iyerr...aku tau pesta buku selangor dah lama habis. aku je yang baru terhegeh2 nak cerita peristiwa hari tersebut.
01/06/2013 hari tu, aku, cik bff & k.ain telah berjaya menghabiskan masa dan duit ringgit kat PBS, SACC.
tak banyak yang aku beli kali ni, betul2 beli buku kat JS untuk diri sendiri, novel teduhan kasih kiriman dari adik yang jauh di Terengganu & buku motivasi hadiah utk opismate.
kebetulan birthday aku bulan june, dan sebagai sahabat JS, aku dapat special diskaun sebanyak 35%. wahhhh seronok tahap meloncat2 ye, beli novel bernilai RM 100++, aku bayar RM 60+ aje. siap cik bff pun tumpang sama member card aku tu. untunglah..berbaloi2 penjimatan. hahahaha.
sempatlah juga bergambar dgn 2 orang cik penulis iaitu Jill Naura & Faziela. alahaiii...comel2 aje penulisnya dan muda pula tu.
paling tak sangka, aku dah berjaya baca 4 novel dalam bulan june ini sahaja. 1 novel yg dah lama beli tapi tak berusik dan 3 novel dari pbs. kalo rajin macam ni baca buku sekolah dulu mesti aku dah pandai kan kan kan...hahaaha novel apa yg aku dah baca tu nanti aku cerita ceriti kemudian kalo ada mood ok. daaaaa.
Showing posts with label Sahabat JS. Show all posts
Showing posts with label Sahabat JS. Show all posts
Thursday, 20 June 2013
Wednesday, 6 February 2013
Sahabat JS.....
Assalamua'laikum...
kepada yang suka membaca buku terbitan Jemari Seni, bolehlah mendaftar sebagai Sahabat JS. Caranya? kalau pergi ke pameran buku atau ke pejabat Jemari Seni untuk beli buku tu bolehlah register terus. aku register masa pegi PWTC aritu. register online aku tak pasti pula, cuba pergi website jemariseni.com tgk kot2 boleh register kat sana.
Nak bayar berapa? Yurannya tak mahal RM 20 sahaja utmtuk tempoh 2 tahun. Apa kelebihannya kalau jadi Sahabat JS ni?
- tambahan diskaun 5% keatas pembelian dia kedai JS & pameran buku yang JS sertai.
- pemegang kad sahabat akan menikmati diskaun 35% dalam bulan kelahiran (dalam satu resit pembelian). haaa sakanlah shopping novel masa ni kan. hehehe.
oh ya, kepada sesiapa yang nak jadi sahabat JS ni, kalo korang nak isi borang tu dia akan tanya siapa yang perkenalkan pasal sahabat JS kat korang. letak ler nama aku (macam dalam gambo atas tu), manalah tau kot 5 orang letak nama aku, dapat akak sebijik novel free..hahahaa :P
Subscribe to:
Posts (Atom)

