Showing posts with label budak kampung. Show all posts
Showing posts with label budak kampung. Show all posts

Saturday, 26 May 2012

saya budak kampung...episod 4

...... apa yg korang selalu buat masa kanak2 dulu? saya ni selain dari bermain2 dengan kawan2 macam dlm episod 3 tu...aktiviti kami (saya & the geng) adalah macam2. kami suka meraduk semak-samun sampai dah tak takut dengan pacat (konon!!!)

seingat saya, dekat rumah kawan kami nama sarimah ada pokok koko. korang pernah makan buah koko?? rasanya masam2 manis. isinya macam buah manggis pun ada. kami kalau nak buka buah koko ni, selalunya dengan melagakan dua biji buah sampai dia pecah. kdg2 ketuk aje kat batang pokok. antara aktiviti masa lapang kami adalah mengintai koko masak dan melepak bawah pokok koko...hehehe..



selain itu, kami suka juga makan buah jambu batu. jambu batu merah, jambu kecik2 comel je, bukan mcm jambu kat kedai yang besar2 tu. batang pokok jambu adalah licin.  kat belakang rumah saya ada juga pokok jambu batu ni. kalau kena cirit-birit mak akan suruh kami makan pucuk jambu batu. InsyaAllah mujarab, cubalah. ranting dia boleh dibuat lastik, diikat dengan getah tayar motor. letak batu/biji getah/buah ceri sesuai buat niaya anjing yg suka kejar kami mas anak pegi ngaji. kdg2 niaya kawan2 (main perang2). lastik ni mainan budak lelaki selalunya.



selain panjat pokok jambu batu, pokok mangga, kedondong & belimbing pun selalu jadi mangsa. lagi2 mangga mudalah. kat kawasan kampung kami ni ada dusun tinggal (agaknya) byklah pokok2 buah2an, mak2 tak bagi pergi belah sana, tapi dasar budak kampung yg degilkan, diam2 dah ada kat situ. heheeh. selalu kat pokok2 buah ni ada byk kerengga. yg jadi tukang panjat adalah budak lelaki macam uting, jemi, husin, black & aman. takpun kalau budak perempuan, nurul yg lasak & aktif sukan tulah jd mangsa. kak siti bg petua taknak kena gigit kerengga, baca mcm ni, "kau wangi aku busuk"..baca byk2 kali mcm mentera, jadi tak jadi belakang cerita, janji ada org nak panjat pokok. kami akan makan mangga muda, belimbing & kedondong lawan garam & gula. haaaa kau, kecur air liur tiba2..hahahaha..






selain tu, kami kadang2 kutip pucuk paku kat semak2. memang byk lah pucuk kampung kat kawasan kampung ni. ada yg hijau, ada yg merah. kalau masak tumis dgn ikan bilis & cili padi, perghhhh sedapppp sgt. masa kutip pucuk paku nilah selalu ada pacat. nak tau cara buang pacat yg melekat kat kaki? tabur aje garam atau abu rokok. menggeletik pacat jatuh dari kaki kita.









selain pucuk paku, antara sayur2 & ulam2 kampung yg senang dicari macam pucuk ubi, bunga betik & pucuk betik. rasa nak mkn boleh petik aje. kalau pokok bertuan mintalah, kalau nak beli pun tak nak nya tuan pokok tu duit kita. adat berjirankan.






kalau musim hujan kat ladang getah tu adalah cendawan busut. kutip masak air, pun sedapppp juga, manis aje rasa cendawan. selalunya ikut emak2 yg pergi kutip. harap kat kami bebudak ni silap2 terkutip yg tak boleh dimakan :P





itulah sebahagian dari aktiviti budak kampung macam saya dulu2. tak byk habiskan masa depan tv. comot tu perkara biasa.

saya budak kampung...episod 3

.....assalamua'laikum....senyum sikittt... :)

kali ni, sibudak kampung yang dah bangka ni nak cerita ceriti tentang permainan yang dia adik-beradik & kawan2 dia selalu main dolu-dolu.

zaman kami kanak2 tak ada internet, komputer, PS2 dan handphone pun. paling hebat kalau dapat main brick game/game boy. tu pun ayah tak pernah belikan, pinjam kat kawan2 aje :'(


apa yg kami selalu main masa kecik2 dulu? apa yg saya igt, main batu seremban, lompat getah, main teng-teng, baling tin, tuju selipar, konda-kondi, galah panjang, main tutup botol, main guli, main tepuk2 daun terup (gambar kartun tu), main layang2, kejar2 @ polis sentry, nyorok2, main biji getah, main bola, badminton (pakai raket kayu), congkak, senapang kayu, sumpit dan beberapa mainan lain yg saya tak dpt nak igt lagi. selain tu, ada juga kami main dam ular, dam haji & carom (kat gerai ais kacang mak saya - iaitu depan umah saya). 

kalau main tu, kami campur aje lelaki perempuan, besar, kecik, tinggi & rendah semua boleh main. zaman ni takde malu2 atau fikir pasal cinta2, dah macam adik-beradik semua. tapi selalunya bila pilih geng adalah yang merajuk kalau tak dapat join geng budak terror. hahaahaha. lepas tu kalau ada yg kalah, mulalah nak 'lengit' (merajuk)...Nurul..aku igt kat ko, muka merah mcm udang kena bakar...hehehe..

selalunya kitorang main ni kat kawasan lapang rumah wak ngadin, ayah kawan saya kak siti. ataupun atas jalan depan rumah saya atau depan bengkel motor ayah long saya. 

pernah terjadi tragedi-terompah-terbang-atas-kepala masa kami main baling tin. masa ni kawan lama kami dtg dari kampung masa cuti sekolah. tgh dia nak attack tin guna terompah kayu yg maha keras tu, adik dia melintas depan tin yang cantik tersusun. apalagi, meraung sibudak kecik tu. dahi dia bertelur sebesar telur ayam. masing2 dah cuak. mujur yg baling terompah tu kakak dia si Anazura tu sendiri..kalo tidak mau wan & emak dia yg garang amat tu dtg menyerang..heheheehe...

kalau nak ditulis memang byk, tapi kali ni sy nak layan gambar pula. maybe lain kali saya akan buat karangan panjang2 lagi...hahaha..silalah jamu mata & terbang kezaman masa kecil saya & mungkin juga anda. gambar semua dari sumber google...





konda-kondi

batu seremban

biji getah

congkak


tepuk daun terup

daun terup kartun

konda-kondi

layang-layang

lompat getah

main guli

senapang kayu 

teng-teng

tuju selipar

baling tin

tutup botol
main tutup botol




Friday, 25 May 2012

saya budak kampung...episod 2

....sekarang nak stori-mori tentang sekolah pula. macam yg saya pernah cerita, saya masuk tadika KEMAS di Quarters Polis Airport, sekolah rendah di SRK Sg way & sekolah menengah di SMSU, Subang Jaya.

masa tadika, pergi balik sekolah memang naik motor kapcai honda C70 ayah pergi & balik. kadang2 poksu man (adik ayah) yang tolong ambilkan kalau ayah tak sempat nak balik (sebab ayah kerja kat Boon Siew Honda di PJ).  ada kala ayah long (abg emak) yang tolong ambilkan saya kat tadika.

pic google

sejarah paling saya igt, masa saya on the way nak balik rumah masa balik dgn poksu. tumit kasut saya termasuk dalam jejari rim tayar motor belakang. kasut tercabut & tumit saya sempatlah tersepit kat celah rim motor tu. huwaaaaaaaaaa sakit tau.

sekolah rendah pula, kami berpindah rumah ke kawasan yang tinggi sikit dalam kampung tu. sebab kawasan lama tu kalau banjir memang tenggelam sampai tingkap, padahal rumah dah cukup tinggi. bayangkan orang lelaki dewasa pun tenggelam melebihi paras kepala setiap kali banjir teruk tiba.

dekat rumah baru ni, kalau banjir, selalunya bahagian dapur aje yg tenggelam. sebab dapur kami buat kat bawah, ruang tamu & bilik aje rumah atas. kami yg budak2 ni suka musim banjir sebab org kampung akan dtg tumpang tidur kat rumah kami. lepas tu adalah org persendirian (pakcik omar taukeh kantin quarters polis) & org2 politik (masa tu UMNO & dato' sujak) akan dtg & bawa nasi bungkus (kami panggil nasi banjir). sedap tau, makan ramai2 dalam banjir & hujan turun tak berhenti sehari suntuk. kejap lebat, kejap renyai2. pastu minum kopi O panas cicah biskut kepala lutut, biskut kering & roti. iskkk mcm kenduri rasanya. anda pernah rasa keadaan mcm ni??? :D

okay, berbalik pada sekolah rendah saya. darjah 1-2 memang ayah akan hantar saya pergi & balik sekolah. sebab ofis ayah kat PJ & sekolah saya tu tak jauh sgt. masa ni ayah dah pakai kereta, Mazda Capella. cheewwahhh Mazda tuuu..hehehe

naik darjah tiga saya dengan sepupu & kawan2 dah mula naik bas. kami naik bas Sri Jaya  no 47 dengan tambang 25sen. pernah ada tragedi-bas-sri-jaya terjadi kat saya. masa tu tak igt darjah berapa. mentang2 saya ni paling besar, jiran2 memang mengharapkan saya tolong jaga anak2 depa. siap pula bebudak ni bagi saya duit suruh bayarkan tambang. 

bas sri jaya (pic google)

satu hari, duit tambang yang saya simpan dalam kocek baju...hilang!!!! mak oiii takut ya amat. dah lah duit belanja awak masa tu 50sen aje. dah habis dibelanjakan. duit tambang tu utk 5-6 org kalau tak silap. tak boleh fikir mana nak cekau duit, budak2 tu semua pun duit dah habis buat makan. nak tau apa saya buat??

saya tawakal tahan bas, lepas tu cakap kat pakcik konduktor "pakcik minta maaf, duit tambang semua org dekat saya, tapi dah hilang. hutang dulu boleh? esok saya bayar"...okayy saya tau saya berani. tapi dalam hati jgn tanya, nak pengsan tau. muka dah  merah padam agaknya menahan takut & malu. saya baru sekolah rendah tau masa tu, harap badan aje besar, tapi otak masih budak2. nasiblah kami ni hari2 dah biasa naik bas pakcik tu...konduktor tu pun kata ok. kesian agaknya tgk sekumpulan budak2 comot ni yg pandang dia dgn mata terkelip2 menahan takut. (jgn gelak!! ini cerita sadih-sayu-pilu tau!)

tiket bas sri jaya - xjumpa pula yg 25sen (pic google)

nak jadi cerita, tak sempat sampai dekat hentian kami nak turun, ada pula tuan inspektor yang selalu cek tiket bas naik. tahap cuak saya dah sampai macam-nak-terjun-ikut-tingkap-bas. ya Allah, dugaan betul, saya siap suruh adik2 & kawan2 saya tu (melayu & india) pura2 tidur. tapi pakcik inspektor tu tak kacau pun kami, mungkin awal2 pakcik konduktor dah bgtau budak2 tu takde duit. Alhamdulillah...saya lega sgt. selalu kami turun kat airport terminal 1, kali ni sampai dekat rumah api estet dah tekan loceng. kami jalan kaki merentas ladang getah, jumpa pula ladang kelapa sawit baru sampai rumah. kat umah saya bgtau emak, esok mak bekalkan dgn duit yang hilang tu. 

naik sekolah menengah saya dah naik bas sekolah. kalau sekolah pagi pukul 5.45 bas dah sampai, jgn harap lambat walau seminit, bas takkan tunggu. kenalah tumpang ayah atau naik bas sri jaya. kalau naik bas sri jaya saya kena naik 2 bas. bas 47 berhenti di batu 10, seberang jejantas dan naik pula bas no 338 kalau tak silap. kena jalan kaki dari seksyen 15 ke seksyen 18 baru sampai sekolah. 

pengalaman naik bas sangat seronok. walaupun penat, berpeluh hapak, berpanas, tapi kami tak pernah merungut. belum tiba waktu banjir. mak2 akan bungkus beg, baju & kasut dalam plastik, pimpin @ dukung anak2 ni sampai atas bukit (kawasan estet). kami akan tumpang salin baju kat rumah seorang jiran ni, kami panggil makcik orked (sebab rumah dia byk tanam pokok orked). kat situ bas sekolah akan tunggu kami.

kalau dikenang, zaman kanak2 saya byk pahit getir. duit belanja 50sen, setiap hari mesti bawa bekal air. perjalanan nak ke hentian bas dari rumah jauhnya lebih kurang 30-45minit. belum kira kena kejar dengan anjing dalam estet. meraduk air banjir. tgh berjalan tiba2 hujan. tersungkur terlanggar akar pokok getah. tunggu bas tapi bas tak datang. macam2 hal lagi. 

anak2 zaman sekarang, rumah sejengkal dgn rumah pun emak ayah hantar dgn motor atau kereta. belum kira duit belanja yang banyak lagi. silap2 bekal pun tak sudi nak bawa. untunggg laaaa...

dulu takdelah mak ayah nak bimbang kes culik walaupun anak2 terpaksa berjalan berbatu2 jauhnya tanpa pengawasan org dewasa. sekarang ni, depan rumah pun boleh kena culik..nampak sangat zaman dah jauh berubah. estet yang saya selalu redah tu pun dah tak ada, dah penuh dengan bangunan. Airport terminal 1 & 2 pun dah tak ada. yang tinggal terminal 3, itupun dah tukar nama Skypark. tapak umah setinggan tu pun dah tak ada. setiap kali lalu situ, ingatan saya memang bercambah2 mengingat zaman tinggal disetinggan dulu. seronok...bercampur dgn kaum india pun tak ada masalah. (nanti saya cerita kat tajuk perayaan pula ye pasal kejiranan kami ni..tunggguuu).

lepas ni, saya nak masuk dalam kelongsong memory lane masa saya, adik2 & kawan2 meraduk semak samun pula. zaman nakal yg terindah...adios... :-D


saya budak kampung...episod 1

..... tiba-tiba rasa teringin nak mengimbau kenangan masa kecik-kecik dulu. iye, saya budak kampung. walaupun kampung saya tinggal tu adalah dekat dengan bandar. walaupun orang kampung saya selalu cakap saya budak KL. tapi hakikatnya tempat tinggal saya tetap bersuasana kampung.

sebenarnya emak dah ayah saya berasal dari dua tempat yang berbeza, seorang pantai timur dan seorang lagi utara.

ayah orang perlis (campuq siam belah tok) & emak pula orang terengganu. macam mana salasilah depa bertemu saya cerita lain kali nooo...hehehe

saya dilahirkan kat sebuah rumah kecil (bukan hospital ye) di batu buruk, kuala terengganu. bila umur saya dua tahun ayah bawa saya & emak merantau ke KL (padahal selangor). kami duduk kat rumah setinggan di Kg Lembah Subang (sebelah dengan Airport Subang).

kawasan setinggan kami ni suasana memang kampunglah. ada kaum melayu & india. penempatan kami ni dekat dengan estet kelapa sawit & getah (kawasan atas bukit).

tempat tinggal kami selalu dinaiki air banjir kalau sampai musim hujan. sebab tu semua rumah kawasan tu dibuat tinggi (bertiang & tangga). kalau dah banjir, bukan selipar aje hanyut, anak lembu pun pernah hanyut sampai tersangkut dalam rumah jiran.

teringat dulu pernah kena angkut utk pindah dalam tong drum
(pic google)

ini perkara paling tak best lepas banjir, belum bab kena cuci lumpur lagi
(pic google)

masa tu, sistem paip air kami pakai kongsi-kongsi. satu batang paip dekat tgh kampung, disalur dgn getah paip yang panjang, akan ditukar secara bergilir-gilir kat setiap rumah. (ramai yang ngelat curi air...sampai ada yang bergaduh pasal air tak sampai ke rumah).

selain paip air, ada juga inisiatif menggali perigi. tapiiii...airnya agak kotor. bolehlah guna kalau dah terdesak sangat. ada satu rumah tu rumah dia ada pam air, air bersih sangat, sejuk pula tu. kadang2 kami tumpang mandi kat umah pakcik tu, pakcik lasem nama dia. best...mmg sejuk & segar.

contoh pam air (pic google)

elektrik pula, kami bayar setiap bulan kepada seorang uncle india ni. dia ada generator besar dan akan sambungkan sumber elektrik dekat rumah-rumah yang sudi bayar pada dia. generator akan hanya dipasang dari jam 7 petang sampai 12 malam aje. subuh pula pukul 6-7 pagi kalau tak silap.

disyaratkan setiap rumah hanya boleh guna lampu, tv & kipas sahaja. tak boleh guna blender, iron & brg-brg elektrik lain yang memerlukan tenaga elektrik yg kuat.

tapi ada juga yang ngelat, guna blender & ironlah selalunya. bila ada rumah yang pakai benda-benda ni mesti kat rumah lain lampu & tv berkelip2..maksudnya adalah rumah yg dah tarik api lebih. silap2 letrik boleh terputus. sakit hati tau, kita baru nak layan cerita koboi dengan cerita V dekat tv.

cukuplah untuk episod pengenalan saya budak kampung ni ek. maaflah kot-kot ada yg bosan..ini adalah utk menggali balik zaman-riang-ria-suka-duka-pahit-manis saya membesar sebagai budak kampung. kami bukan asal dari keluarga senang dan mewah. itu yang saya nak tekankan kepada diri sendiri, nak ingatkan macam mana susah payah mak ayah besarkan saya. 

selain itu, ini adalah memori hidup saya. mana tahu satu hari nanti saya terlupa, cerita-cerita ini akan bawa saya kembali ke masa lampau saya. okay...saya dah terkena aura memory lane. japgi adalah yg menitis air mata terkenang zaman dolu-dolu..hahaha.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...