.....Assalamua'laikum.
Macam mana dengan kerja, okay? Yang study tu pula, macam
mana?
Aku ni, kerja okay, tapi...banyak yang nak kena belajar.
Sebab apa yang aku buat sekarang jauh lari lintang-pukang dari apa yang aku pernah buat selama
lebih dari 12 tahun ni.
Dulu kerja aku bersangkut-paut dengan produk. Dari
sekecik-kecik sebatang pencil, pembaris, paper clips dll, sampailah ke mesin2
pejabat macam shredder, binding, fax, copier, printer, peralatan AV macam OHP,
LCD projector, PA System, rostrum dll, brg2 sukan, gym, camera, perabot dan apa
sahaja request dari customer berkaitan keperluan pejabat.
Aku kena tahu benda yang org nak, kena tahu spec &
harga. Juga kalau jual mesin tu kenalah tahu serba sikit nak pakai. kalau kena
buat demo takde lah terkelip2 nak baca manual.
Sekarang, aku dah loncat naik satu tangga kena buat kerja
membantu QS. QS tu apa? Kalau tak adik aku yang bijak pandai tu jadi QS, aku
pun tatau kewujudan QS ni. QS ialah quantity surveyor atau juruukur bahan dalam
bahasa melayu.
apa kerja deme ni? sukat2 bahan nak buat kek ke? kalo menda tu aku tau
ler. QS adalah kerjaya professional yang bekerja di dalam industri
pembinaan dimana ia berperanan membantu mengira anggaran kuantiti dan kos-kos
didalam sesebuah pembinaan.
Biasanya profesion QS pada masa kini memerlukan pendidikan
sehingga ijazah kerana skop kerja dan fahaman didalam bidang ini terlalu luas
dan mesti memahami sepenuhnya tentang dunia pembinaan. (akak ada diploma
sekerat jln dlm bidang bisnes je dik..camne???)
Walaupun semua QS mempunyai tahap pembelajaran dan latihan
yang sama, terdapat banyak pengkhususan bidang didalam kerjaya QS. Antara
pengkhususan bidang yang utama adalah:-
1) Mereka yang bekerja di firma perunding bagi pihak klient
(Consultant's QS)
2) Mereka yang bekerja di dalam syarikat-syarikat kontraktor
(Contractor's QS)
Fungsi utama QS yang bekerja di dalam firma perunding adalah
bertanggungjawab dalam perancangan kos, kajian kemungkinan, menganalisa faedah
kos, anggaran perbelanjaan dan penilaian satu-satu projek pembinaan bagi pihak
klient. QS juga akan mengeluarkan buku kontrak bagi pihak klient kepada
kontraktor untuk sesebuah projek.
apa yg aku buat dgn kerja aku sekarang? tak ada kena mengena
pun mcm org QS tu buat, aku cuma buat utk claim/payment aje (kena-mengenalah juga tu). tapiii kenalah tau
juga sikit2kan apa yg diorang buatkan?
serius, aku sungguh2 blur bila diorang sebut term-term yg
tak pernah aku dgr selama ni. lepas tu semuanya kena main kira-kira, pastu
bukan dlm RM aje, ada pula kena kira dlm AUD & YEN. waaaaaaa akak lemah
maths ok. terus lutut pun jadi lemah bila tgk dokumen tebal yg duk cerita pasal
pipeline, earth works, concrete, drainage, metal, bored pile wall works, brick
yada yada yada. matik aku tatau apa itu. huhuhu.
takut tau main dgn nombor ni, bukannya sikit2 setakat puluh
atau ratus ribu, dah main juta2. kang kalo aku salah buat mcm mana? padahal
semua figure org dah buat, aku kena check aje, tapi kalau salah jugak camna?
tak ke nmpk macam double bodoh gitu???
lagi2 bila citer pula duit dibayar dari consultant tu, pastu consultant ni, pastu kerajaan
iye dulu pun aku wat kire2 juga, tapi benda yg aku kire tu senang. cari barang, padankan dengan specs yg client nak, padankan dgn budget, brand/model yg sesuai, pastu submit quotation. dapat order (LO) terus buat order dgn supplier, hantar brg & invoice pastu tgu payment. senang lagi mudah. bila payment lambat aku jadi ceti, kalo nak dapatkan order aku jadi gadis-manis-mulut. part yg susah tu kalau nk masuk tender lah, naik taip satu2 spek atas borang tender yang berpuluh2 helai tu. nak teliti satu2 jgn salah spec & masuk harga (itu kes niaya), tu aje.
tak kira apa bidang kerja pun, semua org akan hadapi dugaan. kena lalui proses pembelajaran, walau org tu keluar dari universiti terpopular dalam dunia pun. jadi utk mempositifkan minda aku yg terkena kejutan kerja ni, kenalah aku anggap kerja baru ku ini adalah proses pembelajaran utk aku lebih maju. tak maulah aku underestimatekan diri sendiri (bukan main ayat).
p/s : (gambar & info QS adalah dari sumber google)
No comments:
Post a Comment