Thursday, 19 July 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.....



Selamat berpuasa kepada semua. hoooraaaayyy!!! Ramadhan datang lagi. Gembiranya hati. 

InsyaAllah esok atau lusa umat Islam seluruh dunia akan mula berpuasa. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kita untuk bertemu Ramadhan yang penuh Rahmat & Barakah ini sekali lagi.




Semoga dapat kita hidupkan Ramadhan tahun ini dengan amalan-amalan yang baik, InsyaAllah. 



p/s ~ sentiasa menanti-nantikan pengumuman puasa & raya dari penyimpan mohor-mohor besar diRaja setiap tahun kat TV. harap-harap malam ini tak terlepas menonton pengumuman kat TV mcm tahun lepas :D



sumber gambar: Google

aku & buku ~ gadisku wan adnin - noor suraya




.....sungguhlah rasa seronok sangat lepas dapat menghabiskan pembacaan novel Gadisku Wan Adnin karya teragung (amboi bukan main lagi) penulis yang disegani Puan Noor Suraya ataupun panggilan manjanya Kak Su. 

novel ni indah sangat susunan dan gaya bahasa melayunya. tajuknya sahaja dah manis, semanis watak Wan Adnin yang manis seperti delima merah. 

kalau nak tahu, Wan Adnin pandai menekat benang emas dan benang perak, alah, yang org dulu2 selalu guna masa majlis kahwin tu, kipas tangan kain baldu yang ada sulaman benang emas tu. bukan kipas tangan aje, ada macam lagi yang bertekat benang emas atau perak macam bantal duduk, kasut dll.

Wan Adnin  yang tertib, cantik hati budi dan manis sangat dipandang dibesarkan oleh Tok Bonda yang sifatnya konservatif & aristokrat. Wan Adnin hidup dalam undang-undang diktator Tok Bonda. dari soal kerja sampai soal jodoh kahwin pun Wan Adnin kena turuti kata Tok Bonda yang memilih darjat tu. 

suka sangat hasil karya Kak Su kali ini. jalan ceritanya ada diselitkan dengan sejarah tentang Terusan Wan Mat Saman, tentang pemberian bunga emas kepada kerajaan Siam, pemandangan dan suasana di Yan kedah yang cantik. Suka dengan segala yang Kak Su bayangkan dalam novel ini.

psstt pstt..kalau nak tahu, baca kisah Wan Adnin ni boleh buat kita senyum, ketawa dan menangis tau. jadinya kalau nak tahu jalan cerita bolehlah dapatkan novel ni. tak rugi beli. bahasanya pun teratur sahaja. tak adalah macam rojak pasemboq macam novel-novel yang berlambak dalam pasaran sekarang ni. 

boleh tak kalau saya nak bagi 5 bintang dekat novel Gadisku Wan Adnin ni. :D





Wednesday, 18 July 2012

waspada semasa bersendirian.....

..... Assalamua'laikum, semoga hari ini kita semua beroleh kebaikan & dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. 

saya terjumpa sesuatu di FB dan hendak juga berkongsi dekat sini. rasanya berguna juga utk peringatan kita yang kadangkala terleka.


lagi-lagi sekarang ni byk betul kes rompakan & samun dekat tempat parkir. dekat depan rumah pun boleh jadi bahaya sekarang ni. pagi tadi dekat radio pun ada berita tentang warga emas kena rompak dekat parkir one utama. 

lagi-lagi pemandu wanita, kalau masuk kereta tu cepat-cepatlah tutup pintu & kunci terus kereta. kot ye nak pakai bedak, lipstic atau bulu mata palsu ke, jaga dulu keselamatan diri. 

kita tak perasan kot-kot keliling kita tu ada pemerhati yang berniat jahat. seperkara lagi, kalau betul-betul ada orang nak kacau atau rompak kita, cuba utk jgn panik (mmg susahlah nak kawal rasa takut). tekan horn kereta byk kali, supaya ada org keliling yang boleh dengar & bantu kita. 

apa pun, sentiasalah berhati-hati, waspada dengan keadaan sekeliling. malang tak berbau, dalam berhati-hati pun benda tak elok boleh terjadikan. semoga kita semua dijauhi dari perkara yang tak elok & selamat walau dimana jua kita berada ;-)

piknik sebelum puasa.....

.....di Pantai Jeram lagi. okay...ramailah yang bosan kalau pergi tempat yang samakan?

tapi bagi aku & family ni, tempat tu walaupun tak boleh bermandi-manda, tapi bolehlah nak menenangkan jiwa, menyejukkan mata. 

kejadiannya pada sabtu minggu lepas, lia sms ckp nak pergi mkn putu bambu & karipap gergasi sedap yg selalu aku cerita tu. dia tak pernah rasa lagi. 

disebabkan tak ada apa2 plan utk pagi tu aku pun ok aje, bawa mak & anis sekali. kena pula kami baru jumpa tempat baru yg lagi lapang & luas tak berapa ramai orang, sesuai sgt nak bersantai2 kat pantai jeram tu...maka makin seronoklah.

adik ipar aku pun bukan main dgn kereta RC dia. amsyar & anis pula melayan layang2 sampai terlepas tali...heheheehe...

aku, emak & lia...makan2lah apa lagi...kena pula ada bantal, org pun tak ada kat situ, bukan main lagi tergolek2 aku macam ikan salai kat tepi pantai tu... :D

lenkali aku igt nak bawa jorang, boleh gak memancing ikan...

sikit gambo yg dipetik pada hari kejadian....

sonok betui hero sorang nih..

puas dah rotate tp pusing gak pic ni..amsyar & tok, manja kenmain...


tgh main layang2 terputus talinya...

Tuesday, 17 July 2012

the amazing spider-man.....



..... sabtu lepas...cik yatie ajak keluar jalan-jalan & nonton wayang. katanya dah lama sangat-sangat kami tak keluar menonton. bila aku tny cerita apa nak tgk (sebab daku dah lama tak ambil kisah hal ehwal tajuk movie) katanya tgklah apa yg ada nanti. sabo ajelah cik bff aku tu kan.

makanya petang sabtu tu kami (aku, bff & dak aja) pergi ke subang parade. rezeki kami dapat beli tiket the amazing spiderman, kalau cerita lain harus aku tak mau sebab rasa mcm tak menarik aje. spiderman ni pun bukanlah suka sgt, tapi sebab tak ada cerita lain dah layankan juga.

sekali bestlah pulak! cerita spiderman kali ni memang tak sama macam yang dolu-dolu. hero-heroinnya pun org lain. pastu jalan cerita byk buat kita ketawa sebab budak peter parker yang selenga tu. dia ni tak adalah mudah dibuli. pastu berani sikit dari peter parker dulu tu lebih2 lagi tang masuk part menggatal dgn gwen stacey tu hahaha. kpd yg bawa anak2 kecil tu, tutup2 lah mata anak anda tang cium-ciuman tu yer..byk plak aksi cium2..haishhh...

oh ya, kepada sesiapa yg geli tgk spider (adik iparku!) & cicak, silalah bawa apa2 utk tutup muka ye..hahahaaha. serius geli geleman tgk cicak berlonggok2 dlm cerita tu. termasuk ler cicak jadian si dr. curt connor tu. 



tak pandailah nak cerita banyak, baiklah sesiapa yang tak tengok lagi dan teringin nak pegi menonton tu pergi sendiri. jalan cerita memang lain & best. aku bg 4 dari 5 bintang utk citer ni... ;D

Friday, 13 July 2012

kuih pra-raya.....




.....ramadhan pun belum sudah bertimbun sample kuih raya kat opis ni. lepas tu, order hari ni dapat esok pun ada....tak pasal2 aku duk menggonyeh kuih gunting kat atas tu sambil2 melayan kerja (kerjalah sangat!!!)

kuih gunting yg rapuh & sedap..leka sungguh makan sampai lupa diri yg awak berazam nak pakai kebaya bandung (mimpilah!!!) raya nanti...heheheehe

tak sabar sungguh.....

.....nak balik rumah emak....eh eh...lupalah pulak...Assalamua'laikum, salam pagi jumaat yg mulia, semoga hari ni semua org dimuka bumi ini berhati lapang & bersyukur dgn segala rahmat dan dugaan. amiiiin.

heh, baca tajuk kat atas tu sekali lagi...tak sabar sungguh.....iye, saya ni bukan manusia penyabar, lebih2 lagilah kalau dah sampai pagi jumaat ni, rasa nak fly balik rumah mak saat2 ni juga. 

bukanlah sebab mengidam nak makan masakan emak. bukanlah sebab nak cium ketiak emak yang wangi tu. bukanlah juga sebab nak bersenang-lenang kat rumah emak (sebab anis ada boleh jadi tukang pijak kaki & garu belakang..kahkahkah)...

ianya adalah disebabkan oleh ....saja. rumah emak, siapa yg tak suka? walau kecik, walau panas, walau tak mewah, rumah emak adalah yang terbaik dan terhebat dalam dunia. 

sila cakap, siapa yang tak suka balik rumah emak sendiri? hemmmm, mungkin org tu ada sebab-musabab dia sendiri. tapi bagi saya, rumah emak yang paling best..walaupun tak adalah apa yg menarik sgt dlm rumah tu. rumah pun kecik sekangkang hamster aje, pusing2 nampak aje muka, takde tempat nak nyorok. tapiiii...umah kecik tiang seribu tak ada tiang itulah syurga dunia saya.

kepada yang nak balik kampung cuti hujung minggu ni, yang nak balik rumah emak ayah, yang nak jumpa sanak saudara, berhati2 dijalan raya okay. ingatlah insan yang tersayang (amboi macam iklan raya pulak). saya ni umah mak dekat aje, 40-45 minit dah sampai, tapi sebab lalu PLUS highway tu, beranganlah konon ala2 pulang kampung halaman. kena pulak kalau jalan sesak barat dgn kereta yang main lampu brek, lagilah rasa mcm perjalanan nak balik kampung. ahaks!

makanya, siapa yang petang karang lalu PLUS highway arah utara, nampak saya tgh drive sambil nyanyi2 dlm kereta tu silalah hon 3x ya...wakakaka berangan artis sungguh...ada org kenal ko ke????

apa pun, selamat bersuka-ria disamping orang tersayang dihujung minggu nanti. yang tak dapat balik jumpa emak tu, ringan-ringankanlah jari jemari runcing tu call emak masing-masing ya ;)


Thursday, 12 July 2012

Cosway Bio Protein .....

.....soy & whey bio protein. ini adalah sarapan aku pada jam 7 pagi setiap hari sejak isnin yang lepas. 


tapi aku tak minum bio protein ni semata-mata sebab rasanya adalah tawar sesangat & tak best kalo minum gitu saja (kata nak sihat, tp sume benda nak best). kat bawah ni adalah beberapa resepi (resepilah sgt) campuran bio protein yang aku buat.

Isnin : 1 scoop bio protein + 1 biji epal hijau + air kosong (blend sekali) tuang masuk cawan + 2 sudu nestum. 
- rasanya okay boleh diterima tekak.

Selasa: 1 scoop bio protein + 1 sachet 3-in-1 old town white coffee classic + + air kosong + 2 sudu oat.
- kocak-kocak pastu minum...memanglah sedap dah campur kopi tu....

Rabu: 1 scoop bio protein + 1 sachet 3-in-1 milo fuze + air kosong + 2 sudu oat
- kocak-kocak terus minum...pun sedap juga...

Khamis: 1 scoop bio protein + 1 biji pisang montel (yg dibekukan kat peti ais) + oat + air kosong (blend sekali)
- sedap...rasa mcm banana smoothie. kalau campur dgn ice cube lagi best kot...hehehehe...

sejak seminggu ni, perut mmg tahan tak rasa lapar. kalau ada pun rasa tekak & nafsu nak makan aje. tapi tak berapa dilayan pun. boleh pula sejak hari selasa, 3 hari berturut-turut aku minum bio protein ni pukul 7 pagi, pukul 10pagi makan tosai sekeping (sebab temankan lia sarapan), lunch kdg makan kadang tidak, kalo tak makan nasi aku makan epal hijau/pisang.

petang baru makan nasi & lauk pauk yang dimasak sendiri kat rumah. 

kalaulah aku berjaya kawal nafsu tak ambil nasi, makan lauk pauk aje, fuhhhh pasti lagi cepat boleh turunkan beratkan....

nak tau apa khasiat & kebaikan bio protein ni, silalah google dekat cosway ye ;)


bendi tumis telur & ayam bakar.....

..... Assalamua'laikum, semoga sihat2 & baik2 aje hari ini ye... :)

masak apa semalam? hari ni nak tayang gambo & resepi simple2 campak2 org malas yg dimasak ptg semalam....yg paling best, hari2 nasi & lauk pauk habis licin.... :D

menu semalam, nasi putih, sayur bendi tumis dgn telur (extra pedas) & ayam bakar black pepper.

bendi tumis telur

resepi: sayur bendi tumis telur (extra pedas)

bendi dipotong serong 2-3 kerat
2-3 ulas bawang merah 
2-3 ulasbawang putih 
10 biji cili padi
udang kering (ikut suka byk mana)
telur ayam 2-3 biji
sedikit minyak zaitun
secubit garam
sedikit sos tiram

(bahan2 boleh disukat ikut suka hati)

- bawang merah, bawang putih, cili padi & udang kering ditumbuk kasar / blender (kalo malas mcm saya)
- dalam kuali panaskan minyak zaitun
- tumis bahan2 yg ditumbuk sampai garing
- masukkan bendi (kacau rata)
- masukkan garam & sos tiram
- boleh masukkan sedikit air (kalau nak)
- agak2 bendi dah lembut pecahkan telur & kacau rata


ayam yg masih berkurung dlm reban oven

resepi ayam bako tak payahlah ye..segan kite nak bgtau...disebabkan kerajinan melampau, ayam tu diperap dgn sos black pepper dlm botol aje. pastu masuk dlm oven...mudah, senang, ringkas...hehehehe...

Wednesday, 11 July 2012

hati bengkak.....

.....Assalamua'laikum....

hari ni cuaca mendung, sejuk aje kat luar sana...dari pukul 4 pagi tadi kalau tak silap hujan turun dgn lebatnya kat Puchong. membawa kepagi juga kejap lebat kejap renyai.

tapi...walaupun kat luar tu sejuk, dalam hati daku mcm ada sesuatu aje yg tak kena. haishhh...wahai rasa yg tak best, boleh tak kau pergi main jauh2....dan...jgnlah kau pandang muka yg menyebabkan rasa tak best itu...lantak pi lah dia nak pusing 360 kali kat depan kau pun...anggaplah dia macam sehelai-bulu-burung-yang-terbang-dibawa-angin sahaja.

- soalan cepu cemas utk korang: kalau ada org yg tgh elok tersenyum tetiba aje tarik muka masam bila pandang muka korang (sungguh tak beradabkan), apakah yg korang rasa? 

- jawapan aku: sentap jiwa ok. apa ek dosa aku kat dia? kite bertegur sepatah pun tak pernah..tetiba aje aku ni jadi penjahat-pemusnah-alam kat depan ko ke?

pesanan rambang ~ seorang ketua kalau tiada ciri2 pemimpin (tak payah sebutlah nak ada ciri2 Rasulullah SAW) baiklah pencen dari jadi ketua...buat tambah dosa sahaja.

Tuesday, 10 July 2012

masak apa hari ini.....

..... Assalamua'laikum....kabare? hehehe harap2 semuanya sihat sejahtera hendaknya. jangan lupa lemparkan senyuman yang manis ya, senyumkan sedekah yang terindah... :-)

pagi-pagi hari ni, otak aktif aje berfikir tentang makan. bila dah masuk mode diet ni, mulalah fikir makan, makan, makan aje.

duk fikir apakah menu sihat yang sesuai dimasak & dimakan untuk seisi keluarga. kat rumah tu ada yang tak suka makan sayur. aku pula suka makan segala sayur & ulam-ulaman. dapat dgn ikan bakar cicah sambal belacan/air asam/kicap tenyeh2 cili padi pun selera sgt.

tapi.....aku tak mau makan nasi utk makan malam. maka kenalah masak sesuatu yang mengenyangkan, kannnn...

untuk hari ni terasa nak masak antara tiga jenis masakan simple ini:

1) sup sayur (sawi/kubis) + telur & ayam goreng/bakar (lawan dgn sambal kicap)
2) tomyam sayur + isi ayam & ayam goreng/bakar
3) sayur taugeh goreng + tauhu + ayam masak ala2 tenpanyaki (kunun!!)


kenapa pilih ayam? sebab stok ayam ada kat dalam peti kat umah...hehehe...

cik adik lia, sila pilih dari menu diatas. sekian, terima kasih. 

Monday, 9 July 2012

aku & buku ~ Bawah Pohon Sena - Nisyah.....


hujung minggu lepas, aku habiskan masa dengan baca novel aje. tak ada keluar kemana-mana kecuali bawa mak pergi beli barang dapur. 

dua novel aku berjaya habiskan, si mangkuk tingkat & bawah pohon sena. dua-dua novel dari Jemari Seni. 

kali ni aku nak review novel Bawah Pohon Sena tulisan Nisyah. 

novel ini adalah berkisar tentang kisah percintaan, dugaan & perjalanan hidup Lili - Harith, Lili - Gibran dan Harith - Suraya. 

awal-awal episod pembacaan aku dah meleleh air mata. menjiwai watak lili yang pura-pura tabah dalam nasib malang dan duka selama 3 tahun hidup disia-siakan oleh harith yang berkahwin kerana terpaksa menurut pilihan keluarga.

perkenalan dengan gibran sedikit demi sedikit mengubat perasaan lili dan dia bangkit semula. cuba melupakan kasih sayang yang masih berbaki utk harith. 

harith, dalam rasa bersalah kerana melukai lili sahabat baiknya sejak kecil, meneruskan hidup dengan mengahwini suraya yang baik & santun. 

namun, kehadiran lady D membuat hati gibran membuak rasa cemburu dan bimbang akan terpatri kembali ikatan lili-harith. rasa itu membawa gibran kembali ke tanah Norway. 

siapa lady D? apa terjadi dengan harith & suraya sampai gibran takut akan kembali ada ikatan antara lili & harith? itu kenalah baca sendiri. ;)

saat paling indah dalam novel ni bila lili turut terbang ke Norway. saat manis lili & gibran dgn latar belakang bergen, norway yang digambarkan sgt indah dan cantik oleh penulis membuat hati sipembaca ini turut dibuai puing-puing indah (amboiiiii). 

tiba-tiba rasa macam nak tukar tempat dengan lili. tiba-tiba rasa nak ada lelaki macam gibran kat sisi (ahaks!). Gibran yang cemburu dengan Audi sipemberi Patchi. Gibran yang melaksanakan impian lili utk membuka sebuah galeri. manis sgt gibran tu tau...hahahaha. 

kesimpulannya, awal cerita novel ni berjaya buat aku menangis berkongsi sedih hati lili, akhir cerita aku menangis lagi dengan senyum membunga atas kebahagiaan dia.


Nisyah berjaya mengolah Bawah Pohon Sena dengan bunga bahasa yang cantik dan tersusun. Manisnya sebuah kebahagiaan bila redha dengan segala dugaan berjaya Nisyah zahirkan dalam novel ini. 






Friday, 6 July 2012

diet boleh makan kacang tak?

snek kesukaanku...


ada org bertanya, kalau diet boleh tak makan kacang?? aku ni ilmu diet pun tak ada. aku tgh amalkan diet apa pun tak tau. yg pasti bukan ATKINS (utk waktu ini).

kalau tanya pada aku soalan kat atas, aku yg kurang ilmu diet ni akan jawab boleh. sebab??

meh aku salinkan apa yg ada kat belakang paket kacang (dlm gambar atas) tentang nutrisi dia ya. silalah baca, penat tau nak taip ni..hehehe

serving size: 30g (% daily values)
energy: 173 kcal
total fat : 12.0g (18%)
saturated fat: 0.3g (2%)
cholesterol: 0.0mg 
sodium: 394mg (16%)
total carbohydrate: 7.5g (3%)
dietary fibre: 0.3g (1%)
sugar: 0.9g 
protein: 8.7g

*percent daily values are based on a 2000 calorie diet. you daily values may be higher or lower depending on your calorie need (habis sume aku salin...hahaha)

sebab apa aku jawab boleh makan kacang?? sila tgk pada total carbs & protein dia. carb tu kiranya masih rendah. dannnn...kacang ada protin kan? protin perlu utk badankan?

serving size dia 30g tu lebih kurang 1/2 pack kacang. jadi, jgnlah mkn sampai 1 pack. tapi kalo aku mmg 1 pack tu kejap aje...huhuhuhu...

sebab tu walau suka mkn kacang, aku akan beli sebulan sekali dua aje. buat lepas teringin.

tak kira berdiet atau tidak, kita kena beringat satu perkara. makanlah apa pun, jgn melebih2. makan apa pun kalau berlebihan akan mudarat. makanan berkhasiat pun akan jadi racun pada tubuh kalau kita mkn dgn terlampau lebih. 

p/s ~ kepada yg lebih tahu & byk ilmu tentang diet ni, sila betulkan kalau aku silap ya. kita kongsi2lah ilmu. sharing is caring you ;)

celoteh pagi ini 06.07.2012.....

.....Assalamua'laikum, salam pagi jumaat yg penuh barakah kepada semua.... (:

tak moh cerita banyak2...nak tayang apa yg saya makan malam tadi aje....




sup kubis bunga + tauhu + telur & ikang mata besar goreng berlada....(gigih tak makan nasi...hehe) kalau ada cili padi potong pasti lagi yummeh...

menu makan seharian semalam:

8.45 am : toseh & nescafe ais

1.00 pm: chicken tenpayaki

3.30 pm: 2 kpg roti bakar + nutela

7.00 pm: sup kubis bunga seperti diatas


pagi ni kat rumah tadi mkn 1 kpg roti + nutela & 1 biji epal hijau & air kosong.

pukul 8.45 mkn sepinggan mee goreng & kopi 

lia baru dpt khabar yg dia ada sedikit kencing manis. jadi dia kena kawal makan. dgn automatiknya aku pun akan kawal mkn juga, ada geng katakan. konon!!! 

Thursday, 5 July 2012

good morning beautiful.......





.....Assalamualaikum...

Good morning beautiful. It's a beautiful Thursday and i hope you all have a beautiful day ahead...

put a smile on your face and others will give you their beautiful smile too.... :-D




Wednesday, 4 July 2012

khidmat kaunseling & motivasi.....

.....PERCUMA!!! anda patah hati? ada masalah dgn pasangan? anda nk buat luahan hati??? meh jumpa saya..sessi percubaan adalah percuma, sessi lepas itu cas khidmat akan dikenakan. hanya menerima bayaran TUNAI sahaja, utang2 tak main. boleh blah!!

okay, ini adalah kes lepas geram. tak tahu nak mula dari mana. 

kalau koranglah kan, tgh bercinta, lepas tu gf/bf korang ckp nak putus. lepas tu korang nak buat apa? nangis sampai jadi mcm kassin selamat? marah? atau nak bunuh diri?

aku ada kenal satu mamat ni. awek dia tinggalkan dia...pastu korang tau apa dia buat. mengarok2 kat FB merayu2, mengadu domba segala.

siap buat ayat sedih bagai. contoh ayat dia adalah begini. "syg ku, abg tetap sygkan syg, rindu syg. igt tak sumpah janji syg utk setia. abg bkn hendakkan harta, abg hny mahukan kejujuran..bla bla bla..."

hari2 duk update status gaya mcm frust tertonggeng2 dari tangga pangsapuri 25 tingkat. tak cukup dgn itu, dia tegur kwn2 pompuan dia yg ada dlm list friend. wat ayat-sedih-duka-lara. 

mula2 wat2 tny khabar & tny dah tak igt kat dia ke? pastu bila org tny psl perkembangan dia, mulalah dia buat ayat "mana ada mkn nasi minyak, dah putus." "dia dh tak sudi"

weiii org kalo tgh frust takdelah nak gedik2 tny khabar kwn2 pompuan dlm FB. pegilah tny khabar kwn2 lelaki ko. eiii tolonglah...xleh idop kalo xde pompuan ek...

pastu dgn aku pun nk private msg segala. duk buat luahan perasaan. tak puas ati sbb girl tu kata nk pisah. aku naik meluat, dah la buat ayat jiwang, bunga2 tahi ayam bagai. eeeiiiiiii geli tekak akak noks.

ini antara perbualan aku dgn dia...aku rasa dh mcm pakar motivasi tau tak. 

yg conteng2 tu nama tukang sembang





tapikan...silap akulah jugakan, sebab duk layan PM dgn dia...kalo buat2 tak nampak aje msg dia, xdelah aku jadi pakar kaunseling tak bertauliahkan. 

tak pasal2 juga dia bengang bila aku ckp benda yg dia tak suka. sorrylah nak suruh aku buat ayat, sabarlah, ada hikmah disebalik apa yg terjadi. ko baik akan dpt yg lagi baik sbg pengganti. aku bkn jenis manusia nak pujuk2 segala. 

aku siap cakap, ko wat gitu tak rasa ke pompuan tu gelakkan aje...kot lah aku pompuan tu, sure muntah 24jam dpt ayat rayuan gombal mcm ni hari2....kehkehkeh...


fradoo ABC.....

.....masih lagi cerita last week. lepas penat (penatlah sgt!!) membeli-belah novel di SACC, shah alam, kami meneruskan aktiviti yang tak lekang dek hujan, tak lupus dek panas tak pernah tertinggal tiap kali kami keluar iaitu makan2.

aku bagi cadangan untuk ke food court SS3, kat  sana ada ABC sedap. lama dah tak rasa ais kacang yang sedap tu. sebulat suara adalah setuju.

sampai sana kami tuju ke fradoo ABC. mmg situlah tempat favourite aku kalau nak makan abc.



tapi kali ni abc nya mcm sikit aje dari selalu. ais kisar dia sama tak sampai pun kat bibir mangkuk. selalunya air kisar tu padat dan memuncak macam gunung (mcm gambar abc kat papan tanda kedai tu). 

bahan2 kat dlm tu pun tak byk. kalau tidak memang penuhlah dgn kacang goreng, nata de coco, kacang buah pinggang, jagung, biji sagu, cincau dll. namun begitu rasa dia masih sedap. cuma kuantiti aje dikurangkan. harga semangkuk adalah RM 3.00. 

sikit kan...

makan pula order dari gerai sebelah nasi goreng seafood & kueh tiaw ladna. rasanya???? adalah tak ada rasa. makan tanpa perasaan. minta extra pedas, pakcik tu kata cili mahal. aku ingat dia bergurau rupanya memang sungguh dia buat tak pedas. tawar heber.masa bayar rasa mcm tak ikhlas aje. apalah depa ni berniaga, kedekut nak mampus.tak sedap pula tu. lenkali takmo makan kat situ lagi.

shopping baju besar XXXXL.....

.....Assalamua'laikum...sihat hari ni? maklumlah cuaca tak menentu, panas, hujan, jerebu segala. jaga kesihatan ek, jgn lupa minum air suam dengan cukup. 

tuan umah ni pun sama, kejap kang sihat, pastu satgi selsemalah pulak...alhamdulillah, sakit tu peringatan kat kita, ye tak? kot sihat semedang, nanti lupa diri pula, lupa nak bersyukur kat yang Maha Pencipta. 

kali ni nak celoteh pasal shopping baju on9....seumur hidup ni 1st time beli baju on9..selalu beli buku aje...

bukan apa, takutnya beli baju on9 ni nanti ada yg tak sedap pakai sana sini. tapi memandangkan payah bebeno nak dpt baju cantik utk size besar kat kedai biasa dgn harga 'padan-patut'...maka aku dgn gigil tangan mencuba utk kali pertama.

bajunya nampak cantik sgt. simple aje, baju labuh & besau & seluar palazo yang kembang setaman. order 2 pasang, satu utk emak & satu lagi tentu2lah utk daku sendiri. 

pastu nampak pula cardigan yg armhole dia 26" & 28"...ehhhhhhh sukeeeee...lengan kitakan besar gadang....kalo takat armhole 20"/22"/24" tak payah offer akak lah...confirm tak boleh sarung...24" tu kalo kain jenis memberi mcm lycra tu bolehlah ampun lagi.

inilah baju2 yg kita order tu...tak sabar menanti sampai kat umah. harap2 servis akak ni ok, kalau dia & produknya ok, insyaAllah kita ulang order lagi. 


cardigan..




kembang setamankan palazo ni..

padankan dgn palazo kat atas (utk mak beli color itam)




nak tau apa nama kedai on9 dia? tunggu brg sampai dulu, kalau segalanya ok, baru kita letak sini ye link kedainya ;)





jelajah pesta buku selangor 2012.....

.....jelajah lah sangat konon. padahal awalnya cakap tak nak pergi sebab bulan ni budget utk buku adalah nan-ado. juga buku2 masa beli kat KLIBF, pwtc hari tu byk lagi belum khatam.

ahad petang, dah maghrib pun masa tu, bff sms ajak pergi pesta buku. aku pun ok kan aje walaupun dah tau dah, kalau pergi sah terbeli juga senaskah dua. 

sampai SACC, kereta tak banyak, ye lah dah jam 8.30 malam lebih kurang. kami terus tuju ke booth jemari seni. memang masing2 nak cari buku kat booth JS aje memandangkan NB Kara tak ikut serta dlm pesta buku kali ini. 


booth jemari seni

booth JS adiwarna

bergambar di booth JS (nampak pintu belakang tu, siapa berjaya buka, akan sampai dunia fantasi yg indah hehe)



dalam takde budget, aku terambil 4 buah novel. 3 dari JS & 1 dari JS adiwarna. 

berikut adalah novel-novel yang berjaya aku beli. selebihnya memang buat-buat pejam mata sambil menahan nafsu membeli dengan gigih sekali. setakat pusing2 sekitar booth yang ada lepas tu terus pergi cari tempat utk lepaskan haus. 






dapat 4 novel ni pun dah kembang2 hidung tahap seronoknya. byk lagi novel yang tak berjaya dimilik. tunggulah beli sikit2, tak mau ikut nafsu sgt. kepada sesiapa yang belum pergi tu, bolehlah jengah2 ke SACC shah alam. pesta buku ni akan berakhir 9 julai 2012. 

selamat membaca!

Tuesday, 3 July 2012

si mangkuk tingkat.....

.....siapakah si mangkuk tingkat ni? 

alkisahnya, aku sedang membaca novel tajuknya si mangkuk tingkat. penulisnya Faziela. buku terbitan Jemari Seni. 

Beli novel ni kat pesta buku PWTC hari tu. tapi mood membaca macam gerhana aje. ini pun baru nak mula membaca semula. 

belum habis baca lagi...tapi dari pembacaan awal tak bosan novel ni. ada part yang boleh tergelak. nanti dah habis baru aku review lah ek....

suka cover novel ni...cantik!!

berkelah dipantai jeram.....

.....pantai jeram lagi??? gaya macam pantai jeram tu sebelah rumah ajekan. 

al-kisahnya, tak merancang pun nak kesana. pagi sabtu 30.06.12 ari tu. dah siap masak & lepak2 depan tv sekali mak buka mulut "rasa mcam nak duduk makan2 mee hoon tepi pantai"...boleh gitu???

mujur katanya teringin nak makan mee hoon tepi pantai, buatnya mak cakap teringin makan kimchi kat korea??? siapa nak penuhi permintaan tu?? kehkehkeh...

jadinya dgn cargas aku pegi rendam mee hoon, potong sayur & rendam udang utk goreng mee hoon bodo-bodo. 

sekali mak kata jagung ada, boleh gak buat bubur jagung campur biji sagu. terus rebus biji sagu & perah santan. dalam masa 1 jam setengah siap mee hoon goreng, bubur jagung & keropok lekor goreng.

tak lupa air sirap yang sesuai diminum diwaktu panas kat tepi panas nanti.

siap masak lia sampai. tapi dia tak mo ikut sebab ada urusan lain. dia singgah anto barang aje. 

dlm perjalanan sempat singgah beli putu bambu & karipap gergasi. kan dah kata xsah kalo tak singgah beli dua makanan ni kalau pergi sana.

kat sana dpt port bawah pokok bentang tikar & mulakan antiviti makan2 & jamu mata. mujur matahari tak berapa nak terik. yang bestnya kami sampai air tengah pasang. tak mcm last week air tgh surut. kali ni mmg bestlah dpt tgk ombak. 

meh jamu mata sket dgn gambar2 yg tak seberapa. 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...