte. tu dia...makan minum sesaja. balik rumah dah tak larat nak bawa badan. 

ahad pula, pagi pergi dewan ada majlis makan2. makan lagiii...hehehe. balik rumah, lepak2 kejap, lepas asar, keluar pergi lagi sekali kedai baju semalam. kali ni lia & anis pula memborong. hantar emak balik rumah, kami terus balik pucong. 

begitulah agenda hujung minggu yg padat. takde makna nak berehat2 bagai. janji nk jumpa bff pun kena cancel, next week la dating ek cik bff.

Thursday, 24 May 2012

fat vs skinny...



...pernahkan anda membuat perbandingan antara diri anda dan org lain? aku??? bukan pernah aje malah selalu...


bukan buat perbandingan macam nak cakap, aku bagus dari dia, atau dia bagus dari aku. tidakkkk sama sekali cik senah. aku kalau kemana-mana, kalau ternampak perempuan yang bersaiz UK (sama macam aku)..mulalah aku tergedik-gedik ekor tanya kat adik-adik, emak atau kawan-kawan yang ada dengan aku masa tu, "org depan tu dengan aku siapa lagi gemuk???" 


haaaaa...aku jarang nak bandingkan diri yang gojes ini dengan org yang berbadan lansing macam cik adik kat american next top model tu. aku lebih berminat nak bandingkan diri dengan org yg sama sekufu saiz & sekapal dengan aku sahaja. bukan apa, nak tau juga bentuk badan aku kalau sama dgn org lain. tgk dlm cermin tu tak puas. bengong sungguh!! 


selalu jawapan yg aku dapat adalah...

"kau lagi gemok..." ...nangesss :'(

"kau kecik sikit, sikit ajelah. tapi tangan kau lagi beso dari dia..." okay..tgn aku sentiasa menang..sebab dia sgt besar gadang.

"sbb ko tinggi nmpk mcm dia beso sikitlah, sebenarnya sama je, ehhh ko beso lagi dr dia..."  baru aku nak sengih, tak jadi terus..

"dia beso dari ko, tapi tgn dia kecik..." gagal lagi tang tangan...pengsan...


mcm tu lah selalunya. aku selalu kalah kalau dibandingkan dgn org lain. apatah lagi kalau nak bandingkan diri dgn sikurus. confirm sorok-kepala-bawah-sofa.



lepas tu, kalau duduk atau berjalan dengan sibadan-comel-yang-kurus...mestilah perbezaan kami nampak macam ibu jari dgn jari kelingking..kannnnnn???? sadis sungguh. kena pula duduk dekat tempat awam, kerusi ada dua seat aje, confirm bimbang kerusi terjungkit kat sebelah aku...hawaaaauuu sungguh..seram okey...

satu lagi kalau naik lif yang penuh, ya ampun kalau boleh aku tak mau masuk. takut dia berbunyi macam minta nyawa sebab dah overload...malu sehh...


agaknya apakah perasaan sikurus pula bila duduk depan cermin? mungkin diorang takut saiz badan diorang mengembang macam doh terlebih ibu rotikan? 


kite yang gemuk ni pula...nak tgk cermin selalu pun ngeri..macam takut kena sumpahan, cermin terus retak. hah gila ko?? kehkehkeh...apa sajalah aku merapu ni. sejak dulu aku mmg dah badan beso, jadi tak takut dah tgk cermin. cuma bila nmpk tang spare tyre tu buat kalih mata kelain, picit jerawat ke, belek rambut ke...tak ngaku aku gumok...kakakaka...

apapun, aku percaya Allah jadikan manusia ni dengan kelebihan & kekurangan masing2. ada yg kurus kerempeng nak badan berisi sikit, yg bdn berisi of coz nak kurus & lawa. ada juga yg Allah bagi badan kurus & cantik, tapi kulitnya sedikit gelap. ada yang badan gemuk & lawa, berkulit cerah. ada yang badan cantik, tapi muka penuh jerawat. ada yang gemuk gedempol tapi kulit halus bak sutera. masing2 dpt bahagian masing2. gemuk, kurus, hitam, putih, tinggi, rendah. cumanya tak bolehlah nak akata aku gemuk sebab Allah dah jadikan mcm tu, part kurus gemuk tu boleh lagi usaha nak ubah (tau tak cik zie...!!!).


Monday, 21 May 2012

bicara hati... siapa suka gemuk???

.....siapa suka gemuk??? sila terjun bangunan....hahahaha...

gemuk yang aku maksudkan ni bukan yang macam orang saiz S yang selalu merungut-rungut "aku dah gemuk..." (dengan suara dan aksi mengada-ngada) bila berat dia kat weight scale naik 500gm. itu bodoh piang kata orang kampung aku....

gemuk disini (dalam definasi & kamus aku) adalah berat badan yang melebihi 80kg dan masuk kategori obesiti. FAHAM???

gemuk disini adalah bila semua kedai pakaian & kasut ketiadaan stok bersaiz anda. lebih-lebih ketara anda adalah seorang gemuk, apabila baru je nak jejak kaki dalam kedai baju tu, cik promoter berwajah cantik, bersaiz XS memandang anda dengan sinis dan senyum yang sumbing. oh tuhan!! rasa macam terigin sahaja kulayangkan tapak tangan bersaiz gergasi ini kepipi kerempeng itu. hello!!! aku masuk ni sebab nak belikan baju untuk adik aku. walaupun aku nak beli baju untuk diri sendiri pun, suka hati akulah nak beli saiz apa pun.



sesiapa yang badan dia gemuk, apa kata-kata hinaan yang korang biasa dengar? mungkinlah bukan ditujukan kat korang, mungkin sekadar sok-sek sok-sek dikalangan mereka yang bersaiz S.

biarlah aku jawab sendiri soalan itu ye. sebab??? anda betul...sebab saya adalah gemuk...sila tepuk tangan kuat-kuat...antara kata-kata sinis yang aku pernah dengar pasal orang gemuk ini ialah:

1) "isk..isk..patutlah gemuk, kuat makan rupanya," - padahal dlm pinggan tu ada nasi 1/2 senduk, ayam goreng seketul, sambal udang 4-5ekor dengan sayur aje. dalam pinggan tukang komen lagi berlambak nasi & lauk...takde pula sigemuk ni nak kata.."eh eh, byknya makan, tak takut gemuk mcm kita ke?"



2) "sorrylah kak, kedai ni tak ada baju saiz akak," padahal sigemuk baru aje belek-belek baju gaun tu utk hadiahkan kat adik dia. belum apa-apa dah kena cantas.

3) "mak oiii, kasut siapa yang besar macam saiz kapal ni?" dengan suara yang kuat dalam majlis orang pula tu. (terkena kat batang hidung aku...sentap jiwa akak okey...)

4) "umi, kenapa acik tu badan dia besar gadang??" amboi-amboi tak padan kecik mulut boleh tahan kau, menurun mulut jahat umi & ayah awak ke anak oiii?? (juga terkena pada aku yg gemuk ni)..psstt pstt sekarang umi budak tu pun dah makin melebar body dia...ahaks..

5) "tu dia, gergasi sudah kembali!!!" what the...??? wah siap nyanyi-nyanyi lagi...teringin sgt ke gergasi ni pijak-pijak badan kau sampai keluar isi perut??

6) "I risau betullah, pagi tadi timbang berat I naik 500g, berat I sekarang dah jadi 46.5kg tau. mesti hubby I bising kalau tahu ni". - hey you...kalau nak tahu, org jantan ni, kalau dia dah miang, berat bini 40kg pun dia gatal juga kat luar. cuba you tgk artis2 body kerengga yg kena cerai tu, bukan salah badan tau, dah laki dia yg gatal. tak payahlah you nak ngadu-ngadu kat I yang berat 120kg ni...hubby I tak pernah kompelin hokay!!!! (ini bukan akulah...kakakakaka)

7) "aku dah tau nak beza dah kau dengan tong drum tu, lebih kurang sama aje". - aikkk kasar nampak gurau  tu kawan.

8) "bila kau nak kahwin ni? tu lah suruh kurus kau tak nak." - siapa kata aku tak nak, hah sengal? kau tahu ke kalau aku tgh berusaha utk kurus??? jodoh tu ketentuan Allah, habis yg kurus cantik belum kahwin lagi tu apa pula alasan dia?

ada byk lagi penghinaan & kejian yang aku biasa dengar & baca. iye, aku tahu & sedar, gemuk ni tak cantik. dan lebih penting lagi, tak baik utk kesihatan. tapi...siapa yang mahu gemuk ya???

jangan sangka org yg badan gemuk ni tak pernah berfikir & berusaha utk menguruskan badan dia. jangan ingat org gemuk ni tak pernah rasa sedih bila cari baju kat kedai takde saiz, bila org perli-perli dia sentiasa. org gemuk ni ada hati & perasaan juga tau. walaupun dia selalunya gelak aje bile kena jadi bahan lawak.

aku ni sebab dah berbadan gemuk dari kecik, dah tak jadi kudis pada aku kalau org duk pakat2 kutuk pasal gemuk ni. memanglah panas hati, tapi aku takde lah pula nak ambil berat sgt kata2 org. paling tidak aku marah2 kat belakang aje. ataupun jawapan aku selalu gini "ehhhh kite gemuk pun lawa tau. pernah tak org tegur korang comel? tak pernahkan. kite ni selalu org ckp comel...kau ada???" (ini selalunya aku ckp dgn nada gurau2 dgn sedara-mara @ jiran2 aku kat majlis kenduri. itu sebab aku benci pegi kenduri tau).

okay, kepada yang berbadan besar gadang, gemuk gedempol, saiz gergasi, shrek, tong drum dan sebagainya itu, marilah kita berfikir positif. org kutuk-kutuk tu sebab mereka prihatin. cuma mereka ni spesis super sapien yang tak pandai nak cakap cara elok. jadi marilah kita berusaha kuruskan badan. demi kesihatan & kecantikan kita.


Saturday, 5 May 2012

angan2 tentang baju raya...

.....korang sedar tak kita dah ada kat bulan mei sekarang ni? eh eh...dah bulan mei ke? mesti ramai yg duk kalut  pikir pasal baju raya yang belum bertempah, kain langsir baru, nak pegi sale kat ja-kel, nag-oya, kam-dar segala kan...ada tak yg tak habis ganti puasa lagi....??? sayalah tu hehehe...haaaaa kot ye pun seronok sgt nk buat persiapan utk raya, jgn lupa ganti puasa ye kawan2... :D

al-kisahnya, tahun ini aku & family mcm lupa pasal nak tempah baju. 1st may hari tu baru lia belikan kain utk mak...kami dah sepakat, tempah untuk mak aje...yg kami2 ni pegilah cari yg dah siap (kalau ada size)..

bila pegi hantar kain mak utk tempah, malangnya nyonya tailor tu tak mau ambil dah...suami dia sakit & dia dah dpt byk tempahan, takut tak sempat siap. ye juga, dah lewat kalau nak hantar baju sekarang. last year, baju raya kami dah siap dari bulan may lagi...

adoii...pening nak pikir mcm mana nak hantar tempah baju utk mak. nak beli yg dah siap xde size lah pula..kamikan size UK..hehehe

berbalik kpd aku pula, aku dah pasang niat tak mau tempah baju. itu adalah satu cara utk aku motivasikan diri utk berdiet & mengecutkan badan. tak dpt byk, sampai 100kg b4 raya pun jadilah...byk tu...25-27kg utk diturunkan dlm 3 bln..mampukah????

aku sgt2 berkenan & teringin sgt nak pakai kebaya nyonya...tapi malangnya xde size utk org mcm aku nih...huwaaaaa sedih tau...aku dah p kat kedai PEACE yg byk jual baju size XXXXXL..tetap xde size aku..kalau ada pun, tak muat tang lengan...kan aku penah ckp lengan aku besarrrrrr gandang mcm kapal...lengan ni lah penghalang utama utk aku pakai baju cantik..huh! bencik!..

so, angan2 aku nak pakai baju kebaya bandung...bolehkah????


cantikkan warna merah ni, pakai dgn kain batik hitam..walaweiii...

ini pun cantik...tp kerawang tu kalau bunga kecik lg comel..

cantikkan...kan..... :D

.....p/s ~ silalah berdiet dgn konsisten...sila abaikan makanan dpn mata...sila bygkan anda pakai baju cantik ini....sila pikirkan bahawa anda tiada baju raya thn ini...cantik juga kalau bergambar dgn kain batik & t-shirt aje kan.... (pesanan utk diri sendiri)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...