Wednesday 17 April 2013

bersosial dialam maya.....

Assalamua'laikum.....

pagi tadi dalam kereta sempatlah dengar radio era. tajuk dia pasal bersosial dialam maya. sebelum ni aku dah pernah sembang pasal isu ni dengan kawan-kawan. 

slalu sgt nampak, kalo pergi makan, satu family menghadap smartphone memasing. sambil makan sambil main psp, sambil ngadap handphone, laptop. dari mak ayah sampai anak2 sibuk sgt dengan gajet kat tangan. memasing sibuk berFB, whatsApp, tweeter, instagram dan ntah hapa lagi tah yang aku pun tatau. aku pandai FB dgn whatsApp aje ek. WeChat tu pun baru2 nak blajo. hampeh sgtkan aku ni. hahaha.

sedihkan. entah2 dalam satu hari, waktu diorang bertemu muka tu hanyalah pada masa makan aje. patutnya masa itulah mak ayah dengan anak2 nak bersembang pun. kalau  makan kat luar pun ngadap hp apatah lagi kalau kat rumahkan? lainlah kalau memang ada jadual, "sessi bersama ahli keluarga tanpa gajet selama satu jam setiap hari". masa itulah nak semak kerja sekolah anak, nak tanya masalah dan perkembangan anak2. silap2 nak bercakap sepatah dua pun susah. anak2 pula keluar suara masa nak minta duit belanja aje.  sedih.

satu lagi kalau ada anak kecik, yang otak tengah cerdas tu kan. setiap apa yang mereka pandang dan dengar adalah pelajaran tidak formal. tapi kalau duk bagi tgk game, kartun segala kat hp tu, bilalah anak nak tgk dunia luar. kat dlm kereta pun kepala tunduk aje ngadap hp, harus esok budak2 tak kenal masa satu tiang letrik mana satu pokok kelapa. hambik kau. 

aku tak cakap bersosial dialam maya ni tak bagus. aku sendiri pun bersosial jugak. yelah, nak jumpa kawan2 bukan senang. masing2 duk jauh2, sibuk pula dengan kerja & family. aku sendiri pun busy ya amat (sila percaya ya). dengan laman sosial lah pun nak rapatkan silaturrahim dengan kawan2 kan. 

contohnya, pagi ni dekat 1/2 jam bazirkan masa dengan merepek kat whatsApp & WeChat. tergelak mengekek sorang2 bila sekali sembang kat group chat dgn 5 org kawan. siap tayang bekal memasing. itu belum lagi tayang muka sendiri dengan posing gedikkan *sepak muka sendiri*

memang terhiburlah juga hati. hilanglah sekejap stress bila chat dengan kawan2. bersosial dialam maya ni. sekurang2nya kita tau keadaan kawan2 kita. tapi jgnlah 24/7 duk ngadap hp ajekan. haruslah semua kerja pun tergendala. kang tak sedo pulak bos lalu kat belakang, dpt lak surat chenta ~ nanges!!

jadinya, pendapat peribadi aku yg cetek ilmu ni, bersosial dialam maya ni ada bagusnya. tapi jgnlah sampai bila masa utk bersama family pun masing2 tunduk aje ngadap hp. kang esok2 nak angkat kepala pun tak boleh. urat tengkuk dah bersimpul2 tak mampu nak tegak dah. hahaha.




2 comments:

  1. Salam, ex boss Che Mid sampai dapat penyakit pergelangan tangan sbb sentiasa pegang fon jee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak..
      haaa biaq betoi..dasatkan penangan pegang hp nih.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...