sabarlah...bukan hanya kita diuji.
sabarlah...ada yg lebih berat ujiannya dari kita.
sabarlah...dugaan ini Allah beri utk menguji iman kita.
kita percaya padaNYA
kita percaya Qada'& QadarNYA
kita percaya segala apa yg terjadi ada hikmah disebaliknya.
Ya ALLAH..tabahkan hati kami
permudahkanlah perjalanan hidup kami
sesungguhnya Ya ALLAH hanya engkau yang Maha Mengetahui
segala apa yang tersirat disebalik apa yang terjadi.
Teguhkan iman kami padamu Ya ALLAH..
sesungguhnya hanya Engkau tempat kami berlindung. Amiin.
Wednesday, 7 May 2014
Wednesday, 2 April 2014
Makan-makan & aksi-aksi sayang disayang....
Assalamua'laikum....
Ini kisah semalam. Makan beramai2 dihari2 terakhir. Terima kasih kepada semua yang hadir. Tetiba terasa diri disayangi, ahaks! Yang paling tak sangka bos yang sorang lagi tu pun join sama...sy terharu tuan haji. hehehe :)
Kepada kak norlat yang nampak sibuk 3-4 hari sebelum hari kejadian tu, terima kasih bebanyak atas segala susah payah. Walaupun akak sorok2 tapi instinct adindamu ini dpt merasainya, nampak sgtlah akak oiiii akak main nyorok2 meeting ngan diorang...hehehe..apapun sy sgt menghargainya..
ada byk nak taip tapi takut keyboard sy basah sbb paip pecah. lenlain sy ucapkan kat mulut aje la ek...heheheh.
kita layan gambo dulu...
![]() |
| jelitawan PPAMPS |
![]() |
| dengan bos yg gojes & cik adik yg manes.. |
![]() |
| jelitawan PPAMPS |
![]() |
| 1st time |
![]() |
| terasa chumill ai dlm pic ni..wakakaka |
![]() |
| duta negeri2 Malaysia katanya.. |
![]() |
| tatau motip pic nih..haha |
![]() |
| betui dak bos ai sporting..hehe |
![]() |
| tima kaseh semua ^_^ |
Yang akan di rindui.....
Assalamua'laikum....
Hari ni hari terakhir kita bersama...tapi harapnya bukanlah pengakhiran selama2nya. Terakhir disini tapi masih boleh lagi jumpa ditempat lain, dimasa yang lainkan?
Sy pasti akan merindui anda semua...merindui saat kita berseronok, bersedih, bergaduh, buat ketupat bergurau dan segala2nya tentang kita. hambek!! ayat drama sangat..hehehe
Saya akan rindu :
- Bertadarus & tazkirah dibulan Ramadhan.
- Solat jemaah zuhur dan asar setiap hari.
- Kita menayang skill memasak memasing (walaupun masak telor dadar aje pon hahaha).
- Kita melepak kat Uncle K & Old Town pada
waktu bekerjahari kita malas nak masak. - Korang melepak kat tempat saya sambil
buat ketupatmenceceh & makan2 (memang kerja kita makan ajekan...) 
pasni makan2 jgn lupa kat ai okehhh - Kita memekak sambil nyanyi lagi yenadei minachi ~ khas utk kanda norlat yg comeyy
- Cekodok super sedap ~ khas utk puan zaba yang santek
- Bergaduh sebab sentap kena perli. Mr K sy akan igt "Kungfu Panda" sampai bebila hahaha. (Bos sy tak ambik ati pun tau hahaha) ~ utk enche bos yg super sporting :P
- Bergurau senda & bermanja ~ khas buat semua, Pn. Farah (bos yg super sporting dan jelita), Lia, Rini, Ekin, Rahmah, Ain & CC (ramai sgt nak sebut...
gaya mcm ada yg nak bergurau & bermanja dgn ko kan??!!)
Okay, list dah cukup panjang. Tak yah letak byk sgt, kang nampak sgt takde keje lain (mmg xde keje pun) kat opis ni.
Berbanyak terima kasih buat semua. Sayang korang ketat2...pasni nak buat gathering ke, jenjalan ke, upacara makan2 ke jgn lupakan sy tau. jgn lupa makanan akan jadi sedap kalo makan sambil tgk muka sy..hehehehe...
Tuesday, 1 April 2014
Claypot Lemak Cili Pada Daging Salai....
.....yang sgt yummeh....dibelanja oleh ketua pilot kat opis aku. Belanja sebab adindanya ini kuat makan (ahaks!!). Sebelum ni dah byk kali cerita sedap sedap sedap...akhirnya merasa jugaklah dibawa kesana selepas puas buat aksi merajuk. :P
nama kedai ialah Restoran Bunga Cengkih, di Dengkil. Tak jauh dari opis kami kat Cyber ni. Antara specialty kat restoran ni adalah Claypot Lemak Cili Padi Daging Salai & Claypot Asam Pedas.
Meh layan gambo yang tunggang terbalik tak sempat di edit..Yang ada hanyalah gambo lemak cili padi sebab takde sorang pun yang makan asam pedas semalam. kena mai lagi sekali next time pekena asam pedas pulak.
![]() |
| enche bos & ketua pilot yg sporting melayan sessi penggambaran. |
![]() |
![]() |
| Claypot Lemak Cili Padi Daging Salai - ahli jemaah punye |
![]() |
| Claypot Lemak Cili Padi Telor Itik - den punyo |
![]() |
| Claypot Lemak Cili Padi Ikan Keli Salai - Enche Bos punye |
Semua makanan adalah sedap belaka. Yang menambah kesedapan kat dalam lauk tu ada mangga muda selain sbb mkn free. Kecur air liur masa menaip ni, basah keyboard ahkak hehehe.
Set dia dalam anggaran dari RM 6.50 - RM 8.00 bersekali dengan nasi putih + sambal belacan + ulam + air sirap. Sesiapa yang nak cuba boleh pi cari kat area dengkil berdekatan dengan jirat cina, berdekatan dengan cendol durian borhan & kedai perabot cavenzi. jangan tanya alamat penuh sebab makcik sibuk buat ketopat bersembang kat dlm kereta. hahaha.
Thursday, 27 March 2014
erti bahagia.....
Assalamua'laikum....
bagaimana korang mendefinisikan bahagia?
- dapat 9A dlm SPM?
- dapat masuk universiti?
- dapat jawatan besar dan gaji bagus?
- dapat suami kaya, kacak, bergaya?
- dapat selalu pergi bercuti ke obersea?
- dapat sentiasa shopping?
- dapat makan kat restoran mewah?
- dapat naik kereta mewah?
- dan lain-lain. sila isi ______________.
sy bahagia jika dapat membahagiakan insan yg sy sayang. mcm poyo ajekan. konon baiklah tu. tapi sesungguhnya...itulah yg betul2 buat sy bahagia. insan yg sy sayang adalah sangattttttt ramai. kat sini sy nak tekankan yang sy mempunyai kasih sayang yang melimpah ruah. walaupun sy ni termasuk dlm kategori garang, cakap menjerit2, muka bengis tp deep inside my heart, yes..sy seorang yang penyayang (silalah percaya..haha).
sy sayang kedua ibu bapa sy walaupun sy kuat melawan. sy sayang adik beradik sy walaupun depa cakap volume suara sy menjerit sampai rumah jiran lorong depan belakang boleh dengar. sy sayang sanak saudara dan sahabat handai sy. sy senang bergurau senda, makan-makan (walaupun hanya makan kuaci beramai2) dan menghabiskan masa dengan insan-insan yg sy sayang. sy tiada masalah utk menadah bahu yang kalis air ni utk menadah air mata kesedihan insan kesayangan sy.
sy juga tidak kedekut menadah telinga kuali utk mendengar luahan perasaan insan kesayangan sy. walaupun kekadang sy terpaksa menahan rasa mendengar cerita berulang-ulang atau tak sedap didengar. sy tabahkan hati, hari ini hari org esok lusa mungkin hari sy pula. buat baik dengan orang adalah sgt membahagiakan.
tetapi...jgn sesekali cuba melukakan perasaan sy. iyer...sy cepat terasa, cepat terluka. hati sy akan bergaris luka yg sgt dlm jika yg melukakan itu adalah insan kesayangan yg sy sayang sgt2. jgn "tikam belakang" sy. sy memang jenis manusia yang cepat panas dan cepat sejuk. sy cepat marah dan cepat juga tenang. tapi jika perkara sama berulang kali terjadi..dan bila hati sy dah dijentik rasa "tengok muka ko pun aku dah tak lalu"...maka percayalah, sy lebih rela berdiam diri dari kita bercakap tapi hati sy tak ikhlas. sy takut cakap2 sy nanti akan keluar bahasa kesat yg akan buat awak pula terasa dgn sy.
sy tak berdendam, sy tak suka simpan rasa marah dan benci dlm hati. sy akan memaafkan, tetapi nak suruh sy balik kepada asal adalah sgt susah. sy dah tua, hati sy dah penat nak main pujuk2. lebih baik sy lalui kehidupan ini dengan tenang bersama insan kesayangan yg lain yg masih sudi berkasih syg dengan sy. (kenapa sy rasa geli baca ayat sendiri nih??)
jika satu hari nanti dah tiada insan yang nak sayangkan sy..sy akan tetap senyum. kerana satu-satunya perkara yang akan membuatkan kita senyum walaupun kita sedang bersedih ialah dengan mengetahui ALLAH sentiasa sayangkan kita. sy akan cari bahagia sendiri..chewaaahhh...
kepada seseorang yg sy pernah sayang dan masih sayang...ini pesanan sy kpd awak. "hargailah seseorang itu semasa dia di depan mata kita. jangan nanti bila dia dah tiada, baru kita nampak...nampak apa?? nampak dia semakin menjauh...." it's too late to regret.
nota kaki: sy bahagia tgk awak bahagia. sy doakan awak sentiasa bahagia. amiin.
soklan kuiz: sila kira berapa kali perkataan sayang ahkak tulis kat atas...hahahaha...
Tuesday, 25 March 2014
Salam Takziah buat #MH370.....
Assalamua'laikum...
Penantian yang panjang berakhir dengan berita sedih. Semoga Allah merahmati mangsa yang terlibat. Semoga ahli keluarga & insan tersayang kepada mangsa tabah dan kuat menerima Qada' & Qadar ini. Salam takziah kepada semua. Al-Fatihah :'(
~ masih berharap mereka selamat. akan tetap terus berdoa.
~ masih berharap mereka selamat. akan tetap terus berdoa.
S.A.R - be Sensitive and Respect #MH370
Monday, 24 March 2014
Menghitung Hari.....
....menghitung hari detik demi detik,
masa ku nanti apakan ada,
jalan cerita kisah yang panjang,
bukan puitis....
cenggituuuu....tetiba aje keluar lagu sedey khennn.... :'(
masa ku nanti apakan ada,
jalan cerita kisah yang panjang,
bukan puitis....
cenggituuuu....tetiba aje keluar lagu sedey khennn.... :'(
Monday, 10 March 2014
Pray for MH370...
Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah, selamatkanlah anak kapal & semua penumpang dalam penerbangan MH370. Permudahkanlah pasukan mencari & penyelamat untuk menemui sebarang petunjuk. Hanya padaMU Ya Allah kami meminta. Amin Ya Robbal A'lamin.
Tuesday, 4 March 2014
Resepi: Chawanmushi (Japanese Savory Egg Custard) versi melayu...
Assalamua'laikum...
semalam aku ada menjanjikan resepi yang sesuai utk diet atkinskan? ehhh tak buat atkins pun boleh cuba, resepi ni utk semua. maka hari ni aku akan menunaikan janji. tak dak hutang dah ehh.. ;)
chawanmushi ni ialah kastard telur iaitu sejenis lauk / desserts yg berasal dari jepun. aku pernah makan kat gerai takoyaki. lepas makan rasa teringin pula nak mencuba, makanya risik2lah kat encik google.
cara buat senang aje, cuma bahan2 tu macam susah nak cari. pastu ada pula sake kat dlm resepi tu. jadi aku pun cubalah kaedah sendiri yang aku agak2 sesuai.
biasanya chawanmushi ni dimasak dalam cawan (tea cups). tapi aku belasah masukkan dlm bekas plastik aje sbb takde pulak cawan yg sesuai. igt nanti nak pi daiso atau DIY nak cari tea cup yg cute miut.
pic source: Google
Resepi asal dari bento.com (bahan-bahan):
- 2.5-3 oz. (70-80g) chicken breast
- about 1 tsp sake
- about 1 tsp light soy sauce
- 4 small raw shrimp, shelled and deveined
- 1 lily root (yuri-ne) (optional)
- 12 stalks trefoil (or equivalent amount of young spinach or watercress)
- 12-16 raw ginkgo nuts, shelled and peeled (if available)
- 4 raw chestnuts, peeled and sliced
- Custard:
- 4 medium eggs
- 2 1/2 cups dashi or light chicken stock
- 1/2 tsp salt
- 1 tbsp mirin
- 1 tbsp light soy sauce
Resepi derhaka versi aku (bahan-bahan):
- isi ayam (potong kecik), udang (gaul dgn kicap masin & masak tanpa minyak)
- brokoli, carot, cendawan (potong ikut suka bentuk apa) -
- 4 biji telur
- 2 1/2 cawan stok ayam
- serbuk lada (jika suka)
* boleh tambah bahan lain yg disukai utk jadikan inti custard.
Cara-cara:
- panaskan periuk kukus
- isi semua bahan inti dlm cawan/remekin
- pecahkan telur dan pukul perlahan. jgn pukul sampai keluar buih, nanti rupa custard tak licin cantik.
- masukkan stok ayam. kacau rata.
- tapis campuran telur kedalam bekas lain.
- masukkan telur yang sudah ditapis kedalam cawan yang berisi inti.
- tutup cawan dgn aluminium foil & kukus selama 10 minit.
- kukus dgn api sederhana.
alhamdulillah...nebes jugak kalo tak menjadi. custard dia lembut aje, seakan2 kita makan puding caramel. cuma aku rasa lenkali nak tambah cili padi kat dlm ni, baru ada upmhhh. aku mkn chawanmushi ni dgn ikan bilis goreng, lobak asin & cili kicap. dh mcm mkn bubur nasi gayanya..hahaha.
Monday, 3 March 2014
Resepi: Japanese Egg Roll
Assalamua'laikum...
aritu aku ada cerita pasal nak buat egg roll tapi tak menjadikan. baru nak gulung dah pecah seribu. kali ni dgn vangganya aku nak menayang japanese egg roll yang berjaya aku buat sabtu minggu lepas.
walaupun rupa tak berapa cun, tapi nampaklah jugak rupa egg roll tu. hehehe..
![]() |
| carot, brokoli, onion & cili padi ricik halus |
![]() |
| 4 biji telur + garam + sayur |
![]() |
| dadar nipis & gulung |
![]() |
| taraaaa..egg roll yg dimasak dgn kasih sayang melimpah ruah..hehe |
kepada pendiet atkins yang suka makan telur tapi menyampah nak pandang muka telur rebus & telur goreng bolehlah cuba buat egg roll ni. walaupun tetaplah menda alah ni telur dadar aje, tapi presentation tetap nak meletep (meletop ke?), penaik selera katanya.
ada satu lagi resepi yang sesuai utk atkins aku nak kongsi. nanti ptg sikit atau esok aku upload k. tunggguuuuuu...
Le Tour de Langkawi 2014...
yg sebenarnya tak perasan pun yang LTdL 2014 dah bermula. kekdahnya, taupun sbb kejadian berlaku didepan mata.
pagi semalam, ahad - 02/03/14 nak pergi beli brg dapur kat pasaraya segi kg subang. sekali alih pergi berderet2 polis sepanjang jalan. maka memandu dgn berhemahlah aku ni konon igt ada roadblock ke apa. tapi apa peliknya polis sepanjang jalan??
lagi 50 meter nk sampai pasaraya, polis tahan. ahhh sudah, kenapa pulak? ada adegan nak tangkap perompak besar2an ke?? kot ya pun bagilah aku lepas dulu. sekali lalulah segala kenderaan pengiring, dgn polis, dgn ambulan dgn macam2 kenderaan kat laluan sebelah.
ooooo LTdL ke? tu pun sbb kat kereta depa ada sticker. kalo tak duk tercengang2 jugaklah aku kat situ. dekat 20 minit kena tahan, semua kenderaan dah mati enjin. pakat2 lepak kat luar kereta. baguslah, semua pemandu sporting, takde yang melenting2 marah sbb kena tahan lama. menanti pengayuh basikal punya lama dlm panas pagi.
akhirnya....wahhhhh kagum eh..jakun sekejap.. vangga tetiba dpt tgk dpn mata acara sukan tahap antarabangsa gitu..hahaha...moh layan gambar...sorry, kualiti gambar henpon cikai aje..
![]() |
| tu..tu..pengayuh Malaysia.. :) |
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































