Monday 13 August 2012

persiapan raya.....

.....Assalamua'laikum,

sedar tak sedar, sekejap sangat masa berlalu...Ramadhan dah nak sampai penghujung. Syawal bakal menjelma kurang dari satu minggu. 

tapi pelik sikit tahun ini, saya tak berapa bersungguh-sungguh dengan persiapan raya. seakan-akan terlupa pula yang raya jatuh bulan ogos. terlupa nak beli kain ela, terlupa nak hantar tempahan baju...terlupa segalanya. akibatnya, sampai saat ini, belum ada sehelai baju baharu pun untuk diri sendiri.

mujur juga baju utk emak & anis berjaya juga dibeli dua minggu lepas. saya dan lina konon-kononnya nak pergi beli baju raya sabtu minggu lepas di Kompleks PKNS Shah Alam.

seawal jam 8.30 pagi kami dah tertonggok kat sana. sebab sampai awal adalah kerana tak nak penat-penat mencari tempat parkir kereta. itupun pukul 8.30 pagi dah dekat penuh ruang parkir tu, ada yang lagi awal dari kami rupanya. isk isk isk..

kedai dalam kompleks PKNS tu buka jam 10 pagi. jadi kami cari Lembaga Zakat dulu, lunaskan perkara yang wajib. Alhamdulillah, zakat fitrah dah pun dibayar. lepas tu pergi bayar segala bil rumah pula. 

bila kedai dah buka, kami pun mulakanlah pencarian. susah tau nak cari saiz utk badan besar ni. sebab tu selama ni kena tempah. 

jumpa yang sedap dipakai, senteng pula kat kaki. hujung kain tergantung kat buku lali. bila ada yang besar tang badan, sangkut pula tang bahu dan lengan. haishhh...memang mencabar kesabaran.

sudahnya, kaki sakit, badan penat, kami balik dengan tangan kosong. sedihkan. maka dengan ini, rasmilah yang saya akan beraya dengan baju lama aje. kebetulan ada sepasang baju kurung moden yang baru dua kali aje pakai, baju tu lah mangsa dipakai pagi raya nanti. alah, dah tua, tak payah nak riuh sangat fikir pasal baju baharu (ayat sedapkan hati...hehehehee). oh ya, paling tidak saya ada sepasang kasut baharu, alaaaa nak buat pergi kerja sebenarnya, rasmi pagi raya aje lah...hikhik...

kuih raya pula, memang tak buat langsung tahun ni. dalam sejarah langsung tak buat kuih raya. semua main tunjuk-tunjuk sahaja. tak tahulah kalau saat-saat akhir nanti datang rajin. tapi yang pasti nak juga mengukus kek coklat sebiji dua malam raya nanti...harap-harap angin rajin tu datang...

langsir & perabot??? tak ada yang baru. semua pun elok lagi. raya bersederhanalah tahun ni. lagipun emak bukan jenis suka bazir membazir ni. katanya tukar aje yang lama, elok lagi. untunglah macam tu, tak payah pening kepala nak mencari disaat-saat akhir. kalau tak jenuh nak bersesak masuk shopping mall. jalan jem, parking tak ada, orang ramai, mmg boleh hilang sabar jadinya.

utk juadah pagi raya, bahan-bahan kering dah dibeli. kerisik & kacang utk dibuat kuah kacang pun kami dah sediakan awal2. almaklum ajelah, kalau semua nak buat sehari sebelum raya tu memang tak cukup kaki tangan. 

oh ya, cuti raya pun dah apply 3 hari, rabu-khamis. cuti panjanglah nampaknya. weeeeeeee...

sekarang ni pun mood kerja dah tak ada. walaupun tahun ni tak beraya kat mana-mana kampung baik perlis atau terengganu, cuti tetap kena ambil. sebab ada sorang tu tengah tunggu hari nak bersalin. jangan dibuat dia  nak meletup malam raya sudah..hahahahaaha....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...