Thursday, 19 July 2012

aku & buku ~ gadisku wan adnin - noor suraya




.....sungguhlah rasa seronok sangat lepas dapat menghabiskan pembacaan novel Gadisku Wan Adnin karya teragung (amboi bukan main lagi) penulis yang disegani Puan Noor Suraya ataupun panggilan manjanya Kak Su. 

novel ni indah sangat susunan dan gaya bahasa melayunya. tajuknya sahaja dah manis, semanis watak Wan Adnin yang manis seperti delima merah. 

kalau nak tahu, Wan Adnin pandai menekat benang emas dan benang perak, alah, yang org dulu2 selalu guna masa majlis kahwin tu, kipas tangan kain baldu yang ada sulaman benang emas tu. bukan kipas tangan aje, ada macam lagi yang bertekat benang emas atau perak macam bantal duduk, kasut dll.

Wan Adnin  yang tertib, cantik hati budi dan manis sangat dipandang dibesarkan oleh Tok Bonda yang sifatnya konservatif & aristokrat. Wan Adnin hidup dalam undang-undang diktator Tok Bonda. dari soal kerja sampai soal jodoh kahwin pun Wan Adnin kena turuti kata Tok Bonda yang memilih darjat tu. 

suka sangat hasil karya Kak Su kali ini. jalan ceritanya ada diselitkan dengan sejarah tentang Terusan Wan Mat Saman, tentang pemberian bunga emas kepada kerajaan Siam, pemandangan dan suasana di Yan kedah yang cantik. Suka dengan segala yang Kak Su bayangkan dalam novel ini.

psstt pstt..kalau nak tahu, baca kisah Wan Adnin ni boleh buat kita senyum, ketawa dan menangis tau. jadinya kalau nak tahu jalan cerita bolehlah dapatkan novel ni. tak rugi beli. bahasanya pun teratur sahaja. tak adalah macam rojak pasemboq macam novel-novel yang berlambak dalam pasaran sekarang ni. 

boleh tak kalau saya nak bagi 5 bintang dekat novel Gadisku Wan Adnin ni. :D





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...