Monday 5 August 2013

Salam Aidilfitri 1434H



Assalamua'laikum...

Sekejap sangat rasanya bulan Ramadhan tahun ini. 3 hari lagi kita bakal bertemu dengan Syawal. Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini kami (saya & kawan2 opis) berjaya bertadarus dan khatam Al-Quran. Juga ada majlis tazkirah setiap hari selepas solat zuhur di opis. Suasana yang pasti akan saya rindui tahun depan pastinya..sob sob :'(

Mesti ramai yang dah mula bercutikan. Saya hari ni last kerja, itupun kat opis ni tinggal dua tiga kerat aje orang. Yang lain ramai dah selamat sampai kampung halaman. Subuh tadi drive kat elite kereta banyak tapi tidaklah sesak melampau macam selalu. 

Saya cuti sampai 18/08/2013, jangan tanya pasal balik kampung ke tidak...sedeyyy ni. Cuti panjang tapi raya kat kampung subang aje. Perlis tak balik, Terengganu pun tidak. Tak apa, yang penting beraya dengan emak ayah & adik-adik. Hari raya dengan keluargalah yang paling seronok, tak kira dimana pun tempatnya (pujuk jiwa sendirik...keh3)

Dikesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf jika selama saya merapu diblog ini, ada hati yang terguris, ada perasaan yang terasa dengan tulisan saya. sesungguhnya saya manusia biasa, tak lepas dari sebarang salah silap. 

Kepada yang balik beraya dikampung halaman, selamat bersuka ria dan berhati-hati dijalan raya. 

Marilah kita berdoa semoga akan bertemu lagi dengan bulan penuh barakah ini tahun hadapan. Amin. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Jumpa lagi dilain entry jika panjang umur saya..hehehe. 












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...