Monday, 20 May 2013
sakit mata ~_~"
assalamualaikum.
bersiaran dari umah ayah bonda.
asalnya last week si kecik zara sakit mata.
pastu ayong lak berjangkit.
masuk hari kedua mata makin membengkak n merah menyala.
doc bg mc 4 hari sampai khamis.
katanya kalo esok tak ok gak, sila lapor dirikke spital.
tak mauuuu....semoga mata ini cepat sembuh.amin.
Thursday, 16 May 2013
pulang dari bertapa.....
Assalamua'laikum.
lamanya menghilang. lamanya tak wat entry baru. gaya macam busy sgtlah kan. sepanjang menghilang ni mcm2 yang terjadi. antaranya...
lamanya menghilang. lamanya tak wat entry baru. gaya macam busy sgtlah kan. sepanjang menghilang ni mcm2 yang terjadi. antaranya...
![]() |
| lepak2 tgk ironman dgn insan tersayang ,") |
![]() |
| pergi memangkah pada hari mengundi |
![]() |
| mula ganti puasa dari 1 rejab dan mengigihkan diri kembali menikmati makanan yang sihat...kehkehkeh.. |
selain dari itu, yang tak ada dalam gambar adalah, lia belanja makan kek sedap pada hari ibu. rasa macam ada lagi aktiviti lain, tapi entah kenapa boleh tak ingat. nampak sangat dah tua ~ DUSH!!
sejak 1 Rejab hari tu dah mula puasa sampai kehari ini. InsyaAllah nak lah sambung terus lepas habis ganti nanti dengan buat puasa sunat pula. dan Alhamdulillah sejak mula berpuasa aku dah pangkah besar2 nasi dan adik beradik karbo. mudah2an kali ini tak kelaut lagilah ek. baju semua ketat dah oiiii.
Tuesday, 30 April 2013
Korean drama ~ A Gentleman's Dignity
errr...cerita korea lagi??? bersambung2 pulak aku tgk cerita korea kali ni. pas satu...satu. memang lupa diri betoi.
Tajuk cerita adalah A Gentleman's Dignity. Kisah tentang persahabatan, kehidupan, karier & dilema percintaan empat orang jejaka berusia 40-an. Yang penting hero-heronya kacak ye. Jang Dong Gun walaupun dah tua, nampak kurus dalam cerita ni namun tetap sedap mata memandang. hehehee. tak sedar diri punya statement.
Cerita ni ada part kelakar, romantik & touching sikit. memang tak bosan. kejap2 kang tegelak. kalau nak tau tengoklah sendiri ek. malas pulak nak cari sinopsis. layan gambar yg tak seberapa ajelah ye. daaa.
Friday, 26 April 2013
Korean drama - Big.....
Baru aje habis tgk cerita ni kat dramacrazy. cerita tahun 2012, tapi baru aje tengok. ketinggalan jaman akukan.
Pelakon:
- Gong Yoo as Seo Yoon Jae / Kang Gyung Joon
- Lee Min Jung as Gil Da Ran
- Shin Won Ho as Kang Gyung Joon / Seo Yoon Jae
- Bae Suzy as Jang Mari
Plot (credit: asianwiki.com):
18-year-old Kang Gyung-Joon's (Shin Won-Ho) spirit suddenly finds itself in the body of 30-year-old Seo Yoon Jae (Gong Yoo) . Seo-Yon-Jae is a successful doctor and engaged to high school teacher Gil Da-Ran (Lee Min-Jung). Gil Da-Ran just so happens to be the teacher of 18-year old Kang Gyung-Joon. More problems ensue when 30-year-old Seo Yoon Jae falls in love with another woman (Bae Suzy).
Da-Ran (Lee Min-Jung), currently preparing to take for her teacher's exam, goes to a wedding hall to deliver a bouquet. When she hands over the bouquet Da-Ran discovers the bride is a friend of hers. Da-Ran also makes the uncomfortable realization that she wasn't invited to her friend's wedding. She stays at the wedding and gives money to the couple as a wedding gift. Da-Ran then eats lunch at the wedding alone. She then receives a phone call that the bouquet was delivered to the wrong bride and she needs to get it back. Da-Ran attempts to catch the bouquet at the end of the wedding, but bumps into a man named Yoon-Jae (Gong Yoo). Due to the bump, Da-Ran falls down the stairs and is hospitalized. As fate has it, her doctor at the hospital is Yoon-Jae, the man she bumped into at the wedding. Their relationship develops into a romantic relationship and one month later they plan to get married.
Now, Da-Ran works as a temporary teacher at a high school, while preparing for her exam to become a teacher. When she goes to work on the bus, she listens to her own story that she wrote in to the radio station. Da-Ran gets off the bus and a young man Gyung-Joon (Shin Won-Ho) gets off at the same bus stop. Da-Ran mistakenly believes the young man likes her. It turns out that Da-Ran took his umbrella on the bus and Gyung-Joon is a student at the high school where she works. High school student Gyung-Joon lived in the United States with his mother, but after his mother died came back to South Korea.
Da-Ran's wedding approaches and she is excited, but Yoon-Jae acts differently. Yoon-Jae seems to be avoiding Da-Ran. On the day they are to look for a new home, Yoon-Jae calls that he can't make it and Da-Ran bursts into tears. She asks if Yoon-Jae really loves her or just feels responsible for her and then hangs up. She doesn't know what to do. Then, her student Gyung-Joon sees her and takes her on a ride on his motorcycle. They go out to a lake, outside of Seoul. While looking at the water, Yoon-Jae calls Da-Ran and tells her that he will give her the answer to her question. Meanwhile, Gyung-Joon gets back on his motorcycle and leaves.
Yoon-Jae drives out to meet Da-Ran by the lake. Meanwhile, Gyung-Joon is leaving the area on his motorcycle. As the two approach each other, an accident occurs in front of them. They both try to avoid the car crash and both drive into the water.
As Yoon-Jae's car sinks deeper into the water, he manages to get out of the car, but sees high school student Gyung-Joon sinking past him. Yoon-Jae grabs him and goes back up to the surface.
At the hospital, Yoon-Jae is declared dead. Da-Ran rushes to the hospital and cries in front of the hospital mortuary. Then, Yoon-Jae suddenly wakes up. When he sees himself in the mirror he is shocked. He has Yoon-Jae's body, but his mind is that of high school student Gyung-Joon. He walks out of the mortuary and sees Da-Ran crying in the hallway. Da-Ran is so happy to see Yoon-Jae alive, but he insists that he is Gyung-Joon. Gyung-Joon then wonders where his body is and finds that his body is unconscious and in the hospital. Gyung-Joon starts to panic and walks out of the hospital.
Da-Ran finds out Gyung-Joon's address and goes there. She finds Yoon-Jae's body laying down in the high school student's bed. She realizes that Gyun-Joon's mind is indeed in the body of her fiance Yoon-Jae.
Thursday, 25 April 2013
Gwiyomi sangat.....
GWIYOMI???
kuih apa pulak tu? tetiba aje sana-sini org sebut gwiyomi. kat FB belambak org buh video gwiyomi. katanya gwiyomi tu maksudnya "CUTE". memula aku igt nama kuih. sekali org buat muka/aksi cute rupanya. kalo cari kat youtube pun besepah-sepah dari pelbagai negara, dari budak kecik sampai ke tua bangka. dari yg comey sampai yg ke tua takde gigi pun ada. hambik ko. fenomena sangatkan...
nak cuba wat aksi gwiyomi? bulehlah study guide kat ateh ni. takpun cari kat youtube atau google aje. belambak uolls. dari yg betul2 cute sampai cute tahap nak muntah ijo pun ada jugak. waakakakaka.
sumber gambar: pokcik google.
Wednesday, 24 April 2013
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (PBAKL 2013)
Assalamua'laikum.....
pengumuman kepada sesiapa yang masih belum tahu. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 akan berlangsung dari 26/04/2013 - 05/05/2013 ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
jom kita pakat ramai-ramai pi sana. tapi rasanya aku tak pergi kot. buku yang beli hari tu pun tak habis baca lagi. dok buang masa tgk cerita korea aje *sigh*
tapi bila tak pergi macam sedeyyylah pulok..huhuhu. mcm makan takde cili padi gitu. tgklah camne nanti ek. hahaha.
Thursday, 18 April 2013
Kuih tradisional: LOKLIK
pernah makan tak kuih ni? nama pelikkan. tapi rasanya sedapppppp tau.
nama kuih ni loklik. orang kata ini kuih tradisional negeri Terengganu Darul Iman. kata mak aku kuih ni guna beras padi muda. ada campuran beras yang ditumbuk, kelapa & gula kabung/gula melaka. kalau ada campuran lain aku tataulah. ini aku tulis berdasarkan apa yg terasa dilidah aku. nanti balik umah aku tny kat mak ek apa resepi dia. :)
| motip letak patung tu?? |
nama kuih ni loklik. orang kata ini kuih tradisional negeri Terengganu Darul Iman. kata mak aku kuih ni guna beras padi muda. ada campuran beras yang ditumbuk, kelapa & gula kabung/gula melaka. kalau ada campuran lain aku tataulah. ini aku tulis berdasarkan apa yg terasa dilidah aku. nanti balik umah aku tny kat mak ek apa resepi dia. :)
kuih ni bos aku bawak pagi tadi. tapi beliau bukan balik dari Terengganu, enche bos balik dari Melaka katanya. selain loklik adalah jugak dodol. wajiblah kan bawak dodol kalo pegi Melaka kan. kalo tak nanti anak buah majuk kannnn...hahahaha. TQ enche bos..moga murah rezeki. lenkali bawaklah lagi... :P
inilah wajah loklik setelah di close up. rasanya manis-manis-berlemak-melekit & berbiji2 (kata opismate aku). sesekali jumpa kuih ni memanglah hancur dietkan *nanges :'(
woittt gemok...bila ko nak kurus???
Assalamua'laikum...
apa kuang ajo beno tajuk ko pagi nih? nak mintak tapak tangan ke hapa ni? hahaha...
okeh, macam semalam, dalam kereta otw ke opis aku mmg dgr radio era. sentap hati suci akak ni tau bila topik pagi ni pasal "camner nak tegur pasangan/kawan yang gemuk"...dalam kata lain camner nak suh pasangan korang kuruskan badan tanpa dia menyentapkan (adakah perkataan ni dalam kamus??) hati.
kisah kat radio era tu, ada sorang mamat ni susah ati sbb wife dia yg cantik molek bersaiz S dulu dah bertukar jadi saiz XL. magika sangatkan. dulu tecik skang dah besar sikit. pastu dia minta nasihat mcm mana dia nak ckp kat wife yg dicintai itu utk menguruskan badan. dia risau kalo tegur nti wife dia kecik ati.
macam2lah idea yg keluar dari pendengar. ada yg kata salahkan sabun. contoh ayat - "yang sabun basuh kita tak eloklah kan sbb baju kita makin kecut" ~ bermaksud bila pakai ketatlahkan. takutlah tu bini sentap takmo makan. takpun bini hambat suh tidoq luaq. jadi biarlah sabun basuh yg tidak berdosa itu jadi kambeng hitam. kakakaka.
haaaa kalo perkara ini terjadi pada korang, apakah ayat2 sedap yang tak menyakitkan hati yg korang nak gunakan utk menegur pasangan atau kawan korang.
aku ni mmg gemuk ya. aku pun ada kawan2 & adik2 yg gemuk. dan aku pun selalu aje gurau2 dgn diorang pasal gemuk-kurus ni. contoh ayat aku pernah bg kat opismate aku yg nak balik sarawak raya nanti adalah "ko makanlah bebanyak kin, nanti ko naik flight senget sebelah," haaaa berkias tak ayat aku??? hahahahaa. itu gurauan aje ye. kawan aku tu pun redho aje bila aku ckp gitu. dlm ati tataulah sumpahan apa dia bg kat akukan.
kat adik2 aku pulak aku slalu cakap gini "kalo dah takde baju nak pakai, amek aje baju aku yg byk dlm almari, ko pun dah nak sama size dgn aku dah"...kias sangatkan ayat2 cinta aku tu. hehehehe. bercakap mcm aku ni selim-melim ajekan. padahal..akak tetap menten membadak ye.
aku sendiri pun ada gak org tegur suh kurus. aku igt ada abg jiran sebelah rumah tu. nama dia abg yim. contoh perbualan adalah dibawah.
AY: ogy kalo kurus mesti lawo.
aku: mana abg yim tau kalo org kurus nanti boleh lawo?
AY: sbb skang masa gemuk pun dah lawo kalo kurus mesti lagi lawo.
aku: maksudnya skang dah lawokan. so xyah kuruslah. manalah tau ilang lawo tu bersama dgn lelemak tu nanti.
khennnnnnn!!! logik tak? silap2 bila kurus nanti aku jadi mcm antu kak limah ke. mcm jerangkung dlm lemari ke. acaner??? dan2 tak nak dietkan. alasan sgtkan malas nak diet. hehehehe.
apapun kengkawan, marilah kita jaga kesihatan ya. berubahlah supaya jadi yang lebih baik. org tegur tanda org sayang. org nak kita sihat dan kalo cantik tu bonus besarlah kan. anggap aje org yg tegur kita tu seorang yang prihatin. kalo dia tegur cara yg menyakitkan hati pula, anggap aje dia tak pandai susun kata2. (tetiba pulak aku rasa baik beno aku pagi ni...hehehe)
Wednesday, 17 April 2013
bersosial dialam maya.....
Assalamua'laikum.....
pagi tadi dalam kereta sempatlah dengar radio era. tajuk dia pasal bersosial dialam maya. sebelum ni aku dah pernah sembang pasal isu ni dengan kawan-kawan.
slalu sgt nampak, kalo pergi makan, satu family menghadap smartphone memasing. sambil makan sambil main psp, sambil ngadap handphone, laptop. dari mak ayah sampai anak2 sibuk sgt dengan gajet kat tangan. memasing sibuk berFB, whatsApp, tweeter, instagram dan ntah hapa lagi tah yang aku pun tatau. aku pandai FB dgn whatsApp aje ek. WeChat tu pun baru2 nak blajo. hampeh sgtkan aku ni. hahaha.
sedihkan. entah2 dalam satu hari, waktu diorang bertemu muka tu hanyalah pada masa makan aje. patutnya masa itulah mak ayah dengan anak2 nak bersembang pun. kalau makan kat luar pun ngadap hp apatah lagi kalau kat rumahkan? lainlah kalau memang ada jadual, "sessi bersama ahli keluarga tanpa gajet selama satu jam setiap hari". masa itulah nak semak kerja sekolah anak, nak tanya masalah dan perkembangan anak2. silap2 nak bercakap sepatah dua pun susah. anak2 pula keluar suara masa nak minta duit belanja aje. sedih.
satu lagi kalau ada anak kecik, yang otak tengah cerdas tu kan. setiap apa yang mereka pandang dan dengar adalah pelajaran tidak formal. tapi kalau duk bagi tgk game, kartun segala kat hp tu, bilalah anak nak tgk dunia luar. kat dlm kereta pun kepala tunduk aje ngadap hp, harus esok budak2 tak kenal masa satu tiang letrik mana satu pokok kelapa. hambik kau.
aku tak cakap bersosial dialam maya ni tak bagus. aku sendiri pun bersosial jugak. yelah, nak jumpa kawan2 bukan senang. masing2 duk jauh2, sibuk pula dengan kerja & family. aku sendiri pun busy ya amat (sila percaya ya). dengan laman sosial lah pun nak rapatkan silaturrahim dengan kawan2 kan.
contohnya, pagi ni dekat 1/2 jam bazirkan masa dengan merepek kat whatsApp & WeChat. tergelak mengekek sorang2 bila sekali sembang kat group chat dgn 5 org kawan. siap tayang bekal memasing. itu belum lagi tayang muka sendiri dengan posing gedikkan *sepak muka sendiri*
memang terhiburlah juga hati. hilanglah sekejap stress bila chat dengan kawan2. bersosial dialam maya ni. sekurang2nya kita tau keadaan kawan2 kita. tapi jgnlah 24/7 duk ngadap hp ajekan. haruslah semua kerja pun tergendala. kang tak sedo pulak bos lalu kat belakang, dpt lak surat chenta ~ nanges!!
jadinya, pendapat peribadi aku yg cetek ilmu ni, bersosial dialam maya ni ada bagusnya. tapi jgnlah sampai bila masa utk bersama family pun masing2 tunduk aje ngadap hp. kang esok2 nak angkat kepala pun tak boleh. urat tengkuk dah bersimpul2 tak mampu nak tegak dah. hahaha.
Thursday, 11 April 2013
melabur di Etude House lagi uolls....
Assalamua'laikum...
adalah dengan ini ingin memaklumkan kepada sesiapa yang berada disekitar putrajaya, yang ingin mendapatkan produk dari Etude House, bolehlah kesana minggu ini. ada sale uolls. beli 3 item, dapat 50%...hambekkk...meroyan tak??? kah3
kebetulan (konon!!) pencuci muka aku tinggal sikit bebenor & lip balm memang dah sampai tahap kena cungkel dgn jari kelingking. pastu dapat khabar gumbira bahawasanya kat etude house tu ada sale. berdedailah aku & d geng ke alamanda lunch hour tadi.
dah sampai sana, jumpa pula dengan Ayu promoter EH peramah itu. dah kerat rambut pendek dah makwe tu. niat nak beli satu terus terbeli 2-3 brg..ciskek betoii. mmg xble tahan napsu serakah..hahaha.
satu lagi benda yang aku beli adalah botol wonder pore untuk freshner/toner. harga sebiji RM8.00. less 50% dapat ler RM 4.00. total perabih duit adalah RM 48.00. gigil ye shopping tgh2 bulan nih. tapi sebab keperluan katanya...pejam mata ajelah ek bukan selalu pun. hehehe.
nanti pas guna collagen moistfull & wonder pore clay clear tu aku kabo yer apakah iyanya best atau tidak.
adalah dengan ini ingin memaklumkan kepada sesiapa yang berada disekitar putrajaya, yang ingin mendapatkan produk dari Etude House, bolehlah kesana minggu ini. ada sale uolls. beli 3 item, dapat 50%...hambekkk...meroyan tak??? kah3
kebetulan (konon!!) pencuci muka aku tinggal sikit bebenor & lip balm memang dah sampai tahap kena cungkel dgn jari kelingking. pastu dapat khabar gumbira bahawasanya kat etude house tu ada sale. berdedailah aku & d geng ke alamanda lunch hour tadi.
dah sampai sana, jumpa pula dengan Ayu promoter EH peramah itu. dah kerat rambut pendek dah makwe tu. niat nak beli satu terus terbeli 2-3 brg..ciskek betoii. mmg xble tahan napsu serakah..hahaha.
diatas itu adalah hasil yang dibawa balik oleh aku. nampak mcm byk kan. tapi yang dibayar adalah 3 barang sahaja ya. yang lelain adalah free gift. akak sukeeeeeeeeee..ngeeeeee
Baking Powder Pore Cleansing Foam.
Harga asal: RM 39.90
- 50% : RM 19.90
Sweet Recipe Candy Stick (Lip Balm) - orange flavour
ada tiga flavor, strawberry, oren & lemon.
Gedik sangatkan rupa lip balm ni. cem bebudak pun ada aku rasa. keh3
Gedik sangatkan rupa lip balm ni. cem bebudak pun ada aku rasa. keh3
Harga asal: RM 29.90
yang ini beli 3 unit dapat 20%
after less 20%: RM 23.90
lip balm ni best sampai rasa mcm nak jilat..baunya mmg mcm candy. satu lagi yg best warna dia cantik (mengikut warna darah katanya) & long lasting.
tiga item dibawah adalah sample/free gift yer adik2. berbaloi2 rasanya bila dpt brg2 nih.
1- Precious Mineral BB Cream Bright Fit - SPF 30/PA++ (sama yg aku tgh pakai sekarang)
2 - Precious Mineral Sun BB Cream - SPF 50+/PA+++
3- Collagen Moistfull Peeling Wash
4- Wonder Pore Clay Clear.
nanti pas guna collagen moistfull & wonder pore clay clear tu aku kabo yer apakah iyanya best atau tidak.
Wednesday, 10 April 2013
marilah mari pergi mengundi...
Assalamua'laikum...
udoh bersiap sedia ke korang menghadapi hari raya yang bakal menjelma? agak-agak ada ke yg pi tempah baju baru & bako kuih utk menyambut hari raya yang datang 5 tahun sekali ni. hehehe
okay, tadi kat tv dah wat pengumuman..hari penamaan calon utk pilihanraya jatuh pada 20/04/2013 (jumaat) dan hari pilihanraya adalah pada 05/05/2013 (ahad).
perang bendera memang dah mula dari haritukan. tunggulah pula lepas ni perang poster dan perang2 lain. harap2 janganlah keluar segala fitnah melampau sampai mengaibkan ya.
aku tak pandai berpolitik, tak pandai nak komen pasal poliktik. tapi InsyaAllah pada hari kejadian, aku akan turun mengundi.
kepada yang dok pom pang sana sini tu, tapi tak daftar mengundi, jangan nak poyo sangat. cakap pandai, sekali tak ada hak untuk buat pilihan. sedehhh okay. hahaha. opppsss jgn nak kecik ati tau. aku tujukan kata2 itu sahabat2 aku yg blm mendaftar tu lerrr...korang tau lah korang sapakan..wakakaka.
Tuesday, 9 April 2013
Korean drama ~ that winter, the wind blows...
Assalamua'laikum. tetiba aje aku rasa nak tepek cerita & gambo drama korea, That Winter, the Wind Blows kat sini. Dengar khabar cerita ni ada kuar kat astro ek? aku tatau sebab kat umah xde astro..sobs sobs..layan kat dramacrazy aje uolls..
barisan pelakon adalah:
~ Jo In Sung as Oh Soo
~ Song Hye Kyo as Oh Young
~ Kim Bum as Park Jin Sung
~ Jung Eun Ji as Moon Hee Sun
cerita ni mengisahkan pasal mamat Oh Soo dengan minah cun yang buta (Oh Young). Oh Soo ni dari kecik dah ditinggalkan dek mak dia. kiranya membesar sebagai anak yatim ler. Oh Young ni pula anak org kaya, mak ayah dia bercerai & dia dijaga dek ayah dia. mak dia pula bawa abang dia.
konflik cerita ni bermula bila Oh Young pergi cari abang dia. jumpa pulak dgn mamat Oh Soo ni. pastu nak jadi cerita, abg Oh Young ni sama pulak dengan mamat hero ni. kawan baik & duduk serumah pula dengan mamat hero ni.
pastu...jeng3...malas pula nak cerita. tapi macam kejam le pulakkan.
adaler beberapa konflik terjadi. tak sempat jumpa dengan abg kandung dia, Oh Young dapat khabar ayah dia yang tgh sakit mati. pastu abg dia pula pada hari yg sama mati eksiden. mamat hero pula kena tangkap sebab kes penipuan. uhhh berat ni.
lepas setahun kes2 diatas, lawyer family Oh Young ni pergilah cari abg kandung Oh Young (depa tatau abg dia dah mati). dia pergi jumpa mamat hero & ajak balik rumah. Oh Soo ni pula sebab dianiaya dek sorang awek tu, dia kena bayo utang kat samseng dalam tempoh 100 hari. makanya..menyamarlah dia sebagai Oh Soo anak orang kaya.
disinilah bermula kisah hero & heroin ni berjumpa utk kali kedua. dari niat nak menipu, terbit pula rasa cinta. yada yada yada...panjanglah kisahnya kemudian tu kan. kalau nak tau silalah pergi tengok ya. sebab aku memang gagal bab cerita ceriti ni.
![]() |
| bespren hero |
![]() |
Thursday, 4 April 2013
sedap sangat ke Magnum Chocolate Brownie iteww??
Bukan main lagikan iklan kat tv tu...sensasi sangat keenakkannya kengkononkan. pastu akak yang pantang tengok menda makanan ni pulak, tetiba mcm org ngandungkan...ngidam nak makan menda alah tu.
paksa rela juga adik aku pegi petronas carik eskem Magnum Chocolate Brownie tu. teringin bebeno..tahap meleleh air liur ko.
rasanya adalah?? bolehlah...sedap...kaya dengan rasa cokelat yang mewah...tetapi...agak muak sikit kot bagi org yg xberapa suka cekelat. sebab cekelat dimana2. ehh nama pun eskem cekelatkan. tapi akak ok aje, sebab akak gila cekelat. cuma xbrp suka kalo yg manis sgt.
yg sedikit hampa tu. sebab aku bayangkan brownie tu mcm kek brownie, rupanya eskem cekelat semata. igt rasa dia mcm kek eskem kat kedai kek tu. hahahahahampeh punya imaginasi ko kan.
Monday, 1 April 2013
Bola bowling itu bulat.....
Assalamua'laikum.....
fuhhh..ini betul2 berdebu & bersawang..lama gila tak wat entry kot...takde mood, malas, busy & mcm2 alasan lagilah...
arini aku nak cerita pasal menggila main bowling. arakian kisah bermula sejak sebulan lebih lepas. opis nak wat tournament. sebab aku ni main 13 tahun sekalik..pastu handallah sgt "menggilap" longkang sampai berkilat..maka ikutlah geng2 opis ni training kat ARL powerbowl alamanda katanya. tak cukup dgn geng opis, melepas gian dgn adik2 kat Shalin's Bowling, Space U8 kat TTDI s.alam pulak. semangat tak uolls??
hari kejadian 23.03.13 kitorang pun pegilah berhempas pulas kat alamanda, mencuci longkang dgn gigihnya. keputusan adalah iolls penyumbang kepada tertumpasnya pasukan yer. hahahaaha. kesian ahli pasukanku. maaflah ye adik2..tgn akak tak cukup bedung masa baby dulu. :P
![]() |
| posing gedik itu penting ya, bahan bukti ni uolls.. |
ingatkan cukuplah berpeluh pada hari tersebut, rupanya sifat tak puas ati masih menebal dalam diri. gatal pulak jari jemari ni nak mengguling2kan bola yang bolat dan berat itu utk kesekian kalinya.
weekend baru ni (semalam ler tu)...dua hari berturut2 laburkan duit kat Shalin's Bowl. sabtu gi dgn bff, ahad lak berjimba2 dgn adik2 & mak pak sedara. sampai staf kat situ dah cam ler muka akak yg asyik kilatkan longkang tu. tersenyum2 aje dia. mesti dlm ati dia ckp, akak ni tangan tak lurus pun gigih nak main. wakakakaa. akak nak berseronok dua ronok aje ye. melayan diri agar tidak terbungkang tidur aje dirumah.
so, sesapa yg nak ajak aku berentap bowling ==> cuci longkang sampai kilat, bolehlah bgtau akak ye. kita berjumpa digelanggang (betul ke gelanggang??) bowling. hahahaha.
Monday, 11 March 2013
Hujan.....
Assalamua'laikum.
Disaat entry ini sedang ditaip pada waktu ini. Cuaca diluar pejabat aku adalah hujan lebat beserta dengan guruh berdentam-dentum dan kilat sabung-menyabung. Langit kelam, hitam pekat umpama sedang bersedih.
Sebenarnya entry ini ditaip tanpa tujuan. Sebab tak ada kerja nak dibuat, sebab hujan, sebab perut terlampau kenyang dan sebab mata mengantuk, aku larikan jari jemari ini (cheewahh!!) disini.
Bila hujan macam ni apa yang korang teringin nak makan? Ha Ha Ha..makan jugak yang diingatnya..kannn. Macam dah tak ada menda lain dalam hidup nak fikir, makan jugak yang jadi nombor wahid.
Aku kalau hujan aje teringin nak ada kopi O panas. Lawan pula dengan....
1) Ubi kayu rebus + sambal tumis ikan bilis / kelapa + gula
2) cekodok ikan bilis
3) Goreng pisang panas2...
ehhhh banyak lagilah, tapi waktu ni 3 jenis makanan tu aku paling teringin. kot lah ada tanam pokok ubi kat blakang opis ni nak aje aku pi cabut & suh dak zaba yang pandai masak tu rebuskan. takde sambal / kelapa parut, cicah gula pun jadilah kan...janji dapat ubi rebus.
sajakler sangatkan...padahal perut kenyang teramat ni, baru sudah makan pengat pisang yang manis, lazat dan lemak berkrim gitu. kehkehkeh...
gambar: sumber Google.
Friday, 8 March 2013
Resepi Baked Cheese Meatballs.....
.....yang sangatlah simple dan sedap teramattttt (konon!)...heheheh..
Dua hari lepas cuba buat makanan tersebut untuk kali pertama. Bawa sikit ke opis dan bagi kawan-kawan rasa. Sekali kena puji, *blushing* akak uolls...
![]() |
| percubaan pertama |
Pastu Syikin (retis kat opis i tu lah) petik, jumaat hari wanita sedonia. Kami wanita jelitawan ni pun gediklah nak buat potluck. Ada pula yg request nak mkn Baked Cheese Meatball tu lagi. Demi tidak menghampakan hati peminat (sila muntah!!) aku pun buat lagi malam tadi.
Meh intai-intai resepi. Senang uolls...resepinya aku google. pastu ada bahan mcm tak berapa kena dgn piawaian aku, so aku tukarlah beberapa bahan yg aku agak-agak bersesuaian gitu. meh intai-intai kat bawah.
Bahan-bahan:
1 paket Ramly meatball
*1 tin Campbell mushroom soup
*1/4 tin susu cair
*1/4 tin air (jika perlu, mengikut kepekatan kuah)
*1 tin cendawan butang (dipotong)
*serbuk lada hitam (ikut suka)
*oregano (aku guna italian herbs --> tu yg ada kat dapur)
Mozarella cheese
Cara membuat:
- Panaskan oven.
- Campurkan bahan bertanda * didalam periuk. Kacau rata, jangan berketul.
- Susun meatball dalam loyang, tuangkan mushroom.
- Taburkan mozarella cheese sesedap rasa.
- Bakar lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan cheese nampak kuning keemasan.
# aku memang tak letak garam sebab kuah tu dan cheese dan cukup masin.
## aku tak dadukan bawang & capsicum sebab malas. kalau nak letak lebih sedap.
![]() |
| meatball berenang dlm mushroom soup |
![]() |
| ditabur dengan mozarella cheese |
![]() |
| PANAS! PANAS! baru kuar oven |
![]() |
| berkuah pekat, cicah roti pun sodap.. |
Loyang pat segi tu percubaan pertama. loyang bulat tu yang dibuat malam tadi utk potluck makan pagi kat opis pagi ni. dapatlah bawa dua loyang. makan ramai-ramai. suke tgk org makan & cakap sedap. tetiba aje perasankan. macam ler pandai sangat masak, padahal sempoi sangat resepinya.
Selamat Hari Wanita Sedunia, 2013
Assalamua'laikum...
Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua yang dilahirkan sebagai wanita. Semoga kita semua sentiasa tabah dan gagah dalam menghadapi segala dugaan.
Hari ni aku & kawan-kawan perkasa, prihatin, bijak dan yang penting JELITA (sangatttkan!) ada buat potluck sempena hari wanita kononnya. meraikan diri sendiri gitu.
ehhh org dah panggil makan. nti sambung dilain entry ek party makan2 kitorang. hahahaa.
sekali lagi, selamat hari wanita sedunia. sayangilah diri anda. ^_^
| 3 wanita dibaris hadapan itu adalah wanita-wanita yg sangat aku sayangi seumur hidup ini. |
Thursday, 28 February 2013
kehilangan dan ketabahan.....
hari ni aku rasa sedih sangat. sedih sebab aku terlambat mendapat berita dan paling sedih sebab sahabat aku telah kehilangan insan tersayang.
dari pagi tadi hati aku teringat2 dekat iza. kami jarang jumpa tapi selalu juga sembang2 kat whatsapp. jadi tergerak hati nak msg dia pagi tadi, nak tahu sama ada dia dah bersalin ke belum. msg tak sampai kat dia, aku msg suami dia.
sahabat aku ni dah kahwin 8 tahun lebih. lama dia menanti kehadiran cahayamata. sepanjang berkahwin, dah beberapa kali dia keguguran.
bulan puasa tahun lepas kami dapat berita gembira sekali lagi. iza mengandung. Alhamdulillah, berkat doa semua orang, berkat ketabahan dia suami isteri, iza berjaya melahirkan baby lelaki, Megat Danish Ziqri pada 06/02/2013.
selepas dilahirkan baby terpaksa dihantar ke PPUM dan dimasukkan ke ICU sbb kekurangan oksigen dalam badan. 09/02/2013 Megat Danish Ziqri telah pergi menghadap Ilahi.
Semoga Iza & Fazli tabah. sebagai sahabat aku terasa sama kesedihan diorang. aku tahu besar harapan diorang nak ada anak sendiri. iza, kalaulah aku dapat jumpa ko sekarang, aku nak peluk ko. aku nak pinjamkan bahu aku untuk ko. Semoga korang tabah. mungkin ada hikmah disebalik segala ujian dariNYA. InsyaAllah ada sesuatu dari DIA untuk korang berdua nanti, kalau bukan didunia InsyaAllah diJannah.
Al-Fatihah untuk arwah Megat Danish Ziqri.
Wednesday, 27 February 2013
REFER cracked heel cream.....
pagi tadi ada sorang pakcik engineer kat opis ni bagi 'cracked heel cream' ni kat aku & 2-3 org opismate.
Oh kepada sesiapa yang tatau apa krim itu untuk apa, ianya adalah untuk menghalus dan melicinkan bahagian tumit kaki yang berkematu dan pecah-pecah.
kat kotak tu tulis (aku salin sebiji-sebijilah ye):
> tamarind and mixed fruits extracts remove dead skin cells whilst restructuring and softening the skin
> liquorice extract helps to balance the natural skin tone
> mangosteen and lichen extracts help minimize foot odour
> sesame seed oil rehydrates the skin and prevents dryness
> aloe vera powder contains moisturising properties
| pengikir kaki juga disediakan ye.. |
walaupun tumit saya licin bak sutera (buweeeekkkk!!!) saya akan tenyeh juga menda ini kat tumit saya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. weiiii betullah tumit aku licin..silalah percaya..takkan nak suruh aku nyanyi lagi percayalah - ct nurhaliza tu pulak..
Tuesday, 26 February 2013
birthday acik & amsyar.....
ahad lepas, 24/02/2013 genap umur zafri amsyar 5 tahun. memandangkan birthday acik jatuh 20/02 maka kami bercadang nak buat makan2 hari ahad tu.
aku buat kek cekelat moist simple2 aje (sebab tak pandai decor2). pastu masak nasi impit, rendang daging, kuah kacang & bubur kacang hijau aje. lia pulak tambah dgn satay haji samuri. lina pulak bawak balik munchkin dari dunkin donut.
tetamu pun tak ramai, jemput ahli keluarga aje. maksu aku anak beranak, jiran sbelah rumah kiri kanan & abg sepupu aku aje.
![]() |
| happy birthday & semoga panjang umur dan diberkati Allah selalu hendaknya. |
Subscribe to:
Posts (Atom)





.jpg)














.jpg)



.jpg)















