Friday 29 June 2012

teringin sangat-sangat.....(1)

.....nak kayuh BASIKAL. kesian tau, dah besar panjang tua bangka macam ni basikal pun tatau nak kayuh. bukan basikal aje, apa2 sahaja kenderaan dua tayar aku adalah tak pandai nak bawa ~ nanges :'(

sejak kecik, memanglah mak tak ada beli basikal, masa tu bukan senangkan. ada pun masa adik nomboq 3 dapatlah basikal yang ada roda kecik sokongan kat belakang tu. 

lepas tu awak ni memang dari kecik dah badan beso, asal nak pegang basikal mulalah kawan2 provoke nanti jatuhlah, patahlah basikal tu. macam2lah kata2 yang tak memberi semangat langsung.

sudahnya sampai tualah aku tak pandai mengayuh. gamaknya kalo aku cuba mengayuh sekarang, harus pecah kepala lutut sebab tak pandai imbang badan. 

alangkah seronoknya kalau boleh mengayuh, pagi2 atau petang, hari2 cuti atau lepas kerja, boleh juga kayuh basikal keliling kawasan rumah. dapat gak bakar kalori. apakan daya, lagi tua lagi tak berani nak ambil risiko dan tak berani mencuba.



p/s ~ pernah membonceng basikal tua yang arwah tok wan bawa diperlis dulu. rinduuuuuuuuu zaman kecik-kecik dulu bersama tok wan.

gambar: sumber Google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...