Monday, 11 March 2013

Hujan.....

Assalamua'laikum.

Disaat entry ini sedang ditaip pada waktu ini. Cuaca diluar pejabat aku adalah hujan lebat beserta dengan guruh berdentam-dentum dan kilat sabung-menyabung. Langit kelam, hitam pekat umpama sedang bersedih.

Sebenarnya entry ini ditaip tanpa tujuan. Sebab tak ada kerja nak dibuat, sebab hujan, sebab perut terlampau kenyang dan sebab mata mengantuk, aku larikan jari jemari ini (cheewahh!!) disini.

Bila hujan macam ni apa yang korang teringin nak makan? Ha Ha Ha..makan jugak yang diingatnya..kannn. Macam dah tak ada menda lain dalam hidup nak fikir, makan jugak yang jadi nombor wahid. 

Aku kalau hujan aje teringin nak ada kopi O panas. Lawan pula dengan....

1) Ubi kayu rebus + sambal tumis ikan bilis / kelapa + gula



2) cekodok ikan bilis


3) Goreng pisang panas2...


ehhhh banyak lagilah, tapi waktu ni 3 jenis makanan tu aku paling teringin. kot lah ada tanam pokok ubi kat blakang opis ni nak aje aku pi cabut & suh dak zaba yang pandai masak tu rebuskan. takde sambal / kelapa parut, cicah gula pun jadilah kan...janji dapat ubi rebus.

sajakler sangatkan...padahal perut kenyang teramat ni, baru sudah makan pengat pisang yang manis, lazat dan lemak berkrim gitu. kehkehkeh...



gambar: sumber Google.


Friday, 8 March 2013

Resepi Baked Cheese Meatballs.....

.....yang sangatlah simple dan sedap teramattttt (konon!)...heheheh..

Dua hari lepas cuba buat makanan tersebut untuk kali pertama. Bawa sikit ke opis dan bagi kawan-kawan rasa. Sekali kena puji, *blushing* akak uolls...

percubaan pertama
Pastu Syikin (retis kat opis i tu lah) petik, jumaat hari wanita sedonia. Kami wanita jelitawan ni pun gediklah nak buat potluck. Ada pula yg request nak mkn  Baked Cheese Meatball tu lagi. Demi tidak menghampakan hati peminat (sila muntah!!) aku pun buat lagi malam tadi. 

Meh intai-intai resepi. Senang uolls...resepinya aku google. pastu ada bahan mcm tak berapa kena dgn piawaian aku, so aku tukarlah beberapa bahan yg aku agak-agak bersesuaian gitu. meh intai-intai kat bawah.

Bahan-bahan:

1 paket Ramly meatball
*1 tin Campbell mushroom soup
*1/4 tin susu cair
*1/4 tin air (jika perlu, mengikut kepekatan kuah)
*1 tin cendawan butang (dipotong)
*serbuk lada hitam (ikut suka)
*oregano (aku guna italian herbs --> tu yg ada kat dapur)
Mozarella cheese

Cara membuat:
- Panaskan oven.
- Campurkan bahan bertanda * didalam periuk. Kacau rata, jangan berketul. 
- Susun meatball dalam loyang, tuangkan mushroom.
- Taburkan mozarella cheese sesedap rasa.
- Bakar lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan cheese nampak kuning keemasan.

# aku memang tak letak garam sebab kuah tu dan cheese dan cukup masin.
## aku tak dadukan bawang & capsicum sebab malas. kalau nak letak lebih sedap.



meatball berenang dlm mushroom soup

ditabur dengan mozarella cheese

PANAS! PANAS! baru kuar oven

berkuah pekat, cicah roti pun sodap..

Loyang pat segi tu percubaan pertama. loyang bulat tu yang dibuat malam tadi utk potluck makan pagi kat opis pagi ni. dapatlah bawa dua loyang. makan ramai-ramai. suke tgk org makan & cakap sedap. tetiba aje perasankan. macam ler pandai sangat masak, padahal sempoi sangat resepinya.

Selamat Hari Wanita Sedunia, 2013

Assalamua'laikum...

Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua yang dilahirkan sebagai wanita. Semoga kita semua sentiasa tabah dan gagah dalam menghadapi segala dugaan.

Hari ni aku & kawan-kawan perkasa, prihatin, bijak dan yang penting JELITA (sangatttkan!) ada buat potluck sempena hari wanita kononnya. meraikan diri sendiri gitu. 

ehhh org dah panggil makan. nti sambung dilain entry ek party makan2 kitorang. hahahaa.

sekali lagi, selamat hari wanita sedunia. sayangilah diri anda. ^_^


3 wanita dibaris hadapan itu adalah wanita-wanita  yg sangat aku sayangi seumur hidup ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...