Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Tuesday, 7 August 2012

hujung minggu ~ siaran tertunda.....

.....Assalamua'laikum, selamat pagi. Sihat pagi ni? Daku masih belum sihat sepenuhnya. Tekak masih sakit, batuk pun tak hilang lagi. 

entry kali ni, adalah siaran tertunda tentang hujung minggu yang panjang, tapi terasa pendek sangat pada diriku ini. tiga hari tu macam tak cukup aje. kalaulah boleh cuti seminggu dua..hahaha tamak sungguh!

pagi sabtu, pukul 10 aku, mak, lina & anis keluar ke Plaza Alam Sentral (PAS) utk cari baju raya mak & anis. kot2 ada aju saiz aku & lina bolehlah beli sekali.

sebelum ke PAS aku p klinik dulu, mencari penawar kepada sakit yang tak surut-surut ni. mau tau berapa jam tersangkut kat klinik? 1 jam lebih okay. punyalah ramai umat yang sakit. lepas tu, harga ubat adalah sangat mengejutkan. RM 65.00 utk 8 biji antibiotic, sebotol ubat batuk dan 8 biji ubat sakit tekak. huihhh mmg cenggitu ke harga ubat sekarang?? daku ni dah lama tak ke klinik, terkujat jugalah mendengo regenya tu.

perjalanan disambung ke PAS. humanghai...ramainya umat nak shopping keperluan raya. nak masuk parking aje dah lebih dari 30 minit. tunggu lif dah dekat 10 minit. sebab tolak mak guna wheel chair, tak bolehlah nak naik guna tangga atau eskalator. terpaksa juga menanti buah tak gugur lif yang macam siput itu.

mencari baju yang berkenan dimata anis adalah sangat mencabar kesabaran. dekat 3 jam pusing PAS, si adik bongsu itu langsung tak berkenan walau sepasang pun. dia bertuah tau, dapat pilih sendiri baju raya. kami dulu, mak beli kain & jahit sendiri. ko suka tak suka pakai. ini dah bawa suruh pilih pun hazab ya amat. 

sudahnya, beli baju kat mak sepasang. mujur ada jubah saiz mak. sebab anis byk songeh, aku cakap cari je lain kali. penat tau, dah lah tak sihat, dgn org ramai lagi. mmg kurang sabar aku jadinya.

keluar dari PAS, kami teruskan perjalanan ke Sg Besar. Jauh okay dari Shah Alam nak ke Sg Besar dekat Kuala Selangor tu. dekat 2 jam lah juga baru nak sampai. apa buat kami kesana??? Si Lia ler nak cari kuih raya & kerepek kat sana. punyalah gigih drive dengan jam segala. mujur lina yg drive, aku duk belakang tido. kehkehkeh...

kat Sg Besar kami pergi dekat kedai ani's cookies, mmg dari last year kami beli biskut kat sana. biskut dia berasa dan harga boleh tahanlah. tak beli byk pun, dua tiga jenis biskut aje. lepas tu kami beli kerepek, tapi tak ingat nama gerainya. kat tepi jalan sg besar tu mmg byk org jual biskut & kerepek, pilih ajelah mana yang suka.

hari berakhir dgn kami berbuka dekat kg subang. haaaa? kg subang je? itulah kisahnya, nak mkn kat sg besar, tp duk terlajak aje sudahnya sampai dah tak ada kedai makan. terus aje cari kedai kat kg subang. melepas nak makan mee udang banjir kat sg besar tu...huhuhuhu...

ahad pula, tengahari meneruskan pemburuan baju raya utk anis. kali ni pergi berdua aje aku & anis. bawa pergi dekat2 aje, subang perdana. sungguhlah tak sangka, aku yg panas baran & kurang penyabar ni boleh sabar melayan anis keluar masuk sampai 6 buah kedai. siap parking jauh lagi jalan kaki kekedai baju tu. siap keluar masuk kereta pergi satu2 kedai. Alhamdulillah kedai ke enam anis dah pilih sepasang jubah & sepasang baju kurung. budak nak membesar ni lah, cekadak sungguh memilih baju. kalah org pilih baju nikah.

selesai sudah baju mak & anis, tinggal utk diri sendiri aje. rasanya mcm takde harapan nak berbaju baru. bukan senang nak dapat size, lagi2 last minute mcm ni, mmg pakai baju lama aje lah.

hari ahad kami berbuka kat umah tok su. hoorayyy tak payah masak. tok su & menantu dia masak best uolls. nasi tomato, ayam masak merah, daging masak hitam, rendang daging. dengan desert semua cukup. lepas berbuka semua tersadai tgk Datuk Lee Chong Wei memburu emas dekat London. sayangnya tak dapat genggam emas. tapi apa pun, bangga tau dia dapatkat Perak tu. igt senang nak dapat? tahniahlah DLCW ye... :D

iskkkk panjangnya org sakit ni merapu, sah takde kerja pagi2 ni kan...hahahahaaha....








Friday, 22 June 2012

shopping baju baby.....

..... ini juga adalah kisah minggu lalu. jumaat lepas waktu lunch yang panjang tu kami bertiga, aku, lia & ain pergi kebangi untuk memburu baju baby. untuk siapa? untuk adik aku silia yang tgh membuyung itulah kekdahnya. shopping baju utk 2nd baby yang dijangka adalah pompuan....heheheheh....

mari menikmat panorama disaat2 memilih baju baby yang sempat ditembak pada hari kejadian....aku sgt suka dgn baju baby girl...haishhhhh mmg rambang mata....

tatau awat pic ni tebalik,padahal kat file aku elok je tegak...korang pusing la kepala sikit na hehehe

tomeyy kan...

seriusnya muka...


hehehehe...





Monday, 4 June 2012

cuci mata di pasar tani stadium shah alam.....

..... ahad lepas (semalam) aku ajak bff pergi pasar tani kat stadium shah alam. konon2nya nak cari tudung (macamlah kat kg subang ni takde jual tudung).

Makanya jam delapan pagi aku dah tercongok depan umah bff, utk memulakan perjalanan ke stadium shah alam. ingat cuti sekolah ramai balik kampung, idakler penuh pasar tani tu. sekalikk..cari parking aje dah dekat 20 minit. panasssss tau.

sampai aje kami serang booth jual tudung. sangat rambang mata, cantik dan boleh dikatakan murah. tapi asal aje aku suka, saiz adalah kecik. bencikkkkkk!!! pastu bff beli corak yg aku suka tu sbb sesuai dgn badan dia yg kecik sikit dari aku. huh!!! makan ati tau.

lepas masuk keluar 4-5 booth tudung, aku terpikat dan terbelilah dua helai tudung (yg main sarung & ada awning tu). sehelai warna tone merah ke pink (RM 15) dan sehelai warna dark grey (RM 10). dua helai aje yg mampu aku pilih & beli. sebab manusia ramai, cuaca makin panas, perut dah main kompang lagu pengantin. aku bila dah sesak & tak larat mmg mode shopping hilang melayang.

bergegas aku & bff cari tempat makan. dannnn...semua tempat adalah penuh. huh...mmg betul menguji kesabaran. jumpa satu gerai yang ada kosong, tapi makanan yg ada hanyalah nasi kukus ayam goreng berempah. kuah gulai (agaknya) & sambal belacan seciput. redha ajelah sebelum kompang bertukar jadi bunyi 'gong raja sulaiman'. minum pula aku dgn tamak haloba beli dua air iaitu air kelapa & cendol...perghhh panas2 dpt air mmg nikmat ya amat.

lepas makan mmg plan nak balik terus, bff sempat beli ikan bilis & ikan masin.cantik2 ikan bilis, ikan masin, belacan kat gerai tu.

sebelum sampai kat kereta, mata aku terpandang satu booth tu gantung seluar panjang warna hitam saiz besar. terus kaki melencong kat booth tu, capai 2 helai & acu kat pinggang. okay, cek kalo2 ada carik, pastu terus pi bayo. certeka berapa RM sehelai? akak teruja tau. RM 10 sahaja. walaweiiii mana nak dpt rege murah, saiz besar pulak tu. sonok2. sampai umah nyesal tak beli lebih, sebab adik2 aku pun bam-bam gak, silina dah kenen2 mintak sehelai. maka sebagai kakak yg baik aku bg dia satu dengan pertukaran seluar  palazo hitam dia bg kat aku...kehkehkeh..

pasar tani stadium shah alam ni sangatlah besar. kalau nak pusing seluruh gerai yg ada, mmg boleh turun 2-3kg berat badan. segala apa hendak ada jual kat situ. sayur, lauk pauk, barang basah, kering, pakaian, mainan, makanan, cenderahati, beg, kasut, brg antik, ubat2an, sampailah kereta pun ada org jual. ada byk barang yang ada, sediakan tenaga & duit-muit aje.

aku ni mmg tak larat nak jalan lama-lama. lagi-lagi cuaca panas, mmg surrender awal. dapat bawa badan suku pasar tani pun dah bertuah byk. heheheeheeh

Monday, 28 May 2012

hujung minggu yang pendek...

.....Assalamua'laikum, selamat pagi, semoga sihat & ceria pagi ni....

sedar tak sedar dah masuk hari isnin...haishhh...ramailah yang monday blues tu ye tak...lagi2 cuti sekolah, anak2 pun tak bangun tidur lagi gamaknya masa keluar rumah pagi tadi. 

aku ni, rasa macam tak berhari minggu pun. sabtu & ahad langsung takde peluang nak rehat2 luruskan urat & tulang-belulang. pagi sabtu baru gerak balik kg subang. sampai2 emak tgh masak, layan tolong sikit2...sambal udang you...favourite akak tu...hehehe...ada pula telur masin...amboi3...mmg terbaiklah menu menembunkan badan.

pastu dlm pukul 3 ptg, sebab kepanasan duk rumah (akal panjang nak merayap) kami pergi subang perdana. takde niat pun nak beli apa2...sajalah aku gatal mulut suruh lia berhenti kat satu kedai baju tu...tu dia, ramai sungguhlah umat manusia...sebab kedai ni terkenal dengan harga berpatutan.

mak, lia & amsyar tunggu dalam kereta aje sebab takde parking. aku & anis pun mencelah2 dlm lautan manusia, sampai ada satu cik adik yg badan sama besar mcm aku main pijak aje kaki aku dgn kasut keras dia. sakit tau. bila aku mengadoi, dia buat bodoh aje pandang muka aku. eiii cik adik, at least say sorry lah. 

nasiblah aku ni penyabar (konon!!!) orgnya. lepas tu mata duk belek2 kain baju yg tergantung dgn kusyuk & cepat, sebab ada org menanti dlm kereta. kalau korang, apa yang korang tgk dulu? jenis fabrik, design baju, warna, corak atau size? 

kalau aku??? hmmm...memula sekali aku tgk la juga design baju tu. lepas tu aku akan belek size dia. bagi insan bersaiz gadang ini, apa yg penting adalah size. baju yg cantik, tak berapa penting kpd aku. kalau cantik tapi saiz takde, xboleh beli juga.

kebetulan, terjumpalah blouse size 64. mak oii besonya. selalu aku pakai size 60 je paling beso. tapi sebab baju tu kain nipis & jarang, ada lining, maka memang kena cari yg saiz lebih besar dari biasa. sebab bila dah lining mmg pakai tak selesa kalau beli ikut saiz biasa. pilih punya pilih terjumpa pula saiz 66. aku dah sarung size 64, mmg selesalah. sambar saiz 64 sehelai & saiz 66 dua helai. sehelai bagi kat emak. warna semua sama, hitam. ada corak bunga2 taklah crowded sgt, corak pun lebih kurang. tp aku beli aje 2 helai utk buat salin2. bukan org peduli pun baju awak sama ke idak kan. bolehlah pakai bawa gi opis, lawan dgn skirt labuh akak yg ayu tu...hahahaaha.

gambar baju??? adalah tak sempat ambil, sebab tgh bersidai kat ampaian. selain 3 helai blouse, aku sambar sepasang sandal & 2 helai blouse kain lycra. size adalah 50?? memula mcm takut nak beli, tp bila sarung boleh masuk, aku beli aje utk pakai kat umah. bolehlah...baju jenis kain memberikan. tang perut la nmpk sikit moncet..kekekee..

habis beli baju, kami pegi giant sek 13 s.alam. nak cari pamoga utk mak & beli buah mangga. masuk giant kejap aje, melepak pula kat Restoran Makbul TTDI pekena mkn malam. lepas tu melepak kat dunkin donut TTDI pekena iced mocha latte. tu dia...makan minum sesaja. balik rumah dah tak larat nak bawa badan. 

ahad pula, pagi pergi dewan ada majlis makan2. makan lagiii...hehehe. balik rumah, lepak2 kejap, lepas asar, keluar pergi lagi sekali kedai baju semalam. kali ni lia & anis pula memborong. hantar emak balik rumah, kami terus balik pucong. 

begitulah agenda hujung minggu yg padat. takde makna nak berehat2 bagai. janji nk jumpa bff pun kena cancel, next week la dating ek cik bff.

Friday, 25 May 2012

shopping di etude house 2

.....disebabkan hari jumaat waktu lunch adalah panjang, maka kami berpakat nak ke Alamanda utk berjimba2. pusing2 dlm parkson cari handbag (bukan aku), isi perut dekat noodle station lepas tu...tetiba aje kaki sampai kat ETUDE HOUSE

niatnya nak teman lia beli wonder pore aje. tapi disebabkan cik adik manis & peramah bernama Rahayu yg melayan kerenah kami yg byk songel & soal ni, 1 item menjadi bermacam2 item yg kami angkut bawa balik...hamboiiii...Ayu, bos awak kena bagi awak bonus berganda tau bulan ni...hehehe

antara barang yg aku beli (4 item aje) adalah seperti dibawah:

baking powder crunch pore scrub RM 39.90 (less 30%)


Product Description
Baking Powder Crunch Pore Scrub is a scrub cleanser formulated with baking powder to penetrate, exfoliate and cleanse skin deep within pores to remove makeup and residues. Scrub cleanser formulated with Peppermint to soothe skin.
  • 100% Natural Fragrance
  • Dye-Free

Size:  7g X 24pouches = 168g
Made in Korea
How to use:
Tear along dotted line to extract scrub cleanser from pouch (one pouch per application).  Apply cleanser to wet face, lather and massage then rinse off with warm water.  Use 1-2 times per week.
Suitable For:  All Skin Type




black head sleeping paste RM 52.90 (less 30%)




Product Description
Sleeping pack to clean sebum to take care of blackheads.
Size:  45ml
Made in Korea
How to use:
Apply on forehead, nose, and neck area and wash off with warm water.
*Recommend to use 1-2 times in a week.
Suitable For:  All Skin Type


honey wash off pack RM 13.90 (beli 2 pack + yogurt = RM 15)
Honey Wash-Off Pack is a facial massage pack formulated with medicinal herbs and honey to soften, nourish and replenish skin.

Active Ingredients: Honey, Ginseng, Red Ginseng, Cactus and Angelica extracts.


yogurt wash off pack RM 13.90 (beli 2 pack + honey = RM 15)

Yogurt Wash-Off Pack is a facial massage pack formulated with fruit and yogurt to soften, nourish and replenish skin.

Active Ingredients: Yogurt, Apple, Raspberry, Kiwi and Apricot extracts.

selain bawa balik brg berbayar, kami bawa juga pulang beberapa barang percuma. hehehe..antaranya MAL:GEM skin. dapat 1 kotak yg ada 3 botol + cotton pad & 4 pack yg ada 2 botol tu. juga non wooven bag.  

Wednesday, 2 May 2012

shopping di etude house

assalamua'laikum....

selamat hari pekerja kat semua yg sudah bekerja..termasuklah aku yg dah cukup sebulan terjun kealam pekerjaan semula...hehehe....

hari ni, aku nk stori psl aku pi menuai kosmetik kat etude house..lokasinya kat sunway piramid (SP)...
al-kisahnya begini, aku dah selalu masuk etude house yg sgt pink kat SP ni, suka sgtlah aku msk kedai yg comel & pinky2 ni...tp xpernah aku beli apa2 pun...

tp baru2 ni aku teruja sgt nk beli BB cream kat etude house ni sbb BB cream elianto yg aku beli 3thn lps dah nk habis & aku gatai benonya nk shopping (konon2nya utk reward diri sendiri yg dh lama xshopping) hahaha..

hari ni aku & bff seawal pukul 10.30 pagi kuo umah (gila awalkan)...igt kamilah yg paling awal & rajin..sekali nk msk parking kat SP pun dh jem..apa kes??? pastu sampai kat etude house...hulamakhai...panjangnya manusia beratur utk bayar, sampai keluar kedai. dlm kedai pula sgtlah ramai umat sampai aku naik seram nk masuk. seronok mcm pesta u...

dan...dibawah adalah disertakan pic apa yg aku beli siang td. xbyk pun, blm gaji katakan. lgpun esok nk menuai di pesta buku kat PWTC pula. kalo ikut nafsu dah habis semua benda aku nk borong.

yg pasti...bestnya shopping sbb dpt byk free gift..berbaloi2.. :D


tgh beratur...2 jam tau i beratur utk sampai kat cashier..huhuhu
(muka akak xde secalit make up hokayy :D )


brg2 yg dibeli

sikit je...xbyk pun kan..kan..

kipas shinee..patut ada 5 tp aku dpt 4 aje..ini free ye..(yg xde dlm pic adalah mineral water & cup cake)

ini adalah free gift, chumill kan packagingnye..
mari kite lihat apakah isi dlm kotak chumill ini..

1) free gift - wonder pore 7 in 1

2) free gift - maskara remover

3) free gift - skin mal-gem (akak sukeeeeeee sgt2)


4) free gift - pouch beg pinky yg cute


5) free gift - cermin comel..pinky jugak u..


BB cream precious mineral = RM 89.90
mini BB brush itu adalah percuma :D

golden ratio face glam #02 pink = RM 49.90 (less 30%)

face mask = RM 6.90/pack
promotion 5pack = RM 15.00

bff 


hasil pancingan kami

isi kandungan bakul aku

....mal:gem skin tu product baru, so aku tatau nk pakai lagu mana..so aku akan cari info dulu cemana nak pakai benda alah tu..yg pasti esok nk pergi pesta buku aku akan melaram dgn BB cream + face glam glamer mcm artis katakan & lip gloss tu...xsabar nk cuba...

kire hari ni, wpun penat beratur 2jam, berhabis duit yg tak seberapa...aku sonok sgt...konon2 mcm p korea lah..sbb aku siap sembang mcm ayam & itik dgn sorang promoter cun dari korea..aku igt dia amoi msia..ye2 ckp melayu..rupanya dia xfaham..kahkahkah...

promoter yg lain2 pun baik, peramah & byk gift tu paling sonok....oh ya, bb cream & face glam tu aku belikan gak utk adik yg tetiba suka melawa si lia...kite lihat apa yg jadi nti ye..hehehehe...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...