Thursday, 30 August 2012

zara aisyah, welcome the world.....



ini ahli baru family kami. anak kedua adik aku lia. nama diberi Zara Aisyah. Aisyah tu ayonglah yang bagi. Zara tu ibu & papa dia yang perah otak pikir. 

dapat baby girl ni sakanlah nak beli bajukan...pinky2 gedik2 kan...habislahhhh kamu zara aisyah..kehkehkeh...psttt comel tak budak ni..mcm ayong dia kan..matiklah mak dia pandang keji kat aku... :P

12 Syawal.....

.....Assalamua'laikum. sedar tak sedar dah masuk 12 Syawal. dah 2 minggu kita beraya. macamana dengan pengalaman raya korang? seronok? berapa byk berat naik? kehkehkeh...

berat saya tak usah tanyalah...sebab tak timbang sejak awal puasa, kes lupa nak beli bateri. baru beli 2-3 hari lepas tapi takut nak panjat atas penimbang tu...haruslah retak 1000 kot penimbang tu nanti...adeh!!!

raya family saya...biasa-biasa aje. beraya kat kg subang aje. berjalan-jalan raya pun setakat rumah adik ayah (pak su) kat taman perumahan yang sama, rumah mak sedara emak (tok su) dekat kg. dato' harun, PJ. raya yang ke berapa tah baru pergi rumah jiran sebelah. tu pun saya duk sat aje dlm 10 minit. sebab??? itu saya cerita kemudian, very the panas hati okeh...

jom tgk sekeping dua gambo yang ada...gambo lain dlm dslr adik ipar..lom upload lagi...

raya pertama kat umah pak su man (cantik baju raya sy..hehehe)


tatau mana dtg idea menggedik nih..hehehe

bersiap sedia sebelum sesi bergambar satu family
sakit hati pula tgk gambo ni, dah rotate pun cenggini gak yg kuo...maka sila telengkan kepala ye.. :D

aku, kak ain & aren (opismate masa kat s.alam dulu)

aku, jane & ninie (bff kat SMSU-geng dak nakal :P )

kak ain dgn adik dia ja & husband

 nieta & anak2 dia (bff smsu-geng budak baik)

tak byk gambar sebab sibuk layan makan, minum, borak & anyam ketupat. tak sempat beraya dgn cik bff yattie aje..bz sokmo dia tu..

eh eh baru pasan saya ada berlambak baju warna merah. kang org igt saya pakai baju yang sama macam dah takde baju lain. padahal tetiba kaler merah jadi peberet akak...kihkihkih..


Sunday, 19 August 2012

hari ini hari raya.....

.....apa kes update blog jam 4 pagi ni??? org lain dah terbongkang tido awak terkelip2 pagi2 hari..padahal badan punya penat minta rehat. inilah padah bila dah overdose kafein. boleh plak minum espresso 2 cawan beso memalam buta. sambil tlg mak masak, sambil tu layan espresso...sekarang padan muka ngantuk, penat tapi xble lelap...  oh ya, rendang daging, kuah kacang & ketupat segera dah siap msk tadi mlm. esok pagi rancangnya nk buat nasi beriani @ nasi minyak dgn gulai ayam. ohhhh list makanan sgt menakutkan. boleh berat 2-3kg dlm sehari mcm ni. blm tgk kuih dan kerepek lg. masa susun kuih tgk2 ada 16 jenis semua. what???? dlm xbuat sejenis pun, dah 16 balang. melampau sungguh. takpe utk menjamu tetamu. jgn tuan rumah duk melantak sambil layan tv sudehhhhh. selamat hari raya aidilfitri uolls. walau dimana anda berada, saya doakan anda berbahagia dan bergembira disamping insan tersayang. buat insan2 yg pergi mendahului kita..al-fatihah utk mereka. especially utk arwah tok wan hassan, tok mah & tok esah. rindu zaman bermanja dgn mereka.

Thursday, 16 August 2012

Salam Aidilfitri 1433H.....




Assalamua'laikum, hari ni hari terakhir saya bekerja, dan esok akan mula cuti sempena Aidilfitri yang bakal menjelma. 

Dikesempatan ini, saya mengucapkan Salam Aidilfitri, kepada pembaca blog picisan ini, maaf dipinta diatas salah silap ayat dan bahasa saya, kekasaran saya dan apa jua sahaja yang menyentuh perasaan atau peribadi sesiapa.

kepada yang akan memandu balik kekampung mahupun menziarahi sanak saudara, berhati-hati dijalan raya. 

kepada yang berdiet, jaga-jaga jgn terlebih makan pula (pesanan utk diri sendiri juga) heheheeh.

InsyaAllah saya akan bersiaran selalu. maklumlah org tak balik kampung. sigh .


p/s ~ kad raya kat atas tu saya buat sendiri tau. pantun tu pun saya gubah sendiri. yang bukan saya buat kartun makwe comel tu, opismate saya yang lukiskan. konon2 sayalah tu, bertudung pink. abaikan tulisan saya yang comot atas kertas kuning tu ya..heheheehe.



Tuesday, 14 August 2012

malam tanpa bintang.....

memanglah mlm ni tak nampak bintang...sbb sy berada dlm bilik...tak berani pula menjengah luar jendela...kalau nak tahu saya ni penakut ya amat...walaupun org kata bulan ramadhan syaiton kena ikat...sy ttp ada rasa seremmm gitu....alkisahnya...waktu ini sy xblh tidur. hidung tersumbat, tekak rasa bengkak...sakit sungguh..serba tak kena bernafas susah, baring tak boleh..bibir dah mengering..dugaan..dugaan...bila dah mcm ni sy belek gambar2 lama kat FB. kenang2an dgn kwn2 & family...jumpa gambar tahun 2009...ohhhh sy nmpk kurus tahun tu...semua org tegur perubahan sy...tiba2 rs bersalah kpd diri sendiri...knp sy tak blh usaha mcm thn 2009...sy lupa apa yg mencetuskan semangat sy utk berdiet...perlukah sy cari sesuatu utk jd pembakar semangat kpd sy supaya lebih konsisten berdiet????                                                                                                                                                    p/s - maaf entry berterabur..tak tau nak edit guna hp. entry ni juga adalah repekan org yg tak blh tido sbb serombongnya tersumbat...hahaha...

Monday, 13 August 2012

persiapan raya.....

.....Assalamua'laikum,

sedar tak sedar, sekejap sangat masa berlalu...Ramadhan dah nak sampai penghujung. Syawal bakal menjelma kurang dari satu minggu. 

tapi pelik sikit tahun ini, saya tak berapa bersungguh-sungguh dengan persiapan raya. seakan-akan terlupa pula yang raya jatuh bulan ogos. terlupa nak beli kain ela, terlupa nak hantar tempahan baju...terlupa segalanya. akibatnya, sampai saat ini, belum ada sehelai baju baharu pun untuk diri sendiri.

mujur juga baju utk emak & anis berjaya juga dibeli dua minggu lepas. saya dan lina konon-kononnya nak pergi beli baju raya sabtu minggu lepas di Kompleks PKNS Shah Alam.

seawal jam 8.30 pagi kami dah tertonggok kat sana. sebab sampai awal adalah kerana tak nak penat-penat mencari tempat parkir kereta. itupun pukul 8.30 pagi dah dekat penuh ruang parkir tu, ada yang lagi awal dari kami rupanya. isk isk isk..

kedai dalam kompleks PKNS tu buka jam 10 pagi. jadi kami cari Lembaga Zakat dulu, lunaskan perkara yang wajib. Alhamdulillah, zakat fitrah dah pun dibayar. lepas tu pergi bayar segala bil rumah pula. 

bila kedai dah buka, kami pun mulakanlah pencarian. susah tau nak cari saiz utk badan besar ni. sebab tu selama ni kena tempah. 

jumpa yang sedap dipakai, senteng pula kat kaki. hujung kain tergantung kat buku lali. bila ada yang besar tang badan, sangkut pula tang bahu dan lengan. haishhh...memang mencabar kesabaran.

sudahnya, kaki sakit, badan penat, kami balik dengan tangan kosong. sedihkan. maka dengan ini, rasmilah yang saya akan beraya dengan baju lama aje. kebetulan ada sepasang baju kurung moden yang baru dua kali aje pakai, baju tu lah mangsa dipakai pagi raya nanti. alah, dah tua, tak payah nak riuh sangat fikir pasal baju baharu (ayat sedapkan hati...hehehehee). oh ya, paling tidak saya ada sepasang kasut baharu, alaaaa nak buat pergi kerja sebenarnya, rasmi pagi raya aje lah...hikhik...

kuih raya pula, memang tak buat langsung tahun ni. dalam sejarah langsung tak buat kuih raya. semua main tunjuk-tunjuk sahaja. tak tahulah kalau saat-saat akhir nanti datang rajin. tapi yang pasti nak juga mengukus kek coklat sebiji dua malam raya nanti...harap-harap angin rajin tu datang...

langsir & perabot??? tak ada yang baru. semua pun elok lagi. raya bersederhanalah tahun ni. lagipun emak bukan jenis suka bazir membazir ni. katanya tukar aje yang lama, elok lagi. untunglah macam tu, tak payah pening kepala nak mencari disaat-saat akhir. kalau tak jenuh nak bersesak masuk shopping mall. jalan jem, parking tak ada, orang ramai, mmg boleh hilang sabar jadinya.

utk juadah pagi raya, bahan-bahan kering dah dibeli. kerisik & kacang utk dibuat kuah kacang pun kami dah sediakan awal2. almaklum ajelah, kalau semua nak buat sehari sebelum raya tu memang tak cukup kaki tangan. 

oh ya, cuti raya pun dah apply 3 hari, rabu-khamis. cuti panjanglah nampaknya. weeeeeeee...

sekarang ni pun mood kerja dah tak ada. walaupun tahun ni tak beraya kat mana-mana kampung baik perlis atau terengganu, cuti tetap kena ambil. sebab ada sorang tu tengah tunggu hari nak bersalin. jangan dibuat dia  nak meletup malam raya sudah..hahahahaaha....

Friday, 10 August 2012

aku & buku ~ dapur wawa - ika madera.....





ini adalah entry tertunggak juga. disebabkan daku tak berapa sihat seminggu dua ni, mood mahu menulis pun kelaut perginya. hari ini masih tak sihat, tapi tetap nak review juga novel yang dah pun habis baca minggu lepas.

Tajuk novel: Dapur Wawa
Penulis: Ika Madera
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd

Dapur Wawa ni pada pendapat patik yang cetek ilmu ini, adalah kisah kehidupan yang santai, tapi ada perkara yang perlu diambil utk pengajaran.

terutama kaum wanita macam patik yang sangat suka makan dan 'sangat handal' berpencak silat didapur.

Dari awal hingga hujung cerita, puan penulis telah menyelitkan resepi masakan. baca aje dah terliur. jangan salah sangka, ini bukan buku masakan. ini adalah novel tentang kehidupan Wawa dan En Abu. Kisah Wawa yang lewat bertemu jodoh, tentang pertemuan Wawa dengan En Abu seorang 'drebar' dalam pertemuan jodoh dimana kak pah menjadi telangkainya.

novel ini ada suka dan duka kehidupan. sesuai dibaca oleh semua peringkat usia. sambil membaca, boleh juga praktiskan beberapa resepi yang menyelerakan. selamat membaca dan memasak :D

- sebenarnya masa baca novel ni awal-awal tu, ada beberapa muka surat hilang. yang hilang tu pula betul2 part wawa nak berjumpa pertama kali dgn en abu. aku terus buat aduan kat FB jemari seni. kak mariah suruh email gambar buku yang hilang muka surat tu. hari ini aku email, esok mak cakap buku baru dah sampai kat rumah. terima kasih warga kerja jemari seni yang sangat bertanggungjawab dan bertindak dengan segera diatas aduan saya. ;)

Thursday, 9 August 2012

berbuka @ Palm Garden IOI Putrajaya.....

.....Assalamua'laikum...

batuk & sakit tekak belum baik sepenuhnya. ubat batuk betul2 buat aku mengantuk sampai mood melayang-layang...tak tau nak update apa...godek-godek gambo jumpa sekeping dua agenda makan2 opis yang ditaja oleh...hehehe malas ah nak sebut. 

tempat kejadian adalah Palm Garden IOI Putrajaya. makanan macam biasa adalah pelbagai. tapi aku ambil lebih kurang aje. nasi tak sentuh. ambil lauk dua tiga jenis...of coz peberet akak udang jadi tumpuan. ngeeee...



si kecik kat depan tu comelll kan, anak kpd kwn opis..geram je tgk cantik sungguh...

Tuesday, 7 August 2012

tolong jaga anak elok-elok.....

.....ini kisah yang terjadi ahad lepas masa aku bawa anis pergi cari baju raya dekat Subang Perdana. lepas membeli-belah, teruslah tuju kat kereta. masa dekat luar deretan kedai tu, aku ada nampak dua orang budak perempuan adik-beradik dalam lingkungan umur 2 & 4 tahun lebih kurang.

dua beradik comel ni main berdua aje depan showroom kereta dekat deretan kedai tu. meloncat-loncat, berlari-lari dengan gumbiranya.

masa aku nak reverse kereta, sekali aku ternampak ada kepala dekat bonet. Ya Allah!!! terkejut amat aku. nasiblah yang sikakak tu tinggi sikit, nampak hujung-hujung aje kepala dia dekat bontot kereta tu. mujur juga, masa mengundur tu aku tekan minyak slow aje. sempatlah aku brek dan bontot kereta tak sentuh pun badan budak tu.

aku pandang kiri kanan tak nampak mana orang dewasanya. mana penjaganya. macam mana budak kecik ni boleh ada dekat tepi jalan tanpa perhatian orang dewasa??

lepas beberapa saat, nampaklah mak ayah budak berdua tu tengah jalan berpegang-pegangan tangan sambil bergelak ketawa. sakit sungguh hati aku. geram sangat-sangat, rasa macam nak keluar dan sepak-sepak muka mak ayah yang tak pandai jaga anak tu. 

yang si mak tu, bila nampak aku toleh & pandang depa dengan muka bengang, pandai pula dia tarik anak-anak dia & sumbat dalam kereta. pastu....boleh pula dia jeling kat aku. kepala hotak hang!!! siapa yang salah sekarang ni?? agak-agaklah oiii nak jeling aku, kang aku korek biji mata tu baru tau. si ayah pula muka kelat2 aje sumbat barang dalam exora dia. 

bayangkan, kalaulah aku terlanggar budak berdua tu...Astaghfirullahhalazim....minta simpang malaikat 44. harus yang dipersalahkan adalah aku. mak ayah yang tergedik2 pegang2 tgn biarkan anak jalan sendiri dekat  tempat byk kenderaan tu tak akan dipersalahkan pun. 

tolonglah kepada sesiapa yang ada anak tu. silalah jaga keselamatan anak-anak anda. kadang tu aku tengok, kalau dalam kereta pun, dengan tingkap terbuka, anak duk keluarkan tangan, kepala, tak ke bahaya macam tu? 

kalau pergi shopping pula, mak ayah kat lain, anak-anak kat lain. pastu mulalah melalak mencari anak merata. tak ambil iktibar langsung kes-kes penculikan yang org heboh-hebohkan tu.

aku selalu nampak, bila keluar kereta, anak yang kecik tu dibiar aje tak berpegang. biar jalan sorang2. weiii tak sayang anak ke, buatnya kena gilis dengan kereta, kena culik dengan org. tak ke menangis tak berlagu?? pastu ckp pemandu cuai. 

seingat aku, sampai aku dah masuk sekolah rendah pun, emak duk juga pegang tgn anak2 ni. sorang ayah pegang, sorang mak pegang. bila anak dah tiga, ayah pegang dua orang. kalau dalam kereta pula, tak beranilah kami ni nak keluar tangan atau kepala kat tingkap tu. harus kena jerkah dengan ayah. 

ingat, ada orang bertahun kajwin susah nak dapat anak. awak yang ada anak ni, silalah berwaspada, bagilah perhatian lebih sedikit untuk keselematan anak-anak. kot ye pun suami isteri nak jalan pegang2 tangan, peganglah anak dengan tgn lagi satu tu. Allah bagi dua tangankan. tgn kanan pegang bini, tangan kiri peganglah anak. nak beromantika de amor pun agak-agaklah. meluat aku haihhh...

hujung minggu ~ siaran tertunda.....

.....Assalamua'laikum, selamat pagi. Sihat pagi ni? Daku masih belum sihat sepenuhnya. Tekak masih sakit, batuk pun tak hilang lagi. 

entry kali ni, adalah siaran tertunda tentang hujung minggu yang panjang, tapi terasa pendek sangat pada diriku ini. tiga hari tu macam tak cukup aje. kalaulah boleh cuti seminggu dua..hahaha tamak sungguh!

pagi sabtu, pukul 10 aku, mak, lina & anis keluar ke Plaza Alam Sentral (PAS) utk cari baju raya mak & anis. kot2 ada aju saiz aku & lina bolehlah beli sekali.

sebelum ke PAS aku p klinik dulu, mencari penawar kepada sakit yang tak surut-surut ni. mau tau berapa jam tersangkut kat klinik? 1 jam lebih okay. punyalah ramai umat yang sakit. lepas tu, harga ubat adalah sangat mengejutkan. RM 65.00 utk 8 biji antibiotic, sebotol ubat batuk dan 8 biji ubat sakit tekak. huihhh mmg cenggitu ke harga ubat sekarang?? daku ni dah lama tak ke klinik, terkujat jugalah mendengo regenya tu.

perjalanan disambung ke PAS. humanghai...ramainya umat nak shopping keperluan raya. nak masuk parking aje dah lebih dari 30 minit. tunggu lif dah dekat 10 minit. sebab tolak mak guna wheel chair, tak bolehlah nak naik guna tangga atau eskalator. terpaksa juga menanti buah tak gugur lif yang macam siput itu.

mencari baju yang berkenan dimata anis adalah sangat mencabar kesabaran. dekat 3 jam pusing PAS, si adik bongsu itu langsung tak berkenan walau sepasang pun. dia bertuah tau, dapat pilih sendiri baju raya. kami dulu, mak beli kain & jahit sendiri. ko suka tak suka pakai. ini dah bawa suruh pilih pun hazab ya amat. 

sudahnya, beli baju kat mak sepasang. mujur ada jubah saiz mak. sebab anis byk songeh, aku cakap cari je lain kali. penat tau, dah lah tak sihat, dgn org ramai lagi. mmg kurang sabar aku jadinya.

keluar dari PAS, kami teruskan perjalanan ke Sg Besar. Jauh okay dari Shah Alam nak ke Sg Besar dekat Kuala Selangor tu. dekat 2 jam lah juga baru nak sampai. apa buat kami kesana??? Si Lia ler nak cari kuih raya & kerepek kat sana. punyalah gigih drive dengan jam segala. mujur lina yg drive, aku duk belakang tido. kehkehkeh...

kat Sg Besar kami pergi dekat kedai ani's cookies, mmg dari last year kami beli biskut kat sana. biskut dia berasa dan harga boleh tahanlah. tak beli byk pun, dua tiga jenis biskut aje. lepas tu kami beli kerepek, tapi tak ingat nama gerainya. kat tepi jalan sg besar tu mmg byk org jual biskut & kerepek, pilih ajelah mana yang suka.

hari berakhir dgn kami berbuka dekat kg subang. haaaa? kg subang je? itulah kisahnya, nak mkn kat sg besar, tp duk terlajak aje sudahnya sampai dah tak ada kedai makan. terus aje cari kedai kat kg subang. melepas nak makan mee udang banjir kat sg besar tu...huhuhuhu...

ahad pula, tengahari meneruskan pemburuan baju raya utk anis. kali ni pergi berdua aje aku & anis. bawa pergi dekat2 aje, subang perdana. sungguhlah tak sangka, aku yg panas baran & kurang penyabar ni boleh sabar melayan anis keluar masuk sampai 6 buah kedai. siap parking jauh lagi jalan kaki kekedai baju tu. siap keluar masuk kereta pergi satu2 kedai. Alhamdulillah kedai ke enam anis dah pilih sepasang jubah & sepasang baju kurung. budak nak membesar ni lah, cekadak sungguh memilih baju. kalah org pilih baju nikah.

selesai sudah baju mak & anis, tinggal utk diri sendiri aje. rasanya mcm takde harapan nak berbaju baru. bukan senang nak dapat size, lagi2 last minute mcm ni, mmg pakai baju lama aje lah.

hari ahad kami berbuka kat umah tok su. hoorayyy tak payah masak. tok su & menantu dia masak best uolls. nasi tomato, ayam masak merah, daging masak hitam, rendang daging. dengan desert semua cukup. lepas berbuka semua tersadai tgk Datuk Lee Chong Wei memburu emas dekat London. sayangnya tak dapat genggam emas. tapi apa pun, bangga tau dia dapatkat Perak tu. igt senang nak dapat? tahniahlah DLCW ye... :D

iskkkk panjangnya org sakit ni merapu, sah takde kerja pagi2 ni kan...hahahahaaha....








Thursday, 2 August 2012

dugaan bulan Ramadhan.....

.....tak mampu nak update blog...sebab??? dah tiga hari demam-selsema-batuk-sakit tekak yang menggila....

hari ketiga ni lah yg paling seksa...tekak mcm ada tumbuh duri kaktus..sakit tahap telinga pun rasa macam bengkak...mata pun panas aje...huwaaaa....

apa pun org kata sakit ni menghapus dosakan? Alhamdulillah...dugaan kecik aje tu...harap2 cepat sembuh...sabtu & ahad agenda penuh dgn family.... :D

Wednesday, 1 August 2012

nilai sebelas nyawa.....

.....tak ada perasaankah manusia bila bayi baru lahir yang masih hidup & sempurna pula fizikal hendak dibunuh dengan sewenangnya? ada berjuta suami & isteri berusaha & berdoa siang malam nak dapatkan zuriat, tapi ada orang yang dikurniakan zuriat merelakan anak mereka dibunuh.

tak tahulah rela-serela-relanya ataupun dipaksa rela oleh pihak-pihak tertentu, tapi manusia jenis apa ya yang sanggup bunuh manusia, baby pula tu. awak kalau terlanggar kucing atau anjing pun rasa trauma.

ini kisah aku terbaca kat harian metro online. kisah berlaku kat china. meh aku tepek kat sini beritanya.


Ibu lahir anak kembar 12 dipaksa pilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!



sampai ati ek depa nak bunuh baby comel ni..

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.
“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”
“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.
Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”
Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!
untuk berita lanjut sila rujuk sini. 

kejamkan. tak ada kata2 lain yg sesuai dari perkataan KEJAM!!! lepas baca berita ni baru aku tau yang kerajaan China ada undang-undang macam ni. alang-alang tak mahu bagi rakyat beranak, apa kata mandulkan aje semua rakyat depa tu. 

lagi sakit hati tang si emak yang memohon maaf sebab lahirkan bayi kembar, MEMALUKAN kata dia (pendapat aku, si emak ni mungkin terpaksa cakap mcm tu sbb takut kena hukum bunuh)...

patutlah byk sgt cerita-cerita pelik & bencana kat China tu, nyawa manusia sewenang-wenangnya dicabut. 



berbuka jemaah lagi @ BBQ Island Steamboat.....

.....masih lagi kisah berbuka puasa. nama pun bulan Ramadhan kan, dikesempatan inilah pun nak berbuka dengan ahli keluarga & kawan2. 

kejadiannya adalah pada 9 Ramadhan yakni ahad last week. ahli jemaah dan sekutu adalah tidak ramai, lima orang termasuk aku. mereka ni adalah cik yatie bff, kak ain ex-partner, linda & adik aku lina. 

tempat kejadian adalah 5 minit dari rumah aku, BBQ Island Steamboat, Kampung Subang. Haaaaa igt dalam kg subang tu tak ada tempat makan best ke?  heheheehe

kami berbuka buffet RM 26.90 untuk dewasa & RM 9.90 untuk kanak2. murahkan?? bolehlah, pilihan makanan dia dah tentu2 segala jenis bebola, mee, sayur utk steamboat & ayam, daging, udang & sotong utk grill. 

makanan sampingan adalah kuih onde-onde, agar-agar, bubur kacang & kerabu. ada juga nasi lemak, nasi goreng, kueh tiaw, spagetti dan macam2lah..tak dilupakan ice cream sebagai pencuci mulut.

simple aje makan kat sini, tapi aku suka. sedap, tempat walaupun tak ada air-cond tp lapang & santai. 

moh layan gambar pula. 






boleh pula 3 org ni pakai baju merah, dah sama dgn alas meja..hahaha









Tuesday, 31 July 2012

berbuka secara jemaah.....

.....dengan tok sedara sebelah emak. tok sedara tu kami panggil Tok Su.

hari kejadian adalah pada 8 ramadhan yakni sabtu last week. kami jemput tok su & family berbuka kat rumah. menunya (setelah berhempas pulas berfikir) adalah kurma,  nasi putih, kari ayam + kentang, sayur campur, ayam goreng, ikan goreng & air sirap. tak lupa juga request dari dua org mak buyung iaitu adik aku lia & makcik aku ila, kueh tiaw seafood pedas. depa ni dah la tarikh bersalin pun dekat2, nak makan pun lebih kurang aje.

pastu toksu pula bawa mee hoon goreng dari rumah & kuih tepung pelita yang sedap yang dibuat dikedai..hehehe...

tukang masak pada hari kejadian, tentulah ayong ini dengan bantuan emak & adik2, rajinkannnnn??? (kembang idong puji diri sendiri). kahkahkah...seronok sungguh menjamu org makan, lagi2 kalau yang makan tu berselera aje suap, hilang penat kejap.

meh layan gambar yang tak seberapa, tak ada masa nak bergambor, makan, sembang & layan anak2 buah lagi best. gambo pun tak semenggah aje rupa...byk muka yang tak masuk sbb adab pakaian adalah tak sesuai..hahahaha...


baju biru tok su, yg lain2 cucu beliau

adik ipaq dgn pak cik mak cik aku (pangkat pakcik tp panggil nama je)

juadah yg tak seberapa


pemanis mulut ~ puding roti.....

.....Assalamua'laikum, rasa mcm lama aje tak menconteng kat blog ku ini...rindu pula nak celoteh merapu...

al-kisahnya, jumaat minggu lepas ada sorang kawan kat opis ni ngidam nak makan puding roti. dia kerah daku mencari resepi puding roti yang sedap. ada ke tanya resepi dekat org yg pandai makan aje ni...salah org betullah.

dah sibuk carikan org resepi, aku pun terlebih rajin malam tu balik rumah mak memuding pukul 11 malam. gigih takkkkk??? akekekekeke.

oh ya, resepi ni aku jumpa dekat myresepi, tapi maaf, daku terlupa siapakah pengirim resepi tersebut.

nak daku tepek resepi tu kat sini ke?





Bahan A:

9 keping roti putih (daku guna 5 keping)
500ml susu segar (daku guna 1 tin susu cair)

- susun roti dalam loyang, siram susu dan rendam selama 30 minit.

Bahan B:

4 sudu butter
4 sudu gula
2 biji telur
1 sudu tepung jagung
2 sudu kismis

- pukul butter dan gula
- masukkan telur pukul lagi
- masukkan tepung jagung...kacau rata, masukkan kismis
- selepas roti direndam 30 minit, tuang bahan A kedalam dulang
- bakar dalam suhu 180C selama 30 minit

Bahan Sos:

1 tin susu cair
2 sudu gula pasir (tahap manis ikut selera masing2)
2 sudu tepung kastard

- larutkan gula dalam susu cair atas dapur
- masukkan tepung kastard
- masak atas api sederhana hingga agak2 sederhana pekat.

tapi...daku tak buat pun sos tu. makan cenggitu aje pudingnya, makan masa panas2 sedap betul, lagi2 tang garing tu. pastu daku masukkan dalam peti sejuk, pun sedap...cubalah ye.





Thursday, 26 July 2012

roti sardin goreng.....

.....hari ni nak tayang gambo dan resepi roti goreng. eleehhhhh roti goreng aje kot...hahahaha...

masaknya semalam, bukan makan utk berbuka, makan pukul 10 malam...sebab berbuka makan sempoi aje..




nampak aje macam biasa2, tapi sebenarnya kali ni cara buatnya lain sikit tau. maybe org lain dah lama buat, daku sahaja yang baru tahu. kawan opis yang ajar cara baru ni.

bahan-bahan utk inti:
isi sardin, bawang merah, cili merah/padi, garam, air limau kasturi.

bahan celup-celup:
2 biji telur, sedikit garam & gula, tepung jagung. (telur, garam & gula pukul sekali)

masak semuanya dalam kuali, ikut style hangpa lah nooo.

cara masak roti:
1) roti (daku guna gardenia) dikukus selama 10minit dalam pengukus.
2) siap kukus, gelek roti dengan penggelek, macam menggelek doh utk buat karipap.
3) letakkan inti sardin, gulung atau lipat ikut suka hati
4) celup dalam telur, kemudian golek-golekkan atas tepung jagung.
5) goreng hingga garing. sedia utk dimakan. 

*celup-celup boleh dibuat 2 cara. pertama buat macam kat atas tu, celup dalam telur pastu golek dalam tepung. cara kedua, boleh dibancuh tepung dalam telur & pukul sekali. 

roti ni hasilnya garing, tak serap minyak, rangup dan sedap. selamat mencuba. 

Tuesday, 24 July 2012

celoteh orang mengantuk.....

.....Assalamua'laikum, semoga semuanya sihat & ceria selalu.

huwaarghhh ngantuk ya amat sebenarnya. hari ni jadi antara orang terawal masuk opis, jam 7.05 dah terpacak depan pintu.

cuaca kat luar masa sampai tadi adalah hujan renyai-renyai. mujur juga keluar awal & sampai awal, hujan-hujan gini kalau lewat sikit harus kita buat pesta lampu brek atas jalan.

nape datang awal?? jawapannya sebab datang dari rumah emak. keluar pukul 6.15 kot tadi, sebab nak hantar lia ke KPJ Selangor, superhero kami masih kat hospital. cepat sihat ye amsyar.

oh ya, nak update apakah yang dimakan berbuka semalam dah sahur hari ini.

berbuka:
kurma 2 biji. nasi goreng + limpa masak kurma (lauk kelmarin) + air kopi O panas. kuih koleh kacang seketul. air kosong. 

pukul 11 (balik dari hospital): sup tulang & daging. air kosong.

sahur:
cosway bio-protein + milo + susu omega + 2 sudu oat & sup tulang & daging. air kosong.

senaman: main dumbell pukul 6.30ptg sambil2 tgk tv. main dumbell sebelum tidur dalam 10 minit. main angkat2 kaki sebelum tidur dalam 50x kiri & kanan. 

timbangan adalah tak dapat diupdate sebab bateri belum beli. heheheehe.

oh ya, kepada sesiapa yang mood tengah jatuh merudum, yang tengah berduka lara...jangan ikutkan perasaan sangat k (pesanan utk sahabat saya juga). mandi wangi-wangi, berdiri depan almari baju, pilih baju warna ceria & paling cantik..siap comel-comel..pergi kerja dengan senyuman. 

semoga anda semua akan bergembira & ceria sepanjang hari ini. senyum sikit :D


Monday, 23 July 2012

sudah dijual.....

berhubung pada kisah sedih, sayu, pilu, frust tergolek-golek daku pagi tadi pasal baju online yang tak menepati citasaiz badan...maka dengan ini dimaklumkan bahawasanya long cardi itu telah pun selamat sampai kepada puan badan yang baru. 

al-kisahnya memang aku bawa cardi tu ke opis hari ni sebab nak tunjuk kat sorang kawan ni. sekali masa cardi ditayangkan, ramailah pula orang ditempat kejadian. cik puan yang kurus & tinggi, lagi cantik manis, terbekenan dengan cardi tu. selebihnya dia kesian kot sbb aku tak boleh pakai cardigan idaman.

cardi tu muat2 aje dgn body dia yang selim-melim & tinggi lampai tu. byg kan kalo cardi tu tersauk kat body aku ...harus tak boleh nak beza mana aku mana nangka yang dibalut...haru sungguh!!

aku pun tanpa fikir panjang cakap nak jual dengan harga RM 50. aku tak kira harga pos yang aku dah bayar sebelum ni. halal ajelah. dari sakit hati, jiwa dan raga melihat cardi cantik tu tak boleh pakai, maka aku lepaskan cardi tu kepada org lain dgn sayu pilunya (drama sangat!!!!)

Puan Farah, saya jual ek cardigan tu...jelesss tau awak nampak cantik pakai cardi tu...hukhukhuk...


semua pun nak rosak.....

.....apa yang rosak??? haaa meh cheq nak habaq mai....weight scale dah tak boleh guna...apakah maksudnya?? adakah dia kesakitan menanggung beban berat badan daku yang terlampau gergasi ini???

puasa pertama sempat timbang, beratnya adalah 128.1kg (sila terkejut!!!)...puasa kedua beratnya adalah 125.7kg...susut air gamaknya. puasa ketiga??? masa bawa keluar weight scale tu dia tulis LOW...lepas tu tak keluar apa-apa pun. puas pijak, gerak-gerakkan tetap tak ada apa yang keluar. 

dia mahu tukar nyawa barulah tu. kenalah pi cari bateri baru nampaknya. ngengada tau, time ni lah nak habis bateri, orang tgh excited nak tgk berapa KG yang turun ni.

hoi!!! apa obses sgt dgn weight scale ni...timbang seminggu sekali udohler...mengarut sungguh...

oh ya, dah sebut pasal berat ni, meh lah nak buat selingan pasal apa aku makan hari puasa kedua.

sahur: susu omega + milo + oat & air kosong 3-4 cawan.

berbuka: nasi suku pinggan (berjaya kurangkan nasi) + celur bendi (bendi lagi!!) 1/2 pinggan + 3 ekor ikan bawal cermin size kecil + lauk limpa masak kurma cili padi. kurma 2 biji. goreng cempedak 4-5 ulas. anggur 3-4biji. air kosong bercawan2.

pukul 10 malam, teman lia makan kat mamak, aku makan tosei & neslo ice.

balik rumah sebelum tidur, main dumbell dalam 10-15 minit (tak kira berapa set) & main angkat2 kaki masa mengiring tu. bolehlah dari tak bergerak langsungkan. pemalas!!!!

sekian. 

kisah frust beli baju online.....

.....Assalamua'laikum...puasa kita hari ni? dah masuk hari ketiga ni janganlah ada lagi yang letih lesu ye dak. kena pula hari pertama masuk opis, silap2 menghilang kat surau (diri sendirilah tu...) hahahaha.

sebenarnya nak buat luahan hati pasal shopping on9. hari tu kan daku ada buat entry fasal shopping baju besar on9 kan? daku shopping dekat dua kedai on9 yang berbeza. 

kedai yang satu ni, aku order waist line puffy cardi sehelai & baju jubah dgn seluar palazo 2 pasang. cardi (mcm dlm gambar kat entry lama) tu kain best, dan elok aje muat & selesa kat badan ku yang kembang ni. maknanya size yg dia bagi kat gambo & size pada baju adalah sama.

jubah dia pun sedap dipakai, material adalah lycra yg sejuk. cuma seluar sedikit senteng  (sikit je tak pasan sgt pun) sebab tinggi daku 169cm (berlagaknya ko! hahaha). cuma tang lengan tu mcm melekat sikit sebab sendiri yang gatai p amek size ngam2. tapi tak ketat tau, sebab kain memberi.







*sila abaikan model yang tak pandai bergaya tu ya. muka keras, badan pun keras :D

kedai on9 yang satu lagi ni...makan hati aku. depa ni siap keluar kat TV3 WHI segala. tgk pada feedback customer pun bagus. bila aku order long cardigan dia, yang sampai adalah sgt mengecewakan. 

kat gambo dia arm hole 26", patutnya selesa sgt dilengan aku yang bersaiz gadang ni. sedangkan jubah yang aku order sebelum ni arm hole 24" pun masuk selesa cuma nampak melekat sbb jenis kain dia. yang ini, masuk pun tak boleh. apa kes??? aku amik pita ukur, sekali arm hole dia 20". apa ni???

aku pun msg lah kat tuan kedai on9 yg femes amos tu. dia kata nak double check. ok lega sikit hati. dah 2 hari takde jawapan. aku msg lagi. terus dia jawab, mmg baju tu size tu. bila aku persoalkan size dlm gambo dgn apa yang aku dapat & ukur, nak tau apa dia jawab??

kedai on9 : ok dear.. sorry lambat reply... i dah check dah cardi tu... mmg agak kecik.. tapi kain tu kita panggil stretchable mix cotton... u kene basuh few times dulu then baru dia akan besar dear...

aku: Maknanya ukuran arm hole 26" tu lps basuh ke? Zie igt mmg dtg dah 26"...

kedai on9: yes dear.. and tarik boleh sampai 26

logik tak??? ada ke kita kalo beli baju kat kedai tgk kain dulu. pastu saja beli size kecik sebab kain tu jenis akan kembang bila dibasuh. sakit hati aku tau. ada pula dia suruh aku basuh few time dulu sampai jadi besar baru boleh pakai...!!!!!! pastu tak gunalah letak size pada gambokan, nape tak tulis sekali, sila beli size yg kecik dari size badan anda, sebab kain ni akan mengembang gila bila 2-3 kali basuh. disebabkan aku malas nak  bergaduh, maka takpelah aku redhakan aje. 



kesimpulannya disini, kalau nak ulang beli pun, aku akan beli dari dari kedai pertama. aku dedahkanlah kedai on9 yang memuaskan hati tu ya. cari dekat facebook bigmomma plus. kedai yang menyakitkan hati tu aku tak mau dedahkan. Wassalam. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...