Monday, 19 August 2013

Aidilfitri 1434H ~ Raya sakanlah sangat konon!!


Assalamua'laikum,

Selamat hari raya...ehhh dah 2 minggu baru nak update fasal raya uolls...ahkak cuti raya lama...2 minggu...ko ado? hahaha...

2 minggu yang tak ada apa2 xtvt pun, kerja aku perabihkan kuih raya pastu zzzzzzzz hanyut dilautan sepi gitu. berat yg turun dekat 10kg masa puasa naik mencanak2 tak sampai 2 minggu raya. hambek ko. padan muka aku....nanges!!

meh nak share serba sikit pic raya dgn feeling retisss sgt tu. dah takde org dtg raya, kita amek aje gambo sendirikkan. nama pun vaju varu...kaler meghah lagik ye. cuma tak de batu merelip2 aje hahahaha.



juadah 1 Syawal ~ nasi hujan panas, rendang daging, ayam masak merah, pajeri nenas & acar jelatah.

juadah 2 Syawal ~ nasi himpit, rendang kerang & kuah kacang superb sedap




mak, ayah & adik2..(lagi 4 orang xde dlm gambo)


with paksu & maksu





 k.ain & anak daranya..

kak tie kwn main kejor2 zaman kanak2 ribena..

bff  ~ iza..
 
bff ~ yatie & nieta & aja...
 








Monday, 5 August 2013

Salam Aidilfitri 1434H



Assalamua'laikum...

Sekejap sangat rasanya bulan Ramadhan tahun ini. 3 hari lagi kita bakal bertemu dengan Syawal. Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini kami (saya & kawan2 opis) berjaya bertadarus dan khatam Al-Quran. Juga ada majlis tazkirah setiap hari selepas solat zuhur di opis. Suasana yang pasti akan saya rindui tahun depan pastinya..sob sob :'(

Mesti ramai yang dah mula bercutikan. Saya hari ni last kerja, itupun kat opis ni tinggal dua tiga kerat aje orang. Yang lain ramai dah selamat sampai kampung halaman. Subuh tadi drive kat elite kereta banyak tapi tidaklah sesak melampau macam selalu. 

Saya cuti sampai 18/08/2013, jangan tanya pasal balik kampung ke tidak...sedeyyy ni. Cuti panjang tapi raya kat kampung subang aje. Perlis tak balik, Terengganu pun tidak. Tak apa, yang penting beraya dengan emak ayah & adik-adik. Hari raya dengan keluargalah yang paling seronok, tak kira dimana pun tempatnya (pujuk jiwa sendirik...keh3)

Dikesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf jika selama saya merapu diblog ini, ada hati yang terguris, ada perasaan yang terasa dengan tulisan saya. sesungguhnya saya manusia biasa, tak lepas dari sebarang salah silap. 

Kepada yang balik beraya dikampung halaman, selamat bersuka ria dan berhati-hati dijalan raya. 

Marilah kita berdoa semoga akan bertemu lagi dengan bulan penuh barakah ini tahun hadapan. Amin. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Jumpa lagi dilain entry jika panjang umur saya..hehehe. 












Tuesday, 30 July 2013

Kuih raya ...kuih raya....

Assalamua'laikum,

pejam celik, pejam celik dah masuk 21 hari kita puasa. cepat sangat rasanya masa berlalu. tak berapa lama aje lagi Ramadhan akan tinggalkan kita. 



bila sebut raya mestilah nak cerita pasal persiapan rayakan..tahun ni aku tak beli kuih raya. kira rekod terbaiklah tahun ni. tak beli langsung biskut raya. 



makanya, sempena cuti nuzul Quran bersambung dgn hujung minggu, aku, mak n adik2 pakat2 buat kuih raya. tak byk pun, sikit2 setakat buat syarat aje.



projek pertama adalah, kuih bahulu. siap tempah telor itik 2 papan yer...gigihlah aku pukul telor tu sampai kecik sebelah lengan sakit2 tangan.









bahulu ni tak dpt byk sgt sebab awal2 acuan meragam. dah lah tak byk pastu pakat2 makan lepas berbuka pula, mmg tak sempat raya nampaknya...hahahaha


projek kedua, buat biskut tat nenas pulak...mmg mabeles sgt tat nenas ni sampai yg kena cukai nak sama byk yg disimpan utk raya. aku takut tak sempat raya dah habis..hehehe






projek ketiga adalah kuih tiram mini manis & pedas (gambo adalah tak sempat nak ambik). projek keempat pula adalah biskut kelapa. dua jenis kuih ni kami buat semalam (siap amik cuti nak buat kuih..hehehe).  biskut kelapa pun tak sompek den nak amek gambo..penat ya amat rasanya.



dgr kata arini adik n mak aku nak buat maruku & samperit pulak. tetiba rasa mcm rajin pulak kitorang tahun ni... :P








Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan 1434




Assalamua'laikum.

Salam Ramadhan kepada semua. Dikesempatan ini saya memohon maaf jika ada kata2 yang saya tulis disini yang mengguris perasaan sesiapa yang membaca. Sesungguhnya kesilapan dan kesalahan adalah dari kekurangan saya sendiri.

Selamat berpuasa kepada semua. Alhamdulillah ditemukan lagi kita dengan bulan penuh barakah ini. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan segala amal ibadat kita diberkati olehNYA, Amin. 

*P/S - seronoknya nak puasa ^_^





Monday, 8 July 2013

Resepi Kerabu Kerang & Taugeh.....

maafkan gambar yg kureng cantik tu ye...

heh hari ni duk rajin nak share resepi tetiba. kat atas ni kerabu kerang & taugeh yang mak aku buat semalam. diulang, mak aku yang buat, aku tukang menyibuk merasa aje...hehehehe.

nak resepi tak? angguk dulu baru nak bagi..hahahaha. 

Bahan2:

taugeh (suka ati nak byk mana)
kerang rebus (ikut suka hati byk mana)
lengkuas, halia, bawang merah, cili padi (kisar halus)
kerisik
santan pekat
air asam jawa
garam

Cara2:

- taugeh dicelur (jgn lelama)
- kerang rebus dikopek kulitnya
- campur bahan kisar dengan kerisik, santan pekat, air asam, garam.
- gaul rata dengan kerang dan taugeh.
- siap utk dimakan. ratah2 gitu aje pun sodapppp..sesuailah kpd yang xmau mkn nasi tu kan..







Resepi Chicken Ball yang sihat katanya...

Assalamua'laikum...

salam pagi isnin. huwarghhhh ngantuk, penat gila. tak cukup tidur, tak cukup rehat. 2 hari mengelinjang ntah kemana pun tatau, sedar2 dah isnin. awat cepat sgt masa berlalu ni??

meh nak tayang apa yang aku buat smlm, stok utk bulan puasa katanya. dapat resepi ni dari group KDA kat FB. izinkan saya kongsi disini ya kepada yang empunya resepi, minta halal ye.


Resepi: Homemade Chicken Ball

Bahan-bahan:
850gm ayam cincang Ramly
secekak daun bawang - dihiris halus
sebatang carot - dihiris halus
hirisan cili - jika suka
(sayur2 lain yang disukai)
garam & lada sulah - secukup rasa.

Cara membuatnya:
- satukan ayam cincang & sayur2an yang dihiris
- perasakan dengan garam & lada sulah.
- didihkan air dalam periuk.
- bebolakan ayam dan rebus hingga bebola ayam tu timbul. itu tandanya dah masak.
- jika nak digoreng, boleh celupkan dalam telur dan goreng dlm minyak panas.

setelah siap digaul

siap utk dicampak dlm periuk direbus...

taraaaa...ready tu eat..

bebola ni boleh disejuk bekukan dlm peti ais. bila nak makan boleh dipanaskan. aku pikir nak wat sup sawi pecah telur. perghhhhhh terbaeklah. 

utk yang buat DA, sila jgn malu & segan mencuba. resepi ni sesuai amat utk Da + mudah, sedap & sihat gitu. :D

Friday, 5 July 2013

DramaCrazy is shutting down.....




okeh..ini memang berita sedeyyy....

aku ni jarang tgk tv kalo hari kerja. slalunya pas isyak terus memerap dlm bilik sesambil melayan main game, jenjalan kat fesbuk & layan citer korea kat dramacrazy. layan kat hp senang, kalo ngantuk dah boleh terus lelapkan mata giteww.

dah 2-3 hari aku cuba nak tgk citer korea kat dramacrazy tapi takleh. rupa2nya pagi ni adik aku bgtau web tu dah shut down...huwaaaaaa mmg sedeyyy...sunyi duniaku tetiba *krik krik...bunyi cengkerik*

tgh mengusyar kalo ada web lain kat google play yg boleh aku jadikan galang ganti...boleh gitu??? 





Tuesday, 25 June 2013

kedai arab Mahnaz Food.....

Sebenarnya dah lama aku nak pi cari kedai arab ni, kedai jual barang2 dari timur tengah. Ada macam2 benda yang jual kat sana, dari pelbagai jenis kurma, kismis, kekacang, rempah ratus, cekelat, biskut, segala jenis minyak, herba, cheese, bijirin, air minuman, skin care pun ada ye...ehhhhh pendek kata macam2 uolls. sediakan duit muit aje kekdahnya..

nak pergi dah lama, tapi tatau dimanakah tempatnya. puas google akhirnya berjaya gaklah aku ketemu tempatnya, tak jauh pun kat belakang sekolah teknik s.alam tu aje.

masuk2 tgk mak aihh ramainya manusia shopping, sangkaku takde lah ramai orang sangat. meh layan beberapa keping gambar yang sempat dirakam dlm keadaan curi2 (sbb segan org tgk) kekekekeke.




harga?? memang murah sgt dari kedai kat luar. kalo beli byk ada diskaun lagi. kalo org nak berniaga pun mmg pi beli kat sana jugak.





jerebu...


cer tengok pic kat bawah nun...apakah yang ada disebalik jerebu tebal itu??



tetiba nak feeling duk atas gunung gitukan..walaupun nak bernafas pun tak berapa mampu uolls...




pic tersebut adalah sebuah tasik yang cantik ya, petang semalam habis semua terlindung dek jerebu yang tebal...scary okeh..

tekak dah rasa perit, mata dah mula berpasir balik, idung macam dah penuh dgn habuk asap semua....

korang jgn lupa minum air lebih, jgn biarkan anak2 main kat luar rumah dan nak keluar jgn lupa pakai mask (harga mask naik mcm harga emas ye sekarang....)jugaaaaa...tolonglah jgn buat pembakaran sekarang ye.

semoga segala kesulitan ini cepat berlalu pergi. semoga Allah turunkan hujan rahmat dan keadaan cepat pulih seperti sediakala.





Friday, 21 June 2013

muhasabah diri di pagi jumaat.....

Assalamualaikum.

tetiba dipagi hari ini teringat peristiwa bersembang dengan sorang engineer kat opis ni ptg semalam. pakcik ni (engineer tu baya ayah aku aje) cerita perihal kawan kepada anak dia yang masih muda, umur lingkungan 20-an gitu.


kawan anak dia tu seorang perempuan, bujang, anak ketiga dari beberapa org adik beradik. aku namakan dia adik A ajelah ye. kisahnya, adik A ni baru aje mula kerja sebagai QS. dia ada abang & kakak. yg abang dah kahwin dan kakak dlm persiapan nak kahwin hujung tahun ni.


beberapa bulan lepas ayah adik A ni jatuh sakit. kena strok sebelah badan dan tak boleh bangun. keluarga mereka pun bukanlah senang, kira sederhana macam kita-kita juga (merujuk kepada family aku).


adik A ni masih ada adik2 yg masih belajar. sejak ayah dia sakit, pendapatan keluarga berkurang, perbelanjaan makin meningkat. Adik A ni 8am-5pm kerja kat opis sbg QS. balik kerja opis dia sambung part time kat sebuah kedai sampai jam 10 mlm. sambung pula part time kat restoran sampai jam 2 pagi. mesti penat gilakan. kita yg dengar kisah dia pun rasa betapa penatnya dan besarnya tanggungjawab adik A ni. lagilah pula dia seorang perempuan, aku terfikir faktor keselamatan dia yang keluar bekerja sampai 2 pagi tu.


adik A ini kena kerja kuat sebab dia bujang dan dah bekerja. abang & kakak pula ada tanggungjawab sendiri dan tak berapa mampu nak menolong banyak. jadi dia dengan rela hati atas nama kasih sayang seorang anak bekerja kuat untuk menampung keluarga.

pakcik yang bercerita dgn aku tu, bercerita sambil bergenang air mata. katanya, adik A tu zaman belajar badan berisi, sekarang ni dah kurus sangat. katanya adik A ni makan sekali sehari sahaja. sedihkan. kita mampu makan 3,4,5 kali sehari dengan mewahnya.


kata pakcik tu lagi, kalaulah apa yang jadi kat ayah adik A tu terjadi kat dia, mampukah anak-anak dia berbuat sebagaimana adik A tu buat. bolehkah anak-anak dia memikul tanggungjawab sepertimana adik A itu?


terfikir kata-kata pakcik tu, aku renung balik dalam diri. mampukah aku kalau benda yang sama jadi kat mak ayah aku? Ya Allah, sihatkanlah emak & ayah, peliharalah kedua ibu ayah ku dari perkara yang tidak baik. kuatkanlah hati aku dan adik-adik agar kami dapat bersama-sama walau susah & senang mengharungi hidup ini hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.


semoga Allah permudahkan perjalanan hidup adik A & family dia juga. Amin.


* kesan dari cerita itu aku teremosi sampai kemalam. hilang selera nak makan.
** kisah ini di kongsi dengan izin encik engineer tersebut.

Thursday, 20 June 2013

Pesta Buku Selangor 2013.....

iyerr...aku tau pesta buku selangor dah lama habis. aku je yang baru terhegeh2 nak cerita peristiwa hari tersebut.
01/06/2013 hari tu, aku, cik bff & k.ain telah berjaya menghabiskan masa dan duit ringgit kat PBS, SACC.

tak banyak yang aku beli kali ni, betul2 beli buku kat JS untuk diri sendiri, novel teduhan kasih kiriman dari adik yang jauh di Terengganu & buku motivasi hadiah utk opismate.

kebetulan birthday aku bulan june, dan sebagai sahabat JS, aku dapat special diskaun sebanyak 35%. wahhhh seronok tahap meloncat2 ye, beli novel bernilai RM 100++, aku bayar RM 60+ aje. siap cik bff pun tumpang sama member card aku tu. untunglah..berbaloi2 penjimatan. hahahaha.

sempatlah juga bergambar dgn 2 orang cik penulis iaitu Jill Naura & Faziela. alahaiii...comel2 aje penulisnya dan muda pula tu.

paling tak sangka, aku dah berjaya baca 4 novel dalam bulan june ini sahaja. 1 novel yg dah lama beli tapi tak berusik dan 3 novel dari pbs. kalo rajin macam ni baca buku sekolah dulu mesti aku dah pandai kan kan kan...hahaaha novel apa yg aku dah baca tu nanti aku cerita ceriti kemudian kalo ada mood ok. daaaaa.

Wednesday, 19 June 2013

malas..malas..malas...

Assalamua'laikum....

jap..jap..nak amek penyapu, nak mop lantai, nak kebas segala sawang...
almaklumlah dah lama tak update blog katakan.

sejak sakit mata hari tu, perasaan lemau melanda diri. walaupun sebenarnya ada byk cerita nak letak kat sini.
alkisahnya sakit mata hari tu aku dpt mc 2 minggu lebih ya. sampai lupalah jalan nak masuk opis, rasa macam nak duk rumah goyang kaki aje. hahaha.

sakit mata tu pula bukan yg merah biasa2 tu, siap kena pi hospital sampai 4 kali untuk cuci mata. macam ada sejenis lapisan yang kalau tidak dicuci akan mengakibatkan bebola mata kita melekat. maknanya, ko boleh pandang satu arah aje. nak pandang kiri kanan tak boleh gerak biji mata, kena gerak leher. errr faham tak??

dannnnn... 4 kali ke KPJ shah alam itu telah berjaya mengikis RM1K+ duit aku yer..huwaaaa...bajet raya lari weii..

meh nak share pic mata merah ku itu, pic ini aku hantar via wechat ye kat enche bos, sebagai tanda bukti aku mc. :P








Wednesday, 5 June 2013

sudah 35.....

Alhamdulillah...Allah masih pinjamkan aku nyawa sampai kehari ini. genap umur aku 35 tahun. ehhh tua sudah rupanya. macam baru aje meloncat2 dgn kengkawan semalam. macam baru aje pakai baju putih kain biru kelmarin. Semoga aku dapat top up lebih amalan untuk bekalan disana nanti, InsyaAllah.

Monday, 20 May 2013

sakit mata ~_~"

assalamualaikum. bersiaran dari umah ayah bonda. asalnya last week si kecik zara sakit mata. pastu ayong lak berjangkit. masuk hari kedua mata makin membengkak n merah menyala. doc bg mc 4 hari sampai khamis. katanya kalo esok tak ok gak, sila lapor dirikke spital. tak mauuuu....semoga mata ini cepat sembuh.amin.

Thursday, 16 May 2013

pulang dari bertapa.....

Assalamua'laikum.

lamanya menghilang. lamanya tak wat entry baru. gaya macam busy sgtlah kan. sepanjang menghilang ni mcm2 yang terjadi. antaranya...


lepak2 tgk ironman dgn insan tersayang ,")

pergi memangkah pada hari mengundi 

mula ganti puasa dari 1 rejab dan mengigihkan diri kembali menikmati makanan yang sihat...kehkehkeh..



selain dari itu, yang tak ada dalam gambar adalah, lia belanja makan kek sedap pada hari ibu. rasa macam ada lagi aktiviti lain, tapi entah kenapa boleh tak ingat. nampak sangat dah tua ~ DUSH!!

sejak 1 Rejab hari tu dah mula puasa sampai kehari ini. InsyaAllah nak lah sambung terus lepas habis ganti nanti dengan buat puasa sunat pula. dan Alhamdulillah sejak mula berpuasa aku dah pangkah besar2 nasi dan adik beradik karbo. mudah2an kali ini tak kelaut lagilah ek. baju semua ketat dah oiiii. 








Tuesday, 30 April 2013

Korean drama ~ A Gentleman's Dignity


errr...cerita korea lagi??? bersambung2 pulak aku tgk cerita korea kali ni. pas satu...satu. memang lupa diri betoi. 

Tajuk cerita adalah A Gentleman's Dignity. Kisah tentang persahabatan, kehidupan, karier & dilema percintaan empat orang jejaka berusia 40-an. Yang penting hero-heronya kacak ye. Jang Dong Gun walaupun dah tua, nampak kurus dalam cerita ni namun tetap sedap mata memandang. hehehee. tak sedar diri punya statement.

Cerita ni ada part kelakar, romantik & touching sikit. memang tak bosan. kejap2 kang tegelak. kalau nak tau tengoklah sendiri ek. malas pulak nak cari sinopsis. layan gambar yg tak seberapa ajelah ye. daaa.





Friday, 26 April 2013

Korean drama - Big.....



Baru aje habis tgk cerita ni kat dramacrazy. cerita tahun 2012, tapi baru aje tengok. ketinggalan jaman akukan. 

Pelakon:
- Gong Yoo as  Seo Yoon Jae / Kang Gyung Joon
- Lee Min Jung as Gil Da Ran
- Shin Won Ho as Kang Gyung Joon / Seo Yoon Jae
- Bae Suzy as Jang Mari

Plot (credit: asianwiki.com):

18-year-old Kang Gyung-Joon's (Shin Won-Ho) spirit suddenly finds itself in the body of 30-year-old Seo Yoon Jae (Gong Yoo) . Seo-Yon-Jae is a successful doctor and engaged to high school teacher Gil Da-Ran (Lee Min-Jung). Gil Da-Ran just so happens to be the teacher of 18-year old Kang Gyung-Joon. More problems ensue when 30-year-old Seo Yoon Jae falls in love with another woman (Bae Suzy).


Da-Ran (Lee Min-Jung), currently preparing to take for her teacher's exam, goes to a wedding hall to deliver a bouquet. When she hands over the bouquet Da-Ran discovers the bride is a friend of hers. Da-Ran also makes the uncomfortable realization that she wasn't invited to her friend's wedding. She stays at the wedding and gives money to the couple as a wedding gift. Da-Ran then eats lunch at the wedding alone. She then receives a phone call that the bouquet was delivered to the wrong bride and she needs to get it back. Da-Ran attempts to catch the bouquet at the end of the wedding, but bumps into a man named Yoon-Jae (Gong Yoo). Due to the bump, Da-Ran falls down the stairs and is hospitalized. As fate has it, her doctor at the hospital is Yoon-Jae, the man she bumped into at the wedding. Their relationship develops into a romantic relationship and one month later they plan to get married.

Now, Da-Ran works as a temporary teacher at a high school, while preparing for her exam to become a teacher. When she goes to work on the bus, she listens to her own story that she wrote in to the radio station. Da-Ran gets off the bus and a young man Gyung-Joon (Shin Won-Ho) gets off at the same bus stop. Da-Ran mistakenly believes the young man likes her. It turns out that Da-Ran took his umbrella on the bus and Gyung-Joon is a student at the high school where she works. High school student Gyung-Joon lived in the United States with his mother, but after his mother died came back to South Korea.

Da-Ran's wedding approaches and she is excited, but Yoon-Jae acts differently. Yoon-Jae seems to be avoiding Da-Ran. On the day they are to look for a new home, Yoon-Jae calls that he can't make it and Da-Ran bursts into tears. She asks if Yoon-Jae really loves her or just feels responsible for her and then hangs up. She doesn't know what to do. Then, her student Gyung-Joon sees her and takes her on a ride on his motorcycle. They go out to a lake, outside of Seoul. While looking at the water, Yoon-Jae calls Da-Ran and tells her that he will give her the answer to her question. Meanwhile, Gyung-Joon gets back on his motorcycle and leaves.

Yoon-Jae drives out to meet Da-Ran by the lake. Meanwhile, Gyung-Joon is leaving the area on his motorcycle. As the two approach each other, an accident occurs in front of them. They both try to avoid the car crash and both drive into the water.

As Yoon-Jae's car sinks deeper into the water, he manages to get out of the car, but sees high school student Gyung-Joon sinking past him. Yoon-Jae grabs him and goes back up to the surface.
At the hospital, Yoon-Jae is declared dead. Da-Ran rushes to the hospital and cries in front of the hospital mortuary. Then, Yoon-Jae suddenly wakes up. When he sees himself in the mirror he is shocked. He has Yoon-Jae's body, but his mind is that of high school student Gyung-Joon. He walks out of the mortuary and sees Da-Ran crying in the hallway. Da-Ran is so happy to see Yoon-Jae alive, but he insists that he is Gyung-Joon. Gyung-Joon then wonders where his body is and finds that his body is unconscious and in the hospital. Gyung-Joon starts to panic and walks out of the hospital.
Da-Ran finds out Gyung-Joon's address and goes there. She finds Yoon-Jae's body laying down in the high school student's bed. She realizes that Gyun-Joon's mind is indeed in the body of her fiance Yoon-Jae.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...