Monday 4 June 2012

kurus dengan produk???

.....nak tahu tak satu perkara yang aku tak berapa suka bila pergi berjalan2 kat tempat awam (contohnya macam kat shopping mall). ianya adalah, tengah kita elok2 jalan jamu mata, ada seseorang yg tak dikenali datang hulurkan pamplet/brochure. 

okay, kita tak bolehlah nak marah kat org tu kan. sebab dah kerja dia memerlukan dia menyampaikan brochure tu kat org, utk mengiklankan produk atau bisnes mereka.

tapi yang tak bestnya, dalam banyak2 produk, akak selalu dapat brochure pasal menguruskan badan, mengempiskan pinggang dan pinggul, penampilan cantik dalam 100 hari....dan macam2 lagi yang berkaitan dengan transform-dari-gemuk-kekurus. 

ialah, dah dia jual produk kurus, of coz lah dia attack sigemuk macam akakkan..takkanlah dia nak hulur brochure kurus kat cik adik manis badan macam model pulak. logik akal lah sikit cik zie oiiii. takkan itu pun nak marah???

dak aihhh sapa kata aku marah. aku tak marah aihh...aku cuma tak berapa suka aje. cemuihlah cheq dgn benda2 berkaitan diet segala ni. lebih2 lagi masa duk huluq brochure tu depa duk ckp kuat2, "akak nak kurus tak", "saya ada buat pemeriksaan kesihatan, marilah cuba", "mehlah saya tunjuk cara nak jadi cantik"...apaaaa??? akak tak cantik ke dik???? nanges :'(

kalau betoi cheq nak try produk diet, lama dah cheq pi beli, tak payah nak huluq sgt lah brochure tu. psssttt pssstt kalau nak tau dulu2 cheq dah cuba dah segala produk 'terhebat-meletop-popular-terlaris-terbukti-berkesan' dipasaran tu. hasilnya???? tarrraaaaa....

akak dah jadi ala2 model 'tiru macam saya' (baca dgn intonasi nyanyian saloma tu ya). bezanya, dlm lagu tu katanya 'pinggangku yang ramping dan dadaku yang bidang'...tapi aku ni...bukan dada aje bidang, bahu, lengan, perut, pinggang, pinggul sampai kebetis semua bidang (baca: kembang) dik non oiiiii....

makanya, terbuktilah produk yg terbukti berkesan tu tak berkesan atas diri aku. mungkin pada org lain menjadi, pada diriku adalah NO sama sekali. dah byk aku perhabis duit beli segala produk utk diet ni, turunlah kot 2-3kg, lps tu statik aje. bila berhenti, vavavavaaaaaa naik mencanak2 mcm doh terlebih ibu roti. gebus cik senah badan akak.

sekarang ni dah macam2 produk keluar kat pasaran. semua pengeluar duk canang2 produk depa terbaik, terhebat & terbukti berkesan. ada juga sampai berani bagi jaminan '100% money back guarantee'..hamboi ko, kalo lah ramai yg claim jaminan ko tu, boleh jual kilang ko tau. 

byk juga yang bila diperiksa mengandungi bahan terlarang yg memberi komplikasi tak baik pada tubuh seperti kegagalan fungsi buah pinggang, tekanan darah tinggi, masalah jantung dsb...

kepada mereka yang bertubuh besar macam aku ni, sebelum beli sebarang produk kurus ni, sila periksa dulu dah disahkan oleh kementerian kewangan ke belum. sila juga survey lebih sikit kat internet kot2 ada kompelin pasal produk tu dari pengguna.

dan nasihat aku, berdietlah cara sihat. aku tak moh kata jangan makan produk kurus. dan aku tak kata produk utk kurus adalah tidak bagus!! jangan beli, anda pasti tertipu!!! tidak. aku pun tak tahu produk mana yg bagus, produk mana yg tak bagus. itu dah macam aku menyekat rezeki org lain yang buat bisnes kecantikan & pengeluaran produk utk kurus pulakan. 

cuma berdasarkan pengalaman aku dan beberapa org kawan yg dah mencuba pelbagai produk ni, kami menyarankan kalau nak berdiet, berdietlah cara sihat. bersenam dgn konsisten, pemilihan makanan yang sesuai dan motivasi yang tinggi akan membuahkan hasil yang manis.

nanti mesti ada yang kata, saya tak makan nasi, tak kurus pun. saya tahan makan, tak juga susut. helllooo!!! nak kurus sebenarnya tak susah (juga bukan senang). dah terbukti ramai yg kurus dgn cara yg betul & sihat tanpa mengambil sebarang produk diet. anda cuma kena bersabar. jgn lah baru diet seminggu atau sebulan anda harap berat turun 20kg/month. logik akallah sikit. kita menghimpun lemak bertahun2 takkan nak kurus dalam masa sebulan, ye tak???

satu lagi, jgn igt berlapar, dgn menahan makan, membuatkan diri kebulur seharian adalah cara utk kurus. never! percayalah, anda tak akan kurus dgn hanya menahan makan dan membiarkan perut lapar. berdiet bukan bermakna kena tahan makan. ada juga yg makan penuh perut pastu jolok tekak sampai muntah, weeeiiii itukan pembaziran dan ianya adalah amalan shaiton. apa kes la nak jolok tekak segala. ada juga yg kata merokok boleh kurus. pirahhh jgn ler percaya. 

diet adalah bermaksud pemilihan makanan yang sesuai utk keperluan tubuh badan kita. sesuai macam mana?   contohnya, kalau kita ada kencing manis, kurangkanlah pengambilan makanan bergula & tinggi karbohidrat. jangan ingat diet hanya utk kurus dan utk org gemuk sahaja. diet ni adalah utk setiap manusia & setiap peringkat umur untuk mendapat kesihatan yang baik.

kalau nak berdiet, kenalah buat kajian sikit. rajinkan diri membaca, ada macam2 jenis diet yg boleh dipraktikkan. 

buatlah pilihan yg bijak (pic google)


utk permulaan jgn terlampau mendesak diri sehingga sanggup berlapar. apa kata mulakan hari baru anda dgn benda yg simple dulu. berhenti ambil junk food. berhenti makan fast food. kurangkan pengambilan air manis (cukup sehari sekali atau jgn ambil lgsg). lebihkan makan sayur, protein (ikan, ayam, telur, udang) dan kurangkan pengambilan karbohidrat (nasi, kuih-muih, mee, mee hoon, roti). jgn berlapar, mkn lah 3-4 kali sehari dalam hidangan yang kecil. 

dalam seminggu cuba buat senaman 3 kali. atau bgn pagi tu meh kita joget2 depan cermin 15 minit. jgn push diri utk berlari kalau tak mampu (sakit kaki macam aku ni). 

cuba buat dalam sebulan tgk apa hasil pada timbangan. kalau hasil timbangan turun 1-2 kg sebulan kira cukup baik. tgk pula kat baju atau seluar, ada longgar tak? kdg2 org terlampau risau kat nombor dipenimbang, tak sedar inci dibadan dah berkurang. 

igt tak pada entry aku tentang kurangkan garam? korang boleh juga berdiet cara mcm tu. satu perkara aje kena igt, buat sesuatu benda kena sabar & konsisten (itulah masalah aku).  

nak cerita pasal diet & kuruskan badan ni 7 hari 7 malam, berkajang2 kertas pun tak cukup sebenarnya. nantilah kalau rajin lain kali aku sambung balik topik diet ni. ye lah, aku pun tak kurus2 lagi. itu maknanya apa??? cakap memang senang..nak buat tu susah. bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. benda yg senang, kalau tak praktikkan pun tak gunakan (sedar pun ko ye cik zie!!)





1 comment:

  1. Ralat: bkn kem. Kewangan, kem. Kesihatan...sorry tersilap...hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...