Friday, 22 June 2012

celoteh pagi ini 22.06.12.....

..... Assalamua'laikum. 

ehhhh kejap aje dah pagi jumaat semulakan. sekejap aje masa berlalu, sekejap aje kita dah makin dekat dgn mati....hah, mati tu kena ingat selalu, jangan duk fikir hidup ni menongkat langit aje (pesanan utk diri sendiri).

ingat tak ari tu aku ada wat entry semangat baru. semangat nak kawal makan, semangat nak buat senaman...ingat tak??

okeh, nak buat pengakuan kat sini...3 hari bercuti mmg tak senaman & jaga makan. apa melintas sapu licin. balik bercuti, hari rabu mula kerja dan aku mula puasa. 

hari rabu sahur ambil 2 biji telur rebus & air kosong. berbuka mkn nasi 6 sudu + 2 ayam goreng 1 1/2 ketul + sayur kobis + hati ayam 2 ketul. air kosong tak kira brp liter.

hari khamis sahur mkn 2 keping roti bakar sapu kaya + marjerin & 1 biji pisang. berbuka??? mkn kat pizza hut. sebab cik adik lia teringin nak mkn cheese baked meat balls. maka semalam kami x order pizza pun..tapi  rasanya mcm mkn byk juga. calori & carb confirm byk...huhuhuu

apa yg aku makan adalah cheese baked meat balls share dgn lia, mushroom soup, deli wing 3 ketul, garlic bread 3-4 ketul, seafood lasagna share dgn lia. air aku ambil iced coffee float. oh ya...mkn tuna pizza sekeping kecik yg free for kids tu. perut adalah...sgt kenyang..

bila cerita pasal seafood lasagna ni, adalah sedikit kompelin dari akak ye adik2. dlm gambar lasagnanya adalah penuh dlm mangkuk ayun tu. yg dtg kat kami adalah kecik, sikit (mcm lasagna dikerat separuh) & mcm xcukup cheese. bila ckp kat mamat yg anto tu dia kata mmg size lasagna mcm tu. ehhhh aku bkn br 1st time makan lasagna kat pizza hutlah oiii. pastu bila lia tny are u sure? dia jwb dgn bongkaknya, yes sure! tu. 

kami tak puas hati, harga bukan murah okay. Rm 12++ kot. pastu panggil lagi sorang adik ni, kami ckp nak tukar kalo tak nak reject aje. hak penggunakan. kalo dia ckp dgn molek boleh lagilah kompromi. ni muka tak puas hati bila kita tny elok2. 

sekali makwe yg sorang tu bawa pegi dapur & tukar dgn yg baru yg nmpk mcm lagi eloklah. walaupun aku tau depa just tambah cheese & bakar semula. sabar ajelah. aku ni mmg pangkah kalo mkn kat pizza hut, lagi suka domino pizza. tapi domino takde menda2 sampingan mcm kat pizza yg adik aku teringin tu. 

muka staff kat situ semua pandang kami mcm kami ni makan free aje gayanya. lagi2 mamat nama baharudin yg bongkak tu. pastu sengih2 pandang kami. eiiii geram akak tau.

okey itu kisah semalam. pagi ni aku makan apa? mmg tak kental jiwalah. ada budak opis dr semalam dah pesan suh mkn kat pantry sbb dia nk masak nasi lemak. maka xnak hampakan (dgr tu, baik tak aku??) perasaan & harapan org, aku pun mkn lah nasi lemak tu & ada ubi rebus lagi. air belum minum sampailah waktu aku taip entry ni. dah dekat 1 jam mkn blm minum air lagi. japgi bergelen2lah aku telan air kosong. 

senaman...masih mcm last week, buat yg ringan2 aje....igt balik umah mak nak angkut dumbell blk puchong...weeeeeee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...