Monday, 4 June 2012

cuci mata di pasar tani stadium shah alam.....

..... ahad lepas (semalam) aku ajak bff pergi pasar tani kat stadium shah alam. konon2nya nak cari tudung (macamlah kat kg subang ni takde jual tudung).

Makanya jam delapan pagi aku dah tercongok depan umah bff, utk memulakan perjalanan ke stadium shah alam. ingat cuti sekolah ramai balik kampung, idakler penuh pasar tani tu. sekalikk..cari parking aje dah dekat 20 minit. panasssss tau.

sampai aje kami serang booth jual tudung. sangat rambang mata, cantik dan boleh dikatakan murah. tapi asal aje aku suka, saiz adalah kecik. bencikkkkkk!!! pastu bff beli corak yg aku suka tu sbb sesuai dgn badan dia yg kecik sikit dari aku. huh!!! makan ati tau.

lepas masuk keluar 4-5 booth tudung, aku terpikat dan terbelilah dua helai tudung (yg main sarung & ada awning tu). sehelai warna tone merah ke pink (RM 15) dan sehelai warna dark grey (RM 10). dua helai aje yg mampu aku pilih & beli. sebab manusia ramai, cuaca makin panas, perut dah main kompang lagu pengantin. aku bila dah sesak & tak larat mmg mode shopping hilang melayang.

bergegas aku & bff cari tempat makan. dannnn...semua tempat adalah penuh. huh...mmg betul menguji kesabaran. jumpa satu gerai yang ada kosong, tapi makanan yg ada hanyalah nasi kukus ayam goreng berempah. kuah gulai (agaknya) & sambal belacan seciput. redha ajelah sebelum kompang bertukar jadi bunyi 'gong raja sulaiman'. minum pula aku dgn tamak haloba beli dua air iaitu air kelapa & cendol...perghhh panas2 dpt air mmg nikmat ya amat.

lepas makan mmg plan nak balik terus, bff sempat beli ikan bilis & ikan masin.cantik2 ikan bilis, ikan masin, belacan kat gerai tu.

sebelum sampai kat kereta, mata aku terpandang satu booth tu gantung seluar panjang warna hitam saiz besar. terus kaki melencong kat booth tu, capai 2 helai & acu kat pinggang. okay, cek kalo2 ada carik, pastu terus pi bayo. certeka berapa RM sehelai? akak teruja tau. RM 10 sahaja. walaweiiii mana nak dpt rege murah, saiz besar pulak tu. sonok2. sampai umah nyesal tak beli lebih, sebab adik2 aku pun bam-bam gak, silina dah kenen2 mintak sehelai. maka sebagai kakak yg baik aku bg dia satu dengan pertukaran seluar  palazo hitam dia bg kat aku...kehkehkeh..

pasar tani stadium shah alam ni sangatlah besar. kalau nak pusing seluruh gerai yg ada, mmg boleh turun 2-3kg berat badan. segala apa hendak ada jual kat situ. sayur, lauk pauk, barang basah, kering, pakaian, mainan, makanan, cenderahati, beg, kasut, brg antik, ubat2an, sampailah kereta pun ada org jual. ada byk barang yang ada, sediakan tenaga & duit-muit aje.

aku ni mmg tak larat nak jalan lama-lama. lagi-lagi cuaca panas, mmg surrender awal. dapat bawa badan suku pasar tani pun dah bertuah byk. heheheeheeh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...