Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, 21 June 2014

Ramadhan yang dinanti....

Assalamua'laikum...

Lebih kurang seminggu aje lagi bulan yang dinanti2 oleh semua muslim akan tiba.Ramadhan yang penuh barakah mmg sangat2 aku & family nantikan.
Pastinya korang pun samakan?



Korang dah bersiap sedia? kaum perempuan dah habis ganti puasa?
dah kumpul stamina nk kejut somi & anak2 bangkit bgn sahur? hehe mencabarkan...

Ya Allah, panjangkanlah umur kami. berilah kami peluang utk merasai nikmat Ramadhan tahun ini. Amin.

Friday, 20 July 2012

esok puasa.....

.....Assalamua'laikum.

sudah hari jumaat, sudah dipenghujung Syaaban. esok kita mula puasa. ramailah yang berazam nak khatam Quran, nak puasa penuh (seronoknya!!) macam-macam lagilah ye.

apa pun...kalau dah pergi bazar ramadhan tu, janganlah beli ikut nafsu ye. kalau tgh lapar semua benda pun sedap, segala benda pun teringin. tapi dah minum air segelas, kurma sebiji dah tak lalu nak pandang makanan yang berlambak tu. ingat tak....membazir itu amalan syaitonnnnn!!!!

tukang tiup kat hati, tukang bisik kat cuping telinga tu dah kena tahanan reman sebulan dibulan Ramadhan ni.yang tinggal kita dan nafsu kita ajelah. maka...faham2 sendirilah ye. :D


walaupun dah wish semalam...hari ni nak ulang sekali lagi...selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat, semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 yang lepas. 

psttt psttt...agak2 berapa KG berat badan daku akan turun/naik dalam sebulan ni??? esok pagi nak timbang...nanti daku bagitau berapa berat awal Ramadhan dan berapa berat hujung Ramadhan nanti ye....moga2 daku dpt kawal nafsu masa berbuka nanti...amiiin.

Thursday, 19 July 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.....



Selamat berpuasa kepada semua. hoooraaaayyy!!! Ramadhan datang lagi. Gembiranya hati. 

InsyaAllah esok atau lusa umat Islam seluruh dunia akan mula berpuasa. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kita untuk bertemu Ramadhan yang penuh Rahmat & Barakah ini sekali lagi.




Semoga dapat kita hidupkan Ramadhan tahun ini dengan amalan-amalan yang baik, InsyaAllah. 



p/s ~ sentiasa menanti-nantikan pengumuman puasa & raya dari penyimpan mohor-mohor besar diRaja setiap tahun kat TV. harap-harap malam ini tak terlepas menonton pengumuman kat TV mcm tahun lepas :D



sumber gambar: Google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...