Monday, 23 July 2012

kisah frust beli baju online.....

.....Assalamua'laikum...puasa kita hari ni? dah masuk hari ketiga ni janganlah ada lagi yang letih lesu ye dak. kena pula hari pertama masuk opis, silap2 menghilang kat surau (diri sendirilah tu...) hahahaha.

sebenarnya nak buat luahan hati pasal shopping on9. hari tu kan daku ada buat entry fasal shopping baju besar on9 kan? daku shopping dekat dua kedai on9 yang berbeza. 

kedai yang satu ni, aku order waist line puffy cardi sehelai & baju jubah dgn seluar palazo 2 pasang. cardi (mcm dlm gambar kat entry lama) tu kain best, dan elok aje muat & selesa kat badan ku yang kembang ni. maknanya size yg dia bagi kat gambo & size pada baju adalah sama.

jubah dia pun sedap dipakai, material adalah lycra yg sejuk. cuma seluar sedikit senteng  (sikit je tak pasan sgt pun) sebab tinggi daku 169cm (berlagaknya ko! hahaha). cuma tang lengan tu mcm melekat sikit sebab sendiri yang gatai p amek size ngam2. tapi tak ketat tau, sebab kain memberi.







*sila abaikan model yang tak pandai bergaya tu ya. muka keras, badan pun keras :D

kedai on9 yang satu lagi ni...makan hati aku. depa ni siap keluar kat TV3 WHI segala. tgk pada feedback customer pun bagus. bila aku order long cardigan dia, yang sampai adalah sgt mengecewakan. 

kat gambo dia arm hole 26", patutnya selesa sgt dilengan aku yang bersaiz gadang ni. sedangkan jubah yang aku order sebelum ni arm hole 24" pun masuk selesa cuma nampak melekat sbb jenis kain dia. yang ini, masuk pun tak boleh. apa kes??? aku amik pita ukur, sekali arm hole dia 20". apa ni???

aku pun msg lah kat tuan kedai on9 yg femes amos tu. dia kata nak double check. ok lega sikit hati. dah 2 hari takde jawapan. aku msg lagi. terus dia jawab, mmg baju tu size tu. bila aku persoalkan size dlm gambo dgn apa yang aku dapat & ukur, nak tau apa dia jawab??

kedai on9 : ok dear.. sorry lambat reply... i dah check dah cardi tu... mmg agak kecik.. tapi kain tu kita panggil stretchable mix cotton... u kene basuh few times dulu then baru dia akan besar dear...

aku: Maknanya ukuran arm hole 26" tu lps basuh ke? Zie igt mmg dtg dah 26"...

kedai on9: yes dear.. and tarik boleh sampai 26

logik tak??? ada ke kita kalo beli baju kat kedai tgk kain dulu. pastu saja beli size kecik sebab kain tu jenis akan kembang bila dibasuh. sakit hati aku tau. ada pula dia suruh aku basuh few time dulu sampai jadi besar baru boleh pakai...!!!!!! pastu tak gunalah letak size pada gambokan, nape tak tulis sekali, sila beli size yg kecik dari size badan anda, sebab kain ni akan mengembang gila bila 2-3 kali basuh. disebabkan aku malas nak  bergaduh, maka takpelah aku redhakan aje. 



kesimpulannya disini, kalau nak ulang beli pun, aku akan beli dari dari kedai pertama. aku dedahkanlah kedai on9 yang memuaskan hati tu ya. cari dekat facebook bigmomma plus. kedai yang menyakitkan hati tu aku tak mau dedahkan. Wassalam. 


4 comments:

  1. kalu cam tu jual le pada siapa2 yg berminat letak di FB ke blog ke.. dr rugi terus.. ke sedakah ke pada siapa2 yg boleh pakai.. bulan Ramadan ni besar pahalanya bersedekah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cadang nak jual balik, tunggu nak ambil gambo baru nak upload kat blog..part sedekah tu, mmg dah ada yg menanti kat rumah tu kalo2 kakak dia ni baik hati nak bagi... :D

      Delete
  2. nama kedai online akak beli apa? :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...