Sunday, 10 June 2012

celebrate birthday anis.....

,.....birthday bdk bertuah ni (esok) 10 jun...tp disebabkan semua org blh berkumpul hari sabtu...kami pegi celebrate dgn mkn2 di aroma ikan bakar dekat pantai jeram. lia siap belikan kek coklat secret recipe..

makanan ya kami  ambil 4 ekor sotong besar goreng tepung, udang 1+kg masak sambal. 4ekor ketam goreng biasa aje, 4 ekor belangkas 2 bw balik, 2 bakar, ikan pari bakar & tomyam campur. 2 jug air kosong & 2 jug teh o ice limau. mkn 7 dewasa 1 kanak2 = RM255.00. harga adalah berpatutan, lauknya sedap2 & fresh....silalah layan gambar yg sempat diambil...

pic google

super hero on the way ke jeram
teruja bila nampak belangkas
amboi3 sonoknya depa

ayah, lia & lina memborong lauk

awat senget muka tatau

dgn emak

lapar dah ek mak..hehe






tomyam campur (kureng sikit)
belangkas & sotong celup tepung..yummehh

sambal udang

ketam goreng kunyit
selepas kenyang...b4 blk

kat  umah potong kek pula..xlarat nk potong kat restoren..

akal panjang sungguh



dua dugong beradik terdampar kekenyangan...hahaha

Saturday, 9 June 2012

tetamu tak diundang.....

.....mlm smlm ada org  dr kg call. kononnya dh sampai rawang on the way nk kerumah  anak dia kt pj.  dia kata nk singgah umah kami kejap. mak aku yg baik ati ni kata dtglah. aku je wat muka xpuas hati sbb org  tu slalu sakitkan hati mak aku. tapi kata mak aku biarlah, org nka dtg  mungkin bw niat baik. bkn org lain sedara rapat juga. dlm hati aku "kalo xde benda nak minta dr mak takdenya nam dtg,call pun haram".  sekali dia call blk ckp xjd,nak dtg pagi ni lak. Habis xbleh gerak kemana2 sbb tetamu VVIP ni. mmglah tetamu yg dtg  bw rezeki dan tanda kita disayangi. tapi kalo duk nyakitkan ati, baik xyah. kita ni nk raikan tetamu siap masak mcm2 utk menjamu. sekali tetamu tu seteguk air pun haram nk teguk. "kita dh kenyang..dh mkn td". bengong.....sentuh la sket jaga hati adik awk yg pernah jd adik kesayangan dulu ni. aku bkn letak racun ke santau ke dlm makanan tu. jgn risau harta pusaka bhg mak aku yg ko amek cara 'baik' tu mak aku dah halalkan. dia bkn nk usung kekubur pun tanah tu. anak2 dia blh lg bahagiakan dia wpun rumah dia xbanglow 2 tkt mcm rumah ko. kekdahnya..aku xprepare apapun utk sambut tetamu. silap2 bediri dpn pintu je nk minta sign mak aku. slalu turun KL tiap bulan xpenah pun nk singgah, ni meroyan apalah agaknya maaflah aku bsangka buruk, dah ko mmg dh slalu dtg kalo nak apa2 dr mak aku je. tataulah kalo ko dpt mimpi jmpa malaikat maut kot, tiba2 dtg insaf nk mohon maaf dr anak yatim yg ko dh aniaya ni. xyah dtglah, mak aku ni mulia, dia dh ampunkan ko lama dah. siap tazkirah aku suh bsangka baik kat ko. sori mak, org ni keras hati. ssh lah nk pecaya  kalo dia dtg dgn niat mulia......huh!!!!!

Friday, 8 June 2012

WhatsApp punya kisah.....


.....adik2, kakak2 meh duduk kat sini meh...cik zie nak buka cerita....abg2 nak join?? bolehhh, tapi duduk belakang sikit ye, tak boleh campur duduk perempuan dgn lelaki bukan muhrim...haram! ;)

sejak ada gadget baru (jakunnya ko kan!) aku ni menggodek2 lah pakwe baru ku abg samseng sexy samsung galaxy S advance tu dgn sgt terkial2. rasa mcm org OKU pulak aku menggodek menda alah ni.

masa aku duk bercinta dgn encik nokia, sibuklah kawan aku si mak andam meletop engku iza paksa aku apply 'wassup'. menatang apa ler wassup ni sumpah aku tatau. BBM pun aku baru2 ni aje tau pun...jakunkan????

smlm masa godek2 encik samsung yg berdarah kesultanan melayu melaka android itu, aku nampak le application WhatsApp...terus download (free katakan). pastu testing 123 kat list name kawan2 yg ada....

waaaaaahhhh (baca dgn perasaan teruja ye)...sorang2 reply balik..kembang kempis dah hidung tak mancung aku ni...bukan sbb aku dh pakai gadget baru, tp sbb aku dah tau wassup tu apa...menariknya application ni, xtolak credit atau tambah bil handphone korang. yg tak menariknya kena ada line internet baru boleh. 

tp xde lah masalah sangatkan. kat opis ada wifi, kat umah adik aku ada unifi, kat umah aku ada streamyx routers...kat kedai mkn byk wifi gakkan....bkn nk 24jam tgk handphone aje ye tak..kira ok lah tu..

masalah paling besar aku dgn encik samsung ini adalah dia touch screen. jari i kan tembam dan bolat. asal nak taip mesti amek masa sikit. nak tekan A tertekan S, W jadi Q, V jadi B..hazab okay...typo error lagilah byk..nangesss :'(

lepas ni nak godek2 cara update blog guna handphone ni pulak, pastu nak try twetter pulak, habis tak yah wat keje lain, makin gemuk la ko ngadap handphone je ye cik zie..(oh ya, aku juga dpt download iQuran siap ada audio, tajwid & terjemahan...bestttt sgt)....hehehe

mode ~ masih merindui E71 yg hensem, sexy dan penyayang itu....

anjing....ngerinya...

.....Assalamua'laikum....salam pagi jumaat, semoga kita semua sihat, diberi kekuatan utk menempuh hari2 mendatang dan ceria selalu.

kejap aje dah nak jumpa sabtu semula...yeahhhh malam ni balik rumah emak....heheheehe

pagi ni nak story pasal anjing liar. aku mmg takut betul dengan anjing...waima comel mcm mana sekalipun anjing itu. nak jadi cerita, kat umah adik aku ni byk la pula anjing liar. ada satu family anjing ni, mak ayah dia warna putih & coklat, anak2 dia semua hitam (heiiii mak anjing, awak skandal dgn siapa ye??? ahaks :-P )

sejak dua minggu lepas kot dah perasan anak2 anjing hitam ni. depa duduk kat rumah api TNB bertentang lorong umah adik aku ni. selama ini tidaklah pula family anjing ni nak kejar2 sesiapa lalu lalang kat situ. sekali, semalam masa kami balik rumah, mak anjing siap kejar sambil menyalak2 kereta kami.

huwaaaaaaaaaaaaa seramnya...itu baru seekor. kalau dia kejar berjemaah satu family macam mana. pagi ni pun asal ada kereta lalu dia kejar & menyalak2...adoiiii stress okay, nak keluar buka gate pun takut. nak masuk dlm kereta pun takut. mata duk meliar pandang kat anjing2 tu aje. yg dia pula renung macam ler kita ni nak sangat kacau dia.

aku ni kalau anjing tu tak kacau orang tak apa lagi. takdenya aku nak dengki suruh dia main jauh2. tapi bila penduduk tetap pun dia nak ajak main kejar-kejar, ini sudah lebih. ingat aku ni larat sgt ke nak lari2...jgnlah bergurau kasar sangat puan dan encik anjing oiiii....

nampak gaya, hari ni kena suh adik aku call majlis perbandaran, minta tlg tangkapkan haiwan2  tersebut. ehh betullah kan, kena call perbandaran??

Thursday, 7 June 2012

sakit tangan.....

.....Assalamua'laikum....sihat???

aku tak berapa nak sihat tang tangan....kenapa??? iskk bukan pasal menggodek gadget baru..takde maknanya...terkapar2 aje gadget tu atas almari...

igt tak entry aku pasal hand grip? 


dah lama aku biarkan menda alah tu tersimpan dalam laci. sekali pagi semalam sementara tunggu adik aku siap nk pergi kerja, aku pun gunalah hand grip ni. sekali tengah hari dah terasa sikit2 sakitnya, petang jari2 dah rasa bedenyut...

hambik ko...berhenti lagi lama2....bila nak mula balikkan dah azab...malam makin sakit, jari macam dah keras, urat punyalah sakit, melarat sampai seluruh lengan...huwaaaaaa aku nak emak...gigihlah sapu minyak burung unta & makjun utk sakit urat....

dpt tidur dalam sejam dua aje kot...lepas tu sampai subuh tak boleh lelap....menahan sakit sorang2...hukhuk..

pagi ni Alhamdulillah dah lega sikit...terasa lagilah sakit tang urat tu, tapi buat2 takmo layan...


Wednesday, 6 June 2012

make-up tips ~ eyeliner.....

.....ini ada tip baru dari etude house...tip melukis eyeliner dgn simple...cubalah... ;)

Anywhere & everywhere! Imma watch UEFA Euro on #AstroOnTheGo !

Anywhere & everywhere! Imma watch UEFA Euro on #AstroOnTheGo !

lepas geram.....

.....kalau korang tgh buat kerja dgn kusyuk & tawaduk ... perlukan kosentrasi (sangat!!!)..tiba2 ada manusia dtg kat sebelah tpt korang lepas tu bercakap @ sembang dgn suara yg kuat. topik & cara bercakap pula adalah tidak menyenangkan hati...apa korang teringin nak buat masa tu???

kalau aku??? heh, kalaulah menyakitkan org dgn sengaja tak bersalah, dah aku stapler mulut manusia tu...mujurlah aku waras lagikan...tapi tadi terkeluarlah juga perkataan "memekak betullah!" dari mulut aku. tak tahulah dengar ke tidak manusia tu suara aku ni. memang bengkak aje hati aku, dah lah bercakap dah gaya ala2 bos besaq...haishhhh...

cerita lawak...1


.....sebab hari ini otak aku mendung macam cuaca kat luar tu, jadi aku share menda kat bawah ni ajelah yer... :D



pic kat atas  ni aku dapat dari email. saja nak share dekat sini. kalaulah pakwe, tunang atau suami korang buat lawak sengal macam kat atas tu, apa korang nak buat??? hehehe...

birthday present...

.....Assalamua'laikum... :D


ini entry nak menayang hadiah...eleh bukan banyak pun satu aje... tambah lagi satu dari diri sendiri (kira hadiah ke?) eheheheh

hadiah ni dari perkongsian adik2ku lia & lina...(aku top up sikit utk dpt yg best sikit...)...hadiahnya adalah....jeng jeng jeng....

samsung galaxy s-advance

arigato neh adik2.....touching akak....

ini pula konon2 hadiah utk diri sendiri....piiirahhhh...

set cadar..comel tak??? euuwww

Tuesday, 5 June 2012

it's my birthday.....

.....Assalamua'laikum...GoooooD MorNing...ahaks!



Alhdamdulillah hari ini genaplah umur aku 34 tahun. Umur? bukan rahsia lagi...hahahaaha....

aku berharap semoga Allah panjangkan umurku, sentiasa bukakan pintu taqwa utk aku, jauhkan aku dari perkara2 yg tak baik, dijauhi aku dari sifat hasad dengki, tamak dan lupa diri. semoga hidup aku dipermudahkan didunia & diakhirat. Amin.

hari ni juga birthday ayah yang ke 55 tahun...happy birthday ayah, semoga hidup ayah diberkati Allah sentiasa. Amin.


malam tadi mak, lina & anis siap dtg puchong, konon nak buat surpriselah. datang dengan coklat cheese cake lagi. tima kasih ye mak. disebabkan ayah tak dpt join, dia siap msg bgtau nak belikan kek bila aku balik nanti. alaaaaa xmo kek, nak udang celop tepung buleh??? wink wink... hehehe

kalau ada sesiapa yg perasan (ada ke?) kat email aku ada 5678. ya, itu adalah tarikh lahir aku  5.6.1978. aku dan bulan jun ada beberapa kebetulan.

kebetulan pertama adalah tarikh 5678 itu sendiri, nombornya berturut2 (meh tikam nombor. nak mampos?? hehehe)

kebetulan kedua, aku adalah hadiah birthday ayah yang ke 21 tahun. org lain baru nak merasa hidup bebas (kononnya) ayah dah kena pikul tanggungjawab jaga anak.

kebetulan ketiga, birthday aku dan bff berselang sehari sahaja. birthday bff 6678. elehhh sehari aje kot, sibuk nak kata aku tua dari dia..piiiiraaaaahhhh...

dalam family aku, selain ayah, dua orang lagi adik pun lahir bulan jun. anis 10.6.1998 & lia 25.06.1982.

selain bff, ada juga kawan2 sekelas & sekolah yg lahir bulan june. ada tu setiap hari ada yg celebrate birthday (nasib tak buat party aje,mahu kenyang mkn free).

kepada yg wish birthday kat aku (ada ke?) kat fb & sms tu, jutaan bintang dilangit ucapan terima kasih utk kalian. doa aku kpd anda semua, semoga hidup kalian sentiasa didalam keberkatan dari yang maha ESA. Amin.





Monday, 4 June 2012

kurus dengan produk???

.....nak tahu tak satu perkara yang aku tak berapa suka bila pergi berjalan2 kat tempat awam (contohnya macam kat shopping mall). ianya adalah, tengah kita elok2 jalan jamu mata, ada seseorang yg tak dikenali datang hulurkan pamplet/brochure. 

okay, kita tak bolehlah nak marah kat org tu kan. sebab dah kerja dia memerlukan dia menyampaikan brochure tu kat org, utk mengiklankan produk atau bisnes mereka.

tapi yang tak bestnya, dalam banyak2 produk, akak selalu dapat brochure pasal menguruskan badan, mengempiskan pinggang dan pinggul, penampilan cantik dalam 100 hari....dan macam2 lagi yang berkaitan dengan transform-dari-gemuk-kekurus. 

ialah, dah dia jual produk kurus, of coz lah dia attack sigemuk macam akakkan..takkanlah dia nak hulur brochure kurus kat cik adik manis badan macam model pulak. logik akal lah sikit cik zie oiiii. takkan itu pun nak marah???

dak aihhh sapa kata aku marah. aku tak marah aihh...aku cuma tak berapa suka aje. cemuihlah cheq dgn benda2 berkaitan diet segala ni. lebih2 lagi masa duk huluq brochure tu depa duk ckp kuat2, "akak nak kurus tak", "saya ada buat pemeriksaan kesihatan, marilah cuba", "mehlah saya tunjuk cara nak jadi cantik"...apaaaa??? akak tak cantik ke dik???? nanges :'(

kalau betoi cheq nak try produk diet, lama dah cheq pi beli, tak payah nak huluq sgt lah brochure tu. psssttt pssstt kalau nak tau dulu2 cheq dah cuba dah segala produk 'terhebat-meletop-popular-terlaris-terbukti-berkesan' dipasaran tu. hasilnya???? tarrraaaaa....

akak dah jadi ala2 model 'tiru macam saya' (baca dgn intonasi nyanyian saloma tu ya). bezanya, dlm lagu tu katanya 'pinggangku yang ramping dan dadaku yang bidang'...tapi aku ni...bukan dada aje bidang, bahu, lengan, perut, pinggang, pinggul sampai kebetis semua bidang (baca: kembang) dik non oiiiii....

makanya, terbuktilah produk yg terbukti berkesan tu tak berkesan atas diri aku. mungkin pada org lain menjadi, pada diriku adalah NO sama sekali. dah byk aku perhabis duit beli segala produk utk diet ni, turunlah kot 2-3kg, lps tu statik aje. bila berhenti, vavavavaaaaaa naik mencanak2 mcm doh terlebih ibu roti. gebus cik senah badan akak.

sekarang ni dah macam2 produk keluar kat pasaran. semua pengeluar duk canang2 produk depa terbaik, terhebat & terbukti berkesan. ada juga sampai berani bagi jaminan '100% money back guarantee'..hamboi ko, kalo lah ramai yg claim jaminan ko tu, boleh jual kilang ko tau. 

byk juga yang bila diperiksa mengandungi bahan terlarang yg memberi komplikasi tak baik pada tubuh seperti kegagalan fungsi buah pinggang, tekanan darah tinggi, masalah jantung dsb...

kepada mereka yang bertubuh besar macam aku ni, sebelum beli sebarang produk kurus ni, sila periksa dulu dah disahkan oleh kementerian kewangan ke belum. sila juga survey lebih sikit kat internet kot2 ada kompelin pasal produk tu dari pengguna.

dan nasihat aku, berdietlah cara sihat. aku tak moh kata jangan makan produk kurus. dan aku tak kata produk utk kurus adalah tidak bagus!! jangan beli, anda pasti tertipu!!! tidak. aku pun tak tahu produk mana yg bagus, produk mana yg tak bagus. itu dah macam aku menyekat rezeki org lain yang buat bisnes kecantikan & pengeluaran produk utk kurus pulakan. 

cuma berdasarkan pengalaman aku dan beberapa org kawan yg dah mencuba pelbagai produk ni, kami menyarankan kalau nak berdiet, berdietlah cara sihat. bersenam dgn konsisten, pemilihan makanan yang sesuai dan motivasi yang tinggi akan membuahkan hasil yang manis.

nanti mesti ada yang kata, saya tak makan nasi, tak kurus pun. saya tahan makan, tak juga susut. helllooo!!! nak kurus sebenarnya tak susah (juga bukan senang). dah terbukti ramai yg kurus dgn cara yg betul & sihat tanpa mengambil sebarang produk diet. anda cuma kena bersabar. jgn lah baru diet seminggu atau sebulan anda harap berat turun 20kg/month. logik akallah sikit. kita menghimpun lemak bertahun2 takkan nak kurus dalam masa sebulan, ye tak???

satu lagi, jgn igt berlapar, dgn menahan makan, membuatkan diri kebulur seharian adalah cara utk kurus. never! percayalah, anda tak akan kurus dgn hanya menahan makan dan membiarkan perut lapar. berdiet bukan bermakna kena tahan makan. ada juga yg makan penuh perut pastu jolok tekak sampai muntah, weeeiiii itukan pembaziran dan ianya adalah amalan shaiton. apa kes la nak jolok tekak segala. ada juga yg kata merokok boleh kurus. pirahhh jgn ler percaya. 

diet adalah bermaksud pemilihan makanan yang sesuai utk keperluan tubuh badan kita. sesuai macam mana?   contohnya, kalau kita ada kencing manis, kurangkanlah pengambilan makanan bergula & tinggi karbohidrat. jangan ingat diet hanya utk kurus dan utk org gemuk sahaja. diet ni adalah utk setiap manusia & setiap peringkat umur untuk mendapat kesihatan yang baik.

kalau nak berdiet, kenalah buat kajian sikit. rajinkan diri membaca, ada macam2 jenis diet yg boleh dipraktikkan. 

buatlah pilihan yg bijak (pic google)


utk permulaan jgn terlampau mendesak diri sehingga sanggup berlapar. apa kata mulakan hari baru anda dgn benda yg simple dulu. berhenti ambil junk food. berhenti makan fast food. kurangkan pengambilan air manis (cukup sehari sekali atau jgn ambil lgsg). lebihkan makan sayur, protein (ikan, ayam, telur, udang) dan kurangkan pengambilan karbohidrat (nasi, kuih-muih, mee, mee hoon, roti). jgn berlapar, mkn lah 3-4 kali sehari dalam hidangan yang kecil. 

dalam seminggu cuba buat senaman 3 kali. atau bgn pagi tu meh kita joget2 depan cermin 15 minit. jgn push diri utk berlari kalau tak mampu (sakit kaki macam aku ni). 

cuba buat dalam sebulan tgk apa hasil pada timbangan. kalau hasil timbangan turun 1-2 kg sebulan kira cukup baik. tgk pula kat baju atau seluar, ada longgar tak? kdg2 org terlampau risau kat nombor dipenimbang, tak sedar inci dibadan dah berkurang. 

igt tak pada entry aku tentang kurangkan garam? korang boleh juga berdiet cara mcm tu. satu perkara aje kena igt, buat sesuatu benda kena sabar & konsisten (itulah masalah aku).  

nak cerita pasal diet & kuruskan badan ni 7 hari 7 malam, berkajang2 kertas pun tak cukup sebenarnya. nantilah kalau rajin lain kali aku sambung balik topik diet ni. ye lah, aku pun tak kurus2 lagi. itu maknanya apa??? cakap memang senang..nak buat tu susah. bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. benda yg senang, kalau tak praktikkan pun tak gunakan (sedar pun ko ye cik zie!!)





cuci mata di pasar tani stadium shah alam.....

..... ahad lepas (semalam) aku ajak bff pergi pasar tani kat stadium shah alam. konon2nya nak cari tudung (macamlah kat kg subang ni takde jual tudung).

Makanya jam delapan pagi aku dah tercongok depan umah bff, utk memulakan perjalanan ke stadium shah alam. ingat cuti sekolah ramai balik kampung, idakler penuh pasar tani tu. sekalikk..cari parking aje dah dekat 20 minit. panasssss tau.

sampai aje kami serang booth jual tudung. sangat rambang mata, cantik dan boleh dikatakan murah. tapi asal aje aku suka, saiz adalah kecik. bencikkkkkk!!! pastu bff beli corak yg aku suka tu sbb sesuai dgn badan dia yg kecik sikit dari aku. huh!!! makan ati tau.

lepas masuk keluar 4-5 booth tudung, aku terpikat dan terbelilah dua helai tudung (yg main sarung & ada awning tu). sehelai warna tone merah ke pink (RM 15) dan sehelai warna dark grey (RM 10). dua helai aje yg mampu aku pilih & beli. sebab manusia ramai, cuaca makin panas, perut dah main kompang lagu pengantin. aku bila dah sesak & tak larat mmg mode shopping hilang melayang.

bergegas aku & bff cari tempat makan. dannnn...semua tempat adalah penuh. huh...mmg betul menguji kesabaran. jumpa satu gerai yang ada kosong, tapi makanan yg ada hanyalah nasi kukus ayam goreng berempah. kuah gulai (agaknya) & sambal belacan seciput. redha ajelah sebelum kompang bertukar jadi bunyi 'gong raja sulaiman'. minum pula aku dgn tamak haloba beli dua air iaitu air kelapa & cendol...perghhh panas2 dpt air mmg nikmat ya amat.

lepas makan mmg plan nak balik terus, bff sempat beli ikan bilis & ikan masin.cantik2 ikan bilis, ikan masin, belacan kat gerai tu.

sebelum sampai kat kereta, mata aku terpandang satu booth tu gantung seluar panjang warna hitam saiz besar. terus kaki melencong kat booth tu, capai 2 helai & acu kat pinggang. okay, cek kalo2 ada carik, pastu terus pi bayo. certeka berapa RM sehelai? akak teruja tau. RM 10 sahaja. walaweiiii mana nak dpt rege murah, saiz besar pulak tu. sonok2. sampai umah nyesal tak beli lebih, sebab adik2 aku pun bam-bam gak, silina dah kenen2 mintak sehelai. maka sebagai kakak yg baik aku bg dia satu dengan pertukaran seluar  palazo hitam dia bg kat aku...kehkehkeh..

pasar tani stadium shah alam ni sangatlah besar. kalau nak pusing seluruh gerai yg ada, mmg boleh turun 2-3kg berat badan. segala apa hendak ada jual kat situ. sayur, lauk pauk, barang basah, kering, pakaian, mainan, makanan, cenderahati, beg, kasut, brg antik, ubat2an, sampailah kereta pun ada org jual. ada byk barang yang ada, sediakan tenaga & duit-muit aje.

aku ni mmg tak larat nak jalan lama-lama. lagi-lagi cuaca panas, mmg surrender awal. dapat bawa badan suku pasar tani pun dah bertuah byk. heheheeheeh

kuredhai pemergianmu.....

.....setelah hampir 3 tahun kita bersama, segala dugaan kita harungi, suka, duka, pahit, manis, tangis dan tawa...kau & aku tak pernah berpisah.

sangkaku kau hanya sakit untuk seketika. pintaku hayatmu dipanjangkan dan kita dapat habiskan sisa-sisa usia bersama...tapi siapalah kita utk menentang takdir. 

alam tetap berputar diatas paksinya, yang kecil akan membesar, yg muda pasti akan tua, yang hidup janjinya adalah mati. 

setelah 3 bulan aku mengharap sakitmu hanya satu jenaka, akhirnya kau tinggalkan aku sendiri. ku tak mampu utk memulihkan mu. 

aku pasrah, aku redhai pemergianmu. maafkan aku kerana terpaksa beralih arah kepada kekasih lama yg masih setia. walaupun dulu dia kutinggalkan kerana dirimu yang lebih baik, rupanya kebaikan mu bukan milik mutlak ku.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


pergilah wahai kekasih, bersemadilah engkau Nokia E71 dengan aman. bukan aku tak nak merawat kesakitan mu, tetapi kos pembedahan dan perubatan adalah tidak berbaloi. bak kata doktor yang mendiagnos penyakit mu, "motherboard rosak, dari repair baik beli baru," maka aku mengikut saranan doktor itu dgn hati yang walang....nanges :'(

berpisahlah kita hari ini. aku amat hargai segala kebaikkan mu selama ini. sungguh, engkau sangat best dihati aku. aku sgt kecewa bila engkau mula tak bernyawa. mujur juga abang nokia lama masih setia tak kuhumban ketempat lain. maka bercouplelah balik aku dgn dia. hukhukhukhukhuk....





pic google

Sunday, 3 June 2012

sepetang ditasik shah alam.....

.....semalam ptg aku bawa mak & anis keluar santai-santai. memandangkan kami bertiga aje ada kat umah, maka tiga org ajelah yg keluar pun. kesian pula kat anis cuti sekolah memerap kat umah aje. memula aku hantar  baju mak utk ditempah, lepas tu tapau makanan & air sikit terus pergi ke tasik shah alam. 

mujur juga cuaca baik, tak panas dan berangin. manusia punyalah ramai. kami lepak2 dekat padang yang belakang bangunan umno & apatah bangunan baru yg cantik tu. ada aku snap gambarnya.

kat situ kami duduk makan2 sambil tgk gelagat manusia. ada yg buat birthday party, gathering dgn kwn2 & family, yg dtg main bola sepak, bawa anak2 bersantai, yg berdating pun ada juga. meriah mcm ada pesta. seronok juga lepak2 mcm tu. igt nak jumpa kawan kerja lama kak ain, sekali dia tak jadi dtg pula. kalau tak lagi meriahlah suasana. pukul 7 ptg, lepas tak larat nak makan, masjid shah alam pun dah mula mengaji, kami gerak balik rumah. 

silalah layan gambar yg tak berapa nak cantik ni. sedih, snap dgn hp cap ayam, hp camera cantik rosak :'(  ada tak org nak hadiahkan hp canggih utk birthday saya nanti..hehehehee... 

emak

anis


bangunan apa ni ek?



gelagat manusia

kudap-kudapan

pagi ptg mkn ayam je

Saturday, 2 June 2012

wakaf teratak rahmat.....

.....aku up kan kempen WATER ni utk perhatian pengunjung blog ni. bantuan dan keprihatinan dari anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. semoga Allah merahmati segala usaha baik anda. amin.

p/s- sila war-warkan kempen ni kepada teman2 & family anda juga. terima kasih.

ayam rangup bersalut.....

.....Assalamua'laikum...selamat pagi, dah sarapan?


aku pagi ni dgn gigih memasak nasi lemak lauk sambal udang & ayam rangup bersalut...heh..rajin tak? puji la sikit...bukan selalu nak rajin macam ni...hehehehe


disini nak juga share resepi campak2 ayam goreng rangup dan sedap (perasan!) yg aku buat pagi ni...resepi sambal udang & nasi lemak tak payah le kan, mesti ramai dah pandai masak dua menda sedap tu.


harap maaf gambar blur. guna hp cap ayam :)

Bahan-bahan: (sukatan ikut suka, aku campak2 aje)

  • dada ayam (bahagian lain pun boleh) dipotong kecik2 (ikut suka nak besar mana)
  • sedikit garam
  • sedikit madu
  • cayenne pepper
  • serbuk lada hitam
  • mix herb/oregano (kalau ada)
  • telur 
  • tepung jagung (tepung goreng pisang pun boleh)
  • cheese (ikut suka)
  • oat (ikut suka)
  • minyak masak utk menggoreng


Cara-cara memasak:

  • ayam dicuci bersih dan perap dengan semua bahan kecuali tepung, telur, cheese, oat & minyak masak 
  • tepung, oat & cheese digaul bersama dalam satu mangkuk (aku tak letak cheese sebab lupa. haisshh!!)
  • panaskan minyak masak
  • isi ayam dicelup kedalam telur, kemudian salutkan dengan campuran tepung dan goreng dalam kuali sampai golden brown / kekuningan
  • angkat dan toskan minyak. sedia utk dihidangan dan dimakan
  • boleh mkn begitu sahaja, mkn dgn salad & fries, mkn dgn nasi lemak...suka hati nk mkn mcm mana pun. ayam ni kalau dah sejuk pun rangup. mak aku puji sedap (hehe kembang idung akak tau)
  • rempah ratus utk perap ayam tu boleh letak apa2 yg korang suka, ikut apa yg ada dalam dapur pun boleh. nak letak paprika, serbuk kari & apa saja yg sesuai.
kat bawah ni sajalah letak gambar sambal udang, nak kasi warna-warni sikit entry ni.  :-D





Friday, 1 June 2012

bff atau ada sesuatu????

.....disaat aku sedang mengupdate blog ini, aku adalah berada dalam restoran makanan segera popular i'm lovin' it kat kota damansara dgn bff tersayang. kelassss ko zie, dah macam taip assignment kononnya...

aku kan mmg kecoh + busybody, mata pun set2 yg jenis suka meliar segala. sambil makan sambil gossip sambil perhati keadaan sekeliling. bukan apa akak kan artis picisan takut ada paparazi ngekor....nasiblah makanan takde tulang, kot tak dah kena panggil ambulan anto sepital..kehkehkeh...

sedap  begossip tenampak pasangan sahabat kat meja tengah sana. dua org jejaka hensem, muka jambu ko, mmg kacaklah, kalo amik jadi pelakon kompom thn dpn depa rampas takhta abg aaron aziz. apa yg buat aku n bff busybody sesangat adalah, dua mamat ni duduk berdepan saling ngadap, pastu duduk sgtlah rapat, sampai nak bertemu hidung (okay aku tipu) jaraknya adalah dlm sejengkal +/-.

mula2 aku perhati diam2, tp bila bff pun pandang tpt yg sama, dan tegur psl adik kacak berdua tu aku lagilah ligat pandang2 jeling2 kat depa. sekalikkkk...yg sorang tu siap suapkan chicken foldover...okayyy..aku ni kecoh sgt, mcm aku tak penah main suap2 dgn bff, tapiiii gaya suapan, senyuman, manja2an adalah sgt...meragukan.

aku tidaklah nak menuduh, berdosa tau. cuma meluahkan persoalan dihati aje. ye lah, minah busybodykan, asal pandang yg pelik (bagi diri sendiri) mulalah rasa jakun semacam...

opssss diorang dah bgn, pindah duduk kat sudut tepi lak. huwaaaaaa apalah pindah tempat, ni mesti dah sedar biji mata aku duk melaser pandang dia aje. hahahahaa.

dah2 jgn buruk sangka, asal org duduk rapat2, baik2 mulalah nak salah sangka. kalo yg lelaki pompuan bukan muhrim duk berkepit takde pulak ko nak ambil peduli, lagi berdosa beso ye.

marilah bersangka baik, mereka adalah sahabat akrab mcm aku & bff. aku selalu aje jln2 pegang tgn dgn bff, mkn suap2, tiup2 mata kalo masuk habuk (eii geli je tahap manja ko kan) kehkehkeh.

andailah ada 'sesuatu' diantara mereka, doakan sahajalh yg baik2 utk adik berdua tu. semoga Allah bukakan pintu hati & tunjukkan jalan yang betul kpd mereka. amin.

ehhhh andy flop poppy lah...encemnye dia...(tiba2 pulak andy masuk dlm ini cerita...) org dh depan mata tgk ajelah kan..baby dia comellll... :) 




kerja juga adalah proses pembelajaran..

.....Assalamua'laikum. 

Macam mana dengan kerja, okay? Yang study tu pula, macam mana? 

Aku ni, kerja okay, tapi...banyak yang nak kena belajar. Sebab apa yang aku buat sekarang jauh lari lintang-pukang dari apa yang aku pernah buat selama lebih dari 12 tahun ni. 

Dulu kerja aku bersangkut-paut dengan produk. Dari sekecik-kecik sebatang pencil, pembaris, paper clips dll, sampailah ke mesin2 pejabat macam shredder, binding, fax, copier, printer, peralatan AV macam OHP, LCD projector, PA System, rostrum dll, brg2 sukan, gym, camera, perabot dan apa sahaja request dari customer berkaitan keperluan pejabat. 

Aku kena tahu benda yang org nak, kena tahu spec & harga. Juga kalau jual mesin tu kenalah tahu serba sikit nak pakai. kalau kena buat demo takde lah terkelip2 nak baca manual.

Sekarang, aku dah loncat naik satu tangga kena buat kerja membantu QS. QS tu apa? Kalau tak adik aku yang bijak pandai tu jadi QS, aku pun tatau kewujudan QS ni. QS ialah quantity surveyor atau juruukur bahan dalam bahasa melayu. 

apa kerja deme ni? sukat2 bahan nak buat kek ke? kalo menda tu aku tau ler. QS adalah kerjaya professional yang bekerja di dalam industri pembinaan dimana ia berperanan membantu mengira anggaran kuantiti dan kos-kos didalam sesebuah pembinaan. 

Biasanya profesion QS pada masa kini memerlukan pendidikan sehingga ijazah kerana skop kerja dan fahaman didalam bidang ini terlalu luas dan mesti memahami sepenuhnya tentang dunia pembinaan. (akak ada diploma sekerat jln dlm bidang bisnes je dik..camne???)

Walaupun semua QS mempunyai tahap pembelajaran dan latihan yang sama, terdapat banyak pengkhususan bidang didalam kerjaya QS. Antara pengkhususan bidang yang utama adalah:- 

1) Mereka yang bekerja di firma perunding bagi pihak klient (Consultant's QS)
2) Mereka yang bekerja di dalam syarikat-syarikat kontraktor (Contractor's QS) 

Fungsi utama QS yang bekerja di dalam firma perunding adalah bertanggungjawab dalam perancangan kos, kajian kemungkinan, menganalisa faedah kos, anggaran perbelanjaan dan penilaian satu-satu projek pembinaan bagi pihak klient. QS juga akan mengeluarkan buku kontrak bagi pihak klient kepada kontraktor untuk sesebuah projek. 

apa yg aku buat dgn kerja aku sekarang? tak ada kena mengena pun mcm org QS tu buat, aku cuma buat utk claim/payment aje (kena-mengenalah juga tu). tapiii kenalah tau juga sikit2kan apa yg diorang buatkan?

serius, aku sungguh2 blur bila diorang sebut term-term yg tak pernah aku dgr selama ni. lepas tu semuanya kena main kira-kira, pastu bukan dlm RM aje, ada pula kena kira dlm AUD & YEN. waaaaaaa akak lemah maths ok. terus lutut pun jadi lemah bila tgk dokumen tebal yg duk cerita pasal pipeline, earth works, concrete, drainage, metal, bored pile wall works, brick yada yada yada. matik aku tatau apa itu. huhuhu.



takut tau main dgn nombor ni, bukannya sikit2 setakat puluh atau ratus ribu, dah main juta2. kang kalo aku salah buat mcm mana? padahal semua figure org dah buat, aku kena check aje, tapi kalau salah jugak camna? tak ke nmpk macam double bodoh gitu???



lagi2 bila citer pula duit dibayar dari consultant tu, pastu consultant ni, pastu kerajaan malaysia, pastu pastu pastu aku dah blur sgt2. kesian pula kat bos2 yg kena keje dgn aku, byk kena ajar aku yg 'pandai' ni. otak pun dah karat. kena cakap byk kali baru boleh faham (kot faham). :P

iye dulu pun aku wat kire2 juga, tapi benda yg aku kire tu senang. cari barang, padankan dengan specs yg client nak, padankan dgn budget, brand/model yg sesuai, pastu  submit quotation. dapat order (LO) terus buat order dgn supplier, hantar brg & invoice pastu tgu payment. senang lagi mudah. bila payment lambat aku jadi ceti, kalo nak dapatkan order aku jadi gadis-manis-mulut. part yg susah tu kalau nk masuk tender lah, naik taip satu2 spek atas borang tender yang berpuluh2 helai tu. nak teliti satu2 jgn salah spec & masuk harga (itu kes niaya), tu aje.  



tak kira apa bidang kerja pun, semua org akan hadapi dugaan. kena lalui proses pembelajaran, walau org tu keluar dari universiti terpopular dalam dunia pun. jadi utk mempositifkan minda aku yg terkena kejutan kerja ni, kenalah aku anggap kerja baru ku ini adalah proses pembelajaran utk aku lebih maju. tak maulah aku underestimatekan diri sendiri (bukan main ayat).
tu dia..lagi tebal dt buku teks sekolah..hahaha

p/s : (gambar & info QS adalah dari sumber google)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...