Showing posts with label cherating. Show all posts
Showing posts with label cherating. Show all posts

Thursday, 21 June 2012

percutian cherating - terengganu (siri 3)

.....bersambung lagi kisah percutian aku & bff kepantai timur.

kan aku dah cerita perihal RBC yang tidak beberapa memuaskan hati kami berdua sebelum ini. maka dalam pukul 2 lebih kami pergi ke kemaman utk isi perut yang lapar. hasil menggogle aku pun ajak bff pi mkn kat monica bay atau telok mok nik. pemburuan kami adalah satar & otak2 pak aziz satar.

pusing punya pusing tak jumpa. yg kami jumpa adalah couple yg tak segan silu duk berkepit kat tepi pantai tu...sudahnya masuk kat kawasan perkampungan nelayan ke hapa tah, aku tny kat sorang mamat ni. dia pun bagi direction yang aku kejap paham kejap tidak. 

kami pusing balik dan akhirnya terjumpalah warung aziz satar tu. laaaaa tadi dah nampak, tapi tak perasan papan tanda dia. kecil bebenor...hahahaah...

kami order sepinggan satar, sepinggan otak2 & sepinggan keropok lekor. air pula 2 tembikai & 2 air kosong. satar dia sedaplah juga, kena pula ada sehiris cili padi kat dalam tu, kenalah dgn awak yg suka pedas ni. otak2 dia pun best. keropok lekor adalah sedikit kureng....

berapa harga kami bayar??? RM 16.50. sebenarnya ada lagi seketul dua satar, otak2 & keropok lekor yang belum habis dimakan. ingat nak suruh bungkus, dah tukang kira tu tolak harga yang tak habis makan, kami tak jadilah minta dibungkuskan.

gambar hanyalah yg mcm dibawah, perut lapo tak sempat nak shooting lama2...tapi kat kedai tu mmg ramai pengunjung, xcukup mkn kat situ siap bawa balik lagi....

now you see....

now you don't...hehehe
sambil menjamu selera kami duk pikir nak pindah kemana bila keluar dari RBC nanti. antara yg menarik perhatian adalah Suria beach resort & legend. tiba2 sepupu aku Yana sms & bagitau dia ada kat cherating. dia ajak aku tidur rumah dia kat batu buruk. ehhhh...mcm dpt ilham pula budak Yana ni. kami pun tak fikir panjang terus aje setuju. biarlah burn RM90 tu, dari rasa tak sedap hati. 

patah balik ke RBC, angkut barang & pulangkan kunci. org kat meja depan tu tny knp nk keluar, aku ckp dpt call kena ke terengganu. sajalah tny boleh ke kira jam aje. dia kata xboleh. okey, tak apa. dah muka pun  kurang gula, maka kami tinggalkan tpt itu dgn hati yg walang *drama sungguh*...

cerita siri 4 akan menyusul kemudian....tunggguuuuu.... :D

percutian cherating - terengganu (siri 2)

..... perjalanan kami (aku & bff) bermula dari kg subang pada jam 7.45 pagi dengan sebiji persona yang dipandu oleh cik yatie. jalan sampai shell sg buloh (dekat dgn kem TUDM) kami buat hentian pertama. top-up petrol RM 40, tapau nescafe & roti utk alas perut. cadangnya bff nak sarapan kat mcD genting sempah..cehhh mcD tak habis2....

sekali dah sampai hentian genting sempah boleh terlajak, dua2 tak perasan dah sampai kat simpang masuk...makanya??? no mcD lah...muahahahahaa...kami berhenti makan kat RnR alaaa tak igt pula namanya. makan nasi lemak ayam & nescafe ais x 2 org = RM 12.00.

perjalanan diteruskan sampailah ke exit jabor dan kami tersalah simpang ke sungai ular. mujurlah tak pergi jauh dah sedar & call org RBC (org yg kami call utk booking chalet). dia suruh kami pusing balik. cara percakapan adalah sgt tak mesra alam. boleh pula nak marah kenapa kami turun exit jabor. habis, itulah jalan paling hujung, xkan nak suruh kami langgar segala tong2 dan batu2 penghadang jalan tu...sengallll!!!!

sampai ke RBC kami pun check-in, xsusah nak cari pun, belakang petronas cherating aje. cik adik kat kaunter adalah tak mesra alam. cara bercakap mcm belum sarapan. lepas tu tidaklah nak bertanya brp hari booking, main tulis atas resit RM 90 dan minta duit. tunjukkan bilik kami pun main guna tangan pastu ckp kat belakang. adoiiii tak sesuailah dia duduk meja depan tu.

inilah chaletnya,pic dr hp, pic lain dlm DC blm sempat nk transfer...

sampai kat dpn chalet dah rasa lain macam bila tong2 berisi botol2 arak yg kosong bersusun tinggi sampai bumbung kat belakang pejabat pengurusan RBC. aigooo ini tempat ada jual itu air kencing syaitonn ka? lupa pula nak snap gambo masa tu. 

masuk dalam bilik, kami disambut oleh seketul lampu yg kecil, air-cond, kipas & tv juga katil size king. on tv xboleh, dah lah remote utk tv & air-cond kena share bateri...hampeh. ok tv takleh fungsi. bilik adalah malap dgn seketul lampu sahaja. 

menda pertama kami cari adalah arah kiblat...dan...arah kiblat adalah nan-ado. *bunyi cengkerik ~ garu kepala*. 

masuk bilik mandi, tiada getah paip, tapi disediakan baldi dan gayung. ok takpelah. sekali masa nak cebuk, gayung adalah pecah..bukan sikit tau, pecah besar..erkkkk berapa kali nak cebuk baru boleh bersih ni???

muka bff dah kelam...aku kata okay, esok kita cari tpt lain. sementelaah cik adik kat dpn tu pun minta payment utk sehari aje walaupun kita tempah 2 hari...

masa kami lurus2kan pinggang sambil google tpt lain utk menginap esok, terbanglah seekor lipas dari bawah katil mujur bff tak buka bunga silat, psttt dia adalah penakut lipas okeh....bukan muka aje kelat, dahi dah berlapis2...

maka aku pun suruh bff pegi solat (kiblat digoogle kat JAKIM website) kami pun pergi cari makan kat kemaman. 

okehhh....cukup dulu utk siri 1. kiranya siri 1 ini adalah luahan ketidakpuashatian aku ajelah yg byk pasal RBC. maybe ada yg akan kata, bayo RM 90 nak tip top pulak, bukanlah mcm tu, tapi memadailah dgn kelengkapan yg boleh diguna & berfungsi, sesuai dgn harga. kami pernah duduk kat chalet lagi murah tau, tapi lebih bagus & best berganda2 dari RBC ni....

tunggu sambungan percutian tak seberapa kami disiri akan datang....heheheeh...


Wednesday, 20 June 2012

percutian cherating - terengganu (siri 1)

.....Assalamua'laikum....


aku baru balik bercuti dari sini ......



dengan cik bff .....


sebab baru balik, baru masuk kerja, duk penat n pening lagi....gambo pun tak transfer dari camera....maka nantilah aku update kisah percutian tu sikit2 ye... heeeee :D

Wednesday, 13 June 2012

merancang percutian 2.....

.....kan aritu aku pernah cerita pasal nak pergi bercuti2an dgn bff sempena meraikan hari tua kami berdua yg jatuh selang sehari. memandangkan hari tua kami jatuh cuti sekolah maka percutian ditunda ke minggu ini...yeeeaaahhhh sabtu ni nak pegi berjalan-jalan cari makan.

kemanakah arah tuju dua anak dara ni? plan kami percutian murahan budget murah aje, maka kami pun plan nak ke cherating. puaslah duk pikiaq nak p tidoq mana. survey punya survey kami pakat tempah dekat riverside beach chalet.

sekarang aku tgh survey pula tempat2 makan menarik...of coz lah sata menjadi keutamaankan. lepas tu lia cakap kawan dia makan megi ketam sedap. maka aku pun google...okay...kat kemaman, tak jauhlah. boleh pergi. sebab sata nanti pun kami nak p makan kat monica bay (melayunya teluk mok nik). selain dua benda tu, aku tak kisah sgt dah. mula2 nak sgt mkn sotong celup tepung, tapi sebab last week dah makan seafood dgn hebatnya, kuranglah sikit teruja nk mkn (tapi kalo dpn mata sapu habis..itu guarantee..ngeeee)

baru tadi aku & bff pakat2 buat list pendek apa yg nak dibawa...antaranya adalah:

1) tikar ~ ini penting sebab kami nak berjemur dgn bikini (nak mampos!) kat tepi pantai. hahaahahaha meraung ikan2 dlm laut kalau kami pakai bikini, harus semua kedai seafood tutup sbb penduduk laut berhijrah ke negara jiran.

2) bff kata nak bawa jajan. aku cakap tak payah..kalo nak bawa sikit aje..sbb aku nk makan makanan tempatan situ. lagipun kita bukan pergi zimbabwe yg kita tatau keadaan kat sana. cherating aje kot, paling sengal mesti ada petrol pam jual jajankan...kekekeke..(matik aku kalo bff baca nih..)

3) sbb aku dpt rasakan kat sana nanti takde byk xtvt melainkan makan, makan dan makan aje..aku nak bawa sebuah novel...konon nak baca sambil2 piknik bawah pohon nyiur ditepi pantai. silap2 aku tido aje nanti, dah kenyang katakan....kahkahkah..

4) DUIT!!! of coz lah duit itu penting...gila tak bawak duit, kot boleh dipetik daun nyiur tu buat bayo mkn seafood syioklah jugak....

5) kain-baju & telekung ~ kot takde kain baju ko nak anyam daun nyiur buat skirt & tempurung wat tutup tuttttt ke...heheheeh...ini basiclah kan, perkara biasa yg kita kena bawak kalo nak kemana2...

6) toiletries ~ ini benda yg aku selalu lupa bila nk pegi mana2...tak pasal2 kena beli baru..eiii rugi tau, duit tu blh wat beli makanan (makan lagi....pengsan)


7) camera jgn dilupakan...nti camne nk gedik possing, nk tayang gambo makanan, gambo laut, ombak segalakan...(mak aku cukup menyampah kalo aku petik gambo makanan..mcm jakun katanya...wakakaka)

ada cadangan apa lagi yg perlu dibawa? 

ada cadangan tempat2 menarik & makan2 yg best kat cherating?

dua hari lagi nak pergi..haisshh x sabar rasanya....doakan kami selamat pergi dan balik ye...kot2 ketemu taukeh batik ke, taukeh sata atau keropok lekor ke....yg kaya lagi hensem...murahlah rezeki kan...wakakaakakaka...


kalo ada sesiapa yg terserempak & kenal akak kat sana nti tegurlah, kot nak blanje makan ke, nak chit-chat tepi pantai ke (perasan divanye kau, igt ko glemer...) kekekeeke...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...