Wednesday 12 February 2014

Filet ikan dory yang sempoi...

Assalamua'laikum...

semoga semua yang menyinggah baca blog sepi ni sihat sejahtera & diberkati Allah selalu hendaknya. Amin.

Sebab2 tuan blog tak buat entry baru adalah kerana dia malas busy (konon!!) teramat. hari ni, nak cerita pasal 1st time masak filet ikan dory yang frozen tu. 

Selama ni teringin nak beli tapi takut hanyir..ye lah sbb pernah terkena makan kat kedai ikannya hanyir. tataulah yg dihidang tu betul2 ikan dory atau ikan haruan (jenis ikan pun tak reti nak beza..malu aje..hehehehe)

last week masa jalan2 kat tesco nampaklah dory ni. terus beli yang 1kg. pastu campak dalam peti ais, malam tadi sebelum tidur siap2 letak rempah ratus (macam ye ye aje). pagi tadi bgn goreng dlm kuali leper letak minyak lite2 aje.

hasilnya....


sangat sedapppp (siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri ye tak). bolehlah lepas ni beli lagi. sebenarnya malas nak pikir apa nak dimasak, malas nak siang ikan, malas nak renyah2 bila balik kerja. ikan dory ni adalah penyelesaian bagi aku yang "rajin" ini. 

kepada yang sedang buat diet atkins tu bolehlah beli ikan dory ni. gambo kat atas adalah menu bekal aku pagi ni. utk lunch dah siapkan juga..(rajin akakkan..) lemak cili api telor. perghhhh sapa kata diet tak boleh makan sedap??

ohhh kot2 ada yg tertanya2 apa aku bedakkan kat ikan tu..simple aje jawapannya. ikut suka2..aku just tabur sikit garam, lada hitam & cajun. malam tadi perap, pagi ni masak...mmg superb rasanya. 


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...