Thursday 28 June 2012

percutian cherating - terengganu (siri akhir)

.....hishhh...letih juga nak menyiapkan artikel majalah siri penjelajahan yang tak seberapa ni. rasanya macam takde banyak aktiviti, tapi jurnal perjalanan kenmain byk....

hari terakhir kami kat batu buruk pun tiba (baca dgn nada sayu pilu ye). lepas solat subuh, aku & bff bergegas ke tepian pantai, nak menikmati panorama matahari terbit. 

tak byk gambar yg boleh dikongsi sbb masih belum transfer gambar yg dlm DC. 






  


lepas ambil gambar & rendam2 kaki dalam air laut kami pun cargas pegi cari makan. pagi tu makanan adalah dihidang secara buffet. antara menu yang ada ialah nasi kuning lawan gulai ikan aya/tongkol, kueh tiaw & mee goreng, roti bakar & cereal (biasalah tu kan), mee kari, kuih (tatau nama apa, akok kot) & buah tembikai.

aku mula2 ambil nasi kuning & gulai ikan sikit utk rasa, mmg sedap. bff ambil kueh tiaw goreng. pastu aku ambil pula mee kari sikit (mee 5-6 urat aje) pun sedap juga. pastu roti bakar 2 keping. air tetap kopi pojaan hatiku. 

kenyang mkn masuk bilik, kemas apa yg patut, baring2 kejap sambil tgk tv. kami keluar dari BBBR dekat jam 11 pagi. dlm perjalanan balik kami singgah dibeberapa tempat utk beli buah tangan. 





  





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...