Tuesday, 4 March 2014

Resepi: Chawanmushi (Japanese Savory Egg Custard) versi melayu...

Assalamua'laikum...

semalam aku ada menjanjikan resepi yang sesuai utk diet atkinskan? ehhh tak buat atkins pun boleh cuba, resepi ni utk semua. maka hari ni aku akan menunaikan janji. tak dak hutang dah ehh.. ;)

chawanmushi ni ialah kastard telur iaitu sejenis lauk / desserts yg berasal dari jepun. aku pernah makan kat gerai takoyaki. lepas makan rasa teringin pula nak mencuba, makanya risik2lah kat encik google. 

cara buat senang aje, cuma bahan2 tu macam susah nak cari. pastu ada pula sake kat dlm resepi tu. jadi aku pun cubalah kaedah sendiri yang aku agak2 sesuai. 

biasanya chawanmushi ni dimasak dalam cawan (tea cups). tapi aku belasah masukkan dlm bekas plastik aje sbb takde pulak cawan yg sesuai. igt nanti nak pi daiso atau DIY nak cari tea cup yg cute miut. 



pic source: Google


Resepi asal dari bento.com (bahan-bahan):
  • 2.5-3 oz. (70-80g) chicken breast
  • about 1 tsp sake
  • about 1 tsp light soy sauce
  • 4 small raw shrimp, shelled and deveined
  • 1 lily root (yuri-ne) (optional)
  • 12 stalks trefoil (or equivalent amount of young spinach or watercress)
  • 12-16 raw ginkgo nuts, shelled and peeled (if available)
  • 4 raw chestnuts, peeled and sliced
  • Custard:
    • 4 medium eggs
    • 2 1/2 cups dashi or light chicken stock
    • 1/2 tsp salt
    • 1 tbsp mirin
    • 1 tbsp light soy sauce

Resepi derhaka versi aku (bahan-bahan):

  • isi ayam (potong kecik), udang (gaul dgn kicap masin & masak tanpa minyak)
  • brokoli, carot, cendawan (potong ikut suka bentuk apa) - 
  • 4 biji telur
  • 2 1/2 cawan stok ayam
  • serbuk lada (jika suka)
* boleh tambah bahan lain yg disukai utk jadikan inti custard. 

Cara-cara:
  • panaskan periuk kukus
  • isi semua bahan inti dlm cawan/remekin
  • pecahkan telur dan pukul perlahan. jgn pukul sampai keluar buih, nanti rupa custard tak licin cantik.
  • masukkan stok ayam. kacau rata.
  • tapis campuran telur kedalam bekas lain.
  • masukkan telur yang sudah ditapis kedalam cawan yang berisi inti. 
  • tutup cawan dgn aluminium foil & kukus selama 10 minit.
  • kukus dgn api sederhana.











alhamdulillah...nebes jugak kalo tak menjadi. custard dia lembut aje, seakan2 kita makan puding caramel. cuma aku rasa lenkali nak tambah cili padi kat dlm ni, baru ada upmhhh. aku mkn chawanmushi ni dgn ikan bilis goreng, lobak asin & cili kicap. dh mcm mkn bubur nasi gayanya..hahaha.








Monday, 3 March 2014

Resepi: Japanese Egg Roll

Assalamua'laikum...

aritu aku ada cerita pasal nak buat egg roll tapi tak menjadikan. baru nak gulung dah pecah seribu. kali ni dgn vangganya aku nak menayang japanese egg roll yang berjaya aku buat sabtu minggu lepas. 

walaupun rupa tak berapa cun, tapi nampaklah jugak rupa egg roll tu. hehehe..

carot, brokoli, onion & cili padi ricik halus

4 biji telur + garam + sayur 

dadar nipis & gulung

taraaaa..egg roll yg dimasak dgn kasih sayang melimpah ruah..hehe


kepada pendiet atkins yang suka makan telur tapi menyampah nak pandang muka telur rebus & telur goreng bolehlah cuba buat egg roll ni. walaupun tetaplah menda alah ni telur dadar aje, tapi presentation tetap nak meletep (meletop ke?), penaik selera katanya. 

ada satu lagi resepi yang sesuai utk atkins aku nak kongsi. nanti ptg sikit atau esok aku upload k. tunggguuuuuu...

Le Tour de Langkawi 2014...

yg sebenarnya tak perasan pun yang LTdL 2014 dah bermula. kekdahnya, taupun sbb kejadian berlaku didepan mata.

pagi semalam, ahad - 02/03/14 nak pergi beli brg dapur kat pasaraya segi kg subang. sekali alih pergi berderet2 polis sepanjang jalan. maka memandu dgn berhemahlah aku ni konon igt ada roadblock ke apa. tapi apa peliknya polis sepanjang jalan??

lagi 50 meter nk sampai pasaraya, polis tahan. ahhh sudah, kenapa pulak? ada adegan nak tangkap perompak besar2an ke?? kot ya pun bagilah aku lepas dulu. sekali lalulah segala kenderaan pengiring, dgn polis, dgn ambulan dgn macam2 kenderaan kat laluan sebelah.

ooooo LTdL ke? tu pun sbb kat kereta depa ada sticker. kalo tak duk tercengang2 jugaklah aku kat situ. dekat 20 minit kena tahan, semua kenderaan dah mati enjin. pakat2 lepak kat luar kereta. baguslah, semua pemandu sporting, takde yang melenting2 marah sbb kena tahan lama. menanti pengayuh basikal punya lama dlm panas pagi. 

akhirnya....wahhhhh kagum eh..jakun sekejap.. vangga tetiba dpt tgk dpn mata acara sukan tahap antarabangsa gitu..hahaha...moh layan gambar...sorry, kualiti gambar henpon cikai aje..






tu..tu..pengayuh Malaysia.. :)






Wednesday, 26 February 2014

Flaxseed.....

Assalamua'laikum.

Semalam aku ada cerita pasal roti flaxseedkan. jadi hari ini meh kita berkenalan serba sikit dengan flaxseed ni. aku pun dapat dari sumber google aje. 




 Inilah rupa pokok flaxseed.



Ini pula rupa flaxseed yang seakan2 macam rupa bijan. Flaxseed ni ada dua warna iaitu coklat dan kuning keemasan.


Antara kebaikan flaxseed:

  • meningkatkan kesihatan jantung ~ flaxseed kaya dengan serat dan Omega-3 fatty acid dimana dpt mencegah pembekuan darah dijantung dan dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL)
  • meningkatkan kesihatan fungsi otak 
  • menstabilkan kadar gula dalam darah 
  • menurunkan tekanan darah
  • mencegah osteophorosis
  • membantu mencegah sel-sel kanser
  • meningkatkan kesihatan ginjal
  • membantu mengatasi masalah kegemukan 
  • membantu dlm proses pembuangan sisa pepejal (najis). 
Flaxseed ni boleh dicampur dlm makanan cenggitu aje. boleh masukkan dalam sup, salad, minuman. boleh juga dicampur dlm masakan sebagai gantian tepung utk roti, kek & biskut juga. 

Ada byk lagi kebaikan Flaxseed ni. cubalah google ya. aku pun baru aje tau pasal kebaikan flaxseed ni. sharing is caring katanyakan :)

nota kaki: jgn lupa minum byk air kosong selepas ambil flaxseed ni ye. sbb flaxseed ni sgt tinggi serat. 

Tuesday, 25 February 2014

Roti Flaxseed .....

Assalamua'laikum...

seperti yang dijanjikan, arini nak kongsi resepi roti flaxseed. Roti ni low carb & sangatlah sesuai utk sesiapa yang sedang berdiet atkins. 

resepi ni aku jumpa kat kelab diet atkins di FB. terima kasih kepada sesiapa yang mencipta & share resepi tu. roti ni walaupun tidaklah sesedap & segebu roti gardenia atau masimo tu, tapi bolehlah melepaskan perasaan teringin kat roti. bagi aku roti ni sedap & gebu (sendiri buat katakan..haha)

Resepi: Roti Flaxseed

Bahan-bahan:

- 2 cawan flaxseed (aku sukat 1 bekas blender kering) dikisar halus
- 3 biji telur
- 1 sudu baking powder
- secubit garam
- pemanis gantian (aku guna palsweet 2 paket)
- 1/2 cawan air
- 1/3 cawan minyak masak

Cara-cara:
- kisar flaxseed jadi tepung (ikut suka kalau nak kisar kasar pun boleh)
- campurkan semua bahan kering n gaul rata
- masukkan pula bahan basah, gaul rata
- rehatkan adunan dalam 5-10minit
- masukkan dlm dulang pembakar dan bakar selama 20 minit pada suhu 250C
- siap masak keluar dan sejukkan roti. bolehlah potong ikut size yang disukai. sedia utk dimakan.

* adunan ni tak jadi doh mcm buat roti biasa. dia seakan-akan adunan cekodok yang pekat. jadi kacau pakai sudu sudah memadai tak payah nak menguli bagai.


kalau sesapa nak tau flaxseed tu apa, bolehlah tanya pakcik google. yang pasti byk khasiat flaxseed ni. malas pulak aku nak taip panjang2. korang cari n bacalah sendiri ya. aku beli flaxseed ni kat jusco 500gm = RM 9.50. boleh cari kat bahagian organics.


kat atas ni rupa flaxseed yang dah diblend halus. rupa asal dia mcm bijan.


adunan yang dah siap, rehatkan 5-10 minit.


belasah bakar dlm loyang pat segi biasa aje. kalo nak letak dlm petitin pun boleh, jadi rupa macam mini burger.



fresh from oven katanya.


alamak, melekat sikit. potong pun senget benget...makcik mmg fail kalau benda2 berseni ni..hahaha


sandwich telor bogel (sbb takde salad) terus pagi sabtu aritu. 

Monday, 24 February 2014

Bento atkins.....

.....yang kononnya mewah katanya...nampak mcm mewah sangat..padahal simple aje..

ini bento akak pagi ni...bertungkus-lumus tau nak menyiapkan bekal yang kengkonon sedap ni (nampak no menipunya...)


apa yang ada dlm bekas oren (warna oren ni penaik selera ye) diatas adalah:

- sepasang roti flaxseed berinti homemade beef patty + mustard (nama bukan main poyo lagikan)
- garden salad...nyumm nyummm
- ayam goreng kepci smlm punya dihiris nipis perangat balik...wakakakaka. asal boleh...




sarapan pagi ni bersama dengan Ahmad Tea green tea..tak habis pun makan. makan roti sepasang dgn salad tu sikit dah kenyang. makanya selebihnya tu mkn lunch ajelah. jimat duit cepat akak pi haji. amin ya robbal a'lamin.

nak tau resepi utk roti flaxseed tu? tunggu next entry ya (doakanlah aku rajin). 

oh ya, insyaAllah makanan kat atas tu lulus utk sesiapa yg buat diet atkins. kenyang & sedap (kat tekak sendirilah). sapa kata diet kena berlapar & makan tak sedap??? :P

Wednesday, 12 February 2014

Filet ikan dory yang sempoi...

Assalamua'laikum...

semoga semua yang menyinggah baca blog sepi ni sihat sejahtera & diberkati Allah selalu hendaknya. Amin.

Sebab2 tuan blog tak buat entry baru adalah kerana dia malas busy (konon!!) teramat. hari ni, nak cerita pasal 1st time masak filet ikan dory yang frozen tu. 

Selama ni teringin nak beli tapi takut hanyir..ye lah sbb pernah terkena makan kat kedai ikannya hanyir. tataulah yg dihidang tu betul2 ikan dory atau ikan haruan (jenis ikan pun tak reti nak beza..malu aje..hehehehe)

last week masa jalan2 kat tesco nampaklah dory ni. terus beli yang 1kg. pastu campak dalam peti ais, malam tadi sebelum tidur siap2 letak rempah ratus (macam ye ye aje). pagi tadi bgn goreng dlm kuali leper letak minyak lite2 aje.

hasilnya....


sangat sedapppp (siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri ye tak). bolehlah lepas ni beli lagi. sebenarnya malas nak pikir apa nak dimasak, malas nak siang ikan, malas nak renyah2 bila balik kerja. ikan dory ni adalah penyelesaian bagi aku yang "rajin" ini. 

kepada yang sedang buat diet atkins tu bolehlah beli ikan dory ni. gambo kat atas adalah menu bekal aku pagi ni. utk lunch dah siapkan juga..(rajin akakkan..) lemak cili api telor. perghhhh sapa kata diet tak boleh makan sedap??

ohhh kot2 ada yg tertanya2 apa aku bedakkan kat ikan tu..simple aje jawapannya. ikut suka2..aku just tabur sikit garam, lada hitam & cajun. malam tadi perap, pagi ni masak...mmg superb rasanya. 


Wednesday, 22 January 2014

lurus atau ....?


jumpa kat FB. nak gelak ada nak kesian pun ada. apapun tima kasih byk2 kat en. suami yg prihatin itu...berseni sgt kerja dia..hehehe...

Tuesday, 7 January 2014

Menggembirakan orang itu sangat menggembirakan.....

Assalamua'laikum...

Cukup seminggu ditahun 2014. Anda gembira? Alhamdulillah jika gembira, jika tidak, jomlah kita mempositifkan diri. Fikir yang positif, fikir yang baik2, berdoa dan berusahalah agar semunya akan jadi semakin baik. InsyaAllah.

Ingat tak hari tu aku ada tulis pasal hantaran? Untuk siapakah? Hantaran tu untuk hari nikah biras aku 05/01/14 . Meh layan gambar ajelah ye. Hasil keras tangan kami (aku & emak).


Hantaran Coklat Ferero Rocher

Hantaran Gingerbread Cookies

3 dulang hantaran (buah2an, coklat & cookies)



Walaupun hasilnya simple aje, walaupun tak pandai.,tapi bila melihat hasilnya hati aku sangatlah gembira. Pertama kali aku buat kerja2 mcm ni. Betullah kata orang, dengan menggembirakan hati orang pun kita boleh menggembirakan hati sendiri.

Thursday, 2 January 2014

2014...Teaser Hantaran....

Assalamua'laikum...

Hellooo 2014. Semangat tak nak datang kerja tahun baru ni? Adik2 yang masuk sekolah hari ni mesti rasa semangat & seronok nak jumpa cikgu & kawan2 kan? akak dulu sangat suka pergi sekolah sebab nak jumpa kawan2 (bukan sebab semangat nak belajar  <--- jgn ikut macam akak ye adik2).

Korang buat apa new year semalam? aku...? sangat busy (lah sangat!!) dari pagi sampai malam. Busy apa tu?? Meh nak kasi teaser sikit..








Comeyy dak? orang keras tangan yang buat, macam tu ajelah hasilnya...untuk siapakah menda2 diatas?? biarlah rahsia (boleh gitu?) hahaha.

Nanti dah tiba masanya akak bgtau yer... :)

Tuesday, 31 December 2013

Yang tinggal hanya kenangan...2013

Iyer..hari ni hari terakhir utk tahun 2013. Macam2 yang kita lalui bersama. Ada pahit ada manis, ada ketawa ada menangis. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti, yang hidup ada yang pergi, yang tiada kini telah lahir kebumi. 

Lumrah kehidupan, umpama bumi yang berputar diatas paksi, kita juga tak pernah berhenti dikejar hari, usia makin meningkat, kehidupan kita makin singkat. 

Terima kasih kepada semua yang sentiasa bersama disaat senang ataupun susah. Terima kasih diatas setiap pengalaman yang berharga. Kepada keluarga yang tercinta, kalian adalah bunga yang sentiasa mekar dan wangi dalam hati ini.  semoga ikatan kita kukuh dan erat hingga bila2. Buat sahabat handai..kalian umpama rama-rama yang menemani sekebun bunga yang mekar ditaman. semoga persahabatan kita akan utuh hingga hujung nyawa.

Semoga 2014 akan diwarnai dengan ribuan nikmat & bahagia dari ALLAH s.w.t. Biarlah hari2 mendatang kita lebih baik dari hari yang sebelumnya. Teguhkan iman, teguhkan ukhuwah dan teruslah berdoa agar kita dijauhkan dari kesesatan. Amin.

Selamat tinggal 2013....

p/s ~ iya...saya dilanda jiwang hari ini..hehe (^_^)

Wednesday, 18 December 2013

Egg Roll Pecah Seribu Katanya.....

Assalamua'laikum...

Sihat? Lama tak jumpakan. Ehhh memang akak busy. Busy layan cerita korea The Heirs, Secret, Marry Him If You Dare...dannnn...Running Man. Haaaa jangan nak speku kata akak takde kerja lain nak buat selain dari kerja lagha itu ye. kerja2 yang baik, yang rajin akak malas nak bagitau kat orang...boleh? hehehehe.

Sebab dah lama tak menulis, maka skill tu makin tumpul. Tapi sebab tak mau blog bersawang..nak tunjuklah juga gambar & cerita sedih (lah sangat!!) dipagi hari.

gigih nak buat egg roll utk bekal pi kerja katanya. nak berbentolah kononkan..sekali hasilnya???

egg roll pecah seribu namanya uolls..

pecah seribu pun tetapp sedappp..nampak tak cheese meleleh itew :P

tatau dimana silapnya, bila gulung aje teloq tu pecah. mencik tau..dahlah kelam kabut nak pi kerja. walaupun presentation tak comey...tapi rasanyanya sgtlah malatop uolls. dlm tu ada daging cincang blackpepper, ada cheese, ada mayonis. Alhamdulillah kenyang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...