Monday 7 October 2013

konsep jengah sebulan sekali jer...

Assalamua'laikum.

kekdahnya sekarang ni konsep aku adalah menjengah blog sebulan sekali aje. busy tak hengat dunia. ada yang percaya ke? busylah sangat kononnyakan. padahalnya malas tahap kuasa patplohnam nak menaip. 

arini pun setakat nak kongsi novel yang aku baru beli. nampaknya novel idea kreatif publication (IKP) jadi novel peberet aku sejak dua menjak ni. 

last week order on9 dari cik tie tinie 4 bijik novel. errr 8 sebenarnya, 4 lagi utk opismate aku yg menumpang order sekali. novel2nya adalah seperti dlm gambar dibawah.


aku dah berjaya menelaah dia...random guy - farah hussain. aritu aku puji melangit terukir cinta tulisan anna lee kan? arini aku nak puji melangit gak dia...random guy ni. dua buah novel IKP ni adalah spesis (spesis ke??) bila-baca-tak-boleh-lepas. macam ada candu aje gayanya.

dia...random guy ni boleh buat kita kena kencing manis dgn watak allina & zariel amzar. melampau tak kalo aku nak ckp yg aku dah jatuh tergolek berguling-guling kat zariel amzar yang drop-dead-gorgeous-tall-dark-and-handsome tu. ditambah dgn sexy goateenya itewww. melampau tau cik penulis menggambarkan kekacakkan hero. buat kita yg membacanya pun tersengih sorang2..angau!! hahaha

mcm biasa, aku tak nak cerita novel ni pasal apa. sememangnya aku hanyalah pembaca yang baik, bukan pencerita yang bagus. tapi percayalah, memang tak rugi beli novel ni. cerita tak berat, jalan cerita yang santai, watak yang kuat..pendek kata tak rugi beli. kepada peminat novel, kalo korang nak cari novel yang boleh menceriakan hati, silalah cari  dia...random guy di kedai-kedai buku. nak order on9 pun boleh.

sejak dua menjak ni mmg aku nak cari novel yang tak berat sangat. yang boleh buat ketawa. tak menyesakkan perasaan. yang boleh buat jiwa berbunga2, perut penuh dengan rama-rama. haishhhhh...terasa remaja tetiba (matiklah perahsantan!!) hahaha





2 comments:

  1. mia pun suke bab novel ni..layan sungguh la.+ drama novel lani selalu dimain di tv..tangkap lentuk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...