Thursday 27 March 2014

erti bahagia.....

Assalamua'laikum....

bagaimana korang mendefinisikan bahagia?
- dapat 9A dlm SPM?
- dapat masuk universiti?
- dapat jawatan besar dan gaji bagus?
- dapat suami kaya, kacak, bergaya?
- dapat selalu pergi bercuti ke obersea?
- dapat sentiasa shopping?
- dapat makan kat restoran mewah?
- dapat naik kereta mewah?
- dan lain-lain. sila isi ______________.

sy bahagia jika dapat membahagiakan insan yg sy sayang. mcm poyo ajekan. konon baiklah tu. tapi sesungguhnya...itulah yg betul2 buat sy bahagia. insan yg sy sayang adalah sangattttttt ramai. kat sini sy nak tekankan yang sy mempunyai kasih sayang yang melimpah ruah. walaupun sy ni termasuk dlm kategori garang, cakap menjerit2, muka bengis tp deep inside my heart, yes..sy seorang yang penyayang (silalah percaya..haha).

sy sayang kedua ibu bapa sy walaupun sy kuat melawan. sy sayang adik beradik sy walaupun depa cakap volume suara sy menjerit  sampai rumah jiran lorong depan belakang boleh dengar. sy sayang sanak saudara dan sahabat handai sy. sy senang bergurau senda, makan-makan (walaupun hanya makan kuaci beramai2) dan menghabiskan masa dengan insan-insan yg sy sayang. sy tiada masalah utk menadah bahu yang kalis air ni utk menadah air mata kesedihan insan kesayangan sy.

sy juga tidak kedekut menadah telinga kuali utk mendengar luahan perasaan insan kesayangan sy. walaupun kekadang sy terpaksa menahan rasa mendengar cerita berulang-ulang atau tak sedap didengar. sy tabahkan hati, hari ini hari org esok lusa mungkin hari sy pula. buat baik dengan orang adalah sgt membahagiakan.

tetapi...jgn sesekali cuba melukakan perasaan sy. iyer...sy cepat terasa, cepat terluka. hati sy akan bergaris luka yg sgt dlm jika yg melukakan itu adalah insan kesayangan yg sy sayang sgt2. jgn "tikam belakang" sy. sy memang jenis manusia yang cepat panas dan cepat sejuk. sy cepat marah dan cepat juga tenang. tapi jika perkara sama berulang kali terjadi..dan bila hati sy dah dijentik rasa "tengok muka ko pun aku dah tak lalu"...maka percayalah, sy lebih rela berdiam diri dari kita bercakap tapi hati sy tak ikhlas. sy takut cakap2 sy nanti akan keluar bahasa kesat yg akan buat awak pula terasa dgn sy. 

sy tak berdendam, sy tak suka simpan rasa marah dan benci dlm hati. sy akan memaafkan, tetapi nak suruh sy balik kepada asal adalah sgt susah. sy dah tua, hati sy dah penat nak main pujuk2. lebih baik sy lalui kehidupan ini dengan tenang bersama insan kesayangan yg lain yg masih sudi berkasih syg dengan sy. (kenapa sy rasa geli baca ayat sendiri nih??)

jika satu hari nanti dah tiada insan yang nak sayangkan sy..sy akan tetap senyum. kerana satu-satunya perkara yang akan membuatkan kita senyum walaupun kita sedang bersedih ialah dengan mengetahui ALLAH sentiasa sayangkan kita. sy akan cari bahagia sendiri..chewaaahhh...

kepada seseorang yg sy pernah sayang dan masih sayang...ini pesanan sy kpd awak. "hargailah seseorang itu semasa dia di depan mata kita. jangan nanti bila dia dah tiada, baru kita nampak...nampak apa?? nampak dia semakin menjauh...." it's too late to regret.

nota kaki: sy bahagia tgk awak bahagia. sy doakan awak sentiasa bahagia. amiin. 

soklan kuiz: sila kira berapa kali perkataan sayang ahkak tulis kat atas...hahahaha...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...