Showing posts with label WWW1. Show all posts
Showing posts with label WWW1. Show all posts

Tuesday, 29 May 2012

WWW1...siapa yg punya?

.......hari tu aku ada wat entry fasal plat no WWW1 yg termahal tu kan...sebab dok gedik2 busybody nak tau siapa yang bertuah dapat bida no tu. semalam semua org dah tau pun siapakah gerangan yang berjaya itu. JPJ dah buat pendedahan...dan pemenangnya adalah....jeng jeng jeng..

pic google

dan...pelbagailah juga kata2 yg sedap dan tak sedap didengar fasal ni kan. macam yg aku pernah persoalkan, kepuasan atau pembaziran? semua ni adalah hak & kemampuan tiap individu. 


utk manusia tak berduit macam aku ni rasa mcm membazirlah, tapi itu apa akal org yg tak berduit fikir. 

aku pasti sgt mereka yang sanggup keluarkan duit macam kat atas tu, adalah org yang betul2 berkemampuan. 

pastilah juga duit muit diorang tu dah dibahagikan utk keperluan & sedekah jariah dll. 


oh ya, tadi kat face-book aku terjumpa penjelasan ini...



jadi siapalah aku insan kerdil ni nak persoalkan cara mereka ni manage duit diorangkan. duit depa suka hati depalah nak buat apapun. (busybody lah kau ni zie...) hahaha...


Friday, 25 May 2012

no plat WWW1 termahal...kepuasan?? pembaziran??

....Assalamua'laikum...salam pagi jumaat...kepada para guru & budak2 sekolah selamat bercuti...yg kena pergi utk kelas tambahan...sabar ajelah ye... :)

pagi ni nak juga menyibuk tentang isu no plat termahal yg diheboh2kan tu...WWW1...errrr cantik sgt ke no plat ni??? aku rasa biasa aje...okay..okay...aku tak pandai menilai....tapi suka hati akulah kan kalau aku ckp no plat ni tak ada makna apa2 pun kat aku, kalo bagi kat aku tak rasa kembang hidung pun pasang kat sport car sang adiwira aku tu...

sesapa yg belum tahu pasal nilai no plat termahal tu, meh aku copykan berita dari utusan online ni...nak tau lanjut baca suratkhabar ye...

WWW 1 catat sejarah dibida RM520,000

KUALA LUMPUR 24 Mei - Seperti dijangka, nombor pendaftaran kenderaan popular WWW 1 berjaya mencipta rekod baru dalam sejarah bidaan nombor plat kenderaan di negara ini apabila dibida pada harga RM520,000.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ia mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang dijual pada harga RM300,100 tahun lalu.

Menurutnya, keseluruhan bidaan bagi nombor WWW pula berjumlah RM64,225,838 dengan nombor WWW 333 mencatatkan bilangan pembida tertinggi iaitu seramai 84 orang.

"Pada asasnya, semua nombor seperti nombor menarik, popular atau nombor biasa tetapi mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida telah habis dibida," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Cho Ha, pihaknya tidak menyangka mendapat sambutan luar jangkaan terhadap permohonan nombor pendaftaran kenderaan siri 'WWW' iaitu sebanyak 18,243 permohonan sepanjang tempoh bidaan dibuka bermula 30 April hingga 14 Mei lalu.

_______________________________________________________________________


RM 520,000.00 ...FUHHHHH bukan sikit2 anak tau....kalaulah bagi makan kat insan2 kedaifan & memerlukan pasti kenyang. 

siapalah agaknya pembida termahal tu kan? apalah agaknya yang mereka ni dapat kalau berjaya usung nombor plat ni kat kereta mereka. agaknya apakah jenama & model kereta 'bertuah' yg akan memperagakan nombor plat ni nanti???

pastilah org yg membida ni super-duper-kaya-raya-maya kan??? jadi apalah sgt duit byk tu bagi mereka. duit dah berlebih2 sampai tak tahu nak buat apa. bersedekah sudah, menderma, amal jariah semua dah dibuat, keperluan sendiri & family pun dah sempurna & berlebih2 sampai 7 keturunan tak habis makan. apalah sgt berhabis utk KEPUASAN kan???? 

macam2 ragam manusia ni, ada gila brg berjenama, gila beli benda2 antik, beli lukisan mahal2, kumpul novel (aku la tuuuu), bida no plat, korek hidung pakai jari kaki (ceh!!!) macam2 lagi ragam manusia. 

pelik bagi kita, unik bagi mereka, pembaziran bagi kita, keperluan & kepuasan bagi mereka. apapun, semua berbalik pada kemampuan masing2. ukur baju dibadan sendiri. ukur duit kat akaun bank. kalau dah mampu tu, buatlah apa nak buat, janji jgn kena kejar ah long sudahhhhh.....hehehe.

p/s ~ PLAT termahal dunia, '1', yang berharga RM43.7 juta dibeli oleh jutawan Abu Dhabi, Saeed Abdul Ghaffar Khouri (gambar kecil) pada 2008 dan dipakai pada kereta kesayangannya, Bugatti Veyron (sumber google)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...