Thursday 24 May 2012

cinta itu buta....atau...bodoh???


Ibu tunggal ditipu RM5j


KUALA LUMPUR 23 Mei - Tertarik dengan ketampanan seorang lelaki mendakwa pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) berpangkat jeneral dalam sebuah laman sosial, seorang wanita berusia 63 tahun bergelar jutawan sanggup bergolok-gadai selepas mereka menjadi kekasih.

Curiga melihat kisah percintaan ibunya yang turut memberikan wang kepada pegawai tentera itu selepas menjual harta benda kononnya untuk pelaburan, salah seorang daripada tiga anak wanita berusia 63 tahun itu bertindak membuat laporan polis.

Sejak berkenalan dengan lelaki terbabit, pemilik firma audit itu telah menjual sebuah banglo miliknya di Bangsar bernilai RM3.5 juta dan beberapa bidang tanah yang kesemuanya berjumlah RM5 juta bagi menyalurkan wang kepada kekasihnya itu untuk tujuan pelaburan.

sumber: utusan malaysia online
________________________________________________________________________________

.....Assalamua'laikum....

dah baca surat khabar pagi ni? dah tgk @ dgr berita? aku ni memang tak baca surat khabar, jarang2 sgt nak selak surat khabar, berita online lagilah tak rajin. kebetulan semalam tertengok berita & pagi tadi dgr pula dekat hot.fm kisah ibu tunggal kena tipu RM 5 juta tu..aku terpanggil nak buka utusan online...rajin..rajin...

yang membuatkan aku busy body sgt fasal kes ni adalah kerana wanita yang ditipu itu umurnya lebih tua dari emak aku iaitu 63 tahun (hey..siapa cakap org tua tak boleh bercinta hah??!!)

wanita itu juga bukanlah org kampung yg tak tahu perkembangan dunia luar @ katak bawah tempurung. beliau adalah pemilik firma audit. haishhhh betullah cinta itu buta.

lagi2 bak kata tuan polis semalam, lelaki situkang penipu mendakwa kengkununnya dirinya adalah jeneral tentera US, ditambah dgn foto yang kacak bergaya..bukan aje cinta yg buta, mata, hati & minda pun buta sekali.

rasanya byk kes mcm ni dah berlaku kat malaysia. bukan satu dua, malah dah byk kali dipesan supaya berhati2 dgn org yg tak dikenali. lagi2 kenal kat internet, laman sosial, dalam majalah (mcm zaman dulu2 yg sgt popular tu). dah lah tak pernah jumpa, lepas tu sesenang2 & sewenang2nya dia boleh minta RM 5j dlm tempoh 2 tahun. okay..tukang minta tu katalah memang kerjanya perompak, penyamun, penipu, pengikis harta org..dah memang kerja dia...yang situkang beri ni pula??? nak masuk kategori apa???

kategori nasi lemak buah bidara, buang emak buang sedara kerana kasih hamba turutkan ke? atau kategori kerana kasih rumah dan segala harta dinda gadaikan?? adoiii lah....RM5juta ye, bukan sikit2 tau...aku bekerja 24/7 selama 30 tahun pun tak dapat nak kumpul duit banyak tu.

kot ye pun nak melabur...takkanlah sesenang itu nak salur duit kat org. alahai...susahlah nak cakap bila dah masuk kes-cinta-sampai-syorga ni. kang kita cakap bodoh, ada yang bela, dia wanita. dia mungkin sunyi, ada org yg layan dia baik2, cakap baik2...dia pula jenis berharta, jutawan...tak jadi kudis kalau dia nak keluarkan duit pun. lagipun niat dia nak melabur, bukannya nak mewah2kan pakwe "mat-saleh-hensem" dia tu.

ini ada satu lagi kisah benar, terjadi dekat2 dgn aku, org yg aku baru kenal. beliau adalah ibu tunggal berkenalan dgn lelaki dlm internet, dah pernah jumpa pun. baikkkkk & kaya lelaki tu (kata dia). lepas tu dia pun baik hati bagi pakwe internet dia duit. konon2 melabur dlm bisnes. siap buat pinjaman bank. kata pakwe ko kaya kak esah oii..pastu buat apa nak minta duit ringgit ko lagi. pastu pakwe ko pengsan? koma? hilang dari sisi kau selamanya ke? hahaha part tu aku tak mau nak komen, dia lagi tua & berpengalaman dari aku. dia patutnya boleh fikir dgn logik akal. sebab kat mata aku dia ni dlm semua hal suka tunjuk pandai. takkan bab2 menilai org lelaki ni tak pandai kot. atau...? buta kerana cinta ke? buuweeekkk.


kesimpulannya...errr takde simpul2...aku bukan nak simpulkan apa2...sekadar nak mengingatkan diri aku sendiri & kpd anda2 semua...nak buat sesuatu fikir dalam2 dulu. ini baru kes duit-muit, belum kes tergadai body, terjadi kaldai dadah, kena jual dekat pasar gelap, kena curi organ dan macam2 lagi. jgn pula nanti kata, "saya kena pukau" nauzubillah..minta disimpangkan perkara2 tak baik tu dari diri kita. 

nak berkenalan kat internet tu boleh, nak bercinta pun takde sesiapa yg nak marah. lagi2 kalau dpt yg muka kacak ala2 "jeneral-tentera-US"..hahahaah...atau won bin adoiiii pengsan...tapi kenalah berhati2..org jahat zaman sekarang ni ramai muka kacak bergaya, takde dah parut bergaris atas mata melintang sampai dagu. takde dah main tutup mata sebelah atau gigi bersepuh emas berkarat. nak2 kalau dlm internet, gambar sesapa tah diletaknya (padahal pakwe kulit tebako). kata2 pula mcm pisang sira gula melaka aje manisnya. jgn mudah terpedaya okay...

p/s ~ aku tak suka & takut tgk kaum2 kulit ireng tu ramai2 kat malaysia ni..rasa mcm tak selamat. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...