Monday, 25 June 2012

percutian cherating - terengganu (siri 6)

..... pagi ahad kami tinggal berdua kat rumah yana. org ganukan kerja hari ahad. aku pun tak bagi sepupu aku tu cuti. sebab mmg rancang nak jalan berdua aje, tak maulah susahkan org pula.

kami decide utk tidur chalet @ hotel mlm tu. dah nama pun bercuti, nak merasalah konon tidur tepian pantai. napelah tak bawa khemah ajekan, pacak tepi pantai batu buruk tu. untung2 bgn pagi esok kami dah dihanyutkan ke nami island...wahhhhhh ko igt batu buruk & nami island tu sejengkal aje...kehkehkeh...

perkara pertama kami buat keluar dari rumah yana, adalah cari makan. pusing2 nak cari makan kat ladang (tpt yg ayah pernah bawa aku) tp xjumpa. dah masuk kebandor sampai nak dekat pasar payang tak jumpa gerai yg dicari. nak tau nape aku cari gerai tu?? sbb variasi makanan dia adalah sgt byk. dari nasi lemak, roti canai, nasi minyak, nasi dagang, pulut, kuih-muih segala jenis, tapai dan macam2lah...rambang mata nak pilih...

tapi yg kami jumpa hanyalah kehampaan *nanges*...patah bali ke batu buruk, makan kat simpang nak masuk jalan budiman (bertentangan dengan shell). aku makan nasi kerabu ayam bakar. bff mkn nasi lemak ayam bakar. rasa nasi2 tersebut adalah...seedaaaapppppp. ayam bakar dia yummeh ok. malangnya kuantiti dia sikit....hukhuk..perut kami besolah. nk minta tambah segan...kehkehkeh...



1st time aku makan jeruk bawang putih. rupa2nya sedap. selama ni tgk org mkn macam pelik aje. ada gak aku cari2 kalau ada yg jual jeruk garlic ni kat kedai, xjumpa pulak. lepas ni mmg nk beli buat stok...sedap you. 

selesai sarapan, kami pun ke pantai batu buruk, terus ke batu buruk beach resort utk wat reservation. harga bilik + sarapan utk 2 org adalah RM 127.60. kami boleh check-in pukul 3 ptg. 

sebab hari masih awal, kami pusing2 terengganu. tak masuk pasar payang sbb kami takde nak beli apa2. mcm rugikan, tp kalau dah masuk nanti takut rambang mata. dah lah kami mmg takde wat budget shopping, niat bercuti adalah jalan2, makan2 dan rehat2 aje.

pusing2 jumpa kedai yang erra fazira jadi duta batik tu, desa murni. singgahlah kejap. nak cuci mata. mak oiiii harga tudung sehelai takde yg bawah RM 99. semua harga pegawai beso. aku ni pakai tudung harga RM 10 aje..heheheeheh. kain batik dia pun harga mmg cantik, secantik corak dan warna dia. kami keluar tanpa beli apa2...takde yg menarik minat.

lepas tu nmpk kedai tudung singgah lagi. haaaa ni adalah sesuai dgn poket kuli mcm kami. aku capai sehelai tudung RM 10. bff beli selendang 3 helai dgn tudung brp helai tatau. dia mmg rajin beli tudung. aku ni kan ke kedekut (baca: berjimat) maka sehelai cukuplah wat syarat.

selesai agenda jalan2, kami lepak kat A&W tepi pantai batu buruk. apadaaaa pegi ganu lepak A&W. sbb nak cari tpt berair-cond sambil menanti check-in bilik. keluar A&W kami beli coffee ice-blended & jagung rebus kat tepi pantai. lepak2 ambil angin pantai sampai org resort call. 

pic pantai dr dlm A&W

bila dah dipanggil check-in kami pun cepat2lah pergi. tak sabar nak luruskan pinggang. gaya mcm berjalan kaki sgt dari pagi sampai ptg. sempatlah mandi, solat & tidor sejam dua sebelum aktiviti ptg bermula. aktiviti petang akan masuk entry berikutnya ye. mueheheheehe. beriukt adalah pic sekitar BBBR...








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...