Friday 15 November 2013

Bukan Sekadar Resepi.....



Kali ni aku nak share sebuah buku yang aku pinjam dari kawan opis. memula ingat buku resepi biasa, rupanya memang sesuailah tajuk dengan isi buku ini. Bukan Sekadar RESEPI.

Kat dalam buku resepi ni bukan sahaja dimuatkan dengan pelbagai jenis resepi, malah ada cerita disebalik setiap resepi. cerita kenangan dari puan penulis yang berjaya membuatkan aku menitiskan air mata. gilakan, baca buku resepi siap menangis. tapi sungguhlah, setiap cerita yang ditulis ada kenangan yang kadangkala kita pun lalui dengan ahli keluarga, sahabat & jiran tetangga kita.

resepi kat dalam ni pun sedap-sedap. dari masakan tradisional kampung, masakan cina, masakan india, masakan arab, masakan inggeris semua pun ada. terdapat 50 buah resepi yang pastinya bukan sahaja membuat kita kecur air liur, malah akan mencuit perasaan dengan kisah disebalik setiap juadah. 

aku nak cuba ada satu resepi ni namanya roti mariam atau roti puri. kalau jadi nanti aku share resepinya ya ;)

sesiapa yang nak beli buku ni bolehlah cari kat kedai buku ek. 

Tajuk: Bukan Sekadar RESEPI
Penulis: Roza Roslan
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Harga: Sem. Malaysia: RM 35.00 / Sabah/Sarawak: RM 37.00


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...