Showing posts with label celoteh. Show all posts
Showing posts with label celoteh. Show all posts

Tuesday, 24 July 2012

celoteh orang mengantuk.....

.....Assalamua'laikum, semoga semuanya sihat & ceria selalu.

huwaarghhh ngantuk ya amat sebenarnya. hari ni jadi antara orang terawal masuk opis, jam 7.05 dah terpacak depan pintu.

cuaca kat luar masa sampai tadi adalah hujan renyai-renyai. mujur juga keluar awal & sampai awal, hujan-hujan gini kalau lewat sikit harus kita buat pesta lampu brek atas jalan.

nape datang awal?? jawapannya sebab datang dari rumah emak. keluar pukul 6.15 kot tadi, sebab nak hantar lia ke KPJ Selangor, superhero kami masih kat hospital. cepat sihat ye amsyar.

oh ya, nak update apakah yang dimakan berbuka semalam dah sahur hari ini.

berbuka:
kurma 2 biji. nasi goreng + limpa masak kurma (lauk kelmarin) + air kopi O panas. kuih koleh kacang seketul. air kosong. 

pukul 11 (balik dari hospital): sup tulang & daging. air kosong.

sahur:
cosway bio-protein + milo + susu omega + 2 sudu oat & sup tulang & daging. air kosong.

senaman: main dumbell pukul 6.30ptg sambil2 tgk tv. main dumbell sebelum tidur dalam 10 minit. main angkat2 kaki sebelum tidur dalam 50x kiri & kanan. 

timbangan adalah tak dapat diupdate sebab bateri belum beli. heheheehe.

oh ya, kepada sesiapa yang mood tengah jatuh merudum, yang tengah berduka lara...jangan ikutkan perasaan sangat k (pesanan utk sahabat saya juga). mandi wangi-wangi, berdiri depan almari baju, pilih baju warna ceria & paling cantik..siap comel-comel..pergi kerja dengan senyuman. 

semoga anda semua akan bergembira & ceria sepanjang hari ini. senyum sikit :D


Friday, 22 June 2012

celoteh pagi ini 22.06.12.....

..... Assalamua'laikum. 

ehhhh kejap aje dah pagi jumaat semulakan. sekejap aje masa berlalu, sekejap aje kita dah makin dekat dgn mati....hah, mati tu kena ingat selalu, jangan duk fikir hidup ni menongkat langit aje (pesanan utk diri sendiri).

ingat tak ari tu aku ada wat entry semangat baru. semangat nak kawal makan, semangat nak buat senaman...ingat tak??

okeh, nak buat pengakuan kat sini...3 hari bercuti mmg tak senaman & jaga makan. apa melintas sapu licin. balik bercuti, hari rabu mula kerja dan aku mula puasa. 

hari rabu sahur ambil 2 biji telur rebus & air kosong. berbuka mkn nasi 6 sudu + 2 ayam goreng 1 1/2 ketul + sayur kobis + hati ayam 2 ketul. air kosong tak kira brp liter.

hari khamis sahur mkn 2 keping roti bakar sapu kaya + marjerin & 1 biji pisang. berbuka??? mkn kat pizza hut. sebab cik adik lia teringin nak mkn cheese baked meat balls. maka semalam kami x order pizza pun..tapi  rasanya mcm mkn byk juga. calori & carb confirm byk...huhuhuu

apa yg aku makan adalah cheese baked meat balls share dgn lia, mushroom soup, deli wing 3 ketul, garlic bread 3-4 ketul, seafood lasagna share dgn lia. air aku ambil iced coffee float. oh ya...mkn tuna pizza sekeping kecik yg free for kids tu. perut adalah...sgt kenyang..

bila cerita pasal seafood lasagna ni, adalah sedikit kompelin dari akak ye adik2. dlm gambar lasagnanya adalah penuh dlm mangkuk ayun tu. yg dtg kat kami adalah kecik, sikit (mcm lasagna dikerat separuh) & mcm xcukup cheese. bila ckp kat mamat yg anto tu dia kata mmg size lasagna mcm tu. ehhhh aku bkn br 1st time makan lasagna kat pizza hutlah oiii. pastu bila lia tny are u sure? dia jwb dgn bongkaknya, yes sure! tu. 

kami tak puas hati, harga bukan murah okay. Rm 12++ kot. pastu panggil lagi sorang adik ni, kami ckp nak tukar kalo tak nak reject aje. hak penggunakan. kalo dia ckp dgn molek boleh lagilah kompromi. ni muka tak puas hati bila kita tny elok2. 

sekali makwe yg sorang tu bawa pegi dapur & tukar dgn yg baru yg nmpk mcm lagi eloklah. walaupun aku tau depa just tambah cheese & bakar semula. sabar ajelah. aku ni mmg pangkah kalo mkn kat pizza hut, lagi suka domino pizza. tapi domino takde menda2 sampingan mcm kat pizza yg adik aku teringin tu. 

muka staff kat situ semua pandang kami mcm kami ni makan free aje gayanya. lagi2 mamat nama baharudin yg bongkak tu. pastu sengih2 pandang kami. eiiii geram akak tau.

okey itu kisah semalam. pagi ni aku makan apa? mmg tak kental jiwalah. ada budak opis dr semalam dah pesan suh mkn kat pantry sbb dia nk masak nasi lemak. maka xnak hampakan (dgr tu, baik tak aku??) perasaan & harapan org, aku pun mkn lah nasi lemak tu & ada ubi rebus lagi. air belum minum sampailah waktu aku taip entry ni. dah dekat 1 jam mkn blm minum air lagi. japgi bergelen2lah aku telan air kosong. 

senaman...masih mcm last week, buat yg ringan2 aje....igt balik umah mak nak angkut dumbell blk puchong...weeeeeee

Friday, 15 June 2012

celoteh pagi ini 15.06.12

.....Assalamua'laikum, salam pagi jumaat, salam ceria...

sekejap aje dah jumpa semula hari jumaat...tahu2 dah tengah bulan june. tak lama lagi nak puasa. ada yang ambil peluang ganti puasa disaat-saat terakhir ini dan ada juga yang menambah pahala dengan membuat puasa sunat. 

aku ni tertangguh aje nak puasa, teruk sungguh. cadangnya next week nak mulakan puasa. InsyaAllah...jadi sebab hari ni tak puasa, nak cerita pasal makan2lah...hehehe

alaaaa bukan makan apa pun, nasi goreng aje. alkisahnya semalam petang kami beli lauk aje utk mkn malam. lauk apa? nak tau ke? simple aje. 3 ketul ayam sambal, 1 ketul ayam goreng berempah, 5 ketul hati masak kicap & sayur kobis+ sawi goreng. certeka brp RM? semua adalah RM 16. murah tak??? aku rasa okaylah, kat tempat lain tak dapat harga tu. 

balik umah masa lia nak masak nasi aku suh masak lebih. konon2 mcm nak rajin aje bgn pagi ni masak nasi goreng. sekali pukul 4 pagi dah terjaga, sampai pukul 5 bergolek2, tak boleh jadi, terus masuk dapur sediakan bahan masak. pukul 5.30 goreng nasi, pukul 6 dah melepak kat depan.

maka pagi ni dapatlah merasa sorang sikit nasi goreng simple utk sarapan. Amsyar pun nak juga bawa bekal ke taska. "nampak sedap" dia cakap. pandai je budak kecik tu kan, macam tau2 aje mmg sedap nasi goreng halia ayong dia...kahkahkah...perahsantan kan i..

ohhh lupa, pagi ni aku wat senaman tau. Alhamdulillah, utk 3 hari berturut2 ni tak tinggal lagi aktiviti senaman ni, walaupun yg simple2 aje. harap2 dapatlah kekalkan momentum tu kan...InsyaAllah....korang senam tak pagi ni???? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...