Wednesday, 23 May 2012

pemandu...bila dah berlagak & tak sabar...

....Assalamua'laikum, selamat pagi...puasa kite hari ni? InsyaAllah...moga selamat sampai ke petang ye... :D

benornya, aku nak cerita fasal pemandu. tadi aku terbaca kat FB, ada seorang kenalan, letak dekat status dia macam ni lebih kurang, "adoilah tensen btol dok blkg driver lembap ni, terhegeh2!!! kalo penakut sgt, duk rumah je la wei, semak jalan raya aje..." amboi..amboi..amboi...manisnya ayat dia...tahu tak, sidia ni adalah seorang perempuan, isteri & ibu...

iye, kite kalau tgh drive memanglah kire nak cepat aje. lagi pula kalau yang bawa kereta yang sedap sikitkan. powerlah pulak. perghhhh tekan minyak sikit je, tapi laju perginya. lepas tu bila kereta depan tu lambat sikit mula naikkan lampu, mula tgn gatal tekan hon. kalau boleh dari jauh dah naik lampu bagi isyarat suruh ketepi. kalah pak-pak menteri dengan org istana u...dahsat!!!

masa memandu ni, bukan nak tgk kereta power ke tidak aje. kena juga perhatikan kondisi kereta, keadaan jalan raya &kecekapan pemandu. jgn lah duk nak maki hamun org aje. kalau rasa nak cepat, kalau tak nak sampai lambat, keluarlah cepat sikit dari rumah. dah memang mana-mana aje jalanraya dalam negara kita ni sana-sini jam. kena pula kalau jalan tu berlubang sana-sini. 

aku ni pernah aje drive kereta yang sedap, power & juga kereta nazak. memang berbezalah masa drive tu. lagi2 kalau bawa kereta cop luar negarakan. amboi..amboi...terasa macam jalanraya ana yg punya...heh!!

ada terbaca tak baru2 ni fasal kereta inspira putih yang duk cucuk-cucuk lancer atas jalan, sampai lancer tu accident? baby dlm lancer tu tercampak keluar, mak ayah dia meninggal. macam tu lah jadinya kalau mentaliti pemandu ni tak nak berubah. 

kadang ada org lupa keluarga, lupa nyawa org lain. ingatlah, malang tak berbau. takde bagi notis dari semalam hari ni kita nak accident kat mana-mana. jadi berpada-padalah nak berlagak atas  jalan raya. 

macam kawan aku tu, mungkinlah dia ada terdesak kat mana-mana nak cepat sampai. kena pula dia ada ramai anak & baru aje melahirkan baby kembar. tapi tak patutlah hamun org macam tu. entah-entah org kereta depan tu kereta dia tgh bermasalah ke.

aku pun pernah alami masalah sama. tgh drive tiba-tiba kereta takde pick-up. makin lama makin slow & terus berhenti tgh jalan. mujur waktu malam & kereta tak banyak. rupanya masalah alternator. siapa nak tau kereta akan rosak tiba-tibakan? 

sebenarnya aku juga manusia yang tak sabar masa memandu. lagi-lagi masa mula-mula bawa kereta dulu. actually, aku lebih pada takut. jadi kalau nampak ada kenderaan lain yang bawa mcm tak betul, tukar line sesuka hati, lepas tu ikut org cucuk-cucuk, mmg aku akan maki hamun dlm kereta. sampaikan bila ada nenek sedara nak menumpang aku balik terengganu, mak aku pesan, kena tahan telinga sebab aku suka membebel masa drive.

cumanya, aku takdelah nak maki org yg bawa perlahan. paling tidak, aku angkat lampu sekali dua kalau jalan tu ada dua lane. kalau rasa lambat, sila duduk sebelah kiri. kadang-kadang ada juga pemandu yang ketegaq. bawa slow tp degil nak duduk lorong kanan. dah ada dua lanekan, tukar ajelah ke kiri. itu memang mendatangkan kemarahan. 

kesimpulannya, masa memandu ni kena byk bersabar. jgn nak ikut kata hati sgt. lagi satu jgn nak tunjuk gengsi depan org lain melebih-lebih sgt. kereta aku hebat, aku pemandu cekap. aku terror main cilok-cilok. sekali sampai depan tgk-tgk kereta kau dah masuk longkang (ini pengalaman aku sendiri masa kat karak). 

pic google

kalau kereta kau cap kuda terbang sekalipun, tak usahlah nak berlagak sgt. kereta kau bukan kebal. kalau accident kemek juga, silap2 nyawa kau melayang. ini pun pengalaman depan mata aku kat federal highway persimpangan antara nak masuk subang jaya & airport. ferrari merah kemek macam tin sardin langgar pokok kelapa sawit tepi jalan. masa tu org tgh sibuk nak balik berbuka puasa. tak fasal-fasal jem kerana dia. awal-awal cilok bukan main, rupanya itu adalah-cilok-terakhir. dah jadi epilog-pemandu-malang terus.

pic google

Tuesday, 22 May 2012

ais kacang...ABC...



...korang pernah makan ais kacang? atau ada yang panggil ABC? ais kacang ni selalunya diperbuat dari ketulan air batu yang disagat halus bak salji. ais sagat tu pula disiram dengan air gula merah, sirap & susu cair. ditaburi pula dengan kacang merah, kacang tanah, biji sagu & jagung. itu yang biasa aku makan masa kecik-kecik dulu. apa taknya, mak akulah pembuat ais kacang terhebat. 


mak tak pernah kedekut dengan segala ramuan ais kacang tu. air gula merah, sirap & susu cairnya memang cukup rasa. aku paling suka kalau letak lebih kacang tanah, perghhh terbaik!!!



dulu mak jual ais kacang RM 0.50 semangkuk. GILA?? sekarang mana nak dapat dik non harga murah macam tu. ingat lagi, kami bukan guna mesin pengisar ais yang letrik, duk lah putar dengan tangan sampai lenguh-lenguh. pernah ada satu tragedi  jari mak hampir nak terputus terkena mata pisau pengisar air tu. Alhamdulillah mujur cepat bertindak, selamat jari mak aku.



selain ais kacang, ada juga yang minta ais kepal. mak jual RM 0.20 aje kalau tak silap. ais kepal ni simple sangat, ais batu yang disagat tu, dikepal-kepal padat & dituang dengan air gula sirap warna merah tu. lepas tu kita sedut-sedutlah ais tu sampai dia putih & habis. 

ini ais kepal


sekarang ni ais kacang dah diupgrade menjadi lebih menarik. ada tambahan macam-macam warna, siap ada dengan coklat cair lagi. juga ditambah dengan pelbagai topping macam jeli pelbagai, nata de coco, cendol, telor katak jeli bulat (bukan biji sagu) yang macam-macam warna, ada perasa buah-buahan, dihiasai pula dengan ais krim, buah anggur & laici. perghhh memang sedap. 




aku suka makan ais kacang dekat fredo (kalau tak silap) seksyen 3 shah alam. dekat dengan uitm tu. ais kacang dia sedap, banyak & murah. RM 2.50 aje semangkuk kalau tak silap. 

tapi sedap macam mana pun ais kacang ditempat lain, yang emak buat juga melekat dihati.  

p/s ~ eloklah kau zie, tengah puasa ni bantai melayan segala gambar ABC. pstt...pstt...gambar adalah sumbangan abg google.

tragedi kerusi patah..

....ohhhhh maafkan patik, disebabkan patik dah siapkan kerja seawal jam 10 pagi tadi, patik tatau apa nak buat sekarang. dari melayan mata, izinkanlah patik merapu kat blog sendiri. hahaaha...mabuk dah rasanya melayan mata. 

sebenarnya sajalah nak mengimbau kenangan. duduk melepak dengan 2-3 org bebudak opis ni tadi, tercerita pasal kerusi patah zaman kecik-kecik (ko pernah kecik ke zie oiii??) dulu. 

masa tu sekolah darjah enam kot. aktiviti petang aku & geng adalah melepak rumah kak siti. ayah kak siti kami panggil wak ngadin (dah org jawa panggil wak le kan). kak siti ada mbah (nenek) yang sangat garang. mbah suka membebel dalam bahasa jawa yang kami tak faham. sebenarnya, mbah ni dah tua sangat, dia dah ala-ala nyanyuk, jadi tak ada siapa ambil hati pun dengan perangai dia yang suka marah-marah tu.

pada suatu hari...(sila baca macam org nak bercerita hikayat sang kancil tu ye)..aku & geng (edah & nurul) melepak kat umah kak siti. sementara tunggu budak-budak lain (especially budak-budak lelaki) datang utk main baling tin, kami lepak-lepak dekat ruang tamu.

nak tau apa jadi? kisah memalukan sungguh. aku baru aje duduk kat satu kerusi kayu ni, 'PRAK' kerusi tu berbunyi mengiringi badan aku & kerusi itu jatuh merudum keatas lantai. dramatik sungguh. puas kena gelak dengan geng-geng aku. aku sendiri pun, mula-mula cuak, terus tergelak sampai umah kak siti tu begegar (umah kayu katakan).

nasib masa tu wak cakap "memang udah kerusinya nak patah, udah goyang-goyang". maka takdelah aku rasa bersalah sgt menjahanamkan harta benda org.  

mujur juga masa kejadian tu, takde budak-budak lelaki yang kepala mereng tu. kalo tak setahun aku jadi bahan ketawa diorang. 

sampai sekarang kalau nak duduk atas kerusi kayu lagi-lagi kat kedai makan, aku akan goyang-goyang & perhatikan betul-betul kerusi tu. bimbang sungguh kalau jatuh depan org ramai. mesti ada yang kata "gemuk sangat sampai patah kerusi"..sadis betul.

byk kenangan aku zaman bebudak dulu. kenangan tinggal kat kawasan setinggan, bermain dalam banjir, lopak, hutan, estet. bekawan dengan pacat, kutip pucuk paku & panjat pokok jambu. meredah kebun jambu & mangga yang ditinggalkan tuan.kokak buah koko masak yang bewarna kekuningan. 

sekarang ni dah tua-tua rindu pula kat kawan-kawan lama. masing-masing dah kelek anak. walaupun duduk tak jauh mana, nak jumpa setahun sekali masa raya pun susah.

nanti aku cerita lagi kisah zaman-kanak-kanak-nakal-dan-riang aku ye. seronok mengimbau masa lalu ni. dapat juga aku rakamkan kenangan silam kat blog ni utk tatapan hari tua...apakah??

jom puasa jom...

...assalamua'laikum....

huwarghhhhhh ngantuk tahap nak hempas kepala kemeja rasanya. andailah waktu ni dapat sentuh kepala kat bantal dalam bilik yang dingin dan gelap...pastiiii....syiok gile....



malam tadi tidur memang macam ayam...sat-sat terjaga, nak ke toiletlah, selsemalah...tak aman langsung nak dapat mimpi indah jumpa pelakon korea yang hensem-hensem tu...mencikkk!!!

amboi amboi...sedapnye tido

sebab dah berjanji mau puasa ini hari, pukul 4.30 pagi aku dah turun kedapur. elehhhh bukan nak buat apa pun, panas-panaskan lauk-pauk petang semalam & masak air aje.

setelah 2 minggu dapur tak berasap...aku & lia main masak-masak petang semalam lepas balik kerja. alang-alang malas, kami masak lebih sikit. menu semalam sambal tumis ikan bilis, ikan aya/tongkol/tuna masak singgang & celur bendi. 

sahur tadi itu juga juadah kami. berbuka nanti macam mana pula? plannya nak goreng ikan temenung & buat sup cendawan.sambal tumis ikan bilis banyak lagi...cukuplah makan bertiga sampai esok kot. walaweiiiiii kecur air liur akak.

memandangkan aku ni ada masalah bendera jepun yang tak normal, maka selagi boleh puasa ni gigihlah aku berpuasa. kalau tak madangnye bendera merah...tak suuukeeeee....

harap-harap hari ni dapat berpuasa penuh, insyaAllah....byk lagi kot nak kena ganti...hukhukhuk...

p/s ~ bila dah lama tak puasa..mulalah rasa mcm bebudak baru balajar nak puasa, muke seposen aje menanti waktu berbuka..dapat segelas air kosong sejuk jadilah...hahahaha hawau sungguh..

Monday, 21 May 2012

bicara hati... siapa suka gemuk???

.....siapa suka gemuk??? sila terjun bangunan....hahahaha...

gemuk yang aku maksudkan ni bukan yang macam orang saiz S yang selalu merungut-rungut "aku dah gemuk..." (dengan suara dan aksi mengada-ngada) bila berat dia kat weight scale naik 500gm. itu bodoh piang kata orang kampung aku....

gemuk disini (dalam definasi & kamus aku) adalah berat badan yang melebihi 80kg dan masuk kategori obesiti. FAHAM???

gemuk disini adalah bila semua kedai pakaian & kasut ketiadaan stok bersaiz anda. lebih-lebih ketara anda adalah seorang gemuk, apabila baru je nak jejak kaki dalam kedai baju tu, cik promoter berwajah cantik, bersaiz XS memandang anda dengan sinis dan senyum yang sumbing. oh tuhan!! rasa macam terigin sahaja kulayangkan tapak tangan bersaiz gergasi ini kepipi kerempeng itu. hello!!! aku masuk ni sebab nak belikan baju untuk adik aku. walaupun aku nak beli baju untuk diri sendiri pun, suka hati akulah nak beli saiz apa pun.



sesiapa yang badan dia gemuk, apa kata-kata hinaan yang korang biasa dengar? mungkinlah bukan ditujukan kat korang, mungkin sekadar sok-sek sok-sek dikalangan mereka yang bersaiz S.

biarlah aku jawab sendiri soalan itu ye. sebab??? anda betul...sebab saya adalah gemuk...sila tepuk tangan kuat-kuat...antara kata-kata sinis yang aku pernah dengar pasal orang gemuk ini ialah:

1) "isk..isk..patutlah gemuk, kuat makan rupanya," - padahal dlm pinggan tu ada nasi 1/2 senduk, ayam goreng seketul, sambal udang 4-5ekor dengan sayur aje. dalam pinggan tukang komen lagi berlambak nasi & lauk...takde pula sigemuk ni nak kata.."eh eh, byknya makan, tak takut gemuk mcm kita ke?"



2) "sorrylah kak, kedai ni tak ada baju saiz akak," padahal sigemuk baru aje belek-belek baju gaun tu utk hadiahkan kat adik dia. belum apa-apa dah kena cantas.

3) "mak oiii, kasut siapa yang besar macam saiz kapal ni?" dengan suara yang kuat dalam majlis orang pula tu. (terkena kat batang hidung aku...sentap jiwa akak okey...)

4) "umi, kenapa acik tu badan dia besar gadang??" amboi-amboi tak padan kecik mulut boleh tahan kau, menurun mulut jahat umi & ayah awak ke anak oiii?? (juga terkena pada aku yg gemuk ni)..psstt pstt sekarang umi budak tu pun dah makin melebar body dia...ahaks..

5) "tu dia, gergasi sudah kembali!!!" what the...??? wah siap nyanyi-nyanyi lagi...teringin sgt ke gergasi ni pijak-pijak badan kau sampai keluar isi perut??

6) "I risau betullah, pagi tadi timbang berat I naik 500g, berat I sekarang dah jadi 46.5kg tau. mesti hubby I bising kalau tahu ni". - hey you...kalau nak tahu, org jantan ni, kalau dia dah miang, berat bini 40kg pun dia gatal juga kat luar. cuba you tgk artis2 body kerengga yg kena cerai tu, bukan salah badan tau, dah laki dia yg gatal. tak payahlah you nak ngadu-ngadu kat I yang berat 120kg ni...hubby I tak pernah kompelin hokay!!!! (ini bukan akulah...kakakakaka)

7) "aku dah tau nak beza dah kau dengan tong drum tu, lebih kurang sama aje". - aikkk kasar nampak gurau  tu kawan.

8) "bila kau nak kahwin ni? tu lah suruh kurus kau tak nak." - siapa kata aku tak nak, hah sengal? kau tahu ke kalau aku tgh berusaha utk kurus??? jodoh tu ketentuan Allah, habis yg kurus cantik belum kahwin lagi tu apa pula alasan dia?

ada byk lagi penghinaan & kejian yang aku biasa dengar & baca. iye, aku tahu & sedar, gemuk ni tak cantik. dan lebih penting lagi, tak baik utk kesihatan. tapi...siapa yang mahu gemuk ya???

jangan sangka org yg badan gemuk ni tak pernah berfikir & berusaha utk menguruskan badan dia. jangan ingat org gemuk ni tak pernah rasa sedih bila cari baju kat kedai takde saiz, bila org perli-perli dia sentiasa. org gemuk ni ada hati & perasaan juga tau. walaupun dia selalunya gelak aje bile kena jadi bahan lawak.

aku ni sebab dah berbadan gemuk dari kecik, dah tak jadi kudis pada aku kalau org duk pakat2 kutuk pasal gemuk ni. memanglah panas hati, tapi aku takde lah pula nak ambil berat sgt kata2 org. paling tidak aku marah2 kat belakang aje. ataupun jawapan aku selalu gini "ehhhh kite gemuk pun lawa tau. pernah tak org tegur korang comel? tak pernahkan. kite ni selalu org ckp comel...kau ada???" (ini selalunya aku ckp dgn nada gurau2 dgn sedara-mara @ jiran2 aku kat majlis kenduri. itu sebab aku benci pegi kenduri tau).

okay, kepada yang berbadan besar gadang, gemuk gedempol, saiz gergasi, shrek, tong drum dan sebagainya itu, marilah kita berfikir positif. org kutuk-kutuk tu sebab mereka prihatin. cuma mereka ni spesis super sapien yang tak pandai nak cakap cara elok. jadi marilah kita berusaha kuruskan badan. demi kesihatan & kecantikan kita.


kurangkan garam...

...Assalamua'laikum...

macam mana dengan weekend korang? seronok? aku?? habiskan masa kat rumah mak dengan bermalas-malasan. apa pun tak rajin nak buat. tapi...tetaplah kena masuk dapur, nanti tuan besar mengaum mengamuk pula kalau tak masak. iskkk...tak ada ke hari tutup dapur sedunia dalam kalendar?

semalam (ahad) duk main tukar-tukar siaran tv. terpasang siaran tv Alhijrah. masa tu tgh ada rancangan dr oz show. dr oz tgh sembang-sembang dengan sorang pakcik yang berat badan dia dah turun beberapa kg, aku tak berapa igt.

pakcik tu berdiet dengan cara kurangkan pengambilan garam dalam pemakanan dia. dalam tempoh sebulan, baju & seluar dia dah longgar beberapa inci. sebelum ni pakcik tu ada tekanan darah tinggi (yang sangat-sangat tinggi & bahaya), lepas sebulan tekanan darah dia dah jadi normal, tanpa pengambilan sebarang ubat. wow! hebatnya, sebulan aje tau.



masa show tu, pakcik ni pakai baju kemeja & jeans masa dia belum berdiet dulu. dekat belakang baju dia siap ada sepit baju (bahagian baju yg dah longgar disepit dgn penyepit), byk inci jugalah dah mengecut. jeans dia pula siap berlipat & tali pinggang dia siap kena tambah lubang kat bahagian dalam sebab pinggang dia pun dah mengecil.

size badan pakcik tu masih lagi besar & obesse...tapi dalam tempoh sebulan, byk dah yang dia berjaya kurangkan dari segi kesihatan & berat badan. bukan dia sahaja, wife dia yang tukang sediakan makanan tu pun berjaya turunkan berat badan sama. iyelah, dah dia masak, dia pun makan sama, jadilah sihat sama-samakan. 

itu pentingnya kalau nak berdiet & ada sokongan dari org sekeliling, terutama family. bila satu keluarga jaga apa yang dimakan (walaupun sorang aje berniat betul-betul nak kurus), semua ahli keluarga akan terjerumus mendapat kebaikan.

okay, apa yang aku cakap, pakcik tu berdiet dengan cara kurangkan garam. dia ambil garam sikit sgt dlm setiap hidangan makanan dia. selalu org kata makanan akan jadi tak sedap tanpa garamkan? apa yg dia buat utk jadikan makanan dia sedap & berkhasiat? dia hanya letak hujung sudu aje garam ditambah dengan rempah ratus macam serbuk lada, oregano, italian herbs, cayenne pepper dll. herba-herba ini sendiri ada khasiat dia, membantu peredaran darah, meningkat metalbolisma, menambah perisa dalam makanan dll.


jgn cakap kurang garam tu apa-apa pun boleh kita makan. ye, kita boleh makan apa sahaja, tapi kalau nak makan makanan proses tu kenalah baca maklumat nutrisi dulu. kena tahu kandungan sodium, fibre, fat, carbohidrat, protein & sebagainya. kenalah study sikit apa yang patut & tak patut kita ambil dalam diet seharian. tapi selalunya makanan proses ni memang tak berapa baik utk kesihatan, contohnya sosej, daging burger, nugget dll. sebab byk kandungan garam & bahan-bahan pengawet dalam tu. 



satu lagi, makanan proses yang menjadi kegilaan masa kini adalah benda dibawah ini. bukan kata orang lain, aku sendiri suka bebenor makan menda alah ni. perasan tak kalau kita beli set ada kentang tu, berapa cupak garam dia tabur? haaaaaaa itulah penyedap tekak & penyebab sakit kat badan kita. 



selain mengelakkan makanan yang tak sihat ni, kenalah minum lebih air suam/air kosong/mineral/air mati. jangan ambil minuman berkabonat (air gas) & minuman manis. itu semua juga penyumbang kepada cepat mati. bak kata kawan aku, "air potong kaki". minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. dapat minum lebih lagi bagus. 


aku ni, setiap kali tgk hasil-hasil kejayaan org lain, berkobarlah semangat nak kawal makan. lepas tu hilang dah segala semangat tu. haisshhhh kena tampal kat dahi agaknya note "SILA BERDIET" tu...

p/s ~ gambar semua sumbangan abg google. terima kasih. 

Saturday, 19 May 2012

belajar mencantikkan mata...(eyeliner)

...assalamua'laikum....selamat pagi...kepada yg bekerja selamat bekerja. yg tak kerja, meh kita sama-sama belajar cara menconteng & mencomotkan mencantikkan mata. 

utk 1st lesson ni tak mahulah belajar yang susah-susah. kita belajar cara menggariskan eyeliner dulu ye.

aku ni suka tgk org yg bermata cantik. aku ni tak pandai make-up, tangan keras. tiap kali nak conteng mata mesti garis bengkang bengkok, tak kemas, comot...dan penyudahnya tak cantik. basuh semua kesan comotan...campak make-up jauh-jauh...hahaaha

teringin juga nak mata cantik macam dibawah ni. alahai....tak mampu kot nak make-up secantik itu.





duk lah gedik-gedik mencari kat you-tube cara melorek kelopak mata menggunakan eyeliner. ohhhh eyeliner pun ada macam-macam jenis, pencil, gel, liquid...heh..banyak rupanya yang akak tatau...

terjumpalah yg satu ini, nmpk mcm senang cik adik bosnia ni pakai, org tgn berseni & lembut mmglah senangkan...meh kita tgk dia buat mcm mana...


lepas ni nak carigali korek-korek balik beg harta karun make-up kalau-kalau terjumpa semula eyeliner yg lama. kot tak expired lagi...kehkehkeh...kalo dah expired?? apakah ini alasan utk beli yg baru??? :-P



Friday, 18 May 2012

masam..manis..masin..

.....heh...duk citer pasal makan aje ye aku sejak dua menjak ni....

semalam teringin yg pedas, panas & berkuah, hari ni nak makan yg masam2 pulak.

lunch tadi ke taman warisan putrajaya. teringin bebenor nak makan mangga muda...nak mangga yang masam-masam tu...

pusing2 yang ada buah betik & nenas aje...frust tau... :'(

sekali pergilah beli asam masin...aku beli prune kering & asam jawa bergula tu



sekali dah nak balik ke kereta ternampak mangga muda...apalagi....tak lepas peluanglah...sedihnya mangga tersebut tak brp masam, lemak2 aje...bolehlah dari takde...hukhuk...ngidam sangat..bunting gajah katakan..hahahaha

terkenang kesedapan mangga muda yg aku mkn kat kg haji dorani dulu...

bila cerita pasal asam asam masin ni, teringat zaman sekolah dulu. ada auntie rumah kat belakang sekolah tu jual asam boi dgn limau kasturi...adussss sedapnye...10sen dapat 2biji limau & asam boi  kot tak silap....


pastu ais krim malaysia....dalam ada asam boi color merah...urmmmm makan pula masa tgh panas masa berjalan balik dari kelas ngaji dengan adik2 & kawan2....mmg terbaiklah...masa tu sebatang baru 10 sen. lepas tu tak lah pendek macam ais krim sekarang. rasa pula sempurna aje, cukup masam & manisnya.

ais krim malaysia asam boi

pastu, pernah tak makan asam ketuk? seingat aku dulu harga sebungkus tu dalam 5 sen. asam ni rasanya manis2 masam sikit. adoi-adoi...kecur air liur...hehehe



banyak benda dizaman kita budak-budak dulu yang harga tak seberapa dah jadi sangat mahal pada hari ini. jangan haraplah boleh beli lagi asam boi harga sepuluh sen. yang lima sen lagilah jangan harap nak jumpa. budak2 sekarang kalau jumpa 10 sen pun buat tak pandang kadang-kadang tu. 

haiii...cepatnya masa berlalu. dah jauh tertinggal zaman kanak-kanak yang menyeronokkan. 


~ p/s ~ semua gambar sumbangan abg google

demam meteor garden & F4...




....korang pernah tonton cerita ni tak? meteor garden (taiwan) yang meletup-letup lebih kurang 10 tahun lepas?
aku masa tgk cerita ni, bukan main jatuh cinta dengan budak-budak (sekarang dah taraf bapak budak) F4 ni. watak depa dlm MG ni, dao ming si, hua zhe lei, ximen & mei zuo..

waaaaaa mcm satu fenomena meteor garden ni. sana sini duk cerita psl mamat kepala nenas (ah si) & the geng anak-anak org kaya yg berlagak tapi hensem tu. 

aku siap ada poster depa lagi. siap ulang tayang byk kali lagi. semalam sembang-sembang dengan lia paal MG, duk teringat-ingat dekat watak-watak F4, terus hari ni aku cari OST depa. macam nak kena ulang tayang balik aje cerita ni, mengimbau kenangan silam you...heheheehe...



kasi ulang tayang sket....hahaha...meroyan pulak tetiba....walaupun jepun & korea ada buat MG versi masing-masing, xdpt menandingi MG taiwan. sygnya, meteor garden 2 tak brp mendapat sambutan sbb ada minah penyibuk tu. ramai hangin dengan pompuan tu. tapi aku tetap suka, lagu2 dlm cerita tu best. pompuan tu aje aku nyampah. 

pedas, panas, berkuah...

.....tetiba sahaja aku rasa teringin makan sesuatu yang pedas, panas & berkuah. apakah makanan yang ada ciri-ciri tersebut? aku sendiri tak tahu apa yang aku nak makan. cuma terasa nak makan yang pedas-pedas, panas-panas, berkuah. 

alahai...dalam seminggu ni, tekak asyiklah meraung-raung menjerit meronta minta makan. hilang segala diet, segala penjagaan makan. selalunya kalau dah makan berat masa sarapan atau lunch, tak makan dah yang berat-berat lepas balik kerja. 

tapi seminggu ini, perut macam bela hantu dihuni cacing bersaiz naga tasik chini. dua jam sekali berkeriut-keriut. kejap kang dia bawa irama ghazal, kejap lagi pula dia tukar tune jadi lagu heavy metal. boleh gitu? minumlah air suam bergelen-gelen pun, tetap meratap merayu minta makan. dah macam sebulan tak jumpa dengan makanan. 

apa sudah jadi cik zie? impian tinggal impian aje ke? takkanlah nak kekal dengan body saiz UK ni sampai bila-bila. huh!!! sedih tau. bila tak makan, rasa macam stress melampau. cuba dah nak elak makan yang berat-berat, nak makan lauk dan sesuap dua sahaja nasi. tapiiiiii.....(mulalah nak main lagu sedih ni...)

apakah makanan yang pedas, panas & berkuah...juga sedap, banyak & mengenyangkan? rasa macam nak makan sizzling yee mee yang ditaburi hirisan cili padi dan penuh dengan cendawan, isi ayam & telor. meleleh air liur akak dik. 

adoi-adoi...sedapnya...

tomyam seafood pun sedap jugakan. kena pula yang betul-betul pedas meletup, pekena dengan nasi putih. perghhhhh nyaman...

silalah melelehkan air liur sendiri...

kalau dapat mee bandung yang berkuah pedas pun yummeh juga...teringat yang paling sedap & extra pedas kuasa 3 yang aku makan kat pulau perhentian dulu, ya ampun....sangat sedap okay...

ini lah gambar sebenar mee bandung pulau perhentian yang makan tu...banyak, extra pedas, sedap...

dah tak sanggup rasanya nak senaraikan makanan-makanan lain yg pedas, panas & berkuah. tak larat nak lap air liur yang menjejes atas meja ni. hah???!! ceh!! pengotoq sungguh hang....wakakakaaka...




Thursday, 17 May 2012

nilai sebuah pemberian...

.... assalamua'laikum...

maaf aku bertanya, berapakah pendapatan korang dalam sebulan? berapakah yang korang belanjakan utk perkara bukan-bukan, iaitu benda-benda merapu yang tidak berapa perlu. tak payahlah aku senaraikan apa benda merapu tu kan, sendiri-sendiri tahu sudahlah. 

kadang-kadang bila tgk balik barang yg kita beli rasa mcm tak perlu sahaja. haisss pembaziran sungguh, beli kerana nafsu. 

terfikir tak korang, adakalanya, duit yang kita belanjakan utk benda-banda yang tak berapa perlu ni kalaulah diberi makan, atau disalurkan kepada yang lebih memerlukan, bukankah lebih bermakna? tak byk, sedikit pun pasti besar maknanya bagi insan-insan yg betul2 memerlukan.

iye, saya tahu saya ni juga manusia yang alpa. bukan setiap masa kita akan terfikirkan keperluan insan lain, sebab kadangkala kita sendiri pun macam termissed soru bila cukup bulan. tapi dalam tak cukup tu, kita masih mampu keluar tgk wayang, beli pop corn, mkn ais krim mahal, beli make-up, kasut, henbeg & baju baru, betul tak. ya betul, semua tu adalah keperluan dan terapi minda. kita perlu juga reward diri sendiri yang dah berpenat lelah mencari rezeki.tapi, apalah salahnya kan, jika sesekali kita sedekahkan sedikit dari budget shopping tu kepada pihak yang memerlukan. 

pernah dengar tak, dalam setiap rezeki Allah bagi pada kita, ada juga hak atau bahagian org lain dalam rezeki tu (lebih kurang macam tu lah ayatnya). 

hari ini, terbuka pintu hati aku nak menulis pasal 'pemberian' ni sebab aku terbaca diblog penulis norhayati berahim tentang wakaf teratak rahmat yang memerlukan sumbangan utk pelbagai pengurusan tempat tersebut. aku difahamkan oleh kak yati (puan norhayati berahim), mereka (pihak wakaf teratak rahmat) diberi masa 3 bulan sahaja untuk menyiapkan anti kebakaran tempat itu. lebih dari tempoh itu, mereka akan diminta keluar dari tempat tersebut. 

disini, aku letakkan kempen WATER yang dianjurkan oleh grup UKWAH utk sesiapa yg berhasrat utk sama-sama membantu mereka yang memerlukan ini. 


saya tahu, ramai dikalangan masyarakat kita sekarang dah buka mata dan bermurah hati memberi bantuan kepada yang memerlukan. entry ni, lebih kepada mengingatkan diri daku sendiri dan setakat membantu memanjangkan kempen ini utk perhatian pembaca blog ini (kalau ada pembaca).

semoga Allah murahkan rezeki mereka yang memerlukan & wakaf teratak rahmat ini dapat diselamatkan. Amin. 



HATI...bila sudah terusik....

.....hahahaaha...oppssss assalamua'laikum....

boleh pula nak tergelak dulu...belum apa2 sendiri dah tergelak baca tajuk..ntah hapa hapa... :P

apa kes pula pepagi mcm ni duk sebut-sebut fasal hati? makan hati dengan sesiapakah? sentap jiwa dengan pemandu tak berhemahkah? sakit hati sebab gemok gedempol lemak tak mencairkah? atau sudah jatuh hatikah? 

sebenarnya tak ada apa2 masalah hati pun. cumanya, masa makan sarapan tadi, aku terpandang org kat meja depan tu (sepasang lelaki & perempuan muda), sedang makan tapi muka masing-masing macam tengah perang dingin. 

seorang menghadap roti dan kopi panas dengan muka stone, yang seorang lagi menghadap nasi lemak dan kopi ais dengan dahi berkerut-kerut. macam ada masalah donia mereka berdua. nampak dari gaya, macam pasangan gopren boipren, paling tidak suami isterilah agaknya. ataupun, kawan sepejabat. (iskkk..penyibuknya aku pagi-pagi hari ni).

sambil duk makan & sembang-sembang dgn kawan-kawan kat meja sendiri, mata aku ni duk lah perhati pasangan merpati sejoli perang dingin yang macam ada dlm dunia sendiri itu. makan, makan juga, mata busy body juga skodeng orang. 

dalam hati aku terdetik, apalah masalah mereka agaknya ye? dalam zaman serba-serbi nak cepat ni, macam-macam benda kecil pun boleh jadi agenda besar membawa kepada sakit hati dan pergaduhan, kalau tak ditangani dengan akal waras dan kesabaran. lagi-lagi oleh manusia yg panas baran dan cepat sentap macam daku ini :-P. hehe saya mengaku saya ni dalam hati ada rama-rama bara api. 

biar apa pun masalah mereka, aku doakan semoga selesai makan nanti, perut dah terisi, hati mereka akan sejuk dan minda mereka dapat meleraikan segala permasalahan yang ada. 

masalah hati dan perasaan ni, tak boleh dibiar lama-lama. kalau dah terguris luka, tidak diubati, akan mula bernanah dan melarat. mulalah masalah sebesar syiling lima sen akan jadi merebak sebesar padang bola. 

macam diri aku sendiri. pernah hati ini terusik, dan terpahat kukuh rasa sakit tu sampai hari ini. ya, walaupun penyanyi Aishah kata kemaafan dendam yang terindah, hati tetap juga terkesan dengan rasa terusik itu walaupun aku dah lama memaafkan. 

mungkin sebab tempoh rasa terusik tu dah terlalu lama, bila kita ikhlas memaafkan pun, kesan tu susah nak terpadam. lebih-lebih lagi orang yang buat hati kita terusik tu sentiasa didepan mata. haishhhh...

sebab itu, nasihat aku (lebih kepada diri sendiri), kalau dalam hati dah mula terasa nak ada perasaan terluka tu, sebolehnya cepat-cepatlah padam. cepat-cepat cari ubat penenang jiwa, supaya jiwa kita tak rosak dengan segala unsur negatif. susah bila kita dah mula terusik, masa yang panjang belum tentu akan menjadi pengubat. mulalah bila berhadapan dengan org yang kita terasa tu, muka semanis gula boleh tiba-tiba bertukar jadi semasam pelam muda. kita akan rasa janggal nak berkata-kata apatah lagi nak beramah mesra. rasa macam plastik sangat suasana masa tu. 

~ p/s : hati yg terusik ni tak semestinya dgn pasangan kita aje, dengan org sekeliling, dengan majikan, dengan  rakan sepejabat, dengan keluarga, dengan siapa-siapa sahaja pun boleh. bukankah kita hidup memang dengan dikalangan manusia. jadi segala asam garam ragam manusia tu kita kena hadapi dengan rasional dan positif. kadang2 mcm terlupa nak cermin diri sendiri, kita pun ada ragam kita yg mungkin tak disenangi org lain, ye tak..hehehe.


Wednesday, 16 May 2012

aku & buku ~ valentine datang lagi dan pergi - ahadiat akashah

.....assalamua'laikum...

baru2 ni aku dah berjaya habiskan pembacaan novel dari penulis ahadiat akashah berjudul valentine datang lagi dan pergi. kat bawah ni aku tampal letakkan sinopsis dia, sila baca kalau sudi. 







Dia yakin itulah lelaki yang telah menyelamatkannya
Namun, lelaki itu menafikan dialah orangnya?!

Selama tujuh tahun Anggun mencari lelaki yang telah menyelamatkannya daripada menjadi mangsa seorang lelaki tua yang miang setelah diperdaya Raymie ; teman lelakinya. Mikhail akhirnya mengahwini Hayati, wanita yang amat dicintainya, yang juga kekasih hatinya sendiri dan hidup aman bahagia bersama sepasang anak yang comel. Sehinggalah pada satu hari, Anggun menghadiri temuduga di pejabatnya dan menyangkakan dia adalah lelaki yang pernah menyelamatkannya daripada menjadi mangsa perkosa. Mikhail menafikan dia adalah lelaki yang telah menyelamatkan Anggun itu. Sementara Anggun begitu pasti, Mikhail adalah lelaki yang telah menyelamatkannya.

Dan... yang paling menyayat hatinya, apabila Mikhail mengenalkan isterinya Hayati seorang wanita jelita yang terus menjadikan Anggun mengangkat tangan tanda tewas. Dan akui, tiada cara untuk dia memenangi hati Mikhail yang baginya, memiliki isteri jelita yang lengkap dan sempurna.

Namun, ada kisah tersembunyi yang tiada siapa ketahui. Segalanya berselirat di antara lorong-lorong rahsia yang tersimpan di lipatan hati masing-masing. Mikhail?! Anggun?! Raymie?! Hayati?! Mereka ada rahsia tersendiri yang hanya mereka ketahui...

Apa yang bakal terjadi setelah rahsia-rahsia itu terungkai satu persatu...

secara ringkasnya, novel ni mengisahkan tentang Anggun gadis cantik jelita yg ditipu oleh teman lelaki dia Raymie. mamat Raymie ni yg Anggun percaya lelaki baik, dgn beraninya menjual Anggun ni kpd seorang lelaki tua kaya, dalam erti kata lain utk dilacurkan. 

Anggun berjaya melepaskan diri dari pakcik tua yg rumah kata pergi kubur kata mari tu. dia diselamatkan lelaki bernama Jeffry. nak dijadikan cerita, lari dari mulut buaya, termasuk dalam mulut naga. Anggun & Jeffry boleh pula tertido sama. itulah kali pertama & akhir dia jumpa Jeffry. 

selepas tujuh tahun, macam kata sinopsis kat atas tu, Anggun terjumpa dgn lelaki muka mcm Jeffry. adalah beberapa kisah disebalik cerita. Mikhail kata Jeffry kembar dia yg dah lama menghilangkan diri. jadi, mampukah Anggun melawan perasaan bila dia harus menghadap muka Mikhail setiap hari dipejabat? 

Setiap watak dalam novel ni, ada kisah mereka sendiri. Kisah masa silam dan masa kini. 

Raymie yang dulunya penyangak besar dah jadi taukeh bengkel kereta. 

Hayati isteri Mikhail yg cantik jelita pun ada kisah silam yg tersembunyi.

sekiranya nak tahu kisah selanjutnya, sila pergi kedai buku, beli & baca. kalau tak nak beli, pinjam atau sewa dari kawan korang yg ada beli. tak mau juga, cubalah cari kalau ada kat mana2 perpustakaan. hehehe geram tak???

aku bukan nak dengki tak mau cerita, tapi tak sanggup lah aku nak spoilkan mood korang. baca sendiri lagi best kot. 

pendapat peribadi aku tentang novel ni. okay, tak membosankan. sesuai dibaca santai2...(serius tak tahu nak komen apa...) pastinya, siapa pernah baca novel ahadiat akashah, cara penulisannya masih sama macam dulu. 

selamat hari guru...

.....assalamua'laikum... senyum sikittttt (^-^)

dikesempatan ini, sy nak ucapkan "selamat hari guru" kepada semua pendidik tak kira dimana juga anda berada. tak kisahlah anda cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, sekolah menengah, pensyarah, cikgu @ ustaz ustazah yg ajar mengaji kat rumah/surau/masjid....juga emak ayah yg mendidik anak2 secara tak formal kat rumah. 

anda semua adalah penyuluh kepada anak2 bangsa. kecemerlangan masa depan negara bermula dari tangan2 & keringat2 pendidik seperti anda. :D

apa yg aku igt, aku syg cikgu2 aku...w/pun ada beberapa org cikgu yg agak sedikit menjengkelkan, tapi aku xpernah benci cikgu, sbb mak & ustazah aku selalu pesan, kalau tak hormat cikgu tak berkat belajar. org pandai pun boleh jadi bodoh sekelip mata kalau kita tak hormat cikgu. 

sejarah pembelajaran aku bermula dari rumah. emak aku bukanlah belajar tinggi sangat, tapi mak mmg ambil berat perihal pendidikan anak2. aku kenal huruf alif, ba, ta, A, B, C & 1, 2, 3 hasil dari pengajaran emak kat rumah. cukup umur aku 6 tahun emak & ayah hantar aku ke sekolah makan & main (itu yg selalu org ckp) iaitu tadika KEMAS dekat quarters polis subang airport. nama cikgu aku tak igt, tp kami panggil cikgu kami tu kakak. 

seronok masa sekolah tadika, makan, main, belajar dgn kawan2 mmg best. yg tak best akulah budak paling besar & tinggi dlm kelas. selalu aku kena berdiri kat belakang kalau beratur atau ambil gambar. xsyok tau, aku nak berdiri sebelah cikgu...hahahaah..

darjah satu sampai darjah enam aku masuk sekolah rendah kebangsaan sg way, dekat2 dgn kilang motorolla kat PJ tu. meh aku nak senaraikan nama2 cikgu yg aku masih igt. darjah 1, cikgu aku nama puan hajjah kalsom. mak oii, garang tau cikgu kalsom ni, orgnya kecik molek aje, tapi garang bukan main. aku teringat cikgu kalsom pernah cubit perut kawan sekelas aku sebab nakal, bekerut2 muka kawan aku tu...hehehe...tapi sy syg cikgu sy, dia nampak garang tp penyayang.

darjah dua nama cikgu aku puan julia. kalau xsilap puan julia rambut dia kerinting sikit. orgnya lawa. garang juga, tp xsegarang puan kalsum. puan julia ni pun sy syg juga. 

darjah tiga, sy tak berapa igt nama cikgu, guru india kalau tak silap. cikgu ni baik & lemah lembut aje. tapi kalau kelas bising, boleh tahan juga suara cikgu ni menjerit..hehehe...

darjah empat..ni cikgu yg paling aku syg & kenang sampai sekarang. encik jamain. aku boleh igt lagi muka cikgu jamain, hensem, rambut kerinting & ada kumis nipis (hamboii ko...) cikgu jamain ni baik sgt...dia tak garang, tapi tegas. dia pandai ambil hati pelajar. dia cikgu bola sepak & takraw juga (kalau tak silap) & cikgu pengawas. kawan baik cikgu ni cikgu ku amran (hensem juga) kakakakaak.

apa aku paling igt, cikgu jamain pernah bagi hadiah kat student yg cemerlang. aku salah sorangnya. aku dapat buku nota & pensel (igt2 lupa) ...kat buku nota tu ada gambar kartun thundercat. seronoknya aku masa tu.

masuk darjah lima, cikgu jamain lantik aku jadi pengawas. masa tu hajjah kalsom pun cikgu pengawas kalau tak silap. cikgu berdua ni meyakinkan aku yg aku boleh jd pengawas. (yelah saya kan besar & tinggi..mesti2 budak2 gerun) hehehehe...

cikgu darjah lima aku x igt juga nama dia. yg aku igt masa darjah lima kami dah study macam nak gila sebab nak rebut masuk kelas pandai masa darjah enam. masa tu setiap dari enam kelas darjah lima, hanya yg dpt no 1-5 sahaja akan diserapkan masuk kelas pandai iaitu darjah 6 kuning. 

aku dpt hujung2, nombor lima, dan alhamdulillah aku berjaya masuk 6 kuning. yeeahhh...dpt pula sekelas dgn sahabat baik aku norshidah @ manja. tapiiii....cikgu kelas 6 kuning adalah puan rosnah yg juga garang. kecik comel juga cikgu ni, tapi tgk muka aje dah gerun. nampak aje garang, tapi cikgu2 yg garang ni baik & penyayang. mana ada cikgu nak garang tak bertempat iye tak?

selain dari cikgu kelas, aku igt kat cikgu muzik aku, puan kupussamy. dia bawak kereta katak warna merah. cikgu ni duduk dekat2 dgn sek. men. seaport. hahahaa semua aku tau? mana tak tau, bas sekolah hari2 lalu dpn rumah cikgu. 

sorang lagi cikgu muzik yg aku igt, puan syakilla. aku suka cikgu ni. dialah yg ambil aku masuk tarian endang & koir utk sekolah. seronok tau, kami akan buat persembahan setiap kali ada hari2 terbuka sekolah. malah pernah nyanyi koir kat kilang motorolla tu. aku tak igt utk apa kami nyanyi kat sana, rasanya motorolla amik sekolah kami jadi anak angkat kot.

lepas UPSR, cikgu bagi pilihan nak masuk sekolah assunta @ sri aman? sbb jauh dr rumah, aku kena masuk sekolah baru kat subang jaya, masa tu sekolah ni nama dia sek. men. subang jaya 2. lepas dua tahun kot baru tukar nama jadi sek. men. subang utama. sedih tau, aku terkontang-kanting sorang2 kat situ. kebanyakkan kwn baik aku msk sri aman. teringin sgt aku msk sekolah tu (diorang kata tu sekolah budak pandai). dah takdir aku tercampak kat subang jaya sorang2 & kena buat kwn baru. 

pelik kan, aku tak berapa igt nama cikgu masa sekolah menengah. aku akan sebut nama2 yg aku igt aje ye, tp utk tingkatan berapa jgn tanya. antara yg aku igt ustaz azli (ni masa form 3), ustazah nik salwani (form 3 juga) masa form 3 mmg cikgu tingkatan aku berganti2 ustaz & ustazah. dua2 ustaz & ustazah ni sgt hensem, cantik, comel & sporting. menjadi kejelesan budak2 kelas lain sbb kami rapat dgn cikgu berdua ni. 

antara lain, cikgu paling aku syg & igt masa sekolah menengah ialah cikgu ERT aku mendiang vickneswary & cikgu sains aku ms form 3 puan asmahan. dua org cikgu ni penguat semangat aku & kawan2. cikgu vicky mmg baik, dia juga cikgu pertama yg sambut kami kat sekolah masa nak ambil result spm. dia siap cakap, "awak semua lulus" muka dia masa tu terharu sgt. (nak tau knp? sbb kami ni bukan budak harapan sekolah & dicampak ke kelas ERT atas alasan kelas lain penuh). murid ERT 12 org aje masa tu, cikgu vicky lah yg gila2 kerja keras naikkan semangat kitorang utk belajar & berjaya. dan kami keduabelasn murid ERT pernah naik kepentas sekolah utk terima anugerah cemerlang akademik utk subjek ERT. tq cikgu, sy syg cikgu sgt2. 

dia juga org pertama yg dpt kesan aku sakit masa kat sekolah. masa tu muka aku senget mcm kena strok. dia yg kelam kabut telefon mak ayah suruh bawak aku pergi hospital. alhamdulillah muka aku elok lepas seminggu sampai hari ni. masa tau puan vicky meninggal, masa tu aku dah kerja, sedih tau. siap nangis2 dgn kawan aku :'( 

puan asmahan pula, asalnya cikgu yg aku tak berapa berkenan sebab dia mcm garang tak bertempat (anggapan aku masa mula2 kenal dia). lama-kelamaan dialah cikgu yg paling aku syg. aku ni slalu sampai sekolah seawal 6.45 pagi. group bas sekolah aku mmg sampai paling awal. cikgu asmahan yg tumpang suami dia pun dtg awal mcm kami. nak tau mcm mana aku boleh lulus math? puan asmahan ni lah punya jasa. setiap pagi dia akan duduk dlm kelas dgn aku & ajar aku math. aku mcm ada cikgu tuisyen math peribadi masa tu. dia juga ajar mcm mana nak spot soalan. bersyukur sgt, subjek paling aku bengap tu lulus juga akhirnya & aku xde gagal satu subjek pun masa SPM (tp xde lah cemerlang).

nampak tak, sentuhan seorang cikgu? hati budak yg kelam pun boleh jadi cerah kerana keikhlasan seorang cikgu. padahal puan asmahan tu ajar budak form 3, aku masa tu form 5, tapi dia tak pernah nak pilih2 kasih atau nk ckp, dia bukan murid sy lagi. kalau ikutkan dia tak payah lah nak peduli aku pun, sbb aku dah cikgu math sendirikan. 

seorang lagi cikgu yg aku masih igt cikgu BM aku arwah puan kamariah. cikgu ni emak pada kawan sekelas aku ida wizana. puan kamariah suka puji karangan aku. sampai ada kawan yg jeles. hehehee...ada satu karangan cikgu suruh buat interview dgn penulis yg kita suka. aku buat interview konon2 dgn ahadiat akashah. wahhh cikgu puji habis. sampai ramai kawan aku dtg nak tgk karangan aku tu...heheehehe..part berangan suruhlah aku.

selain cikgu2 ni, ada seorang guru penolong kanan yg baik dgn kami. guru mualaf nama dia puan jamaliah abdullah (harap2 aku tak salah nama). cikgu ni lah yg pujuk aku terima subjek ERT. asalnya aku dicampak kekelas sains, tp aku tak boleh terima subjek tu, dah lah dlm kelas tu, ada 2-3 org aje muka melayu. gerun aku. bila aku minta kelas perdagangan, cikgu kata penuh & campak aku kelas ERT. mcm2 aku memberontak, sampai cikgu ni bg aku kaunseling. kami jadi rapat, siap cerita ceriti hal ehwal pakwelah, sembang2 dunia remaja. tiap kali waktu rehat kitorang lepak kat surau perempuan & kerumun cikgu ramai2. ramai juga jeles sbb kami yg xpopular baik dgn cikgu ni. hehehe. 

selain cikgu2 sekolah, aku igt ustazah yg mengajar aku mengaji. masa sekolah rendah, kalau aku sekolah pagi, aku ngaji petang, mcm tu lah sebaliknya, kalau sekolah ptg aku akan ngaji pagi. kat mana? kat surau quarters bujang polis kat quarters airport juga (dekat2 tadika aku). ehh ehh ayah aku bukan polis tau. bukan juga pekerja kat MAS. tapi kawasan setinggan kami kat kg lembah tu dekat dgn area quartes DCA, polis & bomba airport, so kami tumpanglah ngaji kat sana. 

nama ustazah yg ajar aku ngaji tu, makcik anum & makcik siah. mereka ni isteri2 polis airport. ustazah2 aku ni lembut aje. selain ajar mengaji, tiap2 ahad, diorang akan ajar fardhu ain, solat & tulisan jawi. jadi, walaupun aku tak pernah masuk SRA, aku pandai baca jawi dgn lancar, atas jasa baik makcik anum & makcik siah. aku rindu ustazah2 aku ni. 

huh..panjang pula aku terkenang pasal cikgu2 dlm hidup aku ye. apapun, terima kasih tak terhingga kpd semua pendidik yg pernah hadir dlm hidup aku. aku sedekahkan al-fatihah kpd cikgu2 semua. nak cari sorang2 ucap terima kasih tatau dimana. hanya doa aku panjatkan semoga cikgu2 semua diberkati Allah didunia & diakhirat. amin. 

kpd cikgu2 yg masih mengajar...sabarlah dgn segala dugaan. mmg bukan senang jadi cikgu, namun percayalah, selain gaji yg cikgu dpt, besar pahala yg Allah bagi kpd keikhlasan cikgu2 semua. kepada pakcik & makcik aku kat bachok kelantan, cikgu mustafa & cikgu wan zanariah, juga sahabat baik aku cikgu nornita mazlan yg mengajar kat rawang & makcik dia mak oly yg juga seorang guru..selamat hari guru sekali lagi. jasa anda amat berharga. 




Tuesday, 15 May 2012

aku & buku ~ jula juli bintang tujuh - adileah



....assalamua'laikum...kali ni aku nak cerita pasal novel jula juli bintang tujuh, karya penulias adileah yg diterbitkan oleh jemari seni.

watak utama novel ni adalah Suria sidayang istana yg ada penyakit gagap minor (jika disergah atau terkejut) & Ilham (org kanan merangkap bff Tengku Aris) yg perwatakannya sgt serius.

pertemuan pertama Ilham & Suria dimajlis makan2 diistana, disaat Suria sidayang kelam kabut & sedikit cemerkap terlanggar dinding kaca. haishh apalah Suria ni, sebesar2 dinding pun tak nampak ke? itu tandanya betapa bersih dinding kaca tu sampai Suria tak perasan depan dia tu ada dinding..hehehe.

Ilham, dalam marah2 terasa lucu pula dengan sikap Suria yg cemerkap & akan jadi gagap bila disergah & kelam kabut satu macam. Lelaki bernama Ilham yg masih dalam berkabung kerana kematian kekasih hatinya Orked, bagai telah jumpa penawar duka (amboi...amboi..amboiii Ilham).

Suria ni pula, bukanlah calang2 orang. Walaupun dia hanyalah anak org kebanyakan, tapi mak ayah dia adalah pemilik ladang buah & bunga di Cameron Highland. Ayah Suria adalah seorang penyelidik yg sedang membuat kajian tentang bunga2an yg bernilai jutaan ringgit.

satu hari malang menimpa, kedua org tua Suria ditimpa kemalangan, rumah mereka terbakar & Suria hilang tempat bergantung. Mujur ada abg susuan & sahabat baik yg masih sudi mengambil berat & menjaga ladang milik keluarganya.

suatu hari, Suria mendapat surat berdaftar utk mengambil peti simpanan milik emak & ayahnya dibank. bermula dari saat itu, dia bagai diburu oleh org yg tidak dikenali. mulanya Suria ni tak sedar pun dia diekori & diburu. tapi disebabkan Ilham yg memang dah terlatih ala2 komando (sbb kena jaga Tengku Aris) dpt mengesan yg Suria ni dlm bahaya. maka jadilah Ilham pelindung kepada Suria.

nak tahu siapa yg memburu Suria tak? nak tahu tak apa jadi pada dayang Suria & Ilham yg beku tu? lepas ni pergi kedai buku, belilah novel ni. tak mahal pun, RM 20.00 sahaja. Nak lagi mudah, buka aje laman sesawang jemari seni sdn bhd & boleh order online...sehari dua sampailah novel dipeti surat anda. heheheehe

komen saya...novel ni menarik & boleh buat kita tersenyum. satu lagi...rasa teringin nak jejak Cameron Highland dtg tiba2. juga, teringin nak rasa duduk atas rumah pokok...hai lah adileah...awak kena belanja saya bercuti ke Cameron Highland tau kalau dapat royalti lebih...:D

p/s - maaflah kalau aku tak brp pandai nak komen,  berterabur & lintang pukang segala ayat. seeloknya korang beli & baca sendiri. apa yg boleh aku kata, tak rugi beli novel ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...