.....Assalamua'laikum, salam pagi jumaat. Semoga kita semua sihat sejahtera, hati tenang juga ceria dan mudah-mudahan Allah lapang dan permudahkan perjalanan hidup kita hari ini dan hari-hari akan datang. Amin.
tak ada apa yang nak celotehkan sangat pun pagi ni. nak cerita pasal diet, memang tak bolehlah sebab makan dari pagi sampai malam tak berhenti2. senaman tu adalah buat juga setiap hari, masih lagi buat yang ringan2...yang tak pernah tinggal wall push up tu lah.
dua hari lepas cubalah konon nak buat berlari setempat. lari slow2 aje...lari2 anak gitu...sekali, nah kau, pergelangan kaki kanan dah berdenyut2.
masa nak naik tangga naik ke bilik atas, dah macam nak tercabut tempurung lutut sebab menahan sakit kat pergelangan kaki. adoilah, baru nak upgrade sikit senaman, dah jadi mcm tu. tandanya kena buat senaman bentuk lainlah pula. kaki masih tak okay utk buat kerja berat. boleh berjalan perlahan pun syukur Alhamdulillah.
Puasa pula, sepanjang minggu ni adalah tak dibuatnya. teruk sungguh, konon nak puasa isnin - khamis, tapi ada ajelah alasan. :(
kena juga puasa ni, kalau tak makan tak henti2. semalam dah bebelkan sahabat baik sendiri yang dah kena penyakit darah tinggi. maybe sebab dia stress dengan kerja, dengan keselamatan rumah. kena pula kalau part makan memang sukar nak berkawal. memang jadi penyebab sajalah nak melekat penyakit.
bebelkan orang pandai, diri sendiri tak pula nak jaga elok2. maka kawan2 sekalian, jom intai tahap kesihatan kita. jom lancarkan kempen hidup sihat keluarga bahagia. jadi jgn pantau makan & kesihatan utk diri sendiri sahaja, pantaulah seluruh keluarga.
yang ada family tu, esok lusa hari cuti, bawalah anak, isteri, suami, emak, ayah & adik2 ke taman/tasik. beriadah beramai2 lebih seronok. sihat dapat, bahagia pun dapat...kannnnnnn...heheheehe.
gambar : sumber Google.
No comments:
Post a Comment