Showing posts with label masak2. Show all posts
Showing posts with label masak2. Show all posts

Wednesday, 12 February 2014

Filet ikan dory yang sempoi...

Assalamua'laikum...

semoga semua yang menyinggah baca blog sepi ni sihat sejahtera & diberkati Allah selalu hendaknya. Amin.

Sebab2 tuan blog tak buat entry baru adalah kerana dia malas busy (konon!!) teramat. hari ni, nak cerita pasal 1st time masak filet ikan dory yang frozen tu. 

Selama ni teringin nak beli tapi takut hanyir..ye lah sbb pernah terkena makan kat kedai ikannya hanyir. tataulah yg dihidang tu betul2 ikan dory atau ikan haruan (jenis ikan pun tak reti nak beza..malu aje..hehehehe)

last week masa jalan2 kat tesco nampaklah dory ni. terus beli yang 1kg. pastu campak dalam peti ais, malam tadi sebelum tidur siap2 letak rempah ratus (macam ye ye aje). pagi tadi bgn goreng dlm kuali leper letak minyak lite2 aje.

hasilnya....


sangat sedapppp (siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri ye tak). bolehlah lepas ni beli lagi. sebenarnya malas nak pikir apa nak dimasak, malas nak siang ikan, malas nak renyah2 bila balik kerja. ikan dory ni adalah penyelesaian bagi aku yang "rajin" ini. 

kepada yang sedang buat diet atkins tu bolehlah beli ikan dory ni. gambo kat atas adalah menu bekal aku pagi ni. utk lunch dah siapkan juga..(rajin akakkan..) lemak cili api telor. perghhhh sapa kata diet tak boleh makan sedap??

ohhh kot2 ada yg tertanya2 apa aku bedakkan kat ikan tu..simple aje jawapannya. ikut suka2..aku just tabur sikit garam, lada hitam & cajun. malam tadi perap, pagi ni masak...mmg superb rasanya. 


Monday, 10 September 2012

puding roti lagi.....

.....macamlah cik empunya blog ni tak pandai masak benda lain. balik-balik puding roti, pusing-pusing puding roti...muka pun dah kembang macam roti aje gayanyakan...kehkehkeh....

ini cerita sabtu minggu lepas. cik bff saya bagitau nak datang beraya sambil tengok baby zara aisyah. apalagi, balik dari kenduri tengahari tu, saya bergegas ke giant s.alam cari bahan nak masak. buntu betul bila fikir menu. org tak pandai masak memang macam ni, hati tu sgt suka nak jamu tetamu, tapi tak tau apa nak dijamu.

memula igt nak jamu meehoon goreng aje. pastu fikir balik, mcm biasa sgt meehoon tu (amboiii!!). sebab saya selalu sgt duk cerita pasal creamy carbonara & puding roti, tapi cik bff belum pernah rasa, maka saya ulang tayang masakan & menu yang sama. 

dalam masa 2 jam puding roti  & creamy carbonara siap dimasak. tak lupa oren sunquick...(ribena dah habis...tak kelassss ko jah..heheheeh)

puding roti + sos kastad
kali ini, puding roti saya disertakan dengan sos kastad. perghhhhh 1st time buat sos kastad terasa very the vanggalah konon sebab menjadi. lepas tu kali ni puding saya lebih cantik, gebu dan sedap dari yang sebelum ni (heh! perahsantan puji diri sendirik)

mungkin sebab saya guna fresh milk dan roti tu saya sapu dulu dgn butter sebelum direndam dengan susu. hasilnya, seloyang (anggaran size 12") puding roti saya habis dalam masa sepetang. weeeeeee apa lagilah yang diharapkan oleh si tukang masak kepada tukang makan, melainkan makanan dimasaknya habis licin. saya tak perlukan pujian, makan dengan senyuman pun dah seronok sgt. :)

kepada cik yatie bff, cik aja dan puan engku iza & hubbynya...terima kasih sebab sudi dtg rumahku. lenkali dtg lagi, ku masak lagi. kalo tak sedap tu anggap je lah korang tukang rasa hasil eksperimenku yer..hahahaah..

p/s ~ aku dgn mak mmg suka kalau ada org nak dtg makan2 kat rumah. rasa nak masak macam2 wpun tak berapa sedap. tapiiiiii...kami berdua ni tak larat sgt nak buat kerja renyah. maklumlah, badan bam bam...:'(


Thursday, 6 September 2012

kek coklat kukus yummy.....

..... seperti yang janji ditepati dijanjikan semalam, hari ni saya nak kongsi resepi kek coklat kukus yang saya buat ahad minggu lepas. 

tujuan buat kek ni, pastilah sebab nak makan ye tak? satu lagi sebab nak bawa ke opis isnin esoknya utk geng-geng. sejak raya tak bawa satu jenis kuih pun ke opis. almaklumlah, 'banyakkkk' sgt buat kuih raya..kihkihkih...

bahan-bahan utk kek ni sama hampir macam yang pernah saya share dulu kat sini. cuma caranya aje berbeza sikit.

saya kukus guna bekas plastik ni aje, senang tak payah nak salin2 bekas, dah sejuk tutup terus...


Resepi 1: Kek Coklat Moist (Guna minyak)

Bahan-bahan:

- 2 cawan tepung gandum
- 2 sk baking powder
- 1/2 sk soda bikarbonat
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan gula perang (gula pasir pun boleh)
- 1 cawan air 
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk koko
- 3 biji telur
- sedikit esen vanilla

Cara-cara:

- Panaskan pengukus.
- Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat & serbuk koko.
- Dalam periuk, panaskan campuran air, susu pekat & gula. 
- Bila gula dah larut, masukkan minyak kacau sekejap dan sejukkan.
- Pukul telur dengan esen vanilla dalam mangkuk lain (saya pukul dgn garfu aje)
- Masukkan campuran tepung yang dah diayak kedalam larutan yang dimasak tadi sedikit demi sedikit berselang seli dengan telur yang dipukul tadi.
- Kacau rata dengan senduk supaya tak berketul-ketul.
- Masukkan dalam acuan, tutup dengan aluminuim foil dan kukus selama 1 1/2 jam.
- Sejukkan dan boleh dihias sesuka hati. Tapi saya tak hias pun, mkn gitu aje dah sodap. heheheeh...



Resepi 2: kek Coklat Moist (Guna Marjerin)

Bahan-bahan:

- 1 cawan tepung gandum
- 1 sk baking powder
- 1/2 sk soda bikarbonat
- 1 cawan marjerin yang dicairkan
- 3/4 cawan gula perang (gula pasir pun boleh)
- 1 cawan susu cair 
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk koko
- 2 biji telur
- sedikit esen vanilla

Cara-cara:

- Panaskan pengukus.
- Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat & serbuk koko.
- Panaskan susu cair & masukkan susu pekat (kacau hingga larut)
- Pukul telur dan gula hingga kembang.  
- Masukkan susu yang dah dilarutkan
- Masukkan marjerin cair & esen vanilla
- Masukkan campuran tepung yang dah diayak kedalam larutan yang dimasak tadi sedikit demi sedikit 
- Kacau rata dengan senduk supaya tak berketul-ketul.
- Masukkan dalam acuan, tutup dengan aluminuim foil dan kukus selama 1 1/2 jam.


Hasilnya lebih kurang sama. rasanya pula yang guna marjerin agak lemak-lemak masin. saya suka yang guna marjerin. rasanya yang guna minyak tu saya nampak secubit garam utk rasa lemak. ataupun memang dalam resepi ada garam tapi saya tak letak kot, boleh pula gitu??? hahahaha. itulah kekdahnya kalau jarang2 masak lepas tu resepi main hentam mana yang ingat. 

Wednesday, 5 September 2012

resepi creamy carbonara edisi main campak-campak.....

.....Assalamua'laikum.

Lamanya ek saya tak menulis. sejak-sejak raya ni penyakit M menjadi-jadi. ngantuk tak usah kiralah, kejap-kejap menguap, gaya macam tak tido seminggu :P

ini siaran tergendala lagi. ahad minggu lepas hari rajin memasak saya. dah cari cuti tak kemana-mana, saya pulun duduk kat dapur godek-godek apa bahan yang ada utk dimasak.

saya buat 3 jenis makanan (tak termasuk nasi & lauk utk hari tu) ptg ahad tu.

1) Kek coklat kukus (guna marjerin)

2) Puding roti (di request oleh kwn opis yg mengidam)

3) Kek coklat kukus (guna minyak)

4) Creamy carbonara

kali ni saya nak kongsi resepi carbonara saya yang simple (baca: edisi malas) hehehehe...



Bahan-bahan:

1 paket pasta (saya guna jenis spiral) 
- panas kan air yang dicampur 2-3 camca minyak masak & secubit dua garam
- masukkan pasta dan rebus hingga masak/lembut.

Bahan-bahan kuah:
Minyak zaitun
2 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang basar - dipotong buah dadu
ayam/daging cincang (nak guna udang pun boleh)
bebola ayam (suka hati)
kacang peas (saya tak letak)
1 tin mushroom sup
1/2 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin sup)
kiub ayam
garam secukup rasa
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
oregano

Cara-cara:
- panaskan minyak zaitun dalam periuk
- tumis bawang putih & bawang besar
- masukkan daging cincang, goreng hingga masak
- masukkan susu, cendawan & air
- masukkan bebola ayam
- masukkan kiub, garam, serbuk lada & oregano
- masukkan kacang peas
- masak hingga mendidih & agak pekat 

sedia utk dimakan. masa nak makan tu letak cheese pun sodap. 


resepi kek coklat saya dah pernah share kat sini dulu. cuba ada sedikit saya ubah. nanti kejap-kejap kalo angin rajin saya datang, saya taip kat sini ek. begitu juga resepi puding roti, saya ada ubah sikit mengikut bahan yang ada kat umah. nantilah saya letak resepi ;)

Tuesday, 10 July 2012

masak apa hari ini.....

..... Assalamua'laikum....kabare? hehehe harap2 semuanya sihat sejahtera hendaknya. jangan lupa lemparkan senyuman yang manis ya, senyumkan sedekah yang terindah... :-)

pagi-pagi hari ni, otak aktif aje berfikir tentang makan. bila dah masuk mode diet ni, mulalah fikir makan, makan, makan aje.

duk fikir apakah menu sihat yang sesuai dimasak & dimakan untuk seisi keluarga. kat rumah tu ada yang tak suka makan sayur. aku pula suka makan segala sayur & ulam-ulaman. dapat dgn ikan bakar cicah sambal belacan/air asam/kicap tenyeh2 cili padi pun selera sgt.

tapi.....aku tak mau makan nasi utk makan malam. maka kenalah masak sesuatu yang mengenyangkan, kannnn...

untuk hari ni terasa nak masak antara tiga jenis masakan simple ini:

1) sup sayur (sawi/kubis) + telur & ayam goreng/bakar (lawan dgn sambal kicap)
2) tomyam sayur + isi ayam & ayam goreng/bakar
3) sayur taugeh goreng + tauhu + ayam masak ala2 tenpanyaki (kunun!!)


kenapa pilih ayam? sebab stok ayam ada kat dalam peti kat umah...hehehe...

cik adik lia, sila pilih dari menu diatas. sekian, terima kasih. 

Thursday, 16 February 2012

butter cookies..

......oppsssss ari ni gatal btl tgn aku nak memasak sesuatu....telek punya telek jumpa lah resepi butter cookies...tp aku telah menderhakakan resepi ini sbb spt aku ckp sebelum2 ni, nk msk ni gunalah apa yg ada dlm dapur kita...

kebetulan butter xde dlm dapur umah aku, yg ada marjerin planta, maka cookies ni patut jadi majerin cookies kot..hahahahaha...

oh ya, resepi ni mudah & tak byk kerenah ... aku jumpa ms menggogle, dr blog mana aku ni mmg pelupa, tp namanya cik Hasue tak silap..minta izin ye mencuba resepi awak... :D





Resepi Butter Cookies

Bahan2 utk 1 adunan (aku buat 2 adunan)

125 g mentega (1/2 buku) - aku guna 1 cwn planta
45 g gula icing (1/3 cwn) - aku guna 1/2 cwn
140 g tepung Top/gandum* (1 1/4 cwn) - aku guna 2 1/2 cwn
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama) - gandakan 2
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla - gandakan dua
choc chips atau kismis - utk hiasan -hasue letak badam cincang,gaul sekali dalam adunan
gula halus - utk tabur (opt)

cara mengadun:

Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.

Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.

Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan

*Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.

rupa cookies aku mmg tak brp cun, sbb aku maleh nk pk psl bentuk, itulah masalah aku, part mendecor mmg slalu gagal ~sigh~

*nampaknya diet aku punoh ari ni, sbb termakan cookies ni..hhehee cari pasal lagikan..

Sunday, 12 February 2012

sambal ikan pari bunga kantan...

.....assalamua'laikum...hari ni nk share lauk sambal ikan pari pula...kalau ikan pari masin pun sedap...tp hari ni aku msk ikan pari segar...

alkisahnya, aku dh siap msk asam rebus ikan pari + belimbing ... pastu si lina pula dtg angin mengada teringin nk mkn sambal tumis..nampak pula ada bunga kantan..maka jadilah lauk sambal tumis hari seperti dibawah...lawan pula dgn ulam timun..hmmm..makin gemok la..



bahan2:

- ikan pari (dipotong kecil, gaul garam & kunyit, goreng garing)

bahan tumisan:
- 15 - 20 tangkai cili kering (direbus)
- 4 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 1" halia
- 1" lengkuas
- 1 btg halia

bahan lain:
- bunga kantan (di racik halus)
- bawang besar (dipotong bulat)
- garam, gula, air asam jawa

cara memasak:
- blender halus semua bhn tumisan & tumis hingga garing
- bila garing, msk kan air asam jawa, gula & garam
- masukkan ikan & bunga kantan
- cukup rasa, cukup rata & masak..bolehlah diangkat utk hidangan.


Friday, 10 February 2012

pancake oat berinti kentang...


....okay aku tahu aku rajin (tetiba aje) hahahaha...assalamualaikum...disebabkan dah beberapa hari aku mcm disuntik vitamin R yakni rajin...hari ni kepala aku duk pk nak masak apa pula..utk lunch aku masak ketam berempah (tak sempat ambil gambar)...

memandangkan emak berpuasa...aku bercadang nak masak sesuatu yang simple...teringat pula dalam peti sejuk ada lagi inti karipap & inti kelapa..maka aku pun masuk dapur pukul 7 ptg tadi utk memasak...mujur buat pancake ni semudah ABC..by the time azan maghrib dah siap 3 ketul utk emak berbuka...

dibawah aku share resepi yg aku pandai2 ubah suai, campak ikut bahan yg ada depan mata...nasib hasilnya gebus....sedap uolls (pujilah diri sendiri, sapa lagi kan)...

juga aku masukkan gambar yg tak seberapa utk simpanan peribadi aku .. chewah..aku tak jadi letak inti kelapa, itu tunggu projek akan datang pula...hehehehe....







bahan2 pancake:

- 6 sudu butter dicairkan (aku letak 4 sudu minyak masak & 2 sudu marjerin)
- 2 biji telur
- 2 cawan tepung kek
- 1/2 cawan oat
- 1 sudu teh baking powder
- 1 1/2 sudu besar gula
- secubit garam
- sesudu lemon jus (aku letak air limau nipis) - optional

cara memasak:

~ masukkan semua dlm blender...tretttttt tekan sampai semua sebati...mudah kan..
~ panaskan kuali non-stick @ kuali biasa suka hati (jgn ssh kan diri pergi beli yg baru, guna apa shj yg ada dlm dapur anda)
~ letak sikit marjerin, masukkan sesenduk adunan pancake, lapiskan dgn inti (ikut suka) dan tambah selapis lagi adunan tepung tadi
~bila bahagian atas nmpk dah pekat @ berlubang, terbalikkan pancake (bkn kuali ye)
~ masak hingga agak kekuningan ..angkat

* adunan ni juga boleh dimasak kosong & curah sirap, madu, jam, susu, coklat atau apa sahaja ikut selera tekak..sekian...



Thursday, 9 February 2012

karipap kentang cair didalam mulut..

..... amboi3..bangganya aku dgn diri sendiri..hari ni aku rajin lagi..benonya smlm pun rajin gak...
smlm aku & mak wat kuih tepong gomak lagi..memandangkan inti ada lagi..kami perabis inti supaya tak semak peti ais...

ari ni..niat asal aku nk wat pai kentang..sbb terpandang kentang seguni kecik yg tak berusik kat dapo nun..entah mimpi ayah aku beli kentang bebanyak gitu...

maka tengahari tadi aku gigih membuat doh & inti kentang..guna apa aje yg ada dlm dapo sebagai bahan2nya..tapi bila pk2 blk, buat pai nmpk sikit..kalo wat karipap mesti byk kan..(tamak tol)...maka aku pun minta emak mengelim karipap ptg td, sbb aku x mahir mengelim, aku mahir ngap aje...akekekekeeke...

karipap hari ni hasilnya sgt sedap...serius sedap, aku bkn nk puji diri sendiri sbb aku yg buat doh & inti..kali ni aku eksperimentasikan doh aku dgn campuran tepung, hasilnya karipap ni sgt rapuh, rangup & cair dlm mulut..bkn aku yg kata, anis & emak pun kata mcm tu...dan intinye..perghhh xtra pedas sbb aku campur cili api & cili kering...aku mmg antu pedas...

mau resepi? aku bg utk doh karipap ye..inti suka ati sebenarnya nk letak apa pun boleh..dan..doh ni blh juga dibuat pai..selama mencuba...

bahan2 doh: *doh ini akan menghasilkan kulit yg rangup..

4 cawan tpg gandum
1 cawan tpg ubi
1 cwn tepung beras
2 1/2 sudu marjerin
1/3 cawan minyak masak (dipanaskan)
1 sb gula
1 st garam
air peti sejuk (secukupnya)

cara mengadun:

~ campurkan semua bahan kecuali air & minyak panas. gaulkan dgn jari sampai jadi halus mcm serbuk roti (lebih kuranglah...)

~ campurkan minyak panas..gaul rata

~ masukkan air sejuk sedikit demi sedikit..uli sampai doh tak melekat ditgn..

~ simpan sementara doh dlm peti sejuk (tutup dgn kain lembap)


bahan2 inti (cara aku hari ni):

cili padi, cili kering, bawang merah, bawang putih & udang kering (dikisar utk menumis)
15 biji kentang
3 labu mawang besar dimayang
rempah kari (aku guna kari daging)
garam & gula secukup rasa
air (sampai tenggelam semua kentang)
(aku tak guna perasa pak aji @ yg secukup rasa)

cara memasak:

~ tumis bahan yg dikisar (udang kering tumbuk kasar je)
~ masukkan serbuk kari
~ cukup garing masukkan kentang, bawang & air..
~ tambah air takat sama rata dgn kentang
~ masak sampai kering...

sejuk inti, blh lah mengelim kalau pandai & rajin...kalau ikut aku yg mls & xpandai mengelim ni, jadi pai aje tadi..heheehhehe

maka selepas digoreng...tarrraaaaaaaa...sila lihat gambar yg x brp cun tu..amek pakai henpon cap ayam..






Wednesday, 8 February 2012

marble cheese cake (kukus)

..... wahhhh dlm dua tiga hari ni aku over rajin, hari2 nak main masak2...masak pula menda yg tak pernah dimasak sebelum ni...dan menda tu pula mmg merosakkan plan diet aku..huuhuhu...

hari ni aku mengukus lagi...jumpa resepi marble cheese cake pula...aku nk buat yg simple & bahan2 yg mmg dh ada kat umah...okay bohong...cheese takde, so aku rajin sekali lg pegi pasaraya segi p cari cheese & tepung kek...hehehehe...

kali ni xde hias apa2 atas cake...rupa dia sendiri dah cukup comel (pasan kan)..

kat bawah ni resepinya...

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

*5 keping slice chees

*1/2 cawan susu cair

1 cawan gula kasar

1 cawan marjerin

2 cawan tepung kek

2 sudu besar serbuk koko

1 penutup esen vanilla

3 biji telur

Cara-cara

panaskan bahan yg bertanda* hingga keju cair dan padamkan api,biarkan suam.masukkan gula kasar kacau sampai gula hancur. pukul telur dengan marjerin dan masukkan ke dalam bancuhan keju tadi,..masukkan tepung sedikit2 kacau sampai sebati,masukkan esen vanilla,..bahagi kpd 2 bahagian,..1 letak serbuk koko. tuangkan berselang seli ke dalam loyang yg telah di gris dgn marjerin,..lorekkan menggunakan hujung garpu supaya jadi corak marble,..dah siap boleh kukus selama 45 minit hingga 1 jam atau hingga masak.




























Tuesday, 7 February 2012

kek coklat moist (kukus)...

....okeh..kejadian ini adalah ptg smalam...nk buatnya dh lama..tp sbb angin malas tu byk sgt..idak le siap2 keknya...resepi ni aku google aje...tp x igt kat mana jumpa...

yg pasti kek cekelat kukus ini sgt moist okay...cair didalam mulut..nk buat pun senang...tp part mendekorasi aku failed...aku mmg keras tgn...jadi aku bagi tugasan menghias kek kat lina...maka inilah hasilnya...x brp cantik...tp sedappppp...halus & lembut sgt...juga..kurang manis...cekelat cair tu jadi pemanis dia.. :D


resepi:

Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit




panas dari pengukus





sudah bermandikan cekelat


hiasan yg x berapa menjadi

hasil dr jerit perih hahahaha..












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...