Tuesday, 5 June 2012

it's my birthday.....

.....Assalamua'laikum...GoooooD MorNing...ahaks!



Alhdamdulillah hari ini genaplah umur aku 34 tahun. Umur? bukan rahsia lagi...hahahaaha....

aku berharap semoga Allah panjangkan umurku, sentiasa bukakan pintu taqwa utk aku, jauhkan aku dari perkara2 yg tak baik, dijauhi aku dari sifat hasad dengki, tamak dan lupa diri. semoga hidup aku dipermudahkan didunia & diakhirat. Amin.

hari ni juga birthday ayah yang ke 55 tahun...happy birthday ayah, semoga hidup ayah diberkati Allah sentiasa. Amin.


malam tadi mak, lina & anis siap dtg puchong, konon nak buat surpriselah. datang dengan coklat cheese cake lagi. tima kasih ye mak. disebabkan ayah tak dpt join, dia siap msg bgtau nak belikan kek bila aku balik nanti. alaaaaa xmo kek, nak udang celop tepung buleh??? wink wink... hehehe

kalau ada sesiapa yg perasan (ada ke?) kat email aku ada 5678. ya, itu adalah tarikh lahir aku  5.6.1978. aku dan bulan jun ada beberapa kebetulan.

kebetulan pertama adalah tarikh 5678 itu sendiri, nombornya berturut2 (meh tikam nombor. nak mampos?? hehehe)

kebetulan kedua, aku adalah hadiah birthday ayah yang ke 21 tahun. org lain baru nak merasa hidup bebas (kononnya) ayah dah kena pikul tanggungjawab jaga anak.

kebetulan ketiga, birthday aku dan bff berselang sehari sahaja. birthday bff 6678. elehhh sehari aje kot, sibuk nak kata aku tua dari dia..piiiiraaaaahhhh...

dalam family aku, selain ayah, dua orang lagi adik pun lahir bulan jun. anis 10.6.1998 & lia 25.06.1982.

selain bff, ada juga kawan2 sekelas & sekolah yg lahir bulan june. ada tu setiap hari ada yg celebrate birthday (nasib tak buat party aje,mahu kenyang mkn free).

kepada yg wish birthday kat aku (ada ke?) kat fb & sms tu, jutaan bintang dilangit ucapan terima kasih utk kalian. doa aku kpd anda semua, semoga hidup kalian sentiasa didalam keberkatan dari yang maha ESA. Amin.





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...