Thursday 3 January 2013

DOSA orang gemuk.....

.....iyer, besar DOSA menjadi orang gemuk ni. sebab itulah orang gemuk ni selalu menjadi mangsa kata nista dan bahan umpatan oleh orang-orangan manusia bertubuh kurus dan yang perasan kurus (baca: pun gumuk jugak!!!)

ada orang memang sejak kecik dah gemuk <=== itu aku. ada yang dah besar baru gemuk. ada yang lepas kahwin & lepas bersalin baru gemuk. lain orang, lain badan, lain hormon dan lain cara pemakanan. 

ada orang yang dapat pasangan suka makan dan jenis tak kisah dengan bentuk badan pasangan dia. ada orang yang pasangan dia sanggup sukat makanan sebab tak nak isteri/suami atau makwe/pakwe dia jadi gemuk.

ada orang yang suka pandang orang gemuk (percayalah!!! memang ada tau). ada juga yang menyampah + sakit hati tengok orang badan gemuk ni. kalau boleh nak zaasss aje dengan pedang samurai. khennnn..aku tau lah apa ada dalam hati korang tu (abaikan jika itu bukan anda).

ketahuilah, bahawasanya orang gemuk pun ada perasaan. kau baru pandang2 sinis dia dah tau apa ada dalam hati kau. apatah lagi kalau kau sok sek sok sek belakang dia pasal penampilan dia.

ketahuilah juga, orang yang gemuk pun ada keinginan dan USAHA untuk kurus. PERCAYALAH kalau satu hari nanti orang gemuk itu berjaya kurus, mungkin dia akan lebih sihat dari orang yang makan-apa-saja-tapi-tak-gemuk itu. 

memanglah ramai yang kata nak kurus dan nak diet tu selalunya maintan dengan badan dia yang cute. selalunya kantoi dalam diet dan tak boleh nak melawan nafsu. 

janganlah pula nak hukum kami-kami yang gemuk ni dengan kata nista. cuba bagi semangat, cuba sama2 bagi kata2 positif. ini tidak, kalau boleh kutuk biar sampai sigemuk tu nampak macam badut sangatkan. ko gelak2kan aje dia depan orangkan. pastu ko cakap badan ko ajelah yang cantik. ko dah tua pun pandai jaga badan. ko anak ramai pun badan menten kurus. ko cakap ko jaga badan ko semua ketat2 luar dalam. 

alolololo pandainya ko jaga badankan. tapi...saya nak cakap sesuatu ni, jangan kecik ati tau. lenkali, kalo keluar shopping sila beli deodorant dengan perfume ek. tiap kali lalu kat awak kita bau sesuatulah. wakakaakaka. ampun makcik. ehhh makcik ke kakak ek?? nape nampak cam tua sangat?? umo baru awal 40-an kan??? opppssss...

p/s - apa yang ditulis diatas hanya ditujukan pada org yg suka mengata org gemuk sahaja. bukan kepada org berbadan kurus. sebab aku tak dengki dgn org kurus. aku ada ramai kawan yg kurus dan mereka baik2 belaka. jadi jgn sentap tau ... peace ,")




2 comments:

  1. u make my day la weyh wakakakaaa....

    errr aci x aku c&p ke emel n emel kat org opis ni wakakakakakaaaa siap bg link ko g, mesti trafik ko lebat pas2 ha3....

    * shialll kan org itu... aku siap nanges2 ckp kat fallah smlm woowoooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehhhhh kalo ko berani...matiklah kena kata nista lepas tu...hahahahaa...

      apa kes nanges, patut gelak goleng2...sbb yg ngata tu xcermin diri sendirik...puihhh..nyampah!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...