Tuesday 22 October 2013

pecah rekod 19 biji kek.....


.....dalam 2 hari. iyer...aku berjaya menyiapkan 19 biji kek dalam tempoh 2 hari pada jumaat dan sabtu minggu lepas.

16 biji kek coklat moist kukus, 1 biji cheesecake oreo, sebiji kek butter kukus & sebiji kek pandan kukus.

alkisahnya adik cik bff kahwin ahad lepas. maka cik bff tempah kek coklat moist 10 biji utk dijamu kat tetamu. alang2 buat aku pun tny kot ada sesapa lagi nak tempah. hambik ko..opismate & bff ku cik nieta pun order sorang satu. pastu buatlah lebih 3 biji utk makan sendiri & sedekah kat maksu & kwn2 makan.

kek butter kukus & kek pandan kukus tu pula atas permintaan bonda tercinta. akhirnya taraaaa...siaplah semua tempahan seperti pic dibawah. Alhamdulillah, kek tak meragam, berjaya menepati masa & aku sgtlah gumbira bila org2 yg makan kek kat kenduri tu puji sedap..heheh kembang idung akak yg memang sedia kembang setaman ini..

oh ya, oreo cheesecake tu 1st time buat. kebetulan cream cheese ada kat rumah, googlelah resepi yg simple. yang non bake punya resepi. sekali bahan x cukup. org suh pakai gelatin aku bantai guna agar2 tali, org suh buh yogurt & whipping cream, aku letak fresh milk aje. org suh letak perahan lemoh, aku belasah letah air limau kasturi.. dah itu aje yg ada, derhakakan ajelah resepi. sedap tak sedap tekak sendiri yang makan, nasib bukan buat utk org order.. :p end up rasanya adalah bolehlah, tak buruk pun. adalah rasa cheese tu kan. cuma tak manis & tak masam sgt. mcm puding pun ada jugak rasanya..apa2lah labu, janji rasa tak menjengkelkan..hehehehe..

meh layan pic kat bawah ni. hasil kerja keras yang bertungkus lumus selama 2 hari..

oh ya, kpd kawan2 yg order tu, tima kasih daun keladi, lain kali orderlah lagi. :D

p/s: resepi utk kek coklat moist itu blh tgk kat SINI









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...