Thursday 14 November 2013

macam-macam.....

Assalamua'laikum...

hmmm...tatau nak mula  dari mana. tatau nak cerita apa walaupun ada macam-macam benda nak diceritakan. macam-macam hal terjadi dalam masa sebulan ni. 

3 minggu lepas dikejutkan dengan kejadian sepupu yang tiba-tiba koma di Langkawi. bergegaslah kami kesana, tapi tak sempat separuh jalan dikhabarkan dia dah pun meninggal. Innalillahi wainnaillahi rajiun. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman disisi Allah.

seminggu kemudian, kami sekeluarga balik ke Batu Buruk, Kuala Terengganu. kampung halaman sebelah emak. percutian kali ni memang dah dirancang awal. siap dah tempah homestay. makanya walaupun minggu lepasnya dah berjalan jauh ke Perlis & Langkawi, tetaplah kami meneruskan perancangan nak ke Terengganu. 

aktiviti kat Terengganu lenkali aku wat entry lain (itupun kalo rajin). sebab aku sekarang mmg kurang rajin nak menaip. otak tepu aje rasanya. padahal byk nak tulis pasal cerita korea yg aku tgh layan. novel yang aku baca. kuih-muih yang aku masak (macam yer yer aje..wakakakaka).

dapat jengah sesekali kat blog ni pun kira hebat sangat dah ni. hehehehehe.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...