Showing posts with label kuih tradisional. Show all posts
Showing posts with label kuih tradisional. Show all posts

Tuesday, 30 July 2013

Kuih raya ...kuih raya....

Assalamua'laikum,

pejam celik, pejam celik dah masuk 21 hari kita puasa. cepat sangat rasanya masa berlalu. tak berapa lama aje lagi Ramadhan akan tinggalkan kita. 



bila sebut raya mestilah nak cerita pasal persiapan rayakan..tahun ni aku tak beli kuih raya. kira rekod terbaiklah tahun ni. tak beli langsung biskut raya. 



makanya, sempena cuti nuzul Quran bersambung dgn hujung minggu, aku, mak n adik2 pakat2 buat kuih raya. tak byk pun, sikit2 setakat buat syarat aje.



projek pertama adalah, kuih bahulu. siap tempah telor itik 2 papan yer...gigihlah aku pukul telor tu sampai kecik sebelah lengan sakit2 tangan.









bahulu ni tak dpt byk sgt sebab awal2 acuan meragam. dah lah tak byk pastu pakat2 makan lepas berbuka pula, mmg tak sempat raya nampaknya...hahahaha


projek kedua, buat biskut tat nenas pulak...mmg mabeles sgt tat nenas ni sampai yg kena cukai nak sama byk yg disimpan utk raya. aku takut tak sempat raya dah habis..hehehe






projek ketiga adalah kuih tiram mini manis & pedas (gambo adalah tak sempat nak ambik). projek keempat pula adalah biskut kelapa. dua jenis kuih ni kami buat semalam (siap amik cuti nak buat kuih..hehehe).  biskut kelapa pun tak sompek den nak amek gambo..penat ya amat rasanya.



dgr kata arini adik n mak aku nak buat maruku & samperit pulak. tetiba rasa mcm rajin pulak kitorang tahun ni... :P








Thursday, 18 April 2013

Kuih tradisional: LOKLIK

pernah makan tak kuih ni? nama pelikkan. tapi rasanya sedapppppp tau.

motip letak patung tu??

nama kuih ni loklik. orang kata ini kuih tradisional negeri Terengganu Darul Iman. kata mak aku kuih ni guna beras padi muda. ada campuran beras yang ditumbuk, kelapa & gula kabung/gula melaka. kalau ada campuran lain aku tataulah. ini aku tulis berdasarkan apa yg terasa dilidah aku. nanti balik umah aku tny kat mak ek apa resepi dia. :)



kuih ni bos aku bawak pagi tadi. tapi beliau bukan balik dari Terengganu, enche bos balik dari Melaka katanya. selain loklik adalah jugak dodol. wajiblah kan bawak dodol kalo pegi Melaka kan. kalo tak nanti anak buah majuk kannnn...hahahaha. TQ enche bos..moga murah rezeki. lenkali bawaklah lagi... :P


inilah wajah loklik setelah di close up. rasanya manis-manis-berlemak-melekit & berbiji2 (kata opismate aku). sesekali jumpa kuih ni memanglah hancur dietkan *nanges :'(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...