Friday 11 May 2012

anti-sosial...akukah?

....apakah anti-sosial? apa yg aku faham manusia anti-sosial adalah manusia yg tidak bercampur dgn org lain, dgn masyarakat dan tidak peduli dgn keadaan & org sekeliling dia.

adakah aku seorang manusia yg tergolong dlm kumpulan anti-sosial ini? heh? mcm xblh kena aje manusia byk ckp, peramah & suka senyum mcm aku ni dgn perkataan atau perbuatan anti-sosial. setahu aku, diriku ini adalah seorang manusia yg peramah & mudah mesra dgn org lain (kecuali dgn manusia yg memang tak suka beramah-tamah). 

aku boleh aje masuk dlm kelompok makcik-makcik & nenek2. aku rasa (pendapat aku) aku mudah disenangi oleh semua golongan dari kanak2 sampai org tua. aku tak kisah duduk sembang dgn makcik2 kat majlis2 kenduri, janji jgn diajak aku beborak benda2 yg aku tak brp nak suka. pasti aku duk diam buat hal aku, paling tidak senyum2 aje lah maniskan muka.


begitu juga halnya dgn keadaan kat tempat kerja. rasanya kat semua opis pun ada hal mcm ni. politik opis, puak-puak ataupun dlm manis2 muka ngata belakang. haishhh....xbestkan kalau dlm satu pejabat yg kecik dah ada benda2 mcm ni. lepas tu kalo ada yg kaki kipas lagilah payah. 


nak bercerita pasal aku. kat tempat baru ni, aku sebenarnya adalah 'seorang diri'. sebab aku digaji oleh org lain, dan aku diletakkan ditempat lain. ehh??? faham tak? xfaham ke? giniler....company A taukeh aku, tp taukeh A letak aku kat opis taukeh B sebagai staf pinjaman (kontrak) ....haaaaa gituler...


kat opis ni ada ramai staf. dan aku adalah berkawan gitu2 dgn 2-3 org staf. yg lain2 main pandang2 & senyum2 aje (itupun kalau org lain tu nk senyum). ada tu pandang aku mcm aku ni "ehhh...kucing sesat...shhh shhh pi duk sana..." hokay...sy tahu sy siapa...dan sy rasa xpenting pun nak hai2 bye2 dgn awak2 semua...xganggu gugat pun kredibiliti sy sebagai kuli...kihkihkih...


disebabkan aku ni sedar diri, aku tidak brp nak suka mencampuri apa2 xtvt mereka bila membabitkan benda makan2 nih. even ke pantry pun, aku akan jejak kesana kalo aku bawa makanan sendiri, selain dari itu, kau masak kambing panggang ke, beriani gam ke, kebab unta ke, waima sate arnab pun aku tak akan pergi. 


ohhhh maaf, sy bukan anti-sosial, sy hanya tidak mahu termakan makanan yg bukan hak sy. sementelaah pula, sebelum ini aku ada dgr ckp2 yg ada si anu tu yg main perli2 pasal duit makan, si senah ni pula duk bising2 sbb ada org mkn tp tak bayar, si milah tu pula marah, tau makan aje tp xrajin nk masak & kemas.  eiii why so kanak2 perangai uolls?? juga ada org penah ckp, "eh kau ada kena-mengena ke dgn majlis ni, kau boleh join ke?" haaa hambik ko... tolonglah...aku xmau masuk dlm golongan yg diperli2 itu..akak ada maruah noks...


jadi, sebagai org luar yg menumpang aje, i rasa xralat pun kalau tak join mereka. isk..gila ko, org ajak2 ayam katik, ko sengih2 pegi makan. pastu org pandang ko pelik mcm ko dah betukar jd zombie...hahahaha ya ampun, jauhkanlah daku dari perkara2 mcm tu...baik aku duk diam2 kat meja & togok air kosong. kalo dah kebulur sgt, kaki ada, tgn ada, pegilah cari makan sendiri...apa susah..ye tak.


aku rasa aku dah cukup dewasa utk dimalukan atau dipandang siniskan oleh org lain. sebaiknya aku kelambu diri aku sebelum ada org serkup aku dgn kemaluan. tak apalah jika ada yg kata aku anti-sosial..janji aku pandai letak diri aku kat tempat yg sepatutnya aku ada. org pelawa awak senyum & tolaklah dgn cara baik. jgn lah pulak ko tegang2 urat kata "aku tak nak lah join korang, syuhh syuhh..pegi jauh2lah langau" kakakakaaka memang mental kalo mcm tu.


moral of the story, kita boleh kenal dgn org yg ikhlas betul2 dgn kita. kita berkawanlah dgn sesiapa yg nak berkawan dgn kita, dan pandailah2 bawa diri kalau kita dah mula ada rasa bau tengik aura hitam yg semakin menghampiri. peace no war... :D











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...